Anda di halaman 1dari 5

1.0 Pengenalan 1.

1 Latar belakang kajian Kedudukan geografi negeri Sabah yang luas, berbukit bukau, berpulau, dan bersungai menyebabkan masih banyak kawasan pedalaman yang belum diterokai dan dimajukan. Kg Karamuak Tongod merupakan satu kawasan pedalaman yang terletak di Daerah sempadan Telupid dan Kinabatangan. Kg Karamuak ini dikenali juga sebagai kg Karamuak luar dan terletak berhampiran sungai Kinabatangan. Secara umumnya persekitaran Kg Karamuak adalah sunyi, tidak kondusif, prasarana fizikal sekolah yang sangat dhaif, tiada prasarana keperluan sosial seperti bank, hospital, pejabat pos dan sebagainya. Selain itu, Kg ini didiami oleh kaum Sungai dan mejoriti beragama Islam. Kegiatan ekonomi masyarakat kampung ini pula adalah nelayan, petani dan ada yang bekerja sebagai peneroka kelapa sawit. Jalan raya masih lagi ditahap yang belum memuaskan kerana tidak bertar dan berlubang-lubang. Hal ini menyebabkan masalah perhubungan masyarakat dengan dunia luar. Berdasarkan fenomena kampung ini, maka pengkaji rasa terpanggil untuk mengambil langkah-langkah seperti mengenal pasti masalah, merancang kajian,

memerhatikan kesan daripada perlaksanaan rancangan serta membuat refleksi terhadap kajian yang telah selesai dijalankan. Kajian berfokuskan golongan remaja dari lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.Terdapat tiga bentuk tindakan yang akan diimplementasikan iaitu tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga, memperkenalkan agensi-agensi kerajaan serta kepentngan dan cara untuk memperkembangkan Industri Kecil Sederhana (IKS).

1.2 Tips mencari kerja dan Berjaya dalam temuduga Zaman remaja adalah masa pembentukan identiti diri. Bagaimana seseorang menjalankan fungsinya saat usia remaja akan berpengaruh pada dirinya saat ia memasuki dunia orang dewasa. Keterampilan baik secara akademik, pengenalan diri, mahupun keterampilan bersosialisasi yang diperoleh dari pergaulan sehari-hari semasa remaja merupakan keterampilan fundamental yang akan membentuk keterampilan bekerja pada saat remaja ini memasuki dunia kerja dan dewasa. Namun sayangnya banyak anak usia remaja yang bahkan ketika mereka lulus dari jinjang Sekolah Menengah masih belum mengerti banyak tentang identiti dirinya sendiri, arah kehidupan, maupun karier yang ingin mereka tempuh selanjutnya. Justeru pengkaji akan menelusuri golongan remaja ini dengan memberikan info berkaitan tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga.

1.3 Memperkenalkan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kajian tindakan yang kedua adalah dengan memperkenalkan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Lazimnya, proses pemilihan kerjaya adalah suatu proses mengikut urutan. Maksudnya, ia adalah satu proses di mana individu perlu terlebih dulu mengenali dirinya sendiri, mengenal pasti akan personalitinya, minatnya, kecenderungannya, kebolehannya dan kemahiran yang dimilikinya. Selepas perkara-perkara ini jelas pada individu itu, barulah dia boleh memasuki fasa yang berikutnya iaitu mengenali dunia kerjaya yang ada di sekelilingnya. Rentetan itu, dalam fasa yang kedua ini, pengkaji berusaha membantu

golongan remaja kg ini dengan memperkenalkan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi memudahkan remaja ini hadapan mereka. mengenal pasti apakah peluang-peluang kerjaya yang ada di

1.4 Kepentingan dan Cara Memperkembangkan Industri Kecil Sederhana

Terdapat pelbagai jenis industri yang mempunyai potensi untuk dimajukan dan diceburi oleh seseorang yang berminat dalam memulakan perniagaan. Sebagai contoh industri pembuatan, peruncitan, industri makanan dan sebagainya. Industri yang berasaskan sumber ini memainkan peranan penting kerana ia mempunyai faedah berbanding yang dapat mempengaruhi daya maju industri berkenaan (Rahmah, 2004). Kemunculan beberapa industri dalam sesebuah tempat membawa kepada kewujudan daya saing antara usahawan. Walaupun pelbagai dasar telah digubal dan dilaksanakan khusus untuk pembangunan dan perkembangan IKS, sektor ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan pembiayaan, teknologi, pemasaran dan lain-lain lagi (Rahmah, 2004). Oleh itu, pengkaji akan menelusuri masyarakat kampung ini dalam memberi info berkaitan kepentingan dan cara memperkembangkan Industri Kecil Sederhana.

2.0 Perlaksanaan Kajian Tindakan 2.1 Tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga.

Bagi individu yang masih tidak dapat menentukan mana satu pilihan bidang kerjaya, pelan tindakan yang dilakukan adalah meneruskan usaha membuat penerokaan terhadap bidang kerjaya yang ada. Remaja perlu memulakan semula usaha mengenal diri dan meneroka pilihan yang ada dan membuat semula keputusan. Bezanya, pada tahap ini penerokaan bidang kerjaya hendaklah lebih intensif dan mendalam.

Jadual 1: Kajian Tindakan: Tips mencari kerja dan berjaya dalam temuduga

Bil

Isi Kandungan

Tahap Pemilihan Kerjaya

Aktiviti / Tugasan

Penilaian berkaitan pengalaman, kemahiran dan kebolehan diri

Mengenal diri

Memberi respons kepada senarai semak pengalaman, minat, kemahiran dan kebolehan diri.

Menyediakan profil diri yang lengkap dengan bantuan ajk penyelidik Melengkapkan borang profil diri yang terperinci.

Pengenalan kepada penulisan resume dan surat permohonan jawatan.

Mengambil tindakan

Memberi ceramah ringkas berkaitan penulisan resume dan surat permohonan jawatan

Persediaan menghadapi temuduga kerjaya. Memaparkan lakonan spontan dari ajk penyelidik berkaitan cara- cara menghadapi sesi temuduga.

Saranan kepada remaja / responden

Mengambil tindakan

Memberi tips cara mudah untuk mencari peluang pekerjaan.

2.2 Memperkenalkan agensi-agensi kerajaan dan swasta Selepas individu mengenal dirinya, iaitu mengetahui dengan pasti akan personalitinya, mengetahui minatnya pada kerjaya dan mengetahui akan nilai-nilai dalam kerjaya yang menjadi elemen penting kepadanya, langkah berikutnya yang perlu diberi perhatian adalah mengenali dunia kerjaya. Jadual 2: Kajian Tindakan: Memperkenalkan agensi-agensi kerajaan dan swasta Bil Isi Kandungan Tahap Pemilihan Kerjaya 1 Berkenalan dengan dunia pekerjaan di Malaysia Meneroka pilihan Membuat rujukan kepada borang senarai pengkelasan pekerjaan Penerangan berkaitan jenis-jenis pekerjaan keluaran ( Jabatan Tenaga Rakyat) Aktiviti / Tugasan

Kelulusan minimum bagi mendapatkan sesuatu jawatan

Menyenaikan tiga pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan profil diri

Memberi respons kepada senarai semak keadaan tempat kerja yang disukai.

Mempertimbangkan pilihanpilihan pekerjaan yang ada dengan diri sendiri

Membuat keputusan

Membuat analisis untung rugi setiap pilihan kerjaya yang ada berdasarkan borang

Membuat keputusan berkaitan pilihan kerjaya

yang disediakan.

Menyenaraikan tiga pilihan pekerjaan yang utama dalam borang yang disediakan.

2.3 Kepentingan dan Cara Memperkembangkan Industri Kecil Sederhana

Faktor-Faktor Penentu Daya Saing Perusahaan

Anda mungkin juga menyukai