Anda di halaman 1dari 4

Bahasa bermaruah

tidak berbilur bahasa di lidah.

Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.

Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa berbudi sudah


tidak lokek pada ummah.

Bahasa begitu indah


tidak habis berbahasa bermadah.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 15)


RANGKAP 1
 Bahasa kebangsaan mempunyai imej yang tinggi kerana kita tidak pernah berhenti
daripada menuturnya.
RANGKAP 2
 Bahasa berkembang dari masa ke masa dan tidak habis dikaji dan ilmu daripada
bahasa tidak habis ditimba.
RANGKAP 3
 Bahasa memiliki sejarah yang tersendiri dan tidak dapat ditukar ganti dan tidak
akan pupus ditelan zaman.
RANGKAP 4
 Bahasa memainkan peranan sebagai alat untuk mengeratkan hubungan sekali gus
menjalinkan persaudaraan yang erat.
RANGKAP 5
 Bahasa merupakan mekanisma untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa
dan manusia yang cinta akan bahasa tidak pernah kedekut ilmu.
RANGKAP 6
 Bahasa kebangsaan kita amat indah dan unsur-unsur keindahannya amat luas dan
banyak bidangnya.

Anda mungkin juga menyukai