Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya berjaya juga
saya menghasilkan kajian lapangan ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan juga ucapan jutaan terima kasih terutamanya, kepada guru pembimbing. Puan
Mardhiah Binti Saleh, selaku guru matapelajaran bagi subjek geografi yang telah banyak
membantu saya untuk menjalankan kajian lapangan ini. Dengan bantuan, dorongan dan tunjuk
ajar beliau membolehkan saya menjalankan kajian lapangan ini dengan jayanya. Seterusnya,
tidak lupa saya ucapkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Mohd
Shahril Bin Abdul Hamid dan Norsuliana Binti Mohd Yusof yang telah banyak membantu
saya dari segi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga turut
merakamkan ucapan terima kasih buat emak saudara saya dan sahabatnya dalam perkongsian
langkah-langkah bagi menyiapkan tugasan ini.
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN Muka Surat

Penghargaan 2

Pendahuluan 3

Objektif kajian 4

Kawasan Kajian 5-7

Kaedah Kajian 8

Hasil kajian 9 -10

Rumusan 11

Rujukan 12

Lampiran
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 1, kami pelajar tingkatan 1 Sekolah
Menengah Agama Saadah Diniah Islamiah diwajibkan untuk menjalankan kajian berdasarkan
kawasan petempatan masing-masing. Saya telah memilih Taman Mahsuri sebagai kawasan
kajian saya kerana kedudukan kawasan ini merupakan tempat kediaman saya. Ekoran daripada
itu, ia dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini dan kos kajiannya murah kerana
saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian, sebaliknya saya cuma
pergi menaiki basikal dan berjalan kaki. Selain itu, saya juga berminat untuk mengkaji dengan
lebih lanjut tentang petempatan dan perkembangan di kawasaan ini. Di samping itu, sambutan
dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan juga mesra. Saya memerlukan
masa selama seminggu untuk menjalankan kajian ini. Saya telah menemuramah beberapa orang
responden untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kegiatan ekonomi penduduk
di situ, masalah-masalah yang dihadapi dan juga langkah-langkah untuk mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak telah banyak
membantu saya menyiapkan kajian lapangan ini. Ia secara tidak langsung dapat menjimatkan
masa dan memudahkan kerja saya bagi melengkapkan kajian lapangan Geografi tempatan ini
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang ciri fizikal
dan budaya yang ada di kawasan sekitar Taman Mahsuri.

2. Mengetahui fungsi petempatan di kawasan tempat tinggal saya.

3. Mengenalpasti pola petempatan kajian lapangan yang terdapat di tempat tinggal saya.

4. Mengkaji dapatan maklumat bagi menghuraikan punca dan faktor yang dihadapi
penduduk setempat.

5. Mencadangkan usaha-usaha dan langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi halangan
yang terdapat di kawasan kajian .
PETA NEGERI DAN DAERAH KAWASAN PETEMPATAN
PETA KAWASAN KAJIAN : TAMAN MAHSURI

LAKARAN PETA KEDIAMAN SAYA


KAWASAN KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian ini di kawasan kediaman saya iaitu Taman Mahsuri, Sungai
Limau Dalam, Yan Kedah.Sejarah ringkas tentang Taman Mahsuri ini ialah terletak di laluan
utama dari Yan ke Alor Setar atau Kuala Kedah.Kisah kewujudannya tiada langsung berkaitan
dengan sejarah Lagenda Mahsuri di Langkawi. Namun namanya cukup istimewa. Sekitar tahun
2012, Kawasan ini hanyalah kawasan pertanian bagi tanaman padi pada awalnya. Namun, pada
tahun 2013, Pemaju daripada Syarikat Teguh Harian telah meneroka seterusnya membina taman
perumahan untuk didiami di kawasan ini. Kedudukannya dalam Negeri Jelapang padi yang
dikenali Negeri Kedah. Taman Mahsuri juga terletak di salah satu daerah di Negeri Kedah iaitu
Daerah Yan. Pada awalnya Taman Mahsuri ini merupakan kawasan pertanian bagi penanaman
sawah padi. Daya tarikan Taman mahsuri ini adalah berhampiran dengan Pulau Bunting yang
merupakan kawasan Pembangunan Berintegrasi Pusat Gas dan Logikuasa di Negeri Kedah.
Kawasan ini terletak 11 km dari bandar Guar Chempedak .

Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian kerana rumah dan sekolah saya terletak
dalam kawasan ini. Kawasan ini dilengakapi dengan kemudahan infrakstruktur dan boleh
menjana ekonomi penduduk setempat. Pola petempatan bagi kawasan kediaman saya adalah
petempatan berpusat kerana memiliki ciri-ciri tersebut rumah dan banggunan dibina secara rapat
dan menjadi tumpuan penduduk. Selain itu, Terdapat banyak kemudahan yang melibatkan pusat
perniagaan , pelabuhan dan rumah ibadat.
KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan

ialah :

1. Pemerhatian.

Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama rakan dan ahli keluarga saya untuk
melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut.

2. Soal Selidik.

Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk-penduduk taman .

3. Rujukan

Saya telah membuat banyak rujukan dari internet, buku ilmiah serta buku teks geografi serta
beberapa buku rujukan geografi yang lain.

4.Temu ramah

Saya menemu ramah beberapa penduduk taman yang turut menjana ekonomi di kawasan
petempatan ini bagi menampung kehidupan seharian.

SUMBER RUJUKAN

 Majalah
 Internet
 Buku Teks Geografi Tingkatan 1
 Borang kaji selidik

RUMUSAN

Berdasarkan kajian lapangan geografi ini, Banyak info yang saya perolehi secara
terperinci. Ia secara tidak langsung memberi pengalaman dan pengetahuan baharu yang amat
berguna kepada saya.

Melalui kajian ini saya berpeluang mengenal pasti jenis petempatan yang terdapat di Taman
Mahsuri. Saya juga berpeluang berkomunikasi dengan responden – responden yang terdiri
daripada jiran tetangga, orang awam dengan terperinci untuk mengetahui secara mendalam
petempatan di kawasan ini.

Melalui kajian ini, saya dapat menyelami masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di sini.
Mereka mengalami banjir kilat ekoran sistem pengaliran air di saluran longkang yang lambat
mengalirkan air ke saluran utama. Masalah ini berpunca daripada beberapa kawasan petempatan
di kawasan ini adalah rendah. Beberapa kejadian air bertakung seterusnya menyebabkan
kejadian banjir kilat telah berlaku berulang kali apabila hujan lebat yang berterusan melanda di
kawasan ini. Beberapa buah rumah turut terkesan dengan banjir kilat yang melanda termasuklah
rumah saya. Banyak perabot dan peralatan elektrik yang telah rosak dan segelintir penduduk
mengalami kerugian yang banyak dan gangguan emosi.

Beberapa langkah telah diambil secara drastik oleh ajk penduduk Taman Mahsuri di sini
dengan memecahkan beberapa saliran longkang seterusnya mengalirkan saluran air yang telah
memenuhi longkang dan kawasan petempatan ke kawasan sawah padi yang berhampiran dengan
kawasan tersebut. Beberapa bantuan telah disalurkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan
beban dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wang bagi kelangsungan hidup. Cadangan
dan beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan adalah seperti
mengadakan kempen anti kesedaran “tidak membuang sampah merata-rata” dan gotong royong
untuk membaiki saluran longkang di kawasan tersebut. Selain itu kempen Kitar Semula Barang
Terbuang turut diadakan bagi membendung masalah tersebut.

Saya berharap agar beberapa langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak yang terlibat
dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat dan kejadian banjir kilat tidak
berulang kembali.

Borang Soal Selidik Geografi Tingkatan 1


Tajuk : Petempatan Taman Mahsuri Sungai Limau Yan, Kedah

Nama : ___________________________________
Alamat : ______________________________________
Umur : _____________________

Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

1. Apakah pola petempatan di kediaman anda ?


Petempatan Berpusat Petempatan Berkelompok
Petempatan Berjajar Petempatan Berselerak

2. Pada pendapat anda apakah pola petempatan yang berada di sekitar Daerah Yan ?

Petempatan Berpusat Petempatan Berkelompok


Petempatan Berjajar Petempatan Berselerak

3. Pada Pendapat anda , apakah jenis petempatan di Taman Mahsuri Sungai Limau ?
Bandar
Luar bandar

4. Apakah pekerjaan penduduk setempat di Taman Mahsuri ?

Kerajaan Pencen
Swasta Pelajar
Bekerja sendiri Tidak Bekerja
Hasil Kajian

Faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah di Taman Mahsuri :

Antara jenis guna tanah di Taman Mahsuri ialah Kawasan petempatan

a) Bentuk Muka Bumi

Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah menjadi pilihan utama dan penting kerana tanah
pamah adalah tanah yang rata dan sesuai untuk membina tapak perumahan dan sesuai untuk
kegiatan pertanian. Jenis-jenis rumah yang sering dibina di sini ialah rumah banglo, rumah
berkelompok dan rumah berkembar.

b) Infrastruktur

Kemudahan sedia ada di suatu kawasan juga mempengaruhi pembangunan guna tanah
petempatan. Penduduk setempat menjana ekonomi di kawasan tersebut dengan jualan burger,
jualan food truck dan kedai makan Nasi Kandar Mahsuri. Kawasan petempatan ini dilengkapi
banggunan rumah kedai . Sektor Perkhidmatan seperti klinik Pergigian dan rawatan, Bank Islam,
Pejabat Rela ,kedai runcit, kedai makan, kedai pakaian dan lain-lain lagi. Kemudahan seperti ini
memang merupakan satu keperluan yang selesa bagi setiap penduduk.

Kesan guna tanah petempatan terhadap alam sekitar

a) Peningkatan suhu

Pembakaran terbuka apabila tiba musim mengerat padi membuatkan haba terperangkap
seterusnya meningkatkan suhu sekitar petempatan. Kadang-kadang dengan bantuan angin
pembakaran itu menjadi lebih teruk dan sukar dikawal dan perlu meminta bantuan bomba untuk
memadam api di kawasan tersebut.

b) Pencemaran Udara

Pelepasan asap dan habuk jerami akibat pembakaran terbuka menyebabkan pencemaran alam
sekitar seterusnya menyebabkan penduduk setempat kurang selesa kerana habuk pembakaran
tersebut boleh mengotorkan kawasan perumahan dan boleh memudaratkan kesihatan.
c) Pencemaran bunyi

Aktiviti seharian manusia yang menggunakan jentera seperti mesin padi dan traktor menambah
bunyi serta menganggu ketenteraman dan keharmonian penduduk setempat. Selain itu pengguna
teknologi terkini iaitu dron yang kadang kala boleh membahayakan keselamatan apabila
mengalami masalah teknikal.

RUJUKAN

1. Hisham Azman bin Ibrahim(2016) Geografi Tingkatan 1,Cheras KualaLumpur

2. https://images.app.goo.gl/MBrCk9xjxQpYw5319

3. https://maps.app.goo.gl/dsQsrZeo1ibir77A6

4. https://www.slideshare.net/nursyafiqah7172/contoh-kerja-kursusgeografi20111

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Mata_angin.jpg
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAADAH AL-DINIAH ISLAMIAH

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1


PETEMPATAN

NAMA : NUR MADIHAH BINTI MOHD SHAHRIL


KELAS : 1 AL FARABI
SUBJEK : GEOGRAFI BAB – 9 PETEMPATAN DI MALAYSIA
NAMA GURU: PN. MARDHIAH BINTI SALEH

Anda mungkin juga menyukai