Anda di halaman 1dari 3

Penghargaan

Saya bersyukur kerana terdapat rakan-rakan saya yang banyak membantu saya
dalam menyiapkan kerja lapangan saya yang bertajuk Alam Kitar Semula dan
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama rakan-rakan saya.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Cikgu Danial bin
Tarlan dan Cikgu Moha Fakhrul Izzat bin Afandi atas bimbingan dan tunjuk ajar
dalam menyiapkan kerja lapangan saya ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Bonda Pengetua, Puan Anita binti Haji
Maizan, kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang
yang terlibat dalam menyiapkan kerja lapangan ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Saya mungkin tidak akan dapat menyiapkan kerja
lapangan ini tanpa panduan dan bimbingan orang lain.
Pendahuluan

Semua murid Tingkatan 3 wajib membuat dan menyiapkan kerja lapangan


berdasarkan tajuk yang dipilih oleh mereka. Saya memilik kerja lapangan yang
bertajuk Alam Kitar Semula dan telah menjalankan kajian ini di sekitar kawasan
tempat tinggal saya iaitu di Taman Pulai Utama.

Saya telah duduk di kawasan Taman Pulai Utama sejak dari kecil dan ia
membuatkan kawasan ini kawasan yang sesuai untuk menjalankan kajian saya.
Selain itu, saya dapat mengenal pasti tingkah laku jiran-jiran saya tentang tajuk
yang dipilih dan ia dapat melengkapkan kajian saya.

Saya diberi masa sebulan untuk melengkapkan kerja lapangan ini dan saya
akan menggunakan tempoh yang diberikan dengan sebaik-baiknya seperti
mencari maklumat dan bahan untuk kerja lapangan ini.
Objektif Kajian

Saya telah menjalani kajian tentang Amalan Kitar Semula di Taman Pulai
Utama. Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

1. Menganalisis konsep dan takrifan amalan kitar semula


2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
3. Mengenal pasti jenis-jenis bahan yang dapat di kitar semula di sekitar
kawasan Taman Pulai Utama
4. Menyenaraikan kepentingan amalan kitar semula di sekitar kawasan
Taman Pulai Utama
5. Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan amalan kitar semula
di kawasan kajian Taman Pulai Utama

Anda mungkin juga menyukai