Anda di halaman 1dari 4

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, Para

pelajar ,Dan hadirin sekalian, Salamat sejahtera Dan Salam satu


Malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima Kasih
kepada penganjur pertandingan ini.

Saya dalam pidato ini untuk memperkatakan tajuk KEPENTINGAN


PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
Sebelum gelanggang dibuka,
dengar dahulu paluan rebana,
Sebelum kata meningkah bicara,
dengarkan dulu kupasan tajuknya.

Apa itu pendidikan teknologi maklumat? Dan apa itu pendidikan?


Menurut Profesor Dr Sidek Baba dalam bukunya yang berjudul
Pendidikan Rabbani, Pendidikan ialah proses memberikan asas asuh,
pupuk dan bentuk. Para pelajar tidak semata-mata menerima
pengetahuan, maklumat dan ilmu, sebaliknya diasuh trampil cemerlang
dari sudut ilmu, peribadi dan akhlak.

Seterusnya izinkan pula hamba menerangkan apa itu teknologi


maklumat. Teknologi ialah ciptaan baharu hasil inovasi dan sains.
teknologi maklumat ialah ledakan komunikasi baharu dengan
menggunakan peranti input dan output berbantukan komputer.
Asasnya mudah, komputer dan talian. Melalui talian dan komputer,
dunia menjadi sangat kecil. Sekecil hujung jari. Malah jari-jarilah yang
menjadi penghubung dan mahaguru kepada ilmu dan
maklumat. Dewasa ini, dunia teknologi maklumat sangat cepat, pantas
dan tuntas. Mengakses maklumat tidak lagi memerlukan set komputer
yang besar. Memadai dengan sebuah komputer mini sebesar buku
latihan atau telefon pintar yang boleh digenggam.
Tuan-tuan, puan-puan sidang dewan sekalian.

Klausa KEPENTINGAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT bolehlah


diertikan sebagai satu usaha asuh, pupuk dan bentuk yakni mengasuh,
memupuk dan membentuk manusia berbantukan teknologi baharu.
Dalam gelanggang pidato ini saya ingin mengupas bagaimana teknologi
maklumat menjadi wahana penting dalam pendidikan, khususnya untuk
pelajar di sekolah.

Melalui teknologi maklumat, para pelajar bukan sahaja boleh


berinteraksi dengan rakan dari serata dunia, malah para pelajar boleh
berinteraksi dan berdiskusi tentang pelajaran. Frog vle misalnya
menyediakan ruang pembelajaran atas talian atau disebut ‘VERTUAL
LEARNING’. Pembelajaran maya ini menyediakan ruang yang luas untuk
para pelajar – guru – ibu bapa berinteraksi antara satu sama lain. Bahan
pembelajaran boleh dimuat turun. Hasil tugasan pula dimuat naik
setelah disiapkan. Dalam tempoh yang singkat murid boleh
mendapatkan maklum balas daripada guru.

Bagaimana pula dengan media sosial yang menjadi kegilaan sekarang


ini. Media sosial seperti facebook, twitter, instagram, weechat,
telegram dan sebagainya boleh dimanfaatkan untuk pendidikan. Murid-
murid, guru-guru bersama ibu bapa boleh mewujudkan kumpulan-
kumpulan perbincangan tersendiri seperti kumpulan UPSR. Melalui
kumpulan ini ahli boleh mengemukakan apa jua persoalan, kemushkilan
berkaitan peperiksaan. Guru-guru pula boleh member tip-tip berguna
untuk diamalkan. Malah melalui pautan fail, urusan muat naik dan
muat turun boleh dilakukan. Dalam kaedah pembelajaran atas talian
kumpulan perbincangan seperti ini disebut sebagai forum. Antara
universiti yang menggunakan kaedah ini ini ialah Universiti Terbuka
Malaysia.

Sidang hadirin sekalian.

Sebagai pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, latih tubi sangat


penting. Lebih-lebih lagi latih tubi soalan tahun-tahun lalu dan latih tubi
soalan daripada negeri-negeri lain. Soalan-soalan ini sebenarnya sangat
mudah diperolehi melalui internet. Terdapat banyak laman sesawang
dan blog yang menyediakan kemudahan mengakses soalan-soalan ini
secara percuma. Nah! Apa tunggu lagi. Sampan sudah di air, pendayung
sudah di tangan. Mudiklah ke hilir atau tongkahlah ke hulu. Ambil
peluang memuat turun bahan tersebut. Jangan lupa disimpan dalam
pemacu dan dicetak untuk latihan.

Zaman ini zaman atom. Zaman millennium. Zaman canggih dan


zaman sibuk. Masa berlalu begitu cepat. Ibu bapa terpaksa menggadai
masa untuk menyara keluarga sehingga terbabas untuk mengetahui
perkembangan sekolah anak-anak. Tidak mengapa. Usah khawatir.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem
yang dinamakan Sistem Analisis peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Sidang dewan yang budiman.


Berdasarkan hujah dan fakta di atas, jelaslah bahawa pendidikan
teknologi maklumat merupakan satu kaedah pendidikan yang penting
kepada pendidikan Negara. Murid-murid akan lebih mudah menerima
ilmu pengetahuan dan pelajaran dengan berbantukan teknologi
maklumat. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada cara
penggunaannya. Justeru gunakanlah teknologi dengan cara dan tujuan
yang betul

Jalan yang gelap bawalah suluh


Lihat cahaya buat pedoman
Pendidikan teknologi maklumat jadi penyuluh
Tentu kecemerlangan dalam genggaman

Sekian,
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai