Anda di halaman 1dari 6

KERJA LAPANG GEOGRAFI 2017

TAJUK: MASALAH PEMBUANGAN SISA DOMESTIK YANG TIDAK TERANCANG (PUNCA, KESAN, LANGKAH
MENGATASI) DI BANDAR LAWAS (PAGE 1)

PENGHARGAAN (PAGE 2)

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Menengah Lawas, En. Sawal bin Haji Pandin kerana telah memberi sokongan dan
dorongan kepada saya ketika menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga turut ingin berterima
kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu ...............................................dan .................................kerana telah memberi saya semangat
dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan
membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada
penduduk setempat. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya
iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen
ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh
semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

PENDAHULUAN (PAGE 3)

Tajuk kerja lapangan saya ialah masalah pembuangan sisa domestic yang tidak terancang
(punca, kesan, langkah, langkah mengatasi) di Bandar Lawas. Tujuan saya memilih tajuk ini
kerana Bandar Lawas semakin dicemar oleh sisa-sisa buangan dan langkah-langkah mengatasi
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah ini.

OBJEKTIF KAJIAN (PAGE 4)

Kerja lapangan ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif berikut:

(a) Menyatakan konsep sisa domestic


(b) Menghuraikan factor-faktor atau punca-punca pembuangan sisa domestic yang tidak
terancang di kawasan kajian.
(c) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestic yang tidak terancang di kawasan
kajian.
(d) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestic di
kawasan kajian.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Daerah Lawas. Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang
terletak di Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Kedudukan Daerah Lawas yang stragetik iaitu
bersempadan dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan
Labuan menjadikan Daerah Lawas sebagai tumpuan pelancong luar terutamanya penduduk
Brunei. Keadaan alam semulajadi yang berbukit bukau serta kehijauan floranya menjadikan Lawas
daerah yang kaya dengan segala hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayurannya.

KAEDAH KAJIAN

(a) Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian di kawasan Lawas pada bulan Oktober. Saya melawat
ke sekitar pekan dan kampong-kampung yang di Daerah ini.

(b) Rujukan
Saya telah merujuk buku-buku di Perpustakaan Lawas. Selain itu, saya juga melayari
laman sesawang untuk mendapatkan informasi yang diperlukan.

(c) Soal selidik


Saya telah menjalankan soal selidik di kalangan 10 orang penduduk di Daerah Lawas.

HASIL KAJIAN

6.1 KONSEP SISA DOMESTIK

Sisa domestik ialah S i s a b u a n g a n p e p e j a l s e p e r t i s i s a m a k a n a n , b o t o l , p l a s t i k ,


k e r t a s d a n bahan logam terpakai. S i s a b u a n g a n t o k s i d s e p e r t i m i n y a k
m a s a k / e n j i n , l e b i h a n r a c u n rumpai/serangga dan hampas organic. S i s a
d o m e s t i k a d a l a h d a l a m b e n t u k p e p e j a l , c e c a i r d a n s e p a r a pepejal.
Majoriti sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya dari tindak
balas semulajadi alam sekitar. Contoh sisa domestic ialah plastik, kaca, dan sisa makanan.

6.2 FAKTOR/PUNCA MASALAH PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

6.2.1 Sikap masyarakat yang tidak prihatin

Di sebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang
paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap
masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang
sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala
kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak
diendahkan. Sikap ini seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin
inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula
menjadi penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

6.2.2 Pengurusan sisa domestik yang tidak sistematik

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan yang negatif kepada
alam sekitar. Pencemaran daripada sisa pepejal terjadi akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak
sistematik. Hal ini termasuklah kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi ancaman
kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah “open
dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia dan masih
dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di mana semua sisa pepejal yang telah dikutip
daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan sampah
secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau serta membawa
kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit. Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam mengurus dan merancang perkhidmatan
bandar terutamanya cara pungutan sisa buangan, bilangan pengangkutan ditambah pula dengan kos
tenaga buruh yang tinggi.

6.2.3 Pertambahan jumlah penduduk


Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal.
Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa
pepejal sehari. Jika dikira dengan jumlah penduduk Lawas kini, sememangnya faktor pertambahan
penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa domestik Negara ini.

6.3 KESAN-KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK YANG TIDAK TERANCANG DI


KAWASAN KAJIAN

Kesan pembuangan toksik terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara.Mengikut
laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar utusan pengguna pada
tahun 2001,menunjukkan jumlah keluaran bahan pencemar di Malaysia di anggarkan sebanyak
933000 tan setahun.Pencemaran udara juga berlaku di sebabkan oleh kenderaan bermotor,stesen jana
kuasa dan pembakaran secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keadaan ini berlaku
di sebabkan bahan-bahan berada dalam kepekatan yang tinggi,seterusnya mengganggu dan
membahayakan kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda.Bahan-bahan
terdiri daripada bentuk habuk,kabus,wap dan gas.Gas-gas yang terkandung di dalamnya ialah karbon
monoksida,nitrogen oksida dan sebagainya.Pembangunan dan pengurusan yang tidak terangcang
boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada
alam sekitar kerana karbon dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan bermotor akan menjejaskan
kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.Keseluruhannya dapatlah dijelaskan bahawa
pembuangan toksik berlaku melalui industri perkilangan ,kerja-kerja pembinaan dan
sebagainya.Kesan dari ini juga menyebabkan berlakunya kejadiaan jerebu yang menjejaskan aktiviti
manusia seperti aktiviti pertanian.
Selain itu,kesan seterusnya ialah pencemaran air.Pencemaran air menyebabkan berlakunya
perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi
kesan terhadap hidupan.Kesan yang akan dialami oleh manusia seperti cirit birit,muntah dan
sakit perut.Pencemaran ini berlaku dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan-bahan pencemar yang
menyebabkan pencemaran air ialah dalam bentuk gas,cecair dan pepejal.Pencemaran ini berlaku
melalui pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan dari kilang ke sungai.Di samping
itu,pembuangan sampah sarap ,najis turut menyebabkan pencemaran air.Sesetengah penduduk
bandar atau kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak di rawat terlebih
dahulu.Manakala,kilang pula turut membuang bahan beracun ke dalam sungai.Seterusnya
menyancam kehidupan akuatik seperti ikan,udang dan sebaganya.Baja dan racun perosak yang
diguna oleh petani juga di bawa oleh air hujan seterusnya mengalir masuk ke sungai.

Seterusnya,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran laut. aktiviti manusia


seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta pembuangan secara terbuka turut memberi kesan
kepada pencemaran alam sekitar.Sikap yang tidak bertanggungjawab telah membuta hati dan
perasaan manusia terhadap alam sekitar .Tambahan pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan
kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut .Walaupun
meyedari kesan yang akan berlaku tetapi tidak dihiraukan oleh mereka.Selain itu mereka kurang
pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta mengelak piawaian
keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran tanah.Pencemaran


ini berlaku akibat daripada tindakan manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangn
kesuburan dan hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang berbentuk
cecair dan pepejal .Seterusnya ,bahan pencemar terdiri daripada bahan organik ,kimia ,atau
fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan menggangu aktiviti pertanian ,khususnya bagi golongan
petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut .Pembuangan sampah sarap dan
penggunaan racun serangga yang berlebihan turut menyebabkan pencemaran tanah .Sekiranya semua
tanah tercemar ia akan menjejaskan sumber pertanian ,malah generasi akan datang tidak dapat
melihat keindahan alam semula jadi.Pembangunan yang tidak terancang seperti pembalakan yang
giat.pembukaan tanah secara berleluasa turut memberikan kesan yang buruk terhadap alam
sekitar.Akibat dari ini berlakunya perubahan iklim dan berlakunya banjir.Oleh itu, kita sebagai
masyarakat haruslah menjaga dan memelihara alam sekitar.

6.4 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI


KAWASAN KAJIAN

6.4.1 Melaksanakan standard kualiti Pengurusan Sisa Pepejal

Untuk memastikan matlamat kerajaan tercapai sudah tiba masanya Majlis Daerah Lawas
melaksanakan standard kualiti pengurusan sisa pepejal untuk memastikan pengurusan sisa
pepejal berjalan dengan sempurna. Kaedah ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana budaya
kerja seumpama ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan tempatan iaitu Majlis Daerah Dalat dan
Mukah, Sarawak yang telah memperkenalkan prosedur penting dalam pengurusan sisa pepejal
dengan memperkenalkan MS ISO 9002:1994 yang bertujuan memastikan pengurusan sisa
pepejal dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan. Pelaksanaan standard kualiti
dalam pengurusan sisa pepejal dapat memastikan supaya pengurusan sisa pepejal berjalan
dengan baik.

6.4.2 Menyediakan Lebih Banyak Tong Kitar Semula

Kelemahan yang masih ketara pada masa ini ialah kekurangan tong kitar semula untuk
memudahkan penduduk setempat membantu pihak berkuasa untuk mengitar semula. Sebagai
contoh, pembuangan kertas dan botol minuman merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan
dan pelupusan sampah yang merugikan.

Oleh yang demikian, sewajarnya tong-tong kitar semula diwujudkan di mana-mana khususnya
bangunan-bangunan pejabat, restoran dan pusat komersil untuk pembuangan kertas, botol, tin
aluminium dan sebagainya supaya bahan-bahan tersebut diproses selain dikeluarkan semula bagi
tujuan penggunaan industri sekaligus merendahkan keperluan pembersihan dan pelupusan. Dari
segi yang lain, ia juga dapat mengurangkan pencemaran berbahaya terhadap alam sekitar
lantaran kemungkinan sampah sarap tersebut mengandungi bahan-bahan yang berbahaya dan
boleh menjejaskan kesihatan. Antara bahan-bahan yang telah dikategorikan sebagai sangat
berbahaya adalah asbestos, karbon, radioaktif dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga, keputusan Alam Flora menyediakan tong Sampah percuma di setiap rumah
merupakan langkah bijak yang bukan sahaja memudahkan pengurusan sisa pepejal yang lebih
sistematik tetapi juga dapat memudahkan penduduk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar
untuk dilupuskan.

6.4.3 Mengurangkan Pengeluaran Plastik

Sisa pepejal yang paling kerap ditemui ialah plastik. Oleh yang demikian, penggunaan plastik
dalam industri makanan dan sebagai bakul di pusat-pusat membeli – belah telah menyebabkan
pertambahan sampah sarap, tambahan pula plastik dalam kegunaan harian kita memakan masa di
antara 10 hingga 1,000 tahun untuk reput.

Oleh yang demikian, cadangan pengurangan penggunaan plastik dapat mengurangkan sisa
pepejal yang mana penggunaan plastik sebenarnya boleh diganti dengan bakul kertas. selain
daripada itu, pengurangan penggunaan plastik juga dapat mengurangkan penggunaan minyak
petroleum untuk tujuan penghasilan plastic. Tambahan pula penggunaan petroleum untuk
menghasilkan plastik akan menjejaskan bekalan petroleum.

6.4.4 Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pelupusan Sisa Pepejal

Penggunaan teknologi pelupusan sisa pepejal juga merupakan satu usaha untuk mengatasi
masalah pelupusan sisa pepejal. Untuk itu, penggunaan teknologi insinerator untuk mengatasi
masalah sisa pepejal serta teknologi gasifikasi dan peleburan abu dianggap sebagai teknologi
terkini dan paling selamat menguruskan sisa.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi baru ini, masalah berkaitan pencemaran alam
sekitar yang sering dihadapi dalam pengurusan sisa pepejal, khususnya di tapak-tapak pelupusan
akan dapat diatasi. Antara masalah tersebut ialah bau busuk, pencemaran air bawah tanah
disebabkan ‘leachate’ dan pembiakan makhluk pembawa penyakit seperti tikus dan lalat yang
sering dikaitkan dengan kekotoran. Penggunaan teknologi ini juga sudah pasti dapat
meningkatkan tahap pengurusan sisa domestik di Daerah ini.

6.5 RUMUSAN

Alam sekitar adalah tempat tinggal yang dikongsi oleh manusia dan juga hidupan lain
tetapi kesedaran masyarakat umum terhadap penjagaan alam sekitar masih sangat
rendah. Keadaan ini sebenarnya membawa kesan yang negatif ke atas alam sekitar dalam masa
jangka panjang. Oleh yang demikian, jika pihak Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Daerah Lawas
memperkenalkan pelbagai langkah untuk menguruskan sisa domestik tetapi tahap kesedaran
penduduk terhadap kepentingan tanggungjawab individu dalam usaha ini akan menyebabkan
matlamat ke arah pelupusan terbuka sifar dan pengurusan sisa pepejal bersepadu tidak akan
tercapai.

RUJUKAN

Ahmad Syahir Kassim. (3 Mac 2003). “RM50j bersih Sungai Pinang.” Utusan Malaysia, Kuala
Lumpur.

Alam Flora Sediakan Tong Percuma. (5 Februari 1999). Berita Harian, Kuala Lumpur.

Amlir Ayat. (22 Disember 2000). “Tangani ancaman pembuang toksik secara telus.”Utusan
Malaysia, Kuala Lumpur.

Asuki Abas. (4 September 2003). “Cara terbaik lupus sampah”. Utusan Malaysia, Kuala
Lumpur.Malaysian Digest. (2016). “ 43 Rivers In Malaysia Polluted, Says Minister”. Diperolehi
dari http://malaysiandigest.com/news/613026-43-rivers-in-malaysia-polluted-says-minister.html

Anda mungkin juga menyukai