Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta rahmatnya, dapatlah saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pengetua SMK SEksyen 8 Kota Damansara, Puan Hajah Azlina Binti
Shamsuddin yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Puan Sharifah Kholiza binti Syed
Aziz, yang tanpa penat dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat
diselesaikan dengan sempurna. Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Encik _________________________________________________ dan Puan
___________________________________________ yang telah memberikan peruntukkan
perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini disiapkan.
Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden yang telah memberikan
kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya ___________________,
______________, ______________ dan __________________ yang telah bersama-sama dalam
menyiapkan kajian ini. Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi memastikan
kerja lapangan ini berjalan dengan lancar.

PENGENALAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang akan
menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Faktor-
faktor yang Mempegaruhi Kegiatan Ekonomi di Kawasan_____________________ dan saya
________________________________ pelajar tingkatan 3 Kelas _________________ dari sekolah
SMK Seksyen 8 Koata Damansara telah melakukan kajian ini di kawasan
____________________________. Antara sebab utama saya memilih kawasan
_____________________ sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini merupakan tempat tinggal
saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian
kerana berhampiran dengan rumah saya.
Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang
berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya. Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah
saya gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.
Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan
untuk mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua
responden kerana telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian
c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian
d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian
e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhikegiatan ekonomi di kawasan kajian
f) Memberi cadangan kegia

KAEDAH KAJIAN
Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan juga kualitatif.
Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi mendapatkan maklumat
yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Justeru, terdapat empat kaedah kajian yang telah
dipilih bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan bersistematik.
1) Kaedah Pemerhatian Kaedah pertama yang dibuat dalam melaksanakan kajian ini adalah kaedah
pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian atau tinjauan di kawasan yang saya dapati
berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian buat kerja kursus ini. Ia juga bagi mengenalpasti
kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tersebut. Maklumat yang diperolehi tersebut akan
membantu saya dalam melukis dan mentafsir peta kawasan kajian tersebut.

2) Kaedah Temu Bual  Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
mengenai kajian saya adalah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah dijalankan terhadap
beberapa orang informan yang dikenalpasti. Informan tersebut terdiri daripada orang penting atau
berpengaruh di sekitar kawasan Taman Bunga seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa
rukun tetangga. Dengan menjalankan kaedah temu bual ini, saya dapat mengenalpasti beberapa
jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya boleh digunakan sebagai soalan dalam borang
soal selidik bagi mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut.
Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada para informan menerusi temu bual ini juga adalah
untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi objektif kajian yang ingin dicapai
3) Kaedah Borang Soal Selidik Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan
kajian saya dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada penduduk di sekitar kawasan kajian yang telah dipilih. Melalui kaedah ini, saya dapat
mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara seperti berikut: i. Menyatakan kegiatan
ekonomi di kawasan kajian ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan kajian iii. Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan
kajian

4) Tinjauan Literatur Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet adalah
satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang
berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-
kegiatan-ekonomi.html tan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian saya turut dapat
memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

HASIL KAJIAN
TAKRIFAN KONSEP
Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi
yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Kegiatan ekonomi
pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan sumber ekonomi tersebut di
samping menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.
Sektor Primer merupakan kegiatan ekonomi pertama sekali dijalankan pada masa dahulu. Sektor
primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi.
Sekotor ini merupakan kegiatan ekonomi terawal wujud di dunia ini dan diusahakan sejak dahulu
lagi. Antara jenis kegiatan ekonomi di bawah sektor ini adalah pertanian, perikanan, penternakan,
perlombongan, dan pembalakan.
Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang berasaskan kepada bahan mentah
atau semula jadi. Ianya melibatkan penukaran bahan mentah tersebut kepada barangan siap atau
produk untuk digunapakai oleh pengguna. Sektor ini termasuklah jenis kegiatan ekonomi seperti
pembuatan atau perindustrian dan juga pembinaan.
Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier. Sektor tertier boleh
didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Sektor ini
juga turut digelar sebagai sektor perkhidmatan. Sektor ini mamainkan peranan yang penting dalam
memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Contoh jenis kegiatan ekonomi sektor ini adalah
pelancongan, pengangkutan, pendidikan, kewangan dan perdagangan.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah daerah ___________________, Kota
Damansara, Petaling Jaya, Sealngor. ialah sebuah kawasan petempatan
jenis perbandaran di Lembah Klang, dalam mukim Sungai Buloh, Petaling
Jaya, Selangor, Malaysia. Kota Damansara dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya
Petaling Jaya dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Kota
Damansara terbahagi kepada 13 seksyen yang terdiri daripada Seksyen 1, 2, 3, 4
(Camar), 5 (Sepah Puteri), 6 (Cecawi), 7 (Nuri), 8 (Pekaka), 9 (Rimba Riang), 10
(Merbah), 11 (Kenyalang), Dataran Sunway (12) dan 13. Kota Damansara juga
terkenal dengan nama PJU 5 (Petaling Jaya Utara 5). Kawasan pembandaran ini
mempunyai luas sekitar 1,600 hektar (3,953.7 ekar).
Kota Damansara dahulunya dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh. Nama
Kota Damansara dipilih secara rasminya pada tahun 2000 yang disebabkan
pembangunan yang semakin pesat di kawasan Lembah Klang dan diselaraskan
dengan arus kemajuan.
Kota Damansara

Lokasi di Selangor

Koordinat:  3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E

Kemudahan
.
Kota Damansara dilengkapi dengan rangkaian pasar raya besar seperti NSK Trade
City (dahulunya Aeon Big) dan Giant serta pusat membeli-belah seperti Sunway
Giza, Emporis, Uptown Kota Damansara, [6] Tropicana Garden dan juga The Strand.
Terdapat juga dua buah hospital, Hospital Thomson Kota Damansara (dahulunya
Hospital Tropicana) dan Hospital Pusrawi serta kawasan riadah dan rekreasi di
Taman Rimba Riang di Seksyen 9, Hutan Simpan Komuniti di Seksyen 10 dan
Padang Golf Seri Selangor.[3] Ia juga dilengkapi dengan jalan yang berturap yang
menghubungkan dengan bandar-bandar utama sekitarnya seperti Kwasa
Damansara, Subang Jaya, Sungai Buloh dan Mutiara Damansara dengan Persiaran
Surian, Persiaran Mahogani, Persiaran Kenanga, Persiaran Teknologi serta jalan-
jalan di setiap seksyen.

Anda mungkin juga menyukai