Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T.

kerana limpah izin serta


rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Taman Bunga, Puan Hajah
Kalsum Binti Shukri yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Encik Fairuz bin Osman,
yang tanpa penat dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat
diselesaikan dengan sempurna. Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan sepanjang
kajian ini disiapkan. Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden
yang telah memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya Siti Sarah,
Nordiana, Fazira dan Syafiqah yang telah bersama-sama dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa
sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini
dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha,
buah fikiran dan mahupun peruntukan kewangan bagi memastikan ianya berjalan dengan
lancar.

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html


PENGENALAN Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar
tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian
lapangan saya adalah (tajuk kajian) dan saya (nama) pelajar tingkatan 3 (nama kelas) dari
sekolah (nama sekolah) telah melakukan kajian ini di kawasan (kawasan kajian). Antara sebab
utama saya memilih kawasan (kawasan kajian) sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan
tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya untuk
membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan
kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan
dalam kerja kursus saya. Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan
sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya
melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk
mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua
responden kerana telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html


OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut: a)
Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian
c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian d) Melukis dan mentafsirkan graf
bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian e) Menghuraikan faktor yang
mempengaruhikegiatan ekonomi di kawasan kajian f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi
yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html


KAEDAH KAJIAN Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif
dan juga kualitatif. Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi
mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Justeru, terdapat empat
kaedah kajian yang telah dipilih bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan bersistematik. 1) Kaedah Pemerhatian Kaedah pertama yang dibuat dalam
melaksanakan kajian ini adalah kaedah pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian atau
tinjauan di kawasan yang saya dapati berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian buat kerja
kursus ini. Ia juga bagi mengenalpasti kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tersebut.
Maklumat yang diperolehi tersebut akan membantu saya dalam melukis dan mentafsir peta
kawasan kajian tersebut 2) Kaedah Temu Bual Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi
mendapatkan maklumat mengenai kajian saya adalah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini
telah dijalankan terhadap beberapa orang informan yang dikenalpasti. Informan tersebut terdiri
daripada orang penting atau berpengaruh di sekitar kawasan Taman Bunga seperti ketua
kampung dan pengerusi jawatankuasa rukun tetangga. Dengan menjalankan kaedah temu bual
ini, saya dapat mengenalpasti beberapa jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya
boleh digunakan sebagai soalan dalam borang soal selidik bagi mendapatkan jawapan yang
lebih menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut. Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada
para informan menerusi temu bual ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam bagi objektif kajian yang ingin dicapai 3) Kaedah Borang Soal Selidik Setelah
menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan kajian saya dengan menggunakan
kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada penduduk di sekitar
kawasan kajian yang telah dipilih. Melalui kaedah ini, saya dapat mengumpul maklumat
berhubung dengan beberapa perkara seperti berikut: i. Menyatakan kegiatan ekonomi di
kawasan kajian ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian iii. Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian
4) Tinjauan Literatur Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, internet
adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman
sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut dapat
memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan. Selain
itu, terdapat beberapa lagi rujukan termasuklah buku berjudul……………. Setiap bahan yang
dirujuk akan disenaraikan di bahagian rujukan laporan ini.

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-ekonomi.html

Anda mungkin juga menyukai