Anda di halaman 1dari 4

Nama: Shamsuria Binti Sabtu

No Kad Pengenalan: 790903-04-5322

Unit: KPLI-SR Ambilan Januari 2011/Bahasa Inggeris (SJKT)

Refleksi: Program Pembadingan Pengajaran dan Pembelajaran ke IPG Kampus


Tawau dan Peningkatan Motivasi Kualiti Guru Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah dan Pendidik Guru di Sekolah-Sekolah Daerah Tawau dan Sekolah
Pulau Semporna Sabah 2011

KEKUATAN

Dengan adanya program, ia membuka mata dan minda pelajar secara


keseluruhan. Teori dan aplikasi sudah diajar dan dan diwar-warkan dalam bilik
darjah bagi pelajar KPLI seperti kami. Namun itu semua dipandang enteng dengan
mengekalkan presepsi “saya tidak mahu mengambil kira penempatan guru di
kawasan luar bandar” kerana berpendapat murid-murid di kawasan tersebut sama
seperti murid-murid di kawasan kita berada mendapat segala kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan. Namun pendedahan secara telus mata ke situasi
terutamanya di Pulau Mabul dan di Pulau BumBum benar-benar mencabar diri
sendiri dan menyebabkan saya tidak percaya masih ada lagi kanak-kanak yang tidak
mendapat pendidikan sepenuhnya. Saya dan juga rakan-rakan lain memandang
perkara ini sebagai satu masalah serius kerana tanpa pendidikan musrahil kawasan
tersebut akan maju dan membangun.

Saya merasakan sekiranya bakal-bakal guru KPLI yang lain dapat melihat
sendiri dan merasa pengalaman kami ini, maka mereka akan menyerahkan hati dan
segalanya untuk berkhidmat sebagai guru di kawasan pendalaman. Bila kanak-
kanak ini diberi didikan dengan ikhlas dan bermutu dari kami semua diharap akan
dapat membentuk lapisan generasi baru yang berpandangan jauh untuk memajukan
kawasan mereka sendiri seterusnya mengubah cara hidup mereka dari negetif
kepada positif, jahil kepada berilmu dan juga bagi beragama Islam dapat menghayati
Islam sebagai Ad-Din.
Secara keseluruhan program ini juga memantapkan subjek yang kami pelajari
di IPG iaitu pengurusan Gerko. Dengan bombingan daripada guru dan para
pensyarah terutamanya Dr. Kamarudin kami telah didedahkan system menguruskan
satu program lawatan yang mengikut tatacara yang betul.

KELEMAHAN

Saya tidak mahu menceritakan apa yang berlaku di sepanjang perjalanan di


sana kerana ada banyak refleksi yang mencerita pengalaman peribadi mereka
sebagai peserta program. Namun kelemahan yang saya dapati dalam program ini
sendiri ialah datang daripada peserta sendiri. Semua mengambil bahagian masing-
masing namun ada segelintir pelajar yang mengelakkan diri untuk bersama
menghayati perincian dari intipati program.

Manakala cabaran yang paling kuat seperti yang dikatakan oleh Dr.
Kamarudin ialah kerenah birokrasi. Bagi saya jika pelajar sendiri boleh
mengeluarkan wang poket sendiri untuk melibatkan program yang bagus yang
diunjurkan,pihak atasan sepatutnya sudah dapat melihat kesungguhan para pelajar
tersebut. Walau pun kosnya agak berat untuk kami penuhi namun nilai pengalaman
tersebut tidak akan dapat diperolehi di masa akan datang dengan kos yang sama.
Sepatutnya mana-mana bahagian memberi sokongan dan bantuan sekiranya bukan
bantuan kewangan berilah sokongan moral kerana itu sudah memadai.

APLIKASI MASA HADAPAN

Saya amat-amat bersetuju jika program ini diteruskan pada masa akan
datang. Jangan diberi dedahan teori sahaja sebaliknya tunjukkan kepada pelajar
apakah peranan guru sebenarnya. Gunakan segala pembelajaran yang ada dan
aplikasikan dahulu secara mental, emosi dan pengukuhan diri sebagai seorang
bakal guru. Kita hendak mendidik seorang manusia selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka jika bakal guru dapat menyaksikan dengan
mata kepala sendiri bagaimana kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan
sepenuhnya hanya kerana ketiadaan guru yang ingin bertugas di kawasan
pendalaman adalah amat-amat cantik.
Akibat dari itu terhasilnya penduduk kawasan tersebut yang tidak mempunyai
generasi terdidik dari akademik, pergerakkan sosial kehidupan yang
mengecewakan, terapan agama Islam dalam kawasan tersebut yang agak terabai
dan dari generasi ke generasi tiada pembangunan terancang yang dapat dibawa ke
kawasan tersebut kerana tiada anak kampung yang mempunyai inisiatif untuk
membangunkan kawasan mereka sendiri. Sebaliknya mereka lebh gemar berhijrah
ke bandar yang lebih besar. Bayangkan jika bakal guru dapat melahirkan lapisan
generasi yang berpandangan jauh, mereka inilah yang akan mengubah kawasan
mereka sendiri dan sekaligus membangunkan kawasan mereka sendiri dengan
menggunakan kepakaran masing-masing.

Semua ini hanya akan berlaku sekiranya bakal guru faham kenapa adanya
penempatan guru kawasan pendalaman, luar bandar dan kawasan pulau. Itu dapat
saya ibaratkan kita mengajar mereka bagaimana untuk menjalankan kehidupan
dengan menggunakan sumber yang ada disekeliling dari memberi bantuan saran
hidup seperti beras sebagainya setiap masa untuk meneruskan kehidupan.
Maknanya sebagai bakal guru kita perlu benar-benar ikhlas mendidik, tidak berkira
kerana harapan utama ialah memastikan generasi pelapis ini akan membawa
perubahan besar pada kawasan mereka sendiri.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Dr. Haji Kamarudin kerana
berjaya membuka tirai kabur kami akan nasib murid-murid kawasan di kawasan
pulau. Diharap ada usaha berterusan dan sokongan padu dari semua pihak atas
program yang sangat bermakna ini. Pendidikan yang paling berjaya bagi saya
terutamanya saya sendiri yang tidak pernah terlibat dalam bidang pendidikan ialah
pengalaman melihat, merasa dan mentafsir sendiri dengan apa yang dapat dilihat di
depan mata seterusnya pendidikan toeri yang dipelajari di kelas memperkukuhkan
pembelajaran itu sendiri. Dari pengalaman itu kami bawa pulang dan kami ceritakan
pada rakan-rakan lain betapa perlunya pendidikan dan pendidik di luar sana kerana
ada ramai kanak-kanak yang memerlukannya.
Terima kasih SHAMSURIA BINTI SABTU. Borang permohonan anda telah
diterima. Ringkasan permohonan anda adalah seperti berikut:

No. Kad Pengenalan :790903045322


Nama Penuh :SHAMSURIA BINTI SABTU
Alamat :NO 58
JALAN KIAMBANG 3B
TAMAN DESA KIAMBANG
48200 SERENDAH
SELANGOR DARUL EHSAN

Jawatan yang dipohon :


PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

Tarikh Permohonan :26/12/2011 17:30:56.

Untuk makluman, surat akuan permohonan tidak akan dihantar kepada anda.
Sila cetak makluman ini sebagai rujukan.

[Cetak Pemberitahuan] [Tutup] [Daftar Masuk]

Anda mungkin juga menyukai