Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada kepada guru Geografi

saya iaitu Puan Amimah binti Ismail yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu saya iaitu Puan Nur Hafeza binti Mohd

Idris kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan

kerja kursus ini.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya dari kelas 3 Teratai yang telah banyak

membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitarTaman

Bersatu yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa

kajian ini dijalankan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik

kalian semua.
PENDAHULUAN

Kajian lapangan ini merupakan tugasan yang wajib untuk dijalankan oleh setiap

murid

Tingkatan 3.Tajuk bagi kajian lapangan saya adalah kegiatan Ekonomi di Taman

Bersatu Kg.Boyan dan Siti Saidatul Shafiqah Binti Muhammad Ghazali pelajar

tingkatan 3 Teratai dari sekolah SMK Convent Taiping telah melakukan kajian ini di

Taman Bersatu K.Boyan.

Saya memilih Taman Bersatu K.Boyan sebagai kawasan kajian kerana ia

merupakan kawasan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah.Ini akan

memudahkan urusan saya membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah

saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya.

Sepanjang saya melakukan kajian ini,saya telah menemu bual beberapa orang

responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat.Saya sangat

bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberi

kerjasama yang baik dan akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam

tempoh masa yang diberikan.


OBJEKTIF KAJIAN

Objekjif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara berikut:

a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian

c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan


kajian
e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian

f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di


kawasan kajian
KAEDAH KAJIAN

Bagi kajian ini saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan
kualitatif. Pemilihan kedua-dua kaedah kajian ini adalah bagi memudahkan
saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan sesuai dengan
kawasan kajian saya.Justeru terdapat 2 kaedah kajian yang telah dipilih bagi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

1)Kaedah Pemerhatian

Kaedah pertama yang saya gunakan adalah kaedah pemerhatian.Saya telah


membuat pemerhatian atau tinjauan di Taman Bersatu K.Boyan.Kaedah ini
dibuat untuk mengenalpasti kegiatan ekonomi yang terdapat di Taman Bersatu
K.Boyan.

Anda mungkin juga menyukai