Anda di halaman 1dari 38

KEBERKESANAN PENDEKATAN KONSTEKSTUAL KE ATAS KEMAHIRAN

MEMBUAT HIPOTESIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan tunggak utama dalam sebuah negara. Pendidikan bermula

dari peringkat rendah seawal umur 4 tahun hingga ke 12 tahun. Sains adalah sebahagian

daripada mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia. Matlamat pendidikan sains adalah bertujuan membentuk dan memupuk

perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Manakala Pusat Perkembangan

Kurikulum KBSR memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu pemerolehan

pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik serta nilai

murni. Unsur-unsur utama dalam kurikulum sains ini diintegrasikan melalui pembelajaran

berfikrah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001), dengan menggunakan konsep

experiental learning untuk mengembangkan kemahiran proses sains pelajar secara

inkuiri-penemuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran saintifik adalah

merupakan asas penting dalam proses pengajaran-pembelajaran yang berteraskan belajar

melalui pengalaman sebagaimana yang dituntut dalam mana-mana amalan sains. Tanpa

pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran saintifik, pelajar tidak

dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan.


Dalam era pendidikan sekarang, sains berada di tahap semakin tinggi dan kompleks.

Banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi menghasilkan

sesuatu penyelesaian. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi

menguasai kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir. Mereka

perlu bersikap secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-

penemuan, malah ia memainkan peranan penting dalam membeza dan mengkoordinatkan

teori dan bukti. Melalui pendekatan ini, pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan

saintifik, proses dan kemahiran berfikir untuk memahami sesuatu konsep. Kajian yang

dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati penguasaan kemahiran proses sains adalah

lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip sains.

Apabila pelajar telah menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan

serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Aktiviti

amali yang dijalankan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan seperti mengikut

buku resipi untuk mengesahkan sesuatu teori atau menerangkan sesuatu konsep. Kerja

amali yang dilakukan hanya bertujuan memupuk kemahiran manipulatif pelajar dan

pelajar berpeluang untuk membina hipotesis, merancang, menjalan dan meramal hasil

eksperimen yang mereka lakukan.


1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran sains wajib dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh

Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Unsur sains telah didedahkan di Tahap 1

(Tahun 1-3) melalui penyepaduan mata pelajaran bahasa pengantar dan matematik dan

diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran di Tahap II (Tahun 4-6). Langkah ini diharap

akan memberi persediaan awal untuk murid-murid peringkat rendah ini mengikuti

pendidikan sains di peringkat sekolah menengah pada masa akan datang. Dalam

kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran sains menekankan kepada

penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip asas

sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi

pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi

tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran

saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini

terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1994).

Kemahiran dalam proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses

sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas (KPSA)

merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat

inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa.

Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir

maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan

mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Kemahiran proses sains asas

perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum pelajar dapat menguasai kemahiran proses sains

bersepadu. Menurut Parker dan Roy (1991) kemahiran-kemahiran proses sains yang
disebutkan itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama

ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains. Kemahiran proses

sains digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyiasat dan meneroka dan hanya akan

memainkan peranannya apabila digunakan dalam kontek aktiviti sains seperti penyiasatan

dan diintepretasikan dengan pemahaman saintifik.

Kemahiran membuat hipotesis dalam proses sains ini perlu digunakan oleh murid

dalam mendapatkan fakta-fakta sains dengan berkesan. Bukan kerana ilmu pengetahuan

itu sendiri malahan ia merupakan suatu cara untuk memahami alam persekitaran secara

sistematik. Kemahiran proses sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenai

dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam.

Oleh itu, beberapa pendekatan telah diguna pakai oleh murid untuk mengetahui dan

menguasai kemahiran proses sains. Pendekatan kurikulum baru Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan bagi menambahbaikkan Korikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR), jika diselidiki setiap pendekatan pembelajaran banyak

melibatkan murid dengan kaedah High Order Thingking Skill atau lebih dikenali sebagai

HOTS. Pendekatan konstektual merupakan satu cara pembelajaran yang dikaitkan dengan

kehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara

menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual,

kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam

konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan

pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Apabila seseorang murid telah menguasai

kemahiran membuat hipotesis dengan baik, adalah diharapkan bahawa mereka dapat

melaksanakannya dengan berkesan untuk penguasaan yang berkesan.


Kaedah penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti hands-on

yang menarik Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan

eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains.

Seterusnya, kemahiran berfikir murid juga akan dipertingkatkan. Kajian yang dijalankan

oleh Padilla, Okey dan Dillashaw (1983) menunjukkan bahawa kemahiran proses sains

khasnya bersepadu mempunyai korelasi dengan kemahiran berfikir aras formal seperti

yang dikemukakan oleh Piaget. Kemahiran berfikir ini adalah penting kerana terdapat

kajian yang menunjukkan bahawa ramai orang dewasa belum dapat mencapai kebolehan

menaakul pada peringkat formal (Chiapetta, 1976). Terdapat hubungan antara penguasaan

pendekatan konstektual ke atas kemahiran membuat hipotesis sains dengan tahap

pencapaian pelajar murid Tahun Lima. Melalui tajuk ini diharap dapat memberi gambaran

tentang aplikasi pendekatan konstektual ke atas kemahiran proses sains iaitu membuat

hipotesis di kalangan pelajar.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Dalam pembelajaran sains terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan

untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antaranya ialah

pendekatan pembelajaran pada masa sekarang yang banyak menggunakan pendekatan

pembelajaran kontekstual. Konsep pembelajaran kontekstual adalah konsep belajar yang

membantu guru mengaitkan antara yang diajarkan dengan situasi dunia nyata murid dan

mendorong murid untuk membuat kesimpulan antara pengetahuan yang dimilikinya

dengan penerapan dalam kehidupan sehariannya. Pendekatan kontekstual pada dasarnya

ialah murid akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkait rapat dengan apa
yang telah diketahui, dialami dan diperhatikan di sekelilingnya. Kemahiran proses sains

(KPS) merupakan nadi bagi pembelajaran sains dan hipotesis merupakan salah satu

kemahiran yang terdapat di dalam sains. Maka, murid-murid Tahun Lima mestilah

menguasai kemahiran ini.

Kemahiran hipotesis bermula daripada kemahiran yang mudah dan kemudiannya

berkembang kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam kemahiran memproses sains,

pelajar yang lemah dalam mengenalpasti pembolehubah bersandar dan pembolehubah

bebas akan gagal membina hipotesis. Ini kerana kemahiran proses sains bina hipotesis

merupakan gabungan daripada dua pembolehubah ini. KPS saling berkait antara satu

sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini sepenuhnya maka sukar untuk

membezakan antara satu kemahiran dengan satu kemahiran yang lain. Contohnya pelajar

sering terkeliru antara kemahiran membuat ramalan dan juga kemahiran membuat

inferens. Maka ini akan menjadikan beban kepada mereka untuk membezakan antara dua

kemahiran ini. Untuk melihat tahap kemahiran murid membuat hipotesis, pengkaji telah

memutuskan untuk mengenalpasti bagaimana keberkesanan pendekatan konstektual ke

atas kemahiran membuat hipotesis ini dalam kalngan murid Tahun Lima ini.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pendekatan konstektual ke atas

kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid Tahun Lima. Dua objektif telah

dikenal pasti di dalam kajian ini dan objektif-objektifnya adalah:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid Tahun

Lima.

2. Mengengkaji keberkesanan pendekatan konstektual ke atas kemahiran membuat

hipotesis dalam kalangan murid Tahun Lima.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan yang akan deteliti dalam kajian ini iaitu:

1. Apakah tahap kemahiran membuat hipotesis dalam kalngan murid Tahun Lima?

2. Apakah keberkesanan pendekatan konstektual ke atas kemahiran membuat hipotesis

dalam kalangan murid Tahun Lima?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kemahiran membuat hipotesis merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran

sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh

semua murid, maka kajian ini telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pendekatan

konstektual terhadap pelajar Tahun Lima dalam kemahiran ini. Kemahiran yang dikaji

iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis. Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri

murid-murid Tahun Lima di sekolah saya. Seramai sepuluh orang murid akan

diliperhatikan bagi menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah

berbentuk pemerhatian, dapatan hasil kajian dan soal selidik. Data mentah yang
diperolehi, diproses untuk mendapatkan hasil kajian. Ujian juga digunakan untuk melihat

perbezaan tahap penguasaan kemahiran yang diuji bagi dua unit dalam mata pelajaran

sains. Dapatan kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan Kemahiran

Membuat Hipotesis di harap berada di tahap yang baik. Kajian ini nanti, akan menjadikan

pembelajaran sains lebih bersifatkan inkuiri penemuan.Kajian yang telah dijalankan ini

turut mempunyai kepentingan kepada beberapa pihak tertentu terutamanya kepada semua

murid yang merupakan bakal-bakal peneraju negara di hari muka. Adalah penting untuk

murid menguasai kemahiran membuat hipotesis. Ia akan memberikan murid peluang

untuk merasai kejadian sains dan membolehkan murid melakukan sains. Apabila

seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran membuat hipotesis, secara tidak

langsung murid itu telah menguasai kemahiran berfikir secara kritis, dapat menyelesaikan

masalah serta dapat berfikir secara saintifik terutamanya impak dalam diri murid sendiri,

merupakan matlamat utama dalam pendidikan. Jelas menunjukkan kemahiran membuat

hipotesis amat penting dalam pembelajaran sains.

Maka, setiap kelemahan murid dalam kemahiran membuat hipotesis perlu diatasi

oleh diri mereka sendiri. Murid perlu mengambil inisiatif sendiri agar mereka benar-benar

memahami dan dapat mengaplikasikan kemahiran ini. Sekiranya masih terdapat

kekeliruan dalam kemahiran ini, mereka perlulah bertanya, membuat rujukan,

mengadakan perbincangan atau melakukan apa sahaja agar kemahiran ini dapat dikuasai

sepenuhnya. Kemahiran membuat hipotesis dan merupakan satu langkah yang dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam dunia yang sebenar.

1.7 BATASAN KAJIAN


Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:

A. Kajian ini hanya melibatkan murid-murid Tahun Lima aliran Perdana Sekolah Jenis

Kebangsaan Tahun Lima di sebuah sekolah di Negeri Kelantan.

B. Kajian ini hanya melibatkan pemerhatian keberkesanan pendekatan konstektual ke atas

proses sains iaitu semasa murid membuat hipotesis dan bagaimana pendekatan

konstektual dapat memveri kesan ke atas hipotesis yang akan dijalankan oleh murid-

murid tersebut.

C. Cara penglibatan murid-murid hanya berkaitan dengan kemahiran proses sains dalam

kerja amali yang dijalankan sahaja iaitu berkaitan dengan penentuan takat didih cecair

dan tidak melibatkan kerja amali yang lain.

D. Penglibatan murid dalam menjalankan kerja amali adalah secara berkumpulan

disebabkan kekurangan alat radas dan murid telah dimaklumkan bahawa segala tindakan

mereka ini akan dicatat dalam pelaporan kajian.

Beberapa anggapan terlibat dalam kajian ini yang mana murid yang melakukan kerja

amali secara tradisional tidak berkomunikasi dengan murid yang melakukan kerja amali

melalui kaedah makmal mikro komputer kerana kerja amali bagi kedua-dua kaedah

tradisional dan makmal mikro komputer tidak dijalankan pada masa yang sama. Murid

juga dianggap memberi komitmen dalam melaksanakan kerja amali serta respon yang

jujur dalam soal selidik Ujian Alternatif Kemahiran Proses dan Senarai Semak bagaimana

cara penglibatan murid, tingkahlaku yang dipamerkan oleh pelajar adalah tingkahlaku

yang sebenar. Selain itu, bilangan saiz sampel yang kecil telah membawa kepada kuasa

signifikan dalam statistik juga adalah kecil. Kesemua faktor ini akan memberi kesan

kepada keputusan kajian.


1.8 PENGOPERASIAN DEFINISI

A. Keberkesanan

Perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya): ~ sesuatu

tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya;

B. Pendekatan

Perbuatan (hal dan sebagainya) mendekati atau mendekatkan dan cara atau langkah yang

diambil untuk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dan lain-lain.

C. Konstektual

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2005); Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks penyelidikan dari segi

bidang yang diselidiki yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung,

mengikut konteks serta membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

D. Hipotesis

Hipotesis memberikan penjelasan sementara tentang gejala-gejala serta memudahkan

perluasan pengetahuan dalam suatu bidang. Hipotesis memberikan suatu pernyataan

hubungan yang langsung dapat diuji dalam penelitian. Hipotesis memberikan arah kepada

penelitian. Hipotesis memberikan kerangka untuk melaporkan kesimpulan penyelidik

1.9 RUMUSAN
Kita akan melihat bagaimana pendekatan konstektual secara langsung dan tidak akan

membantu murid menguasai kemahiran hipotesis. Suatu anjakan perlu dilakukan segera.

Pembelajaran yang menumpukan teori dan fakta semata-mata perlu dikukuhkan lagi

dengan turut memberikan tumpuan kepada pendidikan berbentuk amali. Langkah ini akan

dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih bermutu dan berkesan kepada para pelajar.

Sedikit sebanyak, kajian ini turut memberikan kepentingan Kajian ini juga diharap dapat

memberitahu sejauh mana tahap penguasaan murid bagimana selain berada dengan

lengkap dengan alat radas murid juga dapat melalui sendiri pengalaman sebagai seorang

saintis. Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan

antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini kerana murid

pada umumnya telah mempunyai serta membentuk idea mereka sendiri mengenai suatu

perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan pengalaman yang

pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu yang penting di sini

ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang ada pada murid untuk

membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Jadi dalam soalan pengajaran Sains,

murid harus diberi peluang belajar memahami sesuatu perkara melalui pengalaman

sendiri. Setelah mengalami sesuatu perkara itu, mereka akan dapat membuat rumusan

apakah tindakan ke arah kebaikan yang patut mereka ambil.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 LATAR BELAKANG KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS.

Hipotesis yang selalu diaplikasikan ialah semakin bertambah atau berkurang

pembolehubah manipulasi atau semakin bertambah atau berkurang pembolehubah

bergerak balas. Kemahiran Membina Hipotesis membuat generalisasi atau tekaan awal

yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens. Kemahiran

membina hipotesis bergantung kepada kebolehan murid dalam membuat pemerhatian

yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam

bentuk gambar rajah, jadual dan graf. Selain itu dalam mata pelajaran sains Tahun Lima,

murid perlu mentafsir inferens dan data secara tepat dan mengenalpasti pola, ciri-ciri

sepunya dan 'trend' dalam maklumat. Setelah itu murid-murid ini perlu membuat

penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data serta memberi sebab yang munasabah

terhadap setiap hipotesis. Murid-murid ini akan merancang dan menjalankan eksperimen

dan melakukan hipotesis. Mereka akan membanding dan membeza data yang menyokong

dan tidak menyokong sesuatu hipotesis. Semasa ini kajian akan menunjukkan bagaimana

pendekatan konstektual ini akan membantu murid-murid ini membuat hipotesis dengan

dapatan ujikaji. Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. Hipotesis akan

membimbing murid dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen.

Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam

merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara

bagaimana menganalisis data.

Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara


pembolehubah. Hipotesis akan menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan

logikal di akhir eksperimen. Murid akan kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi,

dan jika mereka menggunakan pendekatan konstektual iaitu mengaitkan pembelajaran

dan eksperimen yang sedang mereka jalankan dengan mengaitkan dengan kehidupan

harian mereka. Murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-

penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan

kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori

sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan

mereka. Murid akan memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas

berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut murid akan mungkin membina

hipotesis, "Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas

berbanding air sejuk".

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan

menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang

diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi air

sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama dengan

atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak disokong

oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas

berbanding air sejuk". Murid akan melihat dapatan eksperimen menyokong hipotesis,

maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis tersebut perlu diubahsuai atau

diganti dengan yang baru.

2.2 KONSEP KEBERKESAN PENDEKATAN KONSTEKTUAL KE ATAS


KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS.

Pendekatan kontekstual (Contextual Teaching and learning) adalah konsep belajar

yang membantu guru mengaitkan antara materi yang diajarkannya dengan pengalaman

sebenar dunia murid yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka

sehari-hari. Konsep ini melibatkan komponen utama pembelajaran efektif, iaitu

konstruktivisme (Constructivism), bertanya (Questioning), menemukan ( Inquiri),

masyarakat belajar (Learning Community), pemodelan (Modeling), dan penilaian

sebenarnya (Authentic Assessment). Pendekatan kontekstual merupakan suatu proses

pendidikan yang holistik yang dapat diterapkan dalam kurikulum sains. Murid akan

membuat hipotesis yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian murid-murid.

Murid akan menyiasat dan mengaitakan eksperimen sains yang diajar dengan

pengalaman kehidupan seharian dizahirkan. Murid tidak hanya belajar secara teori sahaja

tetapi dapat menghayati relevennya apa yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Antara

eksperimen sains yang releven dengan pendekatan konstektual ialah perubahan fasa jirim.

Jirim berubah dari satu fasa ke fasa lain melalui perubahan haba dalam jirim itu. Jirim

berubah dari pepejal ke cecair pada takat lebur dan cecair ke gas pada takat didih. Konsep

ini mudah diajar kalau murid-murid ini dapat mengaitkan pengalaman murid di dapur

rumah mereka. Pengalaman murid menggunakan peti ais dan juga menjerang air. Air

terkondensasi dibawah tudung periuk nasi. Semasa membuat hipotesis berdasarkan

eksperimen di makmal murid boleh terus mengaitkan dengan pengalaman murid-murid

itu sendiri maka hipotesis hendaknya konsisten dengan pengetahuan yang sudah ada.

Hipotesis hendaknya dinyatakan sesederhana dan seringkas mungkin.

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa murid ke matlamat pembelajaran

isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam

kehidupan seharian mereka. Murid Tahun Lima tidak mampu membuat kaitan antara apa

yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku

oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak

tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang

abstrak).

2.3 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID-MURID TAHUN LIMA

DALAM MEMBUAT HIPOTESIS.

Murid-murid perlu memahami konsep hipotesis dan konstektual untuk memudahkan

mereka membuat perkaitan. Murid dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan

sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual adalah satu proses

pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih

tubi dan rangsangan dan tindak balas. Murid-murid yang mengikuti satu pelajaran sains

berkenaan tajuk suhu mungkin mengukur bagaimana masa dan suhu kepanasan

mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan jisim.

Hipotesis haruslah dapat diuji untuk dapat menerima atau menolaknya, hal ini dapat

dilakukan dengan mengumpulkan data-data empiris dan ia haruslah konsisten dengan

keberadaan ilmu pengetahuan Masalah akan timbul sekiranya murid mengaitkan hipotesis

mereka dan ia bertentangan dengan pengetahuan yang telah ditetapkan sebelumnya.

Dalam beberapa masalah, dan terkhusus pada permulaan penelitian, ini harus berhati-hati

untuk mengusulkan hipotesis yang sependapat dengan ilmu pengetahuan yang sudah siap
ditetapkan sebagai dasar. Pada peringkat ini murid Tahun Lima harus memeriksa bahan

dan maklumat dengan tepat kerana hipotesis harus dirumuskan berdasarkan laporan

penelitian sebelumnya. Hipotesis yang dinyatakan oleh murid haruslah dalam rumusan

yang bentuk deklaratif dan hipotesis dinyatakan secara ringkas dan tepat.

Hipotesis harus dapat diuji berdasarkan data yang tepat dan berdasarkan apa yang

dapat diamati dan dapat diukur. Untuk itu murid perlu mencari data yang diperlukan.

Setelah itu, murid akan dapat menyimpulkan hipotesis dan pada masa ini kajian akan

melihat adakah pendekatan konstektual berdasarkan pengalaman sendiri murid itu sejajar

dengan hipotesis yang dibuat atau tidak. Ada bahayanya jika seorang murid cenderung

untuk menerima atau membenarkan hipotesisnya dipengaruhi anggapan (tekaan). Dengan

menggunakan data kuantitatif yang diolah menurut ketentuan statistik yang diperolehi

menerusi aplikasi sains murid tersebut hanya mengagak dan menerima keputusan

hipotesis yang dibuat. Murid-murid Tahun Lima harus ditekankan mereka harus jujur,

jangan menipu data, dan sentiasa menggunakan fakta yang benar.

2.4 KAJIAN-KAJIAN LEPAS TENTANG PENDEKATAN KONSTEKTUAL KE


ATAS KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS.

1. Kajian oleh Seth Sulaiman & Rugayah Binti Aziz Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia. Kajian memfokuskan kepada tahap penguasaan pelajar PKPG dan

perdana sains tahun empat terhadap tiga kemahiran proses sains yang terpilih iaitu

kemahiran membuat inferens, kemahiran mentafsirkan data dan kemahiran membuat

hipotesis. Kemahiran membuat inferens adalah termasuk dalam kemahiran proses sains

asas manakala kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mentafsirkan data termasuk

dalam kemahiran proses sains bersepadu. Ini adalah kerana didapati tiga kemahiran

proses sains ini adalah antara kemahiran proses sains yang sukar untuk difahami. Ramai

pelajar sukar untuk membezakan antara kemahiran membuat inferens dan kemahiran

membina hipotesis.

2. Kajian oleh Abu Hassan bin Kassim Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor Bahru dan Rohana bte Hussin Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim

Johor Bahru, Johor mendapati kemahiran proses sains responden, secara keseluruhan,

adalah sederhana dan tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis, mentafsir

maklumat dan meramal di kalangan responden adalah baik. Walau bagaimanapun, tahap

penguasaan responden terhadap kemahiran menganalpasti pemboleh ubah dan kemahiran

membuat inferens adalah sederhana. Ramai di kalangan responden tidak menguasai

kemahiran mengeksperimen. Meskipun responden boleh membina hipotesis dengan baik,

tetapi mereka kurang berkebolehan untuk menguji hipotesis, merancang eksperimen,

merekod data dan membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperolehi.

3. Zurida Haji Ismail, Mohd Ali Samsudin dan Ahmad Nurulazam Mohd Zain Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang,

Malaysia pula mengkaji Pendekatan kontekstual disarankan sesuai bagi mengurangkan

kesukaran memahami konsep-konsep fizik yang secara tradisinya diajar terpisah daripada

aplikasi. Pendekatan konstektual ini dikatakan membolehkan konsep-konsep fizik

diperkenalkan dalam konteks kehidupan sebenar. Dengan cara ini, diharapkan pelajar-

pelajar dapat meningkatkan prestasi, minat serta motivasi dalam mata pelajaran Fizik.

Artikel ini membentangkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengkaji kesan

pendekatan pengajaran kontekstual dalam meningkatkan kefahaman konsep-konsep fizik

dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

4. Kajian oleh Ruhaida Binti AB. Rahim dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara

kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains dan

Matematik di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam spek-aspek tertentu.

Aspek-aspek tersebut ialah untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru Sains dan

Matematik terhadap konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik yang diamalkan di sekolah, mengenalpasti tahap

pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik.

5. Kajian Pendekatan Konstekstual Dalam Pembelajaran Sains Oleh Prof. Dr. Mundilarto,
Dunia pendidikan di Indonesia sedang menghadapi kenyataan rendahnya mutu baik

proses maupun hasil belajar jika dikaitkan dengan tuntutan globalisasi. Berbagai upaya

untuk mengatasi masalah tersebut telah ditempuh oleh pemerintah dalam hal ini

Departemen Pendidikan Nasional, antara lain segera diberlakukannya secara nasional

kurikulum berbasis kompetensi (KBK) pada tahun 2004. Seiring dengan arah reformasi

di bidang pendidikan dan jiwa otonomi, maka pemerintah juga menerapkan kebijakan

tentang manajemen peningkatan mutu berbasis sekolah (MPMBS). Nantinya guru dan

sekolah memiliki kewenangan (otonomi) sepenuhnya untuk mengembangkan sendiri

strategi pembelajaran sesuai dengan kemampuan dan kondisi sekolah yang bersangkutan.

Pendekatan kontekstual diharapkan dapat membantu guru-guru dalam mengembangkan

strategi pembelajaran sains sesuai dengan kondisi atau kontekstual sekolah.

6. Kajian keberkesanan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah

terhadap perolehan kemahiran membuat hipotesis dalam topik nutrisi oleh Noor Fadzilah

binti Aris dan Shakinaz binti Desa dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku

Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini bertujuan untuk membandingkan

kemahiran proses sains pelajar yang menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBM) dengan kaedah pengajaran sedia ada dalam topik Nutrisi. Kajian ini

bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBM) terhadap perolehan kemahiran membuat hiotesis bagi subjek Biologi

berbanding kaedah pengajaran sedia ada (PS). Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen

yang melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 40 orang dalam Kumpulan

Eksperimen (KE) dengan kaedah pengajaran PBM dan 40 orang dalam Kumpulan
Kawalan (KK) dengan kaedah pengajaran sedia ada (PS) dan seorang guru Biologi dari

sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian

pencapaian yang diberi kepada kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat.

Kajian Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara

Operasi Di Kalangan Pelajar Kimia Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor oleh Aziz Nordin, Nurulhamizah Azman, Nor Hasniza Ibrahim Source:

OAI Yang mengkaji Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting

dalam pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat

perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap

kemahiran pelajar dalam Kemahiran Proses Sains.

7. Kajian kemahiran menjalankan eksperimen oleh Sarinah Othman-Tuesday, 19

November 2013, 09:29 PM Seiring dengan perkembangan instrumen moden seperti

mikroskop berkuasa tinggi,ahli-ahli biologi kini berupaya untuk menjalankan pelbagai

kajian pada pelbagai aras,contohnya kajian ekologi yang melibatkan aras

ekosistem,kajian anatomi dan fisiologi haiwan dan tumbuhan,serta kajian biologi

molekular yang melibatkan organisasi yang paling rendah iaitu komponen molekular di

dalam sel. Kaedah penyelidikan dalam sains biologi melibatkan

pemerhatian,pengenalpastian,penyiasatan secara eksperimental dan penerangan teoritikal

tentang fenomena-fenomena semulajadi. Hipotesis adalah satu proposal untuk

menerangkan sesuatu fenomena semulajadi.Penjelasan dapat dibuat menggunakan

pendekatan-pendekatan berikut membuat pemerhatian, membuat persoalan kajian,

membina hipotesis, membuat ramalan, menguji ramalan, mengulang ujian untuk melihat
konsistensi, membuat laporan kajian dan membuat kesimpulan.

8. Kajian oleh Yuzinani Bt. Mohd Yusoff bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat

disusun secara induktif iaitu bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-

kanak memahami pembentukan konsep. Mengikut kajian Jerome Bruner, guru

seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu

mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Teori pembelajaran induktif

lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang pengalaman yang dapat

menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini, guru tidak

memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak adalah

dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai aktiviti

dan pengalaman.

9. Kajian oleh Ahmad Tarmizi Bin Ismail, Noreda Bt. Abdul Ghani dan Zarinah Binti

Mohamad ialah bagaimana pelajar tingkatan tiga memahami konsep sains dalam bahasa

Inggeris. Seramai 100 orang pelaja dan 3 orang guru terlibat dalam kajian ini. Fokus

kajian adalah kepada mengingati konsep sains melalui peta konsep. Tinjauan awal

melalui temubual, peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 dan ujian TOV. Hasil tinjauan

menunjukkan pelajar tidak mempunyai kemahiran mengigati konsep sains dengan tepat.

Selama dua bulan sesi pengajaran dan pembelajaran bahagian ini dilaksanakan dengan

menggunakan pendekatan hipotesis. Beberapa latihan dibuat secara individu untuk

meningkatkan kemahiran mengingati dan memahami konsep sains. Hasil dapatannya

pelajar dapat mengingati dan memahami konsep sains dengan tepat melalui kaedah
hipotesis.

10. Kaedah Get Closer ScRooTem dapat meningkatkan pengguasaan murid dalam

mencari dan membina ayat hipotesis dikalangan murid tahun 4 sekali gus dapat

mewujudkan Rakan Sains di kalangan merek oleh Nuresmalia Binti Ismail dari SK Ngah

Ibrahim. Murid-murid tidak tahu bagaimana mencari dan membina hipotesis sedangkan

mereka sudahpun mempelajari kemahiran tersebut semasa di tahun 3.

11. Kajian oleh Eng Tek Ong, Bibi Hazliana Mohd Hassan dari Fakulti Pendidikan &

Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengkaji tahap penguasaan

kemahiran proses sains asas (KPSA) dalam kalangan murid sekolah rendah tahap II

berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Dengan menggunakan Ujian

Kemahiran Proses Sains Asas yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang

sesuai untuk menilai kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur, meramal, dan

menginferens, instrumen ini ditadbir kepada 337 orang murid daripada dua buah sekolah

rendah kebangsaan bandar dan dua buah sekolah rendah kebangsaan luar bandar di Perak.

12. Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan

Tindakan IPG KBL Oleh Mary Tan Mui Yee mengkaji ini dijalankan untuk mengkaji

kesan penggunaan aktiviti hands-on ke atas minat dan penglibatan murid dalam

pembelajaran Sains disamping meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains di sekolah

kebangsaan di daerah Kuching. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan aktiviti

hands-on berjaya meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam


pembelajaran Sains, sekali gus meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains.

13.Kajian oleh Muhamad bin Sidek & Mardhiah binti Abu Zahar Guru Pelatih DPLI

UKM yang mengkaji pendekatan pengajaran secara kontekstual ini diaplikasikan semasa

Sains. Data dikumpul melalui pemerhatian dan temubual serta kaedah kuantitatif yang

berbentuk jadual. Kaedah kuantitatif ini dijalankan bagi mendapatkan laporan kekerapan

pelajar keluar kelas sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah kontekstual

yang dilaksanakan berjaya membentuk tingkah laku positif pelajar supaya duduk diam di

dalam kelas selama lebih 10 minit dalam satu- satu sesi pengajaran (1sesi=40minit). Ini

secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar dan terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih yang bertindak sebagai pengkaji dalam

kajian ini dapat memperbaiki mutu pengajaran seterusnya meningkatkan tahap tumpuan

pelajar terhadap pembelajaran mereka.

14. Kajian oleh Aziz Bin Nordin, Nurulhamizah Binti Azman & Nor Hasniza Binti

Ibrahim Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia tentang Kemahiran Proses

Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains.

Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua

pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam

kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji iaitu Kemahiran Membuat

Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi. Kajian ini telah melibatkan

responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi


Malaysia, Skudai, Johor.

15. Kajian oleh Solihah Binti Ilias dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda,

Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Mohamad Hisyam bin Mohd. Hashim Fakulti Pendidikan

Teknikal dan Vokasional, Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia berkenaan pelaksanaan

pembelajaran secara kontekstual dalam matapelajaran aliran vokasional (MPV) di

sekolah akademik harian di Pulau Pinang. Oleh itu, dengan pendekatan pembelajaran

secara kontekstual ini yang merupakan salah satu iniasiatif dalam meningkatkan

pembelajaran pelajar diharapkan memberi impak positif sekaligus melahirkan sumber

tenaga manusia yang lebih berkualiti dan mempunyi modal insan yang merupakan

prasyarat kepada transformasi.

2.5 RUMUSAN

Daripada kajian terdahulu yang dilakukan, dapat kita rumuskan pembelajaran

kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid apatah

lagi dalam mata pelajaran sains. Pendekatan kontekstual boleh digunakan di mana murid

belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam

pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian

dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat

menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.

BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENDAHULUAN

Pendekatan inkuiri saintifik yang ditekankan dalam proses pebelajaran merupakan

satu kaedah yang memerlukan penglibatan aktif pelajar dan biasanya dilakukan secara

amali (Ting, Choo Yee & Mohammad Yusof, 2001). Dalam pembelajaran sains, terdapat

tiga komponen utama yang mempengaruhi para pelajar. Komponen-komponen yang

menjadi tulang belakang pada pembelajaran sains ialah pengetahuan, kemahiran dan

sikap. Menurut Gagne (1985), kemahiran proses sains (KPS) termasuk kemahiran

membuat hipotesis merupakan asas untuk mempelajari sains dan melatih pembelajaran

secara inkuiri penemuan. Kemahiran proses sains (KPS) menjadi semakin penting dan

dijadikan objektif kurikulum sains dan kemahiran proses sains (KPS) mempunyai

pertalian dengan keupayaan menaakul secara formal.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif adalah satu

kajian yang mengkaji tentang suatu peristiwa atau fenomena sesuatu keadaan (Azizi,

2007). Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan instrumen yang mengkaji jenis

KPSB iaitu kemahiran membuat hipotesis. Asas membuat hipotesis akan diuji dengan

menggunakan item-item yang bersesuaian. Manakala melihat keberkesanan pendekatan

konstektual ke atas kemahiran murid membuat hipotesis pula lebih menekankan

kefahaman pelajar tentang mengaitkan istilah sains semasa eksperimen dilakukan dengan

pengalaman sebenar mereka.

3.3 SAMPEL KAJIAN


Kajian ini telah menggunakan responden seramai sepuluh orang yang terdiri daripada

murid-murid Tahun Lima aliran perdana dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kelantan

yang mengambil mata pelajaran teras Sains. Mereka ini terdiri daripada murid-murid

Tahun Lima daripada lima buah kelas. Murid-murid ini diuji kerana mereka merupakan

kelompok murid-murid yang terakhir yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) batch terakhir di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) bagi tahun 2015. Maka, tahap KPS yang dipelajari semasa peringkat rendah

Tahap 1 yang ada pada mereka adalah dari pengalaman dan pembelajaran mereka sendiri.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Penilaian Tahap Kemahiran

Saintifik (UPTKS). Ujian ini menguji KPSB responden (muid) dari segi kemahiran

membuat hipotesis dan bagaimana mereka menggunakan pendekatan konstektual ke atas

kemahiran membuat hipotesis. Item-item yang digunakan adalah tertumpu kepada dua

jenis kemahiran ini dan lebih menjurus kepada eksperimen sains di bawah tajuk suhu. Ini

kerana responden terdiri daripada murid Tahun Lima. Bahagian yang diuji terdiri

daripada bahagian A, B dan C. Bahagian A dibina bagi mendapatkan maklumat mengenai

butir-butir peribadi pelajar seperti tahun, jantina dan keputusan peperiksaan penggal

peperiksaan sekolah. Manakala Bahagian B pula terdiri daripada sepuluh item yang

menggabungkan kemahiran membuat hipotesis. Soalan bahagian ini adalah berbentuk

objektif. Sementara Bahagian C pula adalah berbentuk subjektif dan terdiri daripada

pelbagai aras kesukaran. Setiap bahagian ini mempunyai kandungan yang berbeza.

Penerangan bagi setiap bahagian adalah seperti di bawah:-


A) Bahagian A: Maklumat peribadi pelajar : Bahagian ini dibina untuk mendapatkan

maklumat latar belakang murid-murid. Item-item dalam bahagian ini ialah tahun mereka

menduduki Tahun Lima yang sedang diikuti oleh responden, jantina, keputusan

peperiksaan penggal ke dua responden, keputusan mata pelajaran Sains responden.

B) Bahagian B: Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik (Objektif) : Ujian Penilaian

Tahap Kemahiran Saintifik (UPTKS) di dalam bahagian ini terdiri daripada sepuluh item

secara keseluruhannya. Item-item yang dibina itu terdiri daripada lima item yang menguji

kemahiran membuat hipotesis dan lima lagi item bagaimana mereka menggunakan

pendekatan konstekstual ke atas kemahiran membuat hipotesis. Item-item yang dibina

adalah berbentuk objektif. Item ini disusun seperti jadual di bawah:

Kemahiran Nombor Item Jumlah


Membuat hipotesis 1A, 2A, 3A, 4A dan 5A 5
Pendekatan konstekstual ke
atas kemahiran membuat 1B, 2B, 3B 4B dan 5B 5
hipotesis
Jadual 1 : Jadual Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik (Objektif)

C) Bahagian C: Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik (Struktur) : Bahagian C

mengandungi sebelas item sahaja. Masing-masing lima item dari pendekatan konstekstual

ke atas kemahiran membuat hipotesis dan dan enam item bagi kemahiran membuat

hipotesis dalam kalangan murid Tahun Lima. Bahagian ini, ini adalah berbentuk struktur

mudah. Ia dibina untuk menguji tahap penguasaan sebenar responden dan jawapan tidak

dibekalkan. Jawapan responden adalah hasil cetusan pemikiran mereka sendiri. Item-item

ini disusun seperti jadual di bawah:

Kemahiran Nombor Item Jumlah


Membuat hipotesis 1C, 2C, 3C, 4C,5C dan 6C 6
Pendekatan konstekstual ke
atas kemahiran membuat 1D, 2D, 3D 4D dan 5D 5
hipotesis
Jadual 3 : Jadual Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik (Struktur)

3.5 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis merupakan kajian awal yang dilakukan sebelum kajian sebenar

dilaksanakan. Melalui kajian rintis, maklumat berkenaan kejelasan instrumen, bahasa

mudah yang digunakan, bentuk-bentuk soalan yang dikemukan, kefahaman responden

terhadap instrumen dan kesesuaian untuk menjawab ujian dapat dikenalpasti. Di dalam

kajian ini, kajian rintis diedarkan kepada sepuluh orang responden. Jumlah responden

bagi kajian ini adalah kecil kerana populasi sebenar murid-murid di kawasan luar bandar

adalah kecil. Penyelidik mengedarkan sendiri instrumen kajian dan meminta setiap

responden memberikan komen terhadap instrumen yang dibina. Data yang dikumpul akan

dianalisa dalam bentuk perbandingan peratus dan frekuensi. Kadar skor markah akan

ditentukan seperti berikut:-

Markah Tahap
61 - 80 Tinggi
41 - 60 Sederhana
21 - 40 Rendah
0 - 20 Sangat rendah

3.6 ANALISIS DATA

Apakah keberkesanan pendekatan konstekstual ke atas kemahiran membuat hipotesis

dalam kalangan murid Tahun Lima yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis?

Secara keseluruhannya, daripada hasil analisis yang telah dijalankan, didapati tahap
penguasaan pelajar terhadap kemahiran ini berada di tahap yang sederhana iaitu sebanyak

32.6. Ini diikuti pula dengan tahap baik, seterusnya tahap lemah dan kemudian ialah

tahap sangat baik dengan peratus keseluruhannya 28.1 peratus, 22.5 dan 15.7 peratus

masing-masing. Item ini merupakan item berbentuk subjektif dan mungkin peratus

betulnya tinggi kerana mengikut Taksonomi Bloom, item ini merupakan item aras

pengetahuan. Kesimpulanya, kebanyakan item dalam Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi mempunyai peratus betul yang melebihi 50 peratus kecuali beberapa item sahaja.

Ini menunjukkan kebanyakan pelajar berada di tahap yang memuaskan.

3.7 RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menguji Keberkesanan Pendekatan Konstekstual dan

Kemahiran Membina Hipotesis. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan persoalan-

persoalan kajan yang telah dibina iaitu:

(i) Apakah tahap penguasaan murid pelajar sains dalam kemahiran KPS yang melibatkan

kemahiran membuat hipotesis?

(ii) Apakah tahap keberkesanan pendekatan konstekstual dalam kemahiran

proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis?

(iii) Apakah terdapat perbezaan tahap penguasaan antara murid Tahun Lima ini

dalam kemahiran proses sains (KPS) yang melibatkan kemahiran membuat hipotesis?

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang menggunakan responden seramai 40

orang murid. Responden terdiri daripada pelajar Tahun Lima dan analisis kajian

mendapati sebanyak 55.0 peratus murid-murid ini berada di tahap yang baik bagi

kemahiran membina hipotesis. Daripada analsis kajian ini juga didapati dua orang pelajar
berjaya mendapat markah penuh iaitu sepuluh markah bagi komponen ini. Kajian ini juga

menunjukkan tiada pelajar yang berada di tahap sangat lemah. Ini menunjukkan

kebanyakan murid-murid ini dapat menguasai kemahiran ini di peringkat yang

memuaskan. Analisis kajian ini juga mendapati seorang pelajar memperoleh markah

terendah iaitu tiga markah. Ini mungkin kerana pelajar ini gagal menguasai kemahiran

sains mengawal sekaligus gagal untuk menguasai kemahiran membina hipotesis kerana

kemahiran membina hipotesis merupakan gabungan antara pembolehubah bergerak balas

dan juga pembolehubah yang dimanipulasikan. Kajian ini mendapati, kebanyakkan

responden iaitu seramai 32.6 peratus berada di tahap sederhana bagi kemahiran membuat

hipotesis. Mungkin tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan merentasi kursus

pengajian bagi pelajar-pelajar ini kerana tahap kognitif pelajar adalah lebih kurang sama.

Aplikasi KPS adalah tidak terhad kepada bidang-bidang sains sahaja kerana KPS

memerlukan pemahaman dalam proses pembelajaran sama ada dalam pendidikan formal

ataupun dalam kehidupan seharian. Maka murid Tahun Lima akan tahu kegunaan

hipotesis ialah memberikan penjelasan sementara tentang gejala-gejala serta

memudahkan perluasan pengetahuan dalam suatu bidang. Hipotesis memberikan suatu

pernyataan hubungan yang langsung dapat diuji dalam penelitian. Hipotesis memberikan

arah kepada penelitian. Hipotesis memberikan kerangka untuk melaporkan kesimpulan

penyelidikan Sains.

Terdapat dua jenis hipotesis yang digunakan dalam penelitian antara lain ialah

hipotesis kerja atau alternatif ,disingkat Ha, hipotesis kerja menyatakan adanya hubungan

antara variabel X dan Y, atau adanya perbedaan antara dua kelompok. Rumusan bagi

hipotesis kerja ialah Jika... Maka... Ada perbedaan antara... Dan... Dalam...Ada
pengaruh...dan Terhadap...

2. Hipotesis nol (null hypotheses) disingkat Ho.

Hipotesis ini menyatakan tidak ada perbedaan antara dua variabel, atau tidak adanya

pengaruh variabel X terhadap variabel Y

Rumusannya:

a) Tidak ada perbedaan antara... Dengan... Dalam...

b) Tidak ada pengaruh... terhadap...

Saran untuk memperoleh hipotesis:

1. Hipotesis induktif

Dalam prosedur induktif, penelitian merumuskan hipotesis sebagai suatu generalisasi dari

hubungan-hubungan yang diamati

2. Hipotesis deduktif

Dalam hipotesis ini,peneliti dapat memulai penyelidikan dengan memilih salah satu teori

yang ada dibidang yang menarik minatnya,setelah teori dipilih, ia lalu menarik hipotesis

dari teori ini.

C. Ciri-ciri hipotesis

Ciri-ciri hipotesis yang baik:

1) Hipotesis harus mempunyai daya penjelas

2) Hipotesis harus menyatakan hubungan yang diharapkan ada di antara variabel-

variabel-variabel.
3) Hipotesis harus dapat diuji

4) Hipotesis hendaknya konsistesis dengan pengetahuan yang sudah ada.

5) Hipotesis hendaknya dinyatakan sesederhana dan seringkas mungkin.

D. Menggali dan merumuskan hipotesis

Dalam menggali hipotesis, peneliti harus [2]:

1) Mempunyai banyak informasi tentang masalah yang ingin dipecahkan dengan jalan

banyak membaca literatur-literatur yang ada hubungannya dengan penelitian yang sedang

dilaksanakan.

2) Mempunyai kemampuan untuk memeriksa keterangan tentang tempat-tempat, objek-

objek serta hal-hal yang berhubungan satu sama lain dalam fenomena yang sedang

diselidiki.

3) Mempunyai kemampuan untuk menghubungkan suatu keadaan dengan keadaan

lainnya yang sesuaia dengan kerangka teori ilmu dan bidang yang bersangkutan.

Good dan scates memberikan beberapa sumber untuk menggali hipotesis :

1) Ilmu pengetahuan dan pengertian yang mendalam tentang ilmu

2) Wawasan serta pengertian yang mendalam tentang suatu wawasan

3) Imajinasi dan angan-angan

4) Materi bacaan dan literatur

5) Pengetahuan kebiasaan atau kegiatan dalam daerah yang sedang diselidiki.

6) Data yang tersedia

7) kesamaan.

Sebagai kesimpulan , maka beberapa petunjuk dalam merumuskan hipotesis dapat

diberikan sebagai berikut :


1) Hipotesis harus dirumuskan secara jelas dan padat serta spesifik

2) Hipotesis sebaiknya dinyatakan dalam kalimat deklaraif dan berbentuk pernyataan.

3) Hipotesis sebaiknya menyatakan hubungan antara dua atau lebih variabel yang dapat

diukur.

4) Hendaknya dapat diuji

5) Hipotesis sebaiknya mempunyai kerangka teori.

RUJUKAN

Aiello-Nicosia, M.L. , Sperandeo, R.M. dan Valenza, M.A. (1984). The relationship

between science process abilities of teachers and scienceachievements of students : An

Eperimental Study. Journal of Research in Science Teaching. 21(8). 853-858.

Brow, W.R. (1979). The Effect of Process Skill Instruction On Performance of

Preservice Elementary Teachers. Journal of Research in Science Teaching. 14(1). 83-87.

Champagne, A.B and Klopfer, L.E (1981). Structuring Process Skills And The Solution

of Verbal Problems Involving Science Concepts. Science Education. 65,439-511..


Eng Nguan Hong (2007). Chemistry Form 4. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gagne, R.M. (1965). Psychological Review. Journal Research in Science Teaching.

75(3) 177-191. Harlen,

W. (1999). Purpose And Procedures For Assessing Science Process Skills. Assesment

In Education. Vol. 6, No. 1. 129-142. Jaus, H.H. (1975). The Effect of Integrated

Science Process Skill Instruction On Changing Teacher Achievement And Planning

Practises. Journal of Research in Science Teaching. 12(4). 439-447.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saleha Binti Abdullah (2000). Mengkaji Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains

(Kemahiran Memerhati, Mengelas, Mentafsir Maklumat dan Mengawal Pembolehubah)

Di Sekolah Menengah Di Daerah Nilam Puri. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Tobin K.G. dan Capie W. (1980). Teaching Process Skill In The Middle School, School

Science And Mathematics. Journal of Research In Science Teaching. 590-600.

Vantipa, R , Muhammad, N.A , Said, M. (1996). Science Process Skills Performance

Among Students In Malaysia, The Philippines and Thailand. SEAMEO Regional Centre
For Education In Science and Mathematics.

Wellington, J. (1989). Skill and process in science education : An Introduction. In

Wellington, J. (Ed), Skill And Process in science education : A critical analysis. London :

Routledge.

Yeoung Pak Foo (1995). Reka bentuk dan susun atur. Kementerian Pendidikan Guru :

Bahagian Pendidikan Guru.

Zaliha Haji Musa (1998). Pencapaian Kemahiran Proses Sains Di Kalngan Pelajar

Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan. 7-14

Proses REACT Dalam Pembelajaran Secara Kontekstual

Terdapat satu kaedah pengajaran yang sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran

kontekstual. Kaedah pengajaran itu melibatkan lima proses/aktiviti, iaitu

menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama, dan memindahkan. Kelima-

lima aktiviti ini diringkaskan sebagai REACT.

a) Menghubungkait (Relating):

Aktiviti ini melibatkan proses di mana pelajar menghubungkaitkan pengetahuan baru

dengan pengalaman hidup mereka sendiri. Dalam pembelajaran kontekstual, pelajar akan

dapat menumpukan perhatian kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian.

Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat
baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh semasa di sekolah, pelajar belajar

tentang cara-cara menjaga kebersihan. Semasa pembelajaran tersebut, pelajar mungkin

dapat mengaitkan pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar sering diberitahu

oleh ibu bapa supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi pengalaman ini

pelajar akan dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di rumah dengan

aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.

b) Mengalami (Experiencing):

Semasa pembelajaran, pelajar akan sedaya upaya menimba pengalaman melalui aktviiti

eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti video, naratif, atau aktiviti

berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami sesuatu perkara atau peristiwa

yang dipelajari. Contohnya pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk menyaksikan

demonstrasi serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa bermain.

Pengalaman ini boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi sebenar di

luar bilik darjah.

c) Mengaplikasi (Applying):

Ia melibatkan proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan

dalam situasi yang lain. Dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan misalnya, proses

aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari. Contohnya, guru

mungkin boleh membawa pelajar melawat kantin sekolah dan melihat sendiri cara

mengendalikan makanan dengan betul. Setelah itu, mereka akan diberikan peluang

melakukan latihan praktikal di bilik kemahiran hidup sekolah. Pengalaman ini sudah

tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di rumah kelak.

d) Bekerjasama (Cooperating):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar

lain. Ia merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran konteksual.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar digalakkan bekerjasama dalam

pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman kepada mereka. Contohnya

pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian

amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan.

e) Memindahkan (Transferring):

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau

memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini

menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui.

Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan

yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah

diketahui pelajar. Contoh pelajar mempelajari cara untuk memilih menu sarapan yang
sesuai. Pelajar boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam memilih dan

menetapkan menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.

Anda mungkin juga menyukai