Anda di halaman 1dari 55

MUKA SURAT

MINI PROJECT ENVIROMENTAL INTRODUCTION - SOIL PULLUTION NEARBY SJKC


POEY SIT, PULAI CHONDONG AT KELANTAN)
ABSTRACT
Soil contamination or soil pollution is caused by the presence of xenobiotic
(human-made) chemicals or other alteration in the natural soil environment. It is
typically caused by industrial activity, agricultural chemicals, or improper
disposal of waste. The most common chemicals involved are petroleum
hydrocarbons, polynuclear aromatic hydrocarbons (such as naphthalene and
benzo(a)pyrene),

solvents,

pesticides,lead,

and

other

heavy

metals.

Contamination is correlated with the degree of industrialization and intensity of


chemical usage. The concern over soil contamination stems primarily from health
risks, from direct contact with the contaminated soil, vapors from the
contaminants, and from secondary contamination of water supplies within and
underlying the soil. Mapping of contaminated soil sites and the resulting cleanup
are time consuming and expensive tasks, requiring extensive amounts of
geology,

hydrology,

chemistry,

computer

modeling

skills,

and

GIS

in

Environmental Contamination, as well as an appreciation of the history of


industrial chemistry. In area Pulai Chondong there are some are contaminated
land is known, in these areas having a legal framework to identify and deal with
this environmental problem.

ABSTRAK

PROJEK MINI - PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR PENCEMARAN TANAH DI


KAWASAN SEKITAR SJKC POEY SIT, PULAI CHONDONG DI KELANTAN.
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan
oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada
kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah
hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan
tersebut akan menjadi layu. Pembuangan bahan kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisasisa kilang (dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah) dan sikap masyarakat yang
membuang sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.
2

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan
petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dan dengan izinnya kajian ini dapat disiapkan
dengan lancar dan sempurna. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik
xxxxxx, pensyarah xxxxxxx, kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu xxxxxxxxxxxx
dan xxxxxxxxxxxx yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya di sekolah. Mereka telah
membantu saya dalam mencari bahan bagi menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada warga SJKC Poey Sit Pulai Chondong kerana sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

KAWASAN KAJIAN
Semua pelajar Ijazah xxxxxxxxxxxxxxx diwajibkan menjalankan Mini Projek Pengenalan
Alam Sekitar sebagai satu daripada keperluan penilaian. Kami telah diberi tajuk untuk
menjalankan kerja kursus ini iaitu pencemaran tanah di sekitar SJKC Pulai Chondong,
Kelantan. Saya, Foo xxxx, pelajar Jabatan xxxxxxxxxxxxx di Universiti Perguruan Sultan
Abdul Idris. Saya memilih kawasan sekitar SJKC Poey Sit Pulai Chondong sebagai kawasan
kajian saya kerana lokasinya berhampiran dengan tempat kediaman saya dan keluarga saya
sudah lama tinggal di xxxxxxxxxxxxxx . Saya juga mengenali responden-responden di SJKC
Poey Sit Pulai Chondong. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya untuk melakukan sesi
soal selidik dan membolehkan kajian saya berjalan dengan lancar. Selain itu, pencemaran
yang berlaku di kawasan kajian saya agak banyak dan ini boleh dijadikan sebagai bahan bagi
menjalankan kajian ini. Disamping itu, saya membuat kajian ini dengan mengikut kehendak
xxxxxxxxxx pihak universiti. Saya telah mengambil tempoh masa x hingga xx minggu untuk
menyempurnakan tugasan ini.

SENARAI KANDUNGAN
Bil.

Perkara/Butiran

Halaman

Abstrak
Penghargaan
Pengenalan
Pernyataan Masalah
Kepentingan Kajian
Rasional Kajian
Limitasi Kajian
Objektif
Kajian Literatur

BAB 1
1. Pengenalan
2. Pernyataan masalah (Terangkan isu/masalah tersebut secara umum)
3. Senarai cara-cara penyelesaian isu/masalah yang telah kenalpasti dalam subtopik
pernyataan masalah.
4. Objektif tugasan.

PENGENALAN
Pencemaran adalah apabila terdapat bahan asing ke dalam tanah yang menyebabkan
timbulnya perubahan yang boleh meninggalkan kesan pada keadaan sekeliling, kesihatan dan
manusia serta mahluk hidup yang lain khususnya. Timbulnya pencemaran ini selain kerana
proses alam itu sendiri, seperti hujan asid dan juga aktiviti gunung berapi namun aktiviti ini
tidak berlaku di Malaysia. Ia juga boleh disebabkan aktiviti manusia yang dilakukan secara
sengaja ataupun tidak. Secara umum, pencemaran terdiri dari pencemaran air, pencemaran
udara, pencemaran tanah, dan juga pencemaran bunyi. Dalam artikel ini, saya akan
memfokuskan kepada pencemaran tanah. Akhir akhir ini, pencemaran tanah banyak terjadi
disebabkan oleh aktiviti pembuangan industri, bahan buangan pejal, malahan pembuangan
bahan berbusa. Saya akan cuba menguraikan beberapa penjelasan mengenai pencemaran
tanah iaitu punca pencemaran tanah, kesan pencemaran tanah serta beberapa langkah untuk
mengatasi pencemaran tanah. Tujuan dari penulisan artikel ini adalah untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kesuburan tanah yang menjadi sebahagian
perkara yang penting dalam kehidupan kita. Semoga ia akan memberi manafaat bagi yang
membacanya.
Pencemaran tanah adalah bermaksud bahan atau kandungan yang menyebabkan
kualiti tanah turun. Antara penyebab utama pencemaran tanah berasal dari bahan kimia
(pembuangan industri, bahan pejal dan bahan berbusa atau sabun), sampah organik yang di
buang ke sungai, parit, atau kolam yang akan mengalami pembusukan, insektisida yang
digunakan untuk menghapuskan hama, tumpahan minyak, serta sampah plastik yang dapat
menurunkan kesuburan tanah. Kesan daripada pencemaran tanah boleh mendedahkan kita
kepada risiko kesihatan, kebersihan air dalam tanah. Pencemaran tanah adalah sesuatu yang
harus kita hindari. Mulai dari sekarang cubalah untuk ambil berat terutamanya di kawasan
sekitar kita tinggal kerana kesannya akan berbalik kepada kita dan diri sendiri yang akan rugi.
Mencegah lebih baik dari pada mengubati.

PERNYATAAN MASALAH
Pada dasamya, penyelidikan ini tidak banyak menghadapi masalah besar tetapi wujud
beberapa masalah kecil dalam mendapatkan jawapan jujur dari pihak responden tentang
kesedaran mereka terhadap isu alam sekitar. Kebanyakan rujukan yang diperoleh ialah
melalui buku, akhbar dan majalah berhubung dengan sejarah, politik, sosial, budaya,
mekanisme pembangunan negara dan juga corak gaya hidup masyarakat Pulai Chondong.
Melalui elemen-elemen yang dianalisis dalam falsafah sebenar kesedaran terhadap
kepentingan tanah dalam kehidupan, ianya boleh diaplikasikan sebagai satu kesimpulan
terhadap peranan penduduk Pulai Chondong khususnya masayarakat di sekitar SJKC Poey
Sit Pulai Chondong. Ini kerana skop kajian meliputi analisis punca, kesan dan langkah untuk
mengatasi masalah pencemaran tanah.
Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan masyarakat
pada umumnya telah terhakis akibat proses pemodenan. Kajian ini akan menilai sikap rakyat
Malaysia amnya dan penduduk Pulai Chondong khususnya berhubung dengan isu alam
sekitar. Justeru, beberapa pemyataan masalah telah dikenalpasti dalam kajian ini. Adakah
mereka prihatin terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing di kawasan ini dan juga
terhadap kempen mengembalikan alam sekitar yang bersih?
Apakah peranan dan tanggungjawab yang pertu ditaksanakan oleh orang ramai dalam
menangani masalah pencemaran tanah? Apakah punca kegagalan atau kurang sambutan
kempen yang diadakan oleh kerajaan? Apakah progrm atau langkah yang pedu dilakukan
bagi membendung pencemaran alam sekitar? Bagaimanakah pihak kerajaan memainkan
peranannya untuk mengatasi masalah ini? Ini semua akan dapat kita lihat dalam bab yang
seterusnya.

KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidikan ini penting dalam mendedahkan kurangnya kesedaran orang ramai
terhadap penjagaan alam sekitar terutamanya isu melibatkan pencemaran tanah.
Penyelidikkan ini juga diharap dapat menonjolkan peranan media massa dalam meningkatkan
kesedaran orang ramai tentang isu ini. Tanah merupakan satu aset berharga yang perlu
dipelihara oleh setiap individu agar kebersihan dan kegunaaanya dapat diwarisi oleh generasi
akan datang di samping dapat membentuk kehidupan yang sihat dan bebas daripada
pencemaran. Dewasa ini, isu alam pencemaran tanah sekitar hangat diperkatakan walaupun ia
bukanlah suatu fenomena baru yang melanda masyarakat negara ini. Tidak dapat
dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya suatu hari nanti negara ini ditenggelami dengan
timbunan sampah sarap domestik dan sisa industri yang tidak terkawal jika sikap masyarakat
yang tidak prihatin dan sedar tentang kepentingan alam sekitrar serta sikap pihak tertentu
yang memandang remeh mengenainya.

Ekoran daripada isu pencemaran tanah yang jarang diambil peduli di negara ini,
pelbagai pihak mengambil langkah bersama untuk menyelesaikannya. Kerajaan dan
masyarakat tempatan seharusnya berganding bahu seiring jalan dalam memastikan setiap
usaha yang dilakukan menemui kejayaan. Media massa sama ada media elektronik mahupun
media cetak juga tidak ketinggatan memainkan peranannya dalam menyampaikan berita yang
berkaitan dengan alam sekitar. Justeru, 'Kempen Kitar semula" yang dijalankan oleh
Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan salah satu alternatif untuk
membendung isu alam sekitar dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran masyarakat supaya
menjaga dan memelihara atam sekitar daripada terus tercemar. Konsep kitar semura adarah
mengumpur dan menggunakan semura bahan-bahan buangan seperti kaca, kertas dan
aluminium. Kitar semula telah dikenalpasti sebagai salah satu jalan untuk mengurangkan sisa
pepejal di negara ini. pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kajian yang telah dijalankan, didapati rakyat Malaysia
menghasilkan lebih 15,ooo tan sampah-sarap sehari. Angka ini adarah satu jumlah yang
disiarkan di dada akhbar ialah apabila ia membabitkan isu pencemaran, kemusnahan dan
bencana alam. Di Malaysia, antara organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan
hal yang berkaitan dengan alam sekitar ini ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar, Jabatan AIam sekitar, Jabatan Kajicuaca dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

RASIONAL PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini penting dalam mendedahkan kurangnya penekanan terhadap isu alam
sekitar oleh media massa tempatan. Jika diperhatikan, kebanyakan atau hampir keseluruhan
isu di dalam media massa adalah berkaitan pergolakan poritik dan perkembangan ekonomi
negara. Penyelidikan juga penting dalam membuat analisa tentang aktiviti dan kesedaran
manusia berhubung dengan pencemaran tanah. Penyelidikan diharap dapat membantu
organisasi berkaitan dalam menonjolkan sebanyak mungkin isu berkaitan alam sekitar.
Penyelidikan juga diharap dapat membuka mata masyarakat yang masih kurang kesedaran
terhadap penjagaan tanah dan bagaimana pencemaran tanah akan memberi impak besar
kepada penduduk setempat.
LIMITASI KAJIAN
Kajian ini hanya membabitkan responden sekitar SJKC Pulai Chondong sahaja. selain
dari itu tempat menjalankan kajian hanya terbatas kepada kawasan-kawasan Pulai Chondong.
Kajian yang dijalankan ini mengemukakan borang soal selidik kepada responden tanpa
ditemubual. Oleh itu, pengkaji meramalkan mungkin ada jawapan yang diterima kurang tepat
dan tidak menepati kehendak soalan, terutamanya soalan yang memerlukan para responden
menjawab bagaimana mereka menilai tanah yang tercemar atau tidak. Masa yang diambil
oleh responden di antara 10 hingga 20 minit. Di samping itu juga, terdapat responden yang
enggan menjawab borang kajiselidik yang dikemukakan penyelidik dengan pelbagai alasan.
Antaranya termasuk malas, tidak faham kehendak soalan. Namun sedaya-upaya, pengkaji
cuba mengatasi masalah tersebut dan mendapatkan kembali borang soal selidik yang telah
diberi kepada para responden.

OBJEKTIF

KAJIAN

Saya menjalankan kajian di kawasan sekitar SJKC Pulai Chondong untuk mencapai objektifobjektif
1.
2.

berikut
Menghuraikan

Menerangkan

pola

konsep
dan

3.

Menghuraikan

faktor

4.

Memberikan

bukti-bukti

jenis
yang

:
pencemaran

pencemaran
mempengaruhi

tentang

kesan

alam

tanah.
sekitar

pencemaran

tanah.

pencemaran

tanah.

5. Memberikan cadangan bagi mengatasi kesan pencemaran tanah.

Tugasan ini adalah untuk menyedarkan kita tentang pencemaran tanah yang berlaku
di negara kita. Selain itu, mengenal pasti definisi pencemaran tanah, punca-punca akan
pencemaran tanah, kesan pencemran tanah terhadap ekosistem di negara kita dan langkahlangkah untuk mengatasi pencemaran tanah supaya tidak berulang. Kajian ini diharapkan
dapat digunakan oleh mereka yang terbabit dalam mengkaji isu alam sekitar yang bukanlah
sesuatu yang baru diperkatakan. Malahan, isu ini sudah acapkali dibicarakan di sana sini dan
pelbagai usaha serta langkah telah dijatankan bagi memastikan kepentingan tanah tetap
terpelihara.
Tidak dapat dibayangkan apa akan teriadi sekiranya suatu hari nanti negara ini akan
ditenggelami dengan timbunan sampah-sarap domestik dan sisa industri jika sikap
masyarakat yang tidak prihatin tentang alam sekitar dan sikap pihak tertentu yang
memandang remeh mengenainya. Pencemaran tidak hanya berlaku pada permukaan bumi
sahaja malahan ianya juga akan mencemar tanah yang mempunyai potensi sebagai punca air
di masa hadapan. Ini disebabkan bekalan air yang bersih amat diperlukan bagi menjamin
kualitinya untuk disalurkan kepada orang ramai. Penilaian tahap keberkesanan kempen kitar
semula yang dijalankan pada tahun 1993 adalah mengecewakan kerana sikap masyarakat
lang tidak prihatin terhadap alam sekitar.

10

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur atau rujukan mengenai isu/masalah tersebut. Rujukan berkenaan dari
akhbar, pihak berkuasa tempatan, artikel, buku, laporan dan lain-lain. Cuba dapatkan
bantuan petugas dari perpustakaan awam di tempat anda.

TINJAUAN SUSASTERA
Telah banyak kajian dibuat berkaitan isu pencemaran tanah yang dilakukan oleh
segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini. Akhirnya memberi

11

kesan negatif terhadap alam sekitar kita. Menurut Wikipedia, pencemaran tanah atau
pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau
fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran
menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu. Berikut
adalah antara masalah dan kajian yang pernah dilaporkan.

Dalam masa beberapa tahun akan datang kawasan seluas 97000 hektar akan
ditebusguna di sepanjang pantai Malaysia sejauh 4800 kilometer. Perak dan Selangor masingmasing akan menebusbguna 6804 hektar dan 4047 hektar tanah sepanjang pantai. Usaha
menebus guna tanah juga akan dilakukan di 210000 hektar bekas lombong di seluruh
Malaysia. Kesan daripada pembukaan tanah secara berleluasa maka telah mendatangkan
kesan negatif ke atas tanah dan timbulnya masalah pencemaran tanah.

LAPORAN TANAH RUNTUH HIGHLAND TOWER


Siti Khatijah binti Nayan (2010) dalm kenyataanya, pernah berlakunya kejadian tanah runtuh
di

Bukit

Antarabangsa.

Peristiwa

kejadian tanah

runtuh

telah

berlaku

pada 6

Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Dalam
peristiwa itu, empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah
banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama,
yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5
kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993. Selain
itu.

Khairol Azli Mohamad dan rakan-rakannya, menyatakan punca-punca tragedi itu


adalah seperti berikut pembinaan bangunan di pinggir kawasan tanah tinggi sememangya
tidak sesuai khususnya di kawasan iklim Khatulistiwa dan Tropika yang mempunyai jumlah
12

hujan yang tinggi. Pembinaan kondominium di lereng bukit juga adalah bercanggah dengan
Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit
dengan kecerunan lebih daripada 18 kerana sebab-sebab yang berkaitan dengan alam
sekitar. Ketidak selarasan akta di antara Akta Pemuliharaan Tanah dengan Akta Mutu Alam
Sekitar 1974.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Teknikal punca


utama berlakunya kejadian ini adalah kejadian gelinciran tanah yang berlaku secara berlebihlebihan terhadap cerun bukit di bahagian belakang bangunan kondominium tersebut. Namun,
di sana terdapat punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya gelinciran yang membawa
kepada tumbangnya bangunan Highland Towers, iaitu banyak air telah meresap masuk ke
bahagian bukit sehingga menyebabkan banjir lumpur sejak pembangunan dilaksanakan di
Bukit Antarabangsa yang terletak di sebelah bukit berhampiran dengan kondominium
tersebut. Ini ekoran daripada pembersihan (penggondolan) tumbuh-tumbuhan di kawasan
yang dibangunkan yang terletak 150 meter di atas kondominium Highland Towers. Ia
dibangunkan oleh Malaysia Borneo Finance (MBF) dan Arab-Malaysian Finance Bhd.
(AMFB). Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan jalan raya sekitar komdominium
tersebut retak.

Aliran air permukaan yang berlaku secara berlebihan ini telah menyebabkan kejadian
hakisan tanah di permukaan cerun bukit tersebut. Fenomena ini mengakibatkan struktur tanah
permukaan cerun menjadi tidak kukuh sehingga berlakunya gelinciran tanah atau tanah
runtuh. Runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan tersebut menyebabkan
gelinciran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok
berkenaan.

Gelinciran yang berlaku seterusnya mengakibatkan sokongan bahagian hadapan


bangunan menjadi semakin rapuh sedangkan bebanan di bahagian belakang bangunan
semakin bertambah dan menyebabkan keadaann yang tidak stabil bahagian tapak

13

kondiominium. Ia seterusnya mewujudkan tekanan yang amat tinggi terhadap cerucuk


bangunan khususnya cerucuk di bahagian hadapan. Apabila cerucuk ini patah, bangunan
kondomunium mula berayun disebabkan pusat graviti bangunan mula berubah lalu ia
beransur-ansur tumbang menyungkur bumi.

PETIKAN AKHBAR ANCAMAN HAKISAN TANAH DI UIAM GOMBAK


SELANGOR
Artikel Penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130524/wk_02/Tindakan-undangundang-diambil#ixzz2kDgUTMnw Utusan Melayu (M) Bhd
GOMBAK 23 Mei - Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pencemaran
alam sekitar berhampiran kampus itu dalam tempoh terdekat. Perkara tersebut disahkan oleh
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz selepas
mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa agensi di
sini hari ini. Beliau berkata, tindakan itu sebagai langkah drastik bagi menghentikan aktiviti
penerokaan hutan yang merosakkan ekosistem seluas kira-kira lima hektar berdekatan dengan
kampus tersebut. "Kami akan merujuk perkara ini melalui jabatan perundangan dan
berbincang dengan pegawai daerah dalam usaha mengambil tindakan undang-undang,"
katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini
berhubung kawasan sekitar kampus UIAM di sini diancam masalah pencemaran alam sekitar
yang teruk. Beliau turut menegaskan supaya pihak bertanggungjawab dapat menghentikan
kerja-kerja penerokaan tanpa memikirkan keadaan alam sekitar. "Agensi kerajaan seperti
Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pejabat Tanah
dan Galian Gombak akan melakukan pemantauan secara berterusan dalam menangani isu
tersebut," jelasnya. Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan
negeri yang tidak memainkan peranan proaktif terhadap masalah yang ddihadapi oleh warga
UIAM. "Malah wakil rakyat juga tidak membangkitkan isu ini ke Parlimen lebih-lebih lagi
UIAM akan menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini. "Istiadat konvokesyen akan dijalankan
pada Oktober ini. Kami berasa malu jika pelawat melihat keadaan persekitaran UIAM ketika
14

ini," ujarnya. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia dilokasi terbabit mendapati walaupun
tidak terdapat kerja-kerja penerokaan hutan dilakukan, sebahagian besar kawasan terterjejas
teruk.

15

BAB 3
1. Kaedah menjalankan kajian.
2. Bagaimana proses-proses penyelesaian masalah (lokasi, pihak yang terlibat, aktiviti yang
dijalankan)
3. Bukti-bukti aktiviti yang dirancang (surat kebenaran, poster dan flyers kempen)

KAWASAN KAJIAN

16

Dalam kajian yang saya jalankan, saya memilih kawasan sekitar SJKC Poey Sit Pulai
Chondong di Kelantan sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian saya terketak di Daerah
XXXXXXXXXXXXX merupakan salah satu daerah dalam negeri Kelantan dan merupakan
kawasan yang paling padat. Majoriti penduduk di kawasan sekitar SJKC Poey Sit Pulai
Chondong menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Kelantan.
SJKC Poey Sit Pulai Chondong adalah sebuah petempatan yang terletak kira-kira X
kilometer dari pusat Bandar xxxx. Ia merupakan kawasan petempatan penduduk yang
meliputi pelbagai kaum. Pandangan darat fizikal Pulai Chondong ialah kebanyaknya
merupakan kawasan tanah pamah.

KAEDAH KAJIAN
Saya memilih sebagai aktiviti gotong-royong untuk mengatasi isu pencemaran tanah.
Aktiviti ini saya lakukan di sekolah saya sebagai pendekatan awal dan ia sangat membantu
secara tidak langsung. Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi pencemaran tanah di
sekolah mahu pun di tempat lain. Melalui aktiviti gotong royong, kitar semula dapat
dilakukan dengan mengitar semula barang-barang yang tidak terpakai lagi seperti kertas iaitu
surat khabar lama, buku, majalah lama, kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya.
Seterusnya aluminium dan besi iaitu tin minuman, foil aluminium dan barangan logam.
Plastik juga boleh dikitar semula seperti beg plastik, botol mineral, botol minuman, bekas
makanan plastik dan sebagainya.

Akhir sekali, E-waste iaitu barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan
sebagainya. Aktiviti gotong royong ini dilakukan bersama pelajar justeru pelajar mendapat
pendedahan awal akan aktiviti ini supaya dapat dilakukan selalu.

Sebelum memulakan

kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang digunakan untuk memudahkan saya
mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan
empat kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah saya
gunakan:

17

1. Pemerhatian- Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pencemaran alam
sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya. Saya juga menggunakan kaedah ini untuk
dijadikan panduan ketika membuat peta kawasan kajian.

2. Temu bual Seterusnya, saya telah menemu bual tiga orang penduduk untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya.
Temu bual telah dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap di sini kerana mereka
lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan di kawasan kajian ini.

3. Rujukan Saya juga telah membuat rujukan di perpustakaan sekolah, dan melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN KAJIAN
Pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran tanah merupakan kesan yang
berlaku ke atas sesuatu sumber alam. Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan perbuatan
manusia yang telah menyalahgunakan nikmat yang diberikan oleh Tuhan. Apabila
pencemaran berlaku, hidupan di bumi ini akan menerima kesannya. Semua ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut pada huraian yang seterusnya. Kajian ini diharapkan dapat
digunakan oleh mereka yang terbabit dalam mengkaji isu pencemaran tanah. yang baru
diperkatakan. Malahan, isu ini sudah acapkali dibicarakan disana sini dan pelbagai usaha
serta langkah telah dijalankan bagi memastikan kebersihan serta keindahannya tetap
terpelihara. Maka pencemaran tanah boleh ditakrif sebagai pembuangan benda-benda atau
bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke dalam tanah hingga menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandiriann tanah dan hidupan di dalamnya. Takrifan Pencemaran yang
lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa
pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik, kima, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan

18

dan haiwan. Sebagai contoh, penggunaan baja kimia dan racun serangga dapat menambah
keasidan tanah sekaligus ia menyebabkan pencemaran tanah. Rujuk pada laman web
www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar.

19

BAB 4
1. Perbincangan
2. Ciri-ciri tanah tercemar.
3. Punca/faktor pencemaran tanah.
4. Kesan Pencemaran Tanah
5. Langkah mengatasi pencemaran tanah.

20

KONSEP PENCEMARAN TANAH


Kita semua tahu Malaysia adalah negara yang sangat kaya akan sumber daya
alamnya. Salah satu kekayaan tersebut, ialah memiliki tanah yang sangat subur kerana berada
dalam kedudukan kawasan yang usia tanah itu sendiri. Pembangunan yang begitu pesat di
Malaysia juga memberi impak positif bagi masyarakat khususnya seperti pembangunan
industri dan pembangunan baru bagi penduduk di sekitarnya. Namun kesan daripada
kerancakkan pembangunan ini turut disertai dengan impak negatif yang merugikan
masyarakat dan lingkungan dalam jangkamasa panjang.
Kesan negatif akibat dari pertanian dan lingkungannya perlu mendapatkan perhatian
yang serius kerana lambakan buangan industri yang mencemari tanah mengandungi unsurunsur kimia berbahaya yang boleh mencemari badan air, merosakkan tanah dan tanaman
serta mengakibatkan gangguan kesihatan bagi manusia ataupun hidupan lain. Tanah
merupakan bahagian penting dalam menunjang kehidupan makhluk hidup di muka bumi.
Seperti kita ketahui rantai makanan bermula dari tumbuhan. Manusia, haiwan hidup dari
tumbuhan. Memang ada tumbuhan dan haiwan yang hidup di laut, tetapi sebagian besar dari
makanan kita berasal dari permukaan tanah. Oleh sebab itu, sudah menjadi kewajiban kita
menjaga kelestarian tanah sehingga tetap dapat mendukung kehidupan di muka bumi ini.

DEFINISI PENCEMARAN TANAH


Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan
organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah
mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan
oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza
pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara
muka litosfera dengan biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau
pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada
bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Tanah adalah asas penting dalam
pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman
makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa
semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi
yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari.

21

Menurut Schoeder tanah mengandungi air, udara, bahan-bahan mineral dan organik
serta hidupan serta memiliki ciri morfologi yang khusus. Komposisi tanah pula ialah bahan
mineral (45%), bahan organik (5%), udara (25%) dan air (25%). Manakala pencemaran pula
bermaksud sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam
sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang
buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak di tangani. Di sini saya ingin
menghuraikan secara terperinci pencemaran tanah

Menurut Kamus Dewan, maksud pencemaran ialah pengotoran alam atau


memasukkan bahan kimia, bunyi hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang
mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,
mengancam sumber alam dan ekosistem. Tanah adalah salah satu komponen yang merupakan
lapisan teratas permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik serta
mempunyai sifat fizik, kimia, biologi dan mempunyai kemampuan kepada kehidupan
manusia dan benda hidup yang lain-lain. Tanah merupakan sebahagian penting dalam
menyokong kehidupan benda hidup di permukaan muka bumi. Seperti yang kita ketahui
rantai makanan bermula dari tumbuhan. Manusia, haiwan hidup akibat daripada tumbuhan.
Memang ada tumbuhan dan haiwan yang hidup di laut, tetapi sebahagian besar daripada
makanan kita berasal daripada permukaan tanah. Oleh sebab itu, sudah menjadi kewajipan
manusia kita untuk menjaga kesuburan tanah.

PENCEMARAN

TANAH

Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan
merubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah
cair atau bahan kimia industri atau buangan industri komersial seperti penggunaan pestisida
yang berupaya masuk ke dalam permukaan tanah dan tanah tercemar ke dalam lapisan subpermukaan. Kemalangan kenderaan pengangkutan minyak, bahan kimia atau air lecak dari
tempat pembuangan sampah serta pembuangan industri yang dibuang ke tanah yang tidak
mengikut syarat. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai kimia
beracun di tanah.

22

Pencemaran tanah bermaksud juga bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan
oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada
kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah
hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan
tersebut menjadi layu.

Pencemaran tanah merupakan pencemaran yang dilakukan oleh manusia secara


sengaja atau tidak sengaja. Pencemaran tanah boleh dilihat sebagai perbuatan yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.
Pencemaran tanah menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah
bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.
Di atas tanah dan persekitaran, manusia dan kebanyakan mahluk di bumi hidup melakukan
segala aktiviti harian. Tanah merupakan sokongan hidup yang sangat penting kepada semua
makhluk di bumi ini. Sejak zaman dahulu tanah telah banyak berjasa kepada makhluk di
dunia ini terutamanya manusia, sama ada dijadikan tempat tinggal yang selesa ataupun
tempat bercucuk tanam dan sumber pendapatan yang dapat menampung kehidupan manusia.

Lebih daripada 10,000 tahun yang lalu, ketika manusia mula memahami dan mula
menerokai tanah, telah banyak perubahan-perubahan yang telah dibuat terhadap tanah. Pada
zaman ini terdapat pelbagai perubahan drastik telah dilakukan bagi memenuhi keperluan
penduduk. Akibat daripada pertambahan penduduk melibatkan perkembangan urbanisasi,
pembinaan jalan dan bangunan, pembuangan sampah dan sisa industri, perlombongan,
penebangan hutan dan pertanian adalah di antara contoh-contoh aktiviti manusia yang
membawa perubahan kepada kualiti tanah. Dalam masa beberapa tahun akan datang kawasan
seluas 97000 hektar akan ditebusguna di sepanjang pantai Malaysia sejauh 4800 kilometer.
Perak dan Selangor masing-masing akan menebusbguna 6804 hektar dan 4047 hektar tanah
sepanjang pantai. Usaha menebus guna tanah juga akan dilakukan di 210000 hektar bekas
lombong di seluruh Malaysia.

23

Kesan daripada pembukaan tanah secara berleluasa itu juga dapat dilihat di kawasan
di sekitar Pulai Chondong. Ia turut mendatangkan kesan negatif ke atas tanah dan timbulnya
masalah pencemaran tanah. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di sini

Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia
itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan
kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk
ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan
sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar. Berikut
adalah perbezaan ciri-ciri tanah tercemar dan tanah tidak tercemar yang dapat saya perhatikan
sepanjang membuat tinjauan di kawasan lapangan.

TANAH TERCEMAR
1. Tanah tidak subur

1.

2. pH bawah 6 atau pH atas 8


3. Berbau

2.
3.

Tanahnya
pH

minimum
Tidak

Kering kegemburan
Mengandung

6,

subur
maksimun

berbau

busuk

busuk 4. Tidak terlalu kering dan memiliki tingkat

4.
5.

TANAH SUBUR

logam

6. Mengandung sampah anorganik

berat 5.

Tidak

yang
Mengandung

normal
logam

berat

6. Tidak mengandung sampah anorganik

24

Berikut adalah beberapa contoh rupa fizikal tanah yang tercemar yang dimuat naik dari laman
sesawang google chrome.

25

Seterusnya kita akan membincangkan beberapa punca atau faktor utama yang
menyumbangkan kepada pencemaran tanah di kawasan sekitar SJKC Poey Sit Pulai
Chondong. Pencemaran tanah bermaksud sesuatu perbuatan yang berlaku kepada Pulai
Chondong sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini
disebabkan oleh bahan buangan sama ada dalam berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar
pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Antara punca berlakunya
pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,
sisa toksid, dan sisa-sisa kilang. Kita akan melihat faktor-faktor utama berlakunya
pencemaran tanah di kawasan sekitar SJKC Poey Sit Pulai Chondong, di Kelantan.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TANAH DI PULAI CHONDONG


Pertanian merupakan salah satu kegiatan pembangunan tanah yang paling meluas di
Pulai Chondong. Kesan akibat daripada pertanian pindah boleh dikurangkan dengan
mengamalkan pertanian tetap. Pertanian moden secara besar-besaran tanpa kawalan akan
menyebabkan pencemaran tanah. Para petani tidak harus menggunakan racun serangga yang
akan membawa kepada pencemaran tanah. Dengan menggunakan kaedah biologi, kesuburan
tanih di tanah pertanian tetap dapat dikekalkan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan
menggunakan baja organik. Hal ini disebabkan kegiatan pertanian moden yang berleluasa
mungkin menyebabkan hakisan tanah.
\

Gambar:
Penyemburan racun
pertanian pada
tanaman pertanian
Tidak

dapat

dipisahkan, jika ada


pertanian pasti ada
penggunaan racun serangga apatah lagi jika pertanian itu dijalankan pada skala yang besar.
26

Punca yang paling utama ialah penggunaan racun serangga yang secara berlebihan juga boleh
menjadikan punca kepada pencemaran tanah. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan
menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut
terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang lain. Ini kerana bahan kimia akan
membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penggunaan racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti
serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid. Selain menimbulkan masalah pencemaran
tanah akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur
serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat
pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna
untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.

Gambar:
Pembuangan
sampah yang tidak
terkawal

Faktor
yang

seterusnya

ialah sikap penduduk setempat itu sendiri iaitu membuang sampah merata-rata juga
merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Kita pasti mengetahui bahawa tempat
yang berlonggokan sampah-sarap itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan yang
membawa penyakit seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan
mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia. Dari segi lain, timbunan
sampah-sarap tersebut boleh berlakunya gas nitrogen dan asid sulfida. Terdapatnya zat
merkuri pada longgokan sampah dapat menimbulkan gangguan terhadap tanah, tumbuhan,
merosakkan struktur permukaan tanah dan tekstur tanah. Ini kerana ia akan melarut lalu
27

permukaan tanah menjadi racun.Rentetan daripada sikap yang tidak bertanggungjawab itu,
pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan
masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada
pencemaran tanah.

Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi
habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus
yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan
kualiti air tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti
bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih
dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat
mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air.

Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi, iaitu
ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan
pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air
bawah tanah mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain
itu, pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman
kerana kemudahan yang tidak begitu lengkap.

Gambar: Pembuangan bahan


pelupusan dari kilang yang tidak
bertanggungjawab.

Seterusnya ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri


daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam
dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan
oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya. Hidrokarbon petrolium,

28

sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer turut menjurus kepada
pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan sekiranya sisa-sisa
toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini kerana
partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau
bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia
berlaku.

Gambar: Aktiviti
perlombongan

Di

Pulai

Chondong

juga

terdapat

kegiatan

perlombongan
berskala kecil juga boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir
lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Selain kegiatan perlombongan emas, kegiatan
perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan-pembangunan lain di
sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan
berlarutan selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7. Seandainya habitat
hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa-sisa dan timbulan minyak, maka keseimbangan
ekosistem akan terancam. Sumber protein akan susah diperolehi jikalau hidupan akuatik
seperti ikan mati. Perlombongan kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri
perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada
bentuk pembangunan lain.
Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar. Satu
dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar
melalui penggunaan bon prestasi dan langkah fizikal lain. Walau bagaimanapun,
perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam
sekitar mereka. Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu
dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian
hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid.

29

Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lainlain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin.
Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi
sumber perikanan.

Gambar: Aktiviti
pembalakkan

Penebangan
hutan

juga

turut

berlaku

di

Pulai

Chondong dan ia lebih kepada pembalakkan berskala kecil yang lebih untuk pertanian.
Pembalakkan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan
semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan ini turut timbulnya masalah pencemaran tanah di mana racun serangga ini akan
menyerap ke dalam tanah melalui liang-liang tanah. Pembalakan Hutan memang mempunyai
nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas
yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing. Di kawasan tropika,
rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam
perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan,
pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat
dahsyat .

30

Gambar: Aktiviti pembuangan sisa pepejal

Faktor pembuangan sisa-sisa pepejal di Pulai Chondong datang daripada premis


kediaman (domestik). Dengan keadaan sedemikian tapak pelupusan sampah-sarap yang sedia
ada adalah tidak mencukupi untuk menampung sampah yang melampau banyak. Situasi ini
bukan sahaja membawa masalah pencemaran tanah tetapi hutan terpaksa diteroka untuk
dijadikan tapak pelupusan sampah. Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang
menyebabkan lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air
sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah
mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan
untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas
makanan. Pembuangan bahan sintetis yang tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme,
seperti plastik, kaleng, kaca, sehingga menyebabkan oksigen tidak bisa meresap ke tanah.
Penggunaan pestisida dan detergen yang merembes ke dalam tanah dapat berpengaruh
terhadap air tanah, flora, dan fauna tanah.

31

Faktor sampingan selain daripada itu yang dapat dilihat di kawasan sekitar Pulai
Chondong ialah pembinaan cerun bukit di sepanjang jalan raya. Tumbuh-tumbuhan dapat
membendung hakisan tanih kerana akar tumbuhan dapat mencengkam tanah. Pembangunan
kawasan tanah tinggi turut mengakibatkan penambahan mendapan yang tinggi di hilir sungai
dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku. Kegiatan pertanian yang biasanya dijalankan di
tanah tinggi juga menjurus kepada pencemaran alam. Sebabnya ialah tanah tinggi merupakan
sumber air. Anak-anak sungai akan menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada kawasan
berpendudukan besar. Tambahan pula, kebanyakan empangan didirikan di kawasan tanah
tinggi. Air yang diperoleh di kawasan tanah tinggi biasanya lebih bersih daripada air dari
sungai di kawasan hilir.

Seterusnya, dari segi perladangan, industri perladangan membersihkan kawasan tanah


tinggi yang besar untuk tujuan perladangan. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya
adalah disebabkan oleh aktiviti manusia seperti: Sisa industri juga turut merosakkan tanah
dan menjadikannya kurang berkualiti. Hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut juga
berperanan menjadikan tanah kurang berkualiti. Hujan asid hasil daripada pelepasan gas
toksid ke udara oleh industri akan menjadikan atmosfera beracun dan akan turun ke bumi
dalam bentuk hujan dan meresap ke dalam tanah. Hakisan tanah diakibatkan oleh penebangan
hutan atau pembalakan yang tidak terkawal. Pembangunan dan urbanisasi yang tidak
terancang turut memberi sumbangan kepada pencemaran tanah Kemajuan dari segi
pengangkutan menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan
jalan raya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

32

KESAN-KESAN PENCEMARAN TANAH DI PULAI CHONDONG


Setelah kita mendapat faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran tanah, kini
kita akan melihat kesan dari pencemaran itu sendiri ke atas alam sekitar, manusia dan
kehidupan. Antara kesan yang paling ketara akibat daripada pencemaran tanah ialah tanah
beracun. Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada tanah di kawasan SJKC Pulai
Chondong tidaklah begitu ketara namun masih lagi dapat dilihat seperti pencemaranpencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia
serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa buangan kilang telah menjadikan tanah
beracun dan tidak boleh didiami.
dikuatiri

akan

Penduduk di sekitarnya ada yang berpindah kerana


membahayakan

kesihatan.

Seterusnya ialah penyebaran kuman-kuman penyakit. Selain itu, sampah-sarap yang


dibuang di kawasan-kawasan lapang yang terdapat di kawasan di sekitar SJKC Pulai
Chondong menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan
perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke
tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah
keracunan

makanan

dan

seterusnya

diserang

penyakit

yang

serius.

Pencemaran tanah itu sendiri adalah kesan yang paling utama. Pencemaran tanah juga
merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan
pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti
menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang
berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti
tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan

terutamanya

membuat

jalan

raya.

33

Tanah juga boleh menjadi gersang. Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau
menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal.
Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang
sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi
mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang
ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan
kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.

Dalam masa yang sama kesan daripada pencemaran tanah turut memberi kesan
kepada hidupan yang lain iatu ia boleh membunuh haiwan bawah tanah. Pencemaran tanah
ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah.
Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan
cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.

Pencemaran tanah juga boleh menyebabkan hakisan tanah. Satu lagi kesan
pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat
sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan
ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh
dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.
Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan
hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan
hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu
jenis tanaman.

Kepada manusia pula, pencemaran tanah boleh mendatangkan masalaha kesihatan


kepada manusia. Kesan pencemaran tanah terhadap kesihatan tergantung pada daya
ketahanan badan manusia itu sendiri. Rata-rata penduduk di kawasan SJKC Poey Sit Pulai

34

Chondong adalah warga emas dan kanak-kanak. Mereka mempunyai potensi yang tinggi
untuk terdedah kepada kerosakkan organ seperti otak dan buah pinggan..
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN TANAH
Melihat kepada tahap pencemaran tanah yang tidak begitu drastik di kawasan saya,
maka terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran
tanah. Ia haruslah ditangani oleh semua pihak dan ia tidak akan diatasi oleh sebuah organisasi
mahupun seorang individu. Daripada pemerhatian saya, berikut adalah beberapa langkah
yang boleh kita ambil sebagai salah satu langkah mengatasi pencemaran tanah.
Remediasi adalah kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada
dua jenis remediasi tanah, yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan
on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri
dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site meliputi
penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di
daerah aman, tanah tersebut dibersihkan dari zat pencemar. Caranya yaitu, tanah tersebut
disimpan di bak/tanki yang kedap, kemudian zat pembersih dipompakan ke bak/tangki
tersebut. Selanjutnya zat pencemar dipompakan keluar dari bak yang kemudian diolah
dengan instalasi pengolah air limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.
Seterusnya ialah Bioremediasi iaitu satu proses pembersihan pencemaran tanah dengan
menggunakan mikroorganisme. Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi
bahan kimia yang ada menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon
dioksida

dan

air).

Langkah yang seterunya ialah pencegahan. Tindakan pencegahan dan tindakan


penanggulangan terhadap terjadinya pencemaran dapat dilakukan dengan berbagai cara
sesuai dengan macam bahan pencemar yang perlu ditanggulangi. Langkah-langkah
pencegahan dan penanggulangan terhadap terjadinya pencemaran antara lain dapat dilakukan.
Pada umumnya pencegahan ini lebih kepada konsep mencegah dan mengurangkan risiko
terjadinya pencemaran lebih serius seperti mengurai atau menggolah sampah organik menjadi
baja kompos. Bagi sampah yang bukan organik seperti plastik, tin pula boleh dipotong
menjadi partikel-partikel kecil, kemudian ditanam. Bagi pihak industri pula, mana-mana
logam berat yang akan mencemari tanah, sebelum dibuang ke sungai atau ke tempat

35

pembuangan agar dilakukan proses ubahsuai dan jangan membuang bahan berbusa yang
berupa senyawa organik kerana ia dapat dimusnahkan/diuraikan oleh mikroorganisma.
Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku di SJKC Poey Sit Pulai Chondong,
warga sekolah telah menjalankan kempen kesedaran mengenai program kitar semula. Ia perlu
diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Tempat-tempat khas seperti
tong-tong kitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa
bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium,
kertas, surat khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi,
tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk
pemuliharaan alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam. Langkah ketiga bagi
mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah,
balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia.
Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di
peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guruguru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam
sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar
kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di
antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam
diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam
sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini.
Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

Isu tentang alam sekitar dan aktiviti kitar semula kerap diperkatakan dalam surat
khabar. Justeru, kerajaan telah mengadakan Kempen Kitar Semula beberapa tahun yang lalu.
Pada pandangan saya, Kempen Kitar Semula merupakan satu kempen yang baik dan perlu
diteruskan. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan penting dalam menjayakan
Kempen Kitar Semula. Pihak sekolah mengadakan Kempen Kitar Semula di peringkat
sekolah. Kempen kitar semula ini dibuat selama sebulan oleh pihak sekolah. Semasa kempen
berlangsung, semua guru akan mengingatkan pelajar tentang kebaikan menjalankan aktiviti
kitar semula di sekolah dan di rumah. Para pelajar akan diminta membawa bahan buangan
yang boleh dikita semula ke sekolah untuk dijual kepada kilang kitar semula.

36

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang kebaikan aktiviti
kitar semula. Pihak sekolah boleh menjemput pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar bagi
memberikan ceramah tentang kebaikan aktiviti kitar semula. Dalam ceramah ini, pelajar
digalakkan untuk bertanya soalan kepada penceramah. Pelajar juga digalakkan membuat
catatan tentang kandungan ceramah yang didengar agar pengetahuan yang diperolehi akan
kekal lama.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran tentang aktiviti kitar semula yang
telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Antara agensi kerajaan yang boleh
dipanggil untuk membuat pameran ialah Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, para pelajar juga
digalakkan menghasilkan buku skrap tentang aktiviti kitar semula. Sebagai galakan, pihak
sekolah perlu memberi hadian dan sijil kepada pelajar yang berjaya menghasilkan buku skrap
terbaik. Aktiviti lain yang boleh diadakan oleh pihak sekolah ialah mengadakan pertandingan
mengarang tentang kebaikan aktiviti kitar semula. Pertandingan ini boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Selain itu, pihak sekolah juga
boleh mengadakan pertandingan kuiz alam sekitar, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti
alam sekitar. Setiap pemenang akan menerima hadian yang bersesuaian daripada pihak
sekolah sebagai galakan kepada pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan sambil belajar ke
tempat-tempat yang memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang aktiviti kitar semula.
Antara tempat-tempat tersebut ialah kilang memproses bahan kitar semula. Semasa lawatan
ini, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar bertanya soalan dan mengambil gambar.
Bahan-bahan yang diperolehi ini pula akan diolah supaya menjadi buku skrap secara
kumpulan untuk rujukan dan pengetahuan kepada pelajar lain. Sebagai kesimpulan, terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjayakan Kempen Kitar
Semula. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini perlu dilakukan secara
berterusan kerana program kitar semula banyak kebaikannya. Pada pendapat saya, pihak ibu
bapa juga mesti mengamalkan aktiviti kitar semula di rumah, agar anak-anak mereka

37

mendapat contoh yang baik. Dengan kerjasama semua pihak, saya pasti Kempen Kitar
Semula dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membantu
menjayakan kempen kitar semula di mana murid-murid turut mengambil bahagian.

38

39

40

41

Pihak sekolah juga memberi penekanan kepada warga sekolah dan sekaligus
mengharapkan mereka menyebarkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Kami juga
memberi ceramah dan kesedaran tentang bahaya penggunaan racun makhluk perosak pula
patut dielakkan penggunaannya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang boleh
merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan pencemaran seperti
pestisida haruslah dielakkan sekali kerana boleh mencemarkan tanah tanaman menjadi
terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian
organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat
mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi juga boleh
digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat
42

dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan
yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan
alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan


aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika kita lihat pada hari ini, hanya ada segelintir
sahaja kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini,
pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut
secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebatan yang
setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang bagai enau di dalam berlukar, melepaskan pucuk
masing-masing bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan diri sendiri akan
dapat dibanteras dengan lebih efektif.

Kerajaan juga melalui penguatkuasa tempatan harus menghadkan pembalakan dibuat


oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam
usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan. Pihak kerajaan Negeri
Kelantan juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan
semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan. Tabung penanaman semula hutan
diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang. Di bawah
garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula
menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika
di kalangan negara anggota .
Langkah-langkah tersebut dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah ini dan masalah
ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada berlakunya
perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam
usaha mengatasi masalah ini. Akhir sekali, pihak berkenan boleh mengadakan Kempen Dan
Pendidikan Alam Sekitar iaitu Kempen-kempen secara berterusan dan bersepadu antaranya
adalah agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan(NGO) dan masyarakat. Kempen

43

boleh diadakan melalui media massa iaitu media cetak dan media elektronik. Pendidikan
alam sekitar boleh dilakukan dengan mengadakan seminar, forum, dialog dalam kalangan
pengusaha perlombongan dengan pihak kerajaan dan juga kegiatan yang seumpanya. Hal ini
bertujuan memberikan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap tanggungjawab
menjaga alam sekitar.

BAB 5
1. Kesimpulan (mencapai objektif)
2. Cadangan.
3. Rujukan:

44

KESIMPULAN
Kesimpulannya, manusia tidak harus mengabaikan alam sekitar semata-mata untuk
mengejar pembangunan dan keuntungan. Kita harus pertimbangkan masa depan generasi
akan datang disamping memenuhi kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan
berpandukan prinsip penjagaan alam sekitar terus digalakkan untuk memastikan
keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan. Seperti yang
kita sedia maklum, memelihara alam sekitar dengan bersih adalah tanggungjawab bagi semua
masyarakat. Banyak langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah ini. Tidak kira apa-apa
langkah yang diambil, langkah itu tidak akan mendatangkan hasil tanpa kerjasama dari semua
pihak. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah
pencemaran yang buruk ini. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus
melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan
generasi pada masa akan datang.

Pencemaran tanah merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian yang serius dan
segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain dari
menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan

45

secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di bumi ini akan
pupus. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk
mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan
masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-mata. Kerjasama antara rakyat dengan
agensi kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Biarlah semua orang berpuas hati dengan
slogan selamat dunia kita selamatlah nyawa kita.

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara.
Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang kepada
kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara. alam
sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan
mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam
sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi
mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk
melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)


merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang
memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap
(point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji
pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di
bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan.

Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan,
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan
nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum sesuatu operasi perindustrian
dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil
tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk
46

menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus buang ke tanah dan
mencemarkannya dan dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan tanah, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan
hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih
daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau keduaduanya sekali.

Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan
bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya
menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan dan
Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga
hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan
penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan
menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh
Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang
di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan
hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di
teruskan

Kementerian Pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan


kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat
berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah
kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan
sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala
bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolahsekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah
merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang
boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.

Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk


melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu
program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling
47

penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu
agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang
merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam
sekitar.

Sekali lagi kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran
terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran,
pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan
itu ibarat mencurah air ke daun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan
masyarakat di negara ini.

Pencemaran tanah juga memberi banyak kesan yang terhadap penduduk setempat
pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesankesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi
lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini.
Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah
sumber makanan untuk manusia. Ini kerana tanah tidak lagi subur untuk menjalani aktiviti
pertanian yang sihat. Sekiranya penduduk Pulai Chondong bersikap sambil lewa dengan
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, maka akan perlu ada kesedaran untuk
mengingatkan mereka bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika
pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu
hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan


terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak
lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar
kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan
tidak boleh diselamatkan lagi. Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam
sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan

48

pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa
hadapan.

Pelbagai langkah telah diambil dan yang paling terkini ialah melalui pendedahan
media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan
surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat
tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal
ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga
atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar.
Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan
lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media lain. Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan
teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan
mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa
tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan
aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah
lama, kain dan bahan-bahan plastik.

Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. Kesimpulannya, pencemaran alam
sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya
berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga

49

alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat
dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan
memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat

Cara-cara untuk mengatasi pembuangan sampah sesuka hati adalah pihak


penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang undang lagi seperti memberi
saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah secara sesuka hati.
Selain itu, pihak ibu bapa juga memainkan peranan yang penting iaitu dengan mendidik
anakanak mereka sejak kecil lagi cara pembuangan sampah yang betul. Seterusnya adalah
kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah
menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula, menggunakan barangbarang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan
barang-barang yang tidak diperlukan supaya dapat mengurangkan pencemaran pada alam
sekitar.

Program kitar semula juga adalah salah satu langkah yang baik untuk mengatasi
masalah pembuangan sampah. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumbersumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. Kebaikan dari
segi alam sekitar pula ialah amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan
buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak
pelupusan. Selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah. Sebagai kesimpulannya,
kesemua langkah ini mesti dijalankan dengan cara yang betul supaya dapat menangani
masalah pembuangan sampah secara sesuka hati.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil langkah


perundangan iaitu menghadkan kouta pengeluaran petroleum, pemberian lesen dan
konsesi cari gali petroleum di kawasan atau medan petroleum yang baru mestilah
dilaksanakan agar simpanan sumber ini dijamin berterusan dan tidak dieksploitasi
sepenuhnya dalam jangka masa yang singkat. Seterusnya amalan pengurusan strategik perlu
dalam kegiatan perlombongan supaya tanah tidak semakin terhakis. Di samping
50

itu, menguatkan kembali struktur cerun bukit yang telah rosak akibat kerja kauri dan pecah
batu. Benteng konkrit atau groin dan gabion mestilah dibina utk mengelakkan kejadian
hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit yang terlibat dengan perlombongan
kauri dan pecah batu berkenaan.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini adalah menguatkuasakan undangundang melalui Akta Kualiti Alam Sekitar 1997 yang bertujuan mengawal aktiviti yang boleh
menjejaskan kualiti alam. Oleh itu, pihak bertanggungjawab mesti menyediakan garis
panduan yang khas dan terperinci tentang pengurusan pembuangan bahan tersebut supaya
industri perkilangan tidak membuang atau menanam sisa toksik dalam tanah.

SOALAN TEMU BUAL


1) NAMA:
2) ALAMAT:
3) UMUR
4) NO. IC:
5) Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian?

6) Apakah punca pencemaran tersebut berlaku?

7) Apakah kesan pencemaran yang berlaku kepada anda?

51

8) Apakah cadangan anda bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di kawasan
anda?

BORANG SOAL SELIDIK


Tandakan ( ) bagi jawapan yang berkaitan.
1) Nama:
2) Jantina:

Lelaki

Perempuan

3) Bangsa:

Melayu

Cina

India Lain-lain

4) Apakah pendapat anda tentang pencemaran tanah sekitar di kawasan ini?


Serius

Serdahana

Baik

5) Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini?


Udara Air

Tanih Bunyi Bau

52

6) Patutkah kita mengadakan kempen ataupun aktiviti gotong-royng untuk memastikan


pencemaran yang lebih serius tidak akan berlaku?
Ya

Tidak

7) Adakah kualiti antara manusia dengan alam sekitar terpelihara?


Ya

Tidak Serdahana

8) Apakah cadangan anda bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar?


___________________________________________________________________________

Keller, E.A. 2000. Environmental Geology. Ed Ke-5. Ohio: Merrill Publishing Company.

Loke, M.H. Acworth, I. & Dahlin, T. 2003. A comparison of smooth and blocky inversion
methods in 2D electrical imaging surveys. Exploration Geophysics 34: 182-187.

Martinho, E. & Almeida, F. 2006. 3D behaviour of contamination in landfill site using 2D


resistivity/IP imaging: Case studies in Portugal. Environmental Geology 49: 1070-1078.

Meju, M. 2000. Geo-electrical investigation of old/abandoned covered landfill sites in urban


areas: model development with a genetic diagnosis approach. Journal of Applied Geophysics
44: 115-150.

Mukhtar, I.S., Abdullatif, P. & Hanafi, M. 2000. Detection of groundwater pollution using
resistivity imaging at Seri Petaling landfill, Malaysia. Journal of Environmental Hydrology 8:
1-8.

53

Omar, A.A. & Reyad, A.S. 2006. Metals distribution in soil around the cement factory in
southern Jordan. Environmental Pollution 140: 387-394.

Osazuwa, I.B. & Abdullahi, N.K. 2008. Electrical resistivity and Induced polarization
investigations at an open solid waste dumpsite: Case study from Kaduna, North Central
Nigeria. Journal of Environmental Hydrology 16(29): 1-11.

Porsani, L., Filho, W.M., Ellis V.R., Shimlis, J.D. & Moura, H.P. 2004. The use of GPR and
VES in delineating a contamination plume in a landfill site. A case study in SE Brazil. Journal
of Applied Geophysics 1(55): 199-209.
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik
Khas, 1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap
Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan
Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.

54

55

Anda mungkin juga menyukai