Anda di halaman 1dari 2

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – PUISI KUNCI BAHASA

A. MAKSUD

Rangkap Maksud
1 Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur
yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
2 Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik
walaupun berlaku perubahan masa.
3 Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul
sebarang kekeliruan.
4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi
6 Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan
susunan kata  serta bahasa yang puitis.

B. TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan
untuk berkomunikasi

C. PERSOALAN

i. Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain
terguris hatinya.
ii. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan
hilang ditelan zaman.
iii. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan
nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
iv. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara
berhemah.

D. BENTUK

i. Terikat
ii. Terdapat enam rangkap
iii. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
2

E. GAYA BAHASA

i. Pengulangan kata
Contoh: bahasa dan tidak

ii. Bahasa Arab


Contoh: ukhwah dan ummah

iii. Metafora
Contoh: jambatan ukhwah

iv. Asonansi - pengulangan vokal i


a. Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah
b.
v. Aliterasi - pengulangan konsonan b
a. Contoh : bahasa berbuah

F. NILAI

i. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

ii. Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah

G. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang
lain.
Contoh: Bahasa bermaruah
a. tidak berbilur bahasa di lidah

ii. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
Contoh: Bahasa bersejarah
a. tidak luput bahasa bertingkah

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai