Anda di halaman 1dari 18

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI

NAMA : IAN MIKHAIL BIN ASRIZAM


KELAS : 1 DINAMIK
GURU : ENCIK ZURI AFIZU MAT JUSOH
TAJUK : HURAIKAN SISA DOMESTIK DARI SEGI
JENISNYA, KESAN PEMBUANGANNYA
DAN CARA-CARA MENGURANGKAN KESAN
PEMBUANGANNYA KEPADA MANUSIA
KANDUNGAN
M/S TAJUK

3 Penghargaan
4 Pendahuluan

5 Objektif kajian

6 Kawasan kajian

7 Kaedah kajian

8-13 Hasil kajian

14 Rumusan

15 Rujukan

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugasan Kajian Lapangan Geografi.
Dengan kesempatan yang saya ada ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada Encik Zuri Afizu Mat Jusoh, selaku guru mata pelajaran Geografi kerana bimbingan dan tunjuk ajar
beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada guru saya, Encik Zuri Afizu Mat Jusoh.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan
saya ini. Segala kekurangan harap dimaafkan.
PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar sekolah menengah. Tajuk kajian lapangan saya adalah
berkaitan sisa domestik. Saya telah memilih untuk menjalankan kajian sisa domestik di Sunway Kayangan, Shah
Alam. Saya memilih Sunway Kayangan kerana tempat ini merupakan tempat tinggal saya.
Antara sebab utama saya memilih kawasan ini kerana saya dibesarkan di tempat ini. Oleh itu, adalah
lebih mudah untuk saya menjalankan kajian di sini. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru
memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kajian lapangan Geografi saya.
Perkara ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk menyempurnakan
tugasan saya ini.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan kajian lapangan ini selama satu bulan.
Bagi saya, tempoh yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan kajian lapangan ini dengan sempurna bagi
mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya menggunakan satu bulan untuk mengumpul semua
bahan iaitu peta lakaran, kawasan tempat, hasil kajian, rumusan dan keseluruhan kajian saya.
Saya bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya dalam
membantu usaha-usaha bagi mengatasi masalah sisa domestik di tempat tinggal saya di masa hadapan.
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam membuat kajian saya tentang pembuangan sisa-sisa domestik di Sunway Kayangan telah merangkumi
beberapa objektif seperti berikut,

(a) Menghuraikan konsep dan takrifan sisa domestik


(b) Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik
(c) Mengenal pasti punca-punca pembuangan sisa domestik
(d) Mengkaji kesan-kesan sisa domestik
(e) Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Sunway Kayangan. Kawasan Sunway Kayangan terletak 11 km dari bandar Shah
Alam. Hanya mengambil 15 minit dari Sunway Kayangan ke pusat bandar utama Shah Alam.
Terdapat 1000 orang penduduk di Sunway Kayangan, Kebanyakan penduduk terdiri daripada kaum
Melayu. Diikuti dengan kaum cina, india dan lain-lain.
Pada awalnya, kawasan Sunway Kayangan ini merupakan ladang kelapa sawit. Ladang ini milik seorang
ahli politik yang bernama Lee Kim Sai. Kemudian, tanah ini dibeli oleh Sunway Monterez Sdn. Bhd. Kawasan
Sunway Kayangan ini berjiran dengan Kayangan Heights, Cahaya SPK dan juga berhampiran dengan Bukit
Jelutong.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalan kajian lapangan ini. Antaranya seperti berikut:
A) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian tentang kawasan kajian saya iaitu Sunway Kayangan. Saya memerhatikan
keadaan dan jenis sisa domestik yang berada di kawasan Sunway Kayangan.

B) Temu bual
Saya telah membuat temu bual bersama beberapa orang penduduk Sunway Kayangan. Kandungan soalan temu
bual tersebut berkaitan tentang jenis sisa domestik di kawasan kajian, punca pembuangan sisa domestik di
kawasan kajian, kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian dan langkah-langkah mengurangkan
pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.

C) Rujukan
Saya telah membuat rujukan melalui Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tentang sisa
domestik. Tambahan pula, saya juga merujuk akhbar tentang sisa domestik di Malaysia. Saya juga telah melayari
internet berkaitan sisa domestik untuk mendapatkan maklumat tambahan,
HASIL KAJIAN

Maksud Sisa Domestik


Sisa domestik ialah sisa atau saki baki yang dibuang dari kawasan rumah kediaman yang tidak diperlukan lagi.
Contoh-contoh sisa domestik ialah sisa makanan, plastik, kertas, kaca dan bahan logam terpakai.

Jenis-jenis Sisa Domestik


Berdasarkan kajian yang saya lakukan, saya telah memperolehi bahawa sisa domestik di Sunway Kayangan
dapat dikelaskan kepada dua iaitu

1) Bahan Terbiodegradasikan
Bahan terbiodegradasikan ialah bahan yang boleh direputkan dan diuraikan secara semula jadi. Contoh bahan
terbiodegradasikan yang terdapat di Sunway Kayangan ialah sisa makanan dan tisu.
2) Bahan Tidak Terbiodegradasikan
HASIL KAJIAN
Bahan tidak terbiodegradasikan ialah bahan yang tidak boleh direputkan dan diuraikan. Contoh bahan tidak
terbiodegradasikan yang terdapat di Sunway Kayangan ialah plastik sampah, tin minuman dan bekas
polisterin.
Punca Pembuangan Sisa Domestik
Jadual berikut menunjukkan punca pembuangan sisa domestik mengikut bilangan responden
Bil. Punca pembuangan sisa domestik Bilangan responden

1. Sikap masyarakat kurang kesedaran diri 4

2. Penduduk mementingkan sendiri 2

3. Masyarakat tidak prihatin 1


HASIL KAJIAN

Punca Pembuangan Sisa Domestik


Berdasarkan kajian yang saya lakukan, saya telah memperolehi beberapa punca yang mempengaruhi
pembuangan sisa domestik di Sunway Kayangan. Antaranya ialah,

1) Sikap Masyarakat Kurang Kesedaran Diri


Punca pertama ialah sikap masyarakat yang kurang kesedaran diri. Masyarakat yang bersifat malas dan
sambil lewa. Hal ini menyebabkan persekitaran yang penuh dengan sampah.
2) Penduduk Mementingkan Diri Sendiri
Punca kedua ialah penduduk yang sentiasa mementingkan diri sendiri. Penduduk yang tidak melakukan
tanggungjawab dan tidak peduli terhadap alam sekitar. Disebabkan itu, pelbagai masalah berlaku seperti
longkang tersumbat.
3) Masyarakat Tidak Prihatin
Punca terakhir ialah masyarakat yang tidak prihatin. Penduduk yang tidak mengambil berat tentang menjaga
dan memelihara alam sekitar. Sebagai contoh, penduduk yang membuang sampah merata tempat.
HASIL KAJIAN

Kesan Pembuangan Sisa Domestik


Berdasarkan kajian yang saya lakukan, saya telah memperolehi beberapa kesan yang mempengaruhi
pembuangan sisa domestik di Sunway Kayangan. Antaranya ialah,

1) Persekitaran Yang Kotor


Persekitaran yang kotor berpunca daripada pembuangan sisa sampah di merata-rata tempat. Hal ini
disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak peduli terhadap alam sekitar. Sunway Kayangan
menghadapi masalah ini sejak penambahan penduduk.
2) Kepupusan Flora Dan Fauna
Kawasan di Sunway Kayangan dipenuhi dengan pokok-pokok dan hutan. Kini, pokok-pokok telah ditebang
dan digantikan dengan kawasan petempatan. Hal ini telah menyebabkan habitat flora dan fauna musnah
akibat habitat mereka dimusnah.
3) Pencemaran Bau
HASIL KAJIAN

Kesan terakhir ialah pencemaran bau. Sisa sampah yang tidak terurus akan menyebabkan udara tercemar
dengan bau busuk. Disebabkan itu, penduduk akan berasa tidak selesa. Selain itu, udara juga akan menjadi
kotor dan tidak berkualiti.
HASIL KAJIAN

Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik


Berdasarkan kajian yang saya lakukan, saya telah memperolehi beberapa langkah untuk mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik di Sunway Kayangan. Antaranya ialah,

1) Mengadakan Kempen Kesedaran


Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengadakan kempen kesedaran tentang alam sekitar. Aktiviti ini
harusnya sekurang-kurangnya diadakan sekali setiap bulan. Hal ini menyebabkan penduduk akan lebih
berilmu dan lebih menyayangi alam sekitar.
2) Menegur Jiran
Setiap individu hendaklah bertanggungjawab untuk memerhati dan menegur jiran yang membuang sampah
merata tempat. Perbuatan ini bukan sahaja akan membantu memelihara alam sekitar, malah dapat juga
memberi kesedaran kepada jiran.
3) Melatih Diri Sejak Kecil
HASIL KAJIAN

Penduduk di Sunway Kayangan perlulah melatih diri untuk tidak membuang sampah di merata tempat sejak
kecil. Perbuatan yang boleh membantu ialah seperti menyertai aktiviti gotong-royong dan memasuki kempen
alam sekitar.
RUMUSAN

Saya sangat bersyukur saya dapat menyelesaikan tugasan kajian lapangan Geografi ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Semasa menjalankan kajian ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan, pengajaran
dan nilai berkaitan kepentingan alam sekitar. Saya juga dapat memahami keburukan pembuangan sisa
domestik ke atas alam sekitar di Sunway Kayangan. Daripada situ, lahirlah semangat usaha untuk mengatasi
masalah tersebut.
Akhir kata, sebagai penduduk yang prihatin terhadap alam sekitar, seharusnya berusaha untuk
menyelesaikan pembuangan sisa domestik walaupun secara individu atau bermasyarakat. Pihak Sunway
Kayangan perlulah lebih bertanggungjawab dan mengambil langkah yang sewajarnya.

RUJUKAN

1. Buku Teks/Buku Rujukan


Buku Teks Geografi Tingkatan 1
2. Akhbar https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-37890-tan-sisa-
setiap-hari

3. Internethttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik https://www.renovablesverdes.com/ms/bahan-
terbiodegradasi/ https://kampussejahtera.usm.my/index.php/activities/147-kepentingan-kelestarian-dalam-
memulihara-danmemelihara-alam-sekitar

LAMPIRAN
Peta lakar Sunway Kayangan Jawapan beberapa responden

Anda mungkin juga menyukai