Anda di halaman 1dari 2

1.

pengenalan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) memberikan takrifan bagi pengguna sebagai orang dan
lain-lain yang menggunakan sesuatu, mengambil faedah daripada sesuatu benda. Pengguna
juga bermaksud individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber
alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Takrifan bagi
bijak pula ialah sangat pandai, cerdik, pintar. Oleh itu, frasa pengguna bijak merujuk orang
dan lain-lain yang menggunakan sesuatu dengan sangat pandai, cerdik dan pintar serta
mempunyai ilmu tentang kepenggunaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Surtahman (2001) pula mendefinisikan pengguna sebagai manusia yang mempunyai pelbagai
kehendak untuk dipenuhi bagi mendapat kepuasan yang dihajati. Tingkah laku pengguna
merupakan pembelajaran atau penyelidikan tentang bagaimana individu membuat keputusan
untuk menggunakan sumber sedia ada seperti masa, wang dan usaha bagi memperoleh barang
yang berkaitan dengan kepenggunaan (Walters 1974; Hamilton 2018). Tingkah laku kita
sebagai pengguna akan mula dibentuk sejak kita dilahirkan dalam sesebuah keluarga sama
ada keluarga asal mahupun keluarga angkat. Malah, ada pihak yang berpendapat tabiat kita
sebagai pengguna telah mula terbentuk sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Kita menjadi
pengguna dalam setiap detik kehidupan masing-masing. Manusia mempunyai paling banyak
keperluan dan penggunaan dan ia semakin meningkat sejajar dengan peningkatan usia
manusia. Pengurusan kewangan yang terancang terhadap pendapatan dan perbelanjaan
penggunaan mampan menunjukkan bahawa isi rumah boleh memperuntukkan dan
membelanjakan jumlah pendapatan dengan lebih bijak (Noorhaslinda, Nor Fatimah dan Nur
Afifah 2018). Kehidupan manusia dipengaruhi oleh keperluan dan kehendak untuk keselesaan
dan kelangsungan hidup mereka. Keperluan dan kehendak ini menentukan sejauh mana
seseorang pengguna menyusun dan mengatur perbelanjaan mereka. Pengguna yang bijak
mampu menyelaraskan dan menyesuaikan antara keperluan dan kehendak ini agar mereka
dapat menjalani kehidupan yang selesa tanpa masalah kewangan yang besar. Sekiranya hal
ini gagal ditangani dengan baik, terdapat kemungkinan pengguna akan dibebani hutang dan
masalah kewangan yang menghimpit kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan
kemelut ekonomi global masa kini turut mempengaruhi perkembangan ekonomi negara kita.
Penularan pandemik Covid-19 bermula pada tahun 2019 sehingga kini yang melanda seluruh
dunia memperlihatkan kesan yang menyeluruh terhadap kehidupan manusia sejagat.
Ditambah lagi dengan konflik Rusia – Ukraine yang sedang berlaku sekarang mencetuskan
peperangan dan akhirnya menyebabkan ekonomi global merasai kesan yang sangat besar.
Terkini, isu kenaikan harga barang terutamanya barang keperluan asas telah melanda negara
kita. Hal ini disebabkan bekalan barangan yang dikatakan semakin berkurangan kerana
pelbagai konflik yang melanda dunia dan negara kita. Natijahnya, inflasi berlaku dan krisis
ini secara langsung mempengaruhi amalan berbelanja pengguna secara keseluruhannya. Oleh
itu, sebagai pengguna yang bijak, bagaimanakah kita menghadapi dan menangani isu ini?
Masyarakat Malaysia juga perlu memastikan pola perbelanjaan mereka mampu mendepani
cabaran ekonomi yang tidak menentu tersebut. Mereka perlu menyusun perbelanjaan
mengikut keutamaan dan memastikan pendapatan mereka mencukupi untuk menampung
keperluan individu dan keluarga. Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum seseorang itu
memulakan perbelanjaan dalam memenuhi keperluan masing-masing. Sehubungan dengan
itu juga, pelbagai langkah perlu dikenal pasti untuk memastikan setiap sen yang dibelanjakan
itu memberi pulangan yang maksimum kepada pengguna. Kajian yang dijalankan berkaitan
aspek ekonomi ini mengambil kira semua ciri pengguna bijak dan amalan berbelanja dalam
kalangan penduduk di Kampung Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Masyarakat kampung ini
menjadi responden kajian ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi yang menunjukkan pola pendapatan dan perbelanjaan yang tersendiri. Oleh
itu, kita akan mendapat gambaran tentang amalan mereka dalam menguruskan kewangan
untuk kelangsungan hidup dalam kemelut ekonomi kini. Rasional kajian ini adalah untuk
mendapatkan pandangan atau pendapat mengenai amalan membeli secara bijak di mana-mana
pasar raya atau kedai dalam kalangan masyarakat setempat. Pengkaji mendapati majoriti
penduduk membeli secara pukal semasa berbelanja bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan
menjimatkan masa. Oleh itu, masyarakat setempat tidak perlu lagi untuk berulang-alik ke
pasar raya untuk membeli barangan seharian. Pengkaji juga ingin mengetahui ciri-ciri
pengguna bijak dalam kalangan masyarakat di Kampung Tanjung Agas, Pekan. Pengkaji juga
ingin mengkaji faedah-faedah berbelanja secara bijak yang dapat membantu mengurangkan
kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh seseorang. Di samping itu, pengkaji berharap
bahawa kajian ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan
berbelanja secara bijak untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara.
Kesimpulannya, kita akan mendapat gambaran tentang amalan masyarakat dalam
menguruskan kewangan untuk kelangsungan hidup dalam kemelut ekonomi kini. Kita juga
akan mendapat gambaran tentang tingkah laku masyarakat sebagai pengguna dalam
memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

2. Objektif Kajian
Terdapat dua objektif kajian projek ini iaitu :

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis barangan dalam talian yang menjadi pilihan utama
penduduk di Taman PSJ di Sungai Karang Darat, Kuantan.

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang mendorong penduduk di Taman PSJ, Sungai


Karang Darat, Kuantan membeli barangan secara dalam talian.

Rujukan
1. Ahmad Sadiq Abdullah (2017),“Guna Kelebihan Media Sosial” dlm Sinar Harian, 9 Mac 2017.

2. Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan , Kuala Lumpur:
Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

3. Definisi penduduk menurut tokoh, dicapai pada 1 Mac 2017 dari


http://birokrasikomplex.blogspot.my/2013/07/

4. Definisi Pengaruh menurut tokoh dari http://pengertianmenurut.blogspot.my/2015/09

5. Definisi Perniagaan menurut tokoh, dicapai pada 1 Mac 2017 dari http://hidupringkas.com/keusahawanan/

6. Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), Definisi Pengaruh, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), Definisi Penduduk dan Perniagaan,


Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Mokhtar Pet. (2016), Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1, Selangor, Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

9. Noraini Idris, (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

10. Sejarah e-dagang , dicapai pada 1 Mac 2017 dari http://laizhywei.weebly.com/sejarah

11. Zharfan . Perniagaan Internet dan Rakyat Malaysia dlm. Majalah Niaga hlmn. 4-5, 2014

Anda mungkin juga menyukai