Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN

Bulan Penghayatan Kemerdekaan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Patriotisme dalam


kalangan warga SMK USJ 8. Dengan adanya program seperti ini murid-murid akan dapat
menghayati nilai-nilai patriotisme seperti cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara
serta sanggup berkorban untuk negara.

2. OBJEKTIF
2.1 Mendidik para pelajar dan semua warga SMK USJ 8 menghayati kemerdekaan yang telah
dicapai oleh negara di samping menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan tersebut.

2.2 Memupuk semangat muhibbah dan kerjasama erat antara pelajar dan warga SMK USJ 8
yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan
Patriotik.

2.3 Mendidik para pelajar agar mengisi kemerdekaan yang sedang mereka kecapi dengan
menjadi generasi muda yang berwawasan, cinta akan agama, bangsa dan tanah air mereka
serta rela berkorban demi negara yang tercinta.

2.4 Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga SMK USJ 8 tentang pengorbanan yang
telah dibuat oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan seterusnya sentiasa menghormati
mereka dan menghargai serta mencontohi perjuangan mereka.

2.5 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan sekali gus mengeratkan perpaduan dalam
kalangan warga sekolah

2.6 Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar melalui aktiviti dan penghasilan tugasan yang
menarik.

2.7 Memupuk semangat kerjasama dan sikap tidak mudah putus asa dalam kalangan pelajar
semasa melaksanakan aktivti yang dirancang.
3. SASARAN
Semua guru dan murid SMK USJ 8, Subang Jaya, Selangor.

4. PELAKSANAAN

1. Pelancaran Bulan Kibarkan Jalur Gemilang


Tarikh: 21 Julai 2014
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK USJ 8
Masa: 7.30 – 8.40 (sesi pagi)
5.30 – 6.50 (sesi petang)

2. Majlis Perutusan Hari Kemerdekaan


Tarikh: 29 Ogos 2014
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK USJ 8
Masa: 7.30 – 8.40 (sesi pagi)
5.30 – 6.50 (sesi petang)

3. Majlis Penutupan Kemerdekaan


Tarikh: 12 September 2014
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK USJ 8
Masa: 5.30 – 6.50 (sesi petang)
5. JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa Induk:

Penasihat: Puan Hajjah Normawati binti Tajuddin (Pengetua SMK USJ 8)


Pengerusi 1: Puan Rohani binti Mohd Nor (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi II: Puan Lee Mui Hwa (Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi: Puan Azlina binti Mohammad Isa (GKMP Kemanusiaan)

Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi: : Puan Azlina binti Mohammad Isa (GKMP Kemanusiaan)


Setiausaha/ Dokumentasi: Puan Jayanthi a/p Karuppiah (Guru Penasihat Kelab Rukun Negara)
Pelancaran Perasmian & Backdrop: Panitia Sejarah/ Panitia Pendidikan Seni Visual(PSV)
Buku Program: Panitia Pendidikan Seni Visual
Kibaran Bendera: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Bahan Edaran: Kelab Rukun Negara
Hadiah: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Fotografi: Panitia Pendidikan Seni Visual
Persiapan Tempat: Panitia Sejarah / Pengawas sekolah
Juruacara & Siaraya: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
6. PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN

Bil. Panitia Aktiviti

1. Sejarah Kuiz Sejarah Kemerdekaan bagi semua tingkatan


- Soalan ditanya selepas perhimpunan pagi bagi
sesi pagi.
- Soalan disoal mengikut tingkatan
- Setiap tingkatan disoal 3 soalan dan hadiah
diberikan selepas murid menjawab soalan
dengan betul.

2. Pendidikan Seni Visual PertandinganMmelukis Poster


- Suasana Kemerdekaan (Tingkatan 4) bagi sesi
pagi
Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang (Pagi)
Pertandingan Kain Rentang Kemerdekaan (Petang)

3. Kelab Rukun Negara Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tingkatan 1


dan 4) sesi pagi dan (Tingkatan 1 dan 2) sesi petang
- Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan
(3 orang dalam satu kumpulan)

4 Pendidikan Sivik dan Menghias Basikal Bertemakan Kemerdekaan


Kewarganegaraan (PSK) - Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan
(2 orang dalam satu kumpulan)
- Terbuka kepada semua murid di sesi pagi iaitu
Tingkatan Peralihan, Satu, Tiga dan Empat.
7. SENARAI NAMA PEMENANG BAGI AKTIVITI SEPANJANG BULAN
PENGHAYATAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Bil. Panitia Aktiviti

1. Sejarah Kuiz Sejarah Kemerdekaan bagi semua tingkatan


- Hadiah diberikan kepada murid yang berjaya
menjawab soalan yang dipilih secara rawak.

2. Pendidikan Seni Visual Pertandingan Melukis Poster


Tempat Pertama: Satra bt. Isnain (4G)
Tempat Kedua: Farah Shahira bt. Abdullah (4G)
Tempat Ketiga: Nur Fazira bt. Jumat (4E)

Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang (Pagi)


Tempat Pertama:
Tempat Kedua:
Tempat Ketiga:

Pertandingan Kain Rentang Kemerdekaan


(Petang)
Tempat Pertama:
Tempat Kedua:
Tempat Ketiga:

3. Kelab Rukun Negara Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tingkatan


1 dan 4) sesi pagi dan (Tingkatan 1 dan 2) sesi petang
Tempat Pertama: Kumpulan 1 KRK (Sesi Pagi)
1. Alyssa Chloe Lim
2. Natalie Ng siew Yi
3. Emily Jean Legada
Tempat Pertama: Kumpulan (Sesi Petang)
1.
2.
3.

4. Pendidikan Sivik dan Menghias Basikal Bertemakan Kemerdekaan


Kewarganegaraan Tempat Pertama:
1. Nur Ain Fazlin (3E)
2. Fatin (4D)
Tempat Kedua:
1. Siti Nur Liyana (1B)
2. Noor Ambia (1B)
Tempat Ketiga:
1. Nurul Adilah (4B)
2. Faridah Haris (4B)
8. ATUR CARA MAJLIS

I) PELANCARAN BULAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PADA 21 JULAI 2014

Masa Atur Cara


7.30 pagi Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku sambil menaikkan Jalur Gemilang
Nyanyian lagu Negeri Selangor
Ucapan Pelancaran Kibaran oleh Pengetua
Upacara Pelancaran Jalur Gemilang
8.45 pagi Bersurai

II) PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PADA 29 OGOS 2014

Masa Atur Cara


7.30 pagi Bacaan Doa
Menaikkan Jalur Gemilang
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri Selangor
Ucapan sempena Hari Kemerdekaan oleh Pengetua
Upacara Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 Peringkat
Sekolah
Penyampaian Hadiah
Persembahan Nyanyian lagu Patriotik
Nyanyian Lagu-lagu Patriotik olehWarga SMK USJ 8
Laungan Kemerdekaan
8.40 pagi Majlis Bersurai
III) MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PADA 12 SEPTEMBER 2014

Masa Atur Cara


5.30 petang Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku sambil menaikkan Jalur Gemilang
Nyanyian Lagu Negeri Selangor
Ucapan Penutupan Bulan Kemerdekaan
Persembahan Murid
-
-
Nyanyian Lagu Patriotik
6.50 petang Majlis Bersurai
9.LAPORAN AKTIVITI MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Pada 21 Julai 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8 telah melancarkan Bulan
Kibarkan Jalur Gemilang di peringkat sekolah bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang
ke-57 bertemakan ‘ MALAYSIA............ Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’.

Pelancaran Bulan Kibarkan Jalur Gemilang ini dirasmikan oleh, Yang Berusaha Puan
Hajjah Normawati binti Tajuddin, Pengetua SMK USJ 8. Majlis pelancaran ini disambut
bersama-sama dengan guru-guru dansemua murid SMK USJ 8 yang diadakan di Dataran
Perhimpunan. Oleh itu, pihak sekolah akan mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16
September sebagai tanda menyagut seruan kerajaan untuk kibarkan Jalur Gemilang. Majlis ini
berjalan lancar dan dimeriahkan lagi dengan acara mengibarkan Jalur Gemilang yang dimulakan
oeh Puan Pengetua. Maka berkibarlah Jalur gemilang dengan megahnya semasa pelancaran
tersebut.

Bulan Kemerdekaan ini telah berlangsung sehingga 12 September 2014. Sepanjang


bulan ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjaya dilaksanakan oleh murid-murid tingkatan
satu hingga lima. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Sejarah Kemerdekaan,
Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Kolaj Jalur Gemilang, Pertandingan Kain Rentang
Kemerdekaan, Pertandingan Menyanyi Lagu patriotik dan Pertandingan Menghias Basikal
Bertemakan Kemerdekaan.

Sehubungan dengan itu, semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang
sederhana sahaja. Semua aktiviti ini disertai oleh murid-murid tingkatan peralihan, satu, dua dan
empat sahaja. Keadaan ini adalah disebabkan juga bagi murid tingkatan tiga dan lima akan
menghadapi peperiksaan percubaan, maka mereka dikecualikan dari menyertai sebarang
pertandingan sempena bulan kemerdekaan ini kecuali kuiz sejarah kemerdekaan. Namun begitu,
Bulan Kemerdekaan ini diserikan lagi dengan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 29
Ogog 2014.
Oleh itu, pelbagai persembahan murid telah dipersembahkan sebagai acara tahunan
yang diadakan di peringkat sekolah. Antara persembahannya ialah nyanyian lagu patriotik
secara berkumpulan yang mendapat tempat pertama, kedua dan persembahan dari kelas 1 KRK.

Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan ini diakhiri dengan Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan yang diadakan oleh sesi petang........................................................

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid
SMK USJ 8 yang telah menjayakan semua majlis dan aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan pada
tahun 2014.
10. PENUTUP

Program sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini berjalan lancar lebih kurang dua bulan
iaitu pada 21 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran tentang erti kemerdekaan kepada semua warga
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8. Di samping itu, dapat meneruskan perjuangan pejuang
kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai