Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-

AMIN GOMBAK

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN
MELATI,SETAPAK,KUALA LUMPUR

NAMA PELAJAR : DANIAL RAYYAN BN MOHD SAID AL-HUDZARI


KELAS/TINGKATAN : 1 IBNU KATHIR
GURU SUBJEK : NURUL ARSYIAH ABDUL HALIM
TARIKH HANTAR :5 DISEMBER 2023
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta


nikmat masa, tenaga yang dianugerahi kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada Pengetua Sekolah Al-


Amin Gombak Puan Alia binti Md Nazir kerana membenarkan saya dan rakan
sekelas melakukan kajian ini.

Seterusnya, saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan ini kepada


guru yang dihormati, Puan Nurul Arsyiah binti Abdul Halim guru Geografi
tingkatan 1 Ibnu Kathir kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang
menyiapkan laporan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana banyak membantu saya dan memberi sokongan sehingga laporan ini dapat
disiapkan dengan sempurna.

Tidak dilupakan juga penghargaan ini buat rakan-rakan saya yang


membantu saya seperti membuat perbincangan, memberi idea-idea yang bernas
dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang


terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan kerja lapangan
ini.
Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk ”Amalan Kitar Semula di Taman Melati Setapak,
Kuala Lumpur” bagi melengkapkan laporan kerja lapangan Geografi pada tahun
ini. Saya memilih kawasan Taman Melati sebagai kawasan kajian kerana saya juga
merupakan salahsatu penduduk di sekitar kawasan ini. Amalan kitar semula ini
menarik untuk dibuat kajian kerana ia penting untuk kehidupan sekarang dan
generasi akan datang.

Selain daripada itu, saya juga amat berbesar hati kerana dapat melakukan
kajian berkaitan dengan amalan kitar semula ini sekaligus dapat menyemai
semangkat cintakan alam sekitar dalam diri saya sendiri.Saya bersama rakan-
rakan sekelas telah mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan tugasan
ini.
OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenal pasti peratusan di Taman Melati yang menjalankan amalan kitar


semula.

2) Mengetahui jenis amalan kitar semula penduduk di Taman Melati.

3) Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan amalan kitar semula


penduduk di Taman Melati.

4) Mengetahui pendapat-pendapat amalan kitar semula penduduk di Taman


Melati.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian di Taman Melati dari sudut pandang darat fizikial mempunyai
terletak di kawasan tanah pamah dan tanah nya rata. Dari sudut pandang darat
budaya pula ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti Masjid, petempatan,
pejabat pos, balai bomba dan lain-lain.

Di samping itu,Taman Melati juga terletak di kawasan parlimen Wangsa


Maju dan Bahagian Pentadbiran Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Ia juga ditadbir
oleh MPS.
KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian pertama yang saya gunakan ialah soal selidik. Borang soal selidik
diadakan dalam bentuk Google Form kepada penduduk di Taman Melati melalui
aplikasi WhatsApp.

Kaedah kajian kedua pula ialah pemerhatian. Masa lawatan diadakan pada
22 November 2023 untuk memerhatikan kemudahan amalan kitar semula yang
ada.

Kaedah kajian terakhir ialah temu bual. Temu bual dijalankan pada 24
November 2023 dengan penduduk taman melati iaitu Puan Nurul Hana
Shahruddin.

Anda mungkin juga menyukai