Anda di halaman 1dari 12

GEOGRAFI

NAMA : MUHAMMAD FARIZ


MURSYID BIN FAIZUL

NO KAD PENGENALAN :

100419-14-0503

NAMA KELAS: 1 G

NAMA SEKOLAH: SMK ST GABRIEL

NAMA GURU: PUAN RAMLAH ALIAS


2.0) JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN


Kelas 1G
Mendengar taklimat kerja lampangan
oleh Puan Ramlah Alias
-Menulis objekti kajian
1 14/11/2023 -Menentukan jadual kerja
(Khamis) -Menulis latar belakang Kawasan
kajian

2 17/11/2023 - Penghargaan
(Ahad) - Pendahuluan
-
-
28/11/2023 Menulis Hasil Kajian
3 (Selasa) - Kawasan Kajian -
- Kesan – Kesan
- Rujukan
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan
Satu (1), Puan Ramlah Alias atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya
menyiapkan folio ini. Ucapan yang sama saya tujukan kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Faizul Bin Ramli dan Puan Nor Farizah Bt Mohd Tahir atas
dorongan dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk.
Tidak lupa kepada sahabat saya serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini.
PENDAHULUAN

Saya memilih tempat tersebut sebagai kajian,kerana ia merupakan tempat

tinggal saya dan adalah lebih mudah untuk saya menjalankan kajian di sini. Saya

mendapati adanya sistem pemungutan sampah berjadual di Kawasan ini, namun

pembuangan sampah tertumpu pada tempat tertentu Sahaja yang membuatkan

longgokan yang berlebihan. Perkara ini, membolehkan saya membuat

pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk menyempurnakan tugasan

saya. Masa yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan kerja kursus ini

dengan sempurna untuk mengumpul data dan rumusan. Saya bersyukur dan

bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan bagi mengatasi masalah

sisa domestik di tempat tinggal saya pada masa hadapan. Saya memilih untuk

menjalankan kajian sisa domestik di Kawasan tempat tinggal saya iaitu di Desa

Panda,Kuala Lumpur.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang saya lakukan tentang fenomena pembuangan
sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpur.

 Menyatakan definisi konsep sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpur.


 Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpur.
 Mengkaji punca-punca pembuangan sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumput.
 Menjelaskan kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpu.
 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di
Desa Pandan,Kuala Lumpur
4.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah membuat kajian lapangan tentang fenomena pembuangan sisa domestik dengan
menggunakan beberapa kaedah.

 Rujukan

Saya telah mengambil beberapa rujukan daripada internet dan akhbar tentang fenomena
pembuangan sisa domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpur.Saya juga telah mengambil rujukan
pada buku teks geografi dan juga mengambil rujukan dari Ibu saya.

 Temu bual

Saya telah bertemu bual dengan beberapa penduduk di Desa Pandan,Kuala Lumpur tentang
fenomena pembuangan sisa domestik.

Salah satu penduduknya adalah kawan dan jiran saya yang sedang menetap disini.

 Pemerhatian

Saya telah mengambil perhatian yang teliti atas perkara yang berlaku disini.

Contoh yang terkini adalah banjir kilat dan pencemaran air.


5.0 HASIL KAJIAN

Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut Wikipedia , sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang


dari Kawasan perumahan . Sisa domestik mempunyai dua jenis iaitu sisa pepejal dan
sisa cecair.

1. Bahan Oganik

Ciri bagi bahan organik ialah boleh diuraikan dan dilupuskan.Bahan organik dihasilkan dari sumber
haiwan dan tumbuhan.Contoh-contoh bagi bahan organik ialah sisa makanan,sisa kerbun dan kertas.

2. Bahan bukan organic


Ciri bagi bahan bukan organic pula ialah bahan organik susah diuraikan dan dilupuskan. Bahan bukan
organaik dihasilkan dari sumber mineral.Mineral bermaksud bahan yanh wujud semula
jadi,contohnya logam dan petroleum.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang dikaji oleh saya adalah Desa Pandan di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.Kawasan ini adalah flat kediaman awam.Kawasan ini mempunyai 2
buah blok. Flat ini juga mempunyai sebuah surau yang dibina seperti masjid
kecil ,pembinaan surau itu telah ditaja oleh Datuk Johari Abdul Ghani sendiri.

Dalam pada itu,kawasan ini juga mempunyai penduduk-penduduk yang berbilang


bangsa seperti Melayu,Cina,India dan lain-lain juga ada.Penduduk flat yang tinggal
disini kebanyakkanya termasuk di dalam golongan B40.Penduduk di flat ini juga
berjual beli.

Akhir sekali, penduduk-penduduk di kawasan ini tinggal di flat dan blok yang tertentu.
Blok-blok yang ada dikawasan ini ialah blok A dan B. Setiap blok dilengkapi dengan 4
buah tangga di setiap blok dan dilengkapi dengan 4 buah tangga di setiap blok dan
disini ada juga kedai runcit yang lengkap.

Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Desa Pandan,Kuala Lumpur


Antara daripada kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Desa Pandan ialah
pencemaran. Pencemaran utama ialah pencemaran bau,hal ini berlaku apabila
timbunan sisa yang tidak diurus menyebabkan bau.Contohnya seperti pembuangan
lampin bayi yang tidak diurus.Pencemaran yang kedua ialah pencemaran
udara.Pencemaran udara ialah disebabkan oleh pembakaran sisa di tempat terbuka
atau tempat pelupusan sampah.

Selaian itu,kesan yang lain ialah banjir kilat.Banjir kilat terhasil apabiloa sikap tidak
bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang,parit
dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat.Kemudian,apabila hujan lebat
jumlah air meningkat secara mendadak sehingga banjir kilat berlaku.

Seterusnya,kesan seterusnya ialah peningkatan kos penyelenggaraan.Peningkatan


jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh
pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan,(PBT).Kos penyelenggaraan
tapak pelupusan,baik pulih kemusnahan,perawatan air tercemar dan gaji pekerja
pembersihan.

Akhir sekali, kesan pembuangan sisa domestik ialah wabak penyakit.Sisa


pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak
penyakit yang disebarkan oleh haiwan,contoh tikus,lipan dan lalat.Sebagai
contoh,wabak penyakit yang ada ialah demam denggi,malaria,penyakit
taun,zika,rotavirus.

Punca-punca Pembuangan Sisa Domestik yang tidak terancang di Desa Pandan:


1.Pertambahan jumlah penduduk
Melalui temu bual saya dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian , mereka
berpendapat bahawa pertambahan penduduk yang mendadak di kawasan Putra Perdana
menyumbang kepada punca pembuangan sisa domestik di kawasan Putra Perdana.
Contoh sisa domestik adalah seperti sisa makanan, kertas , bahan plastik , kaca ,
tinminuman. Banyak gerai makanan dibuka ditepi jalan menyebabkan orang ramai beli
makanan digerai –gerai tersebut dan membuang buang sampah merata –rata tempat
selepas makan.

2.Sosio ekonomi dan gaya hidup penduduk Malaysia


Kini, kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap sederhana tinggi dan
memiliki taraf hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan pertambahan sisa pepejal.
Masyarakat kini lebih suka membuang bahan buangan daripada mengitar semula atau
menggunakan semula barang tersebut. Contohnya, botol kicap, tin minuman, kotak dan
sebagainya akan dibuang selepas bahan tersebut habis dimakan. Sepatutnya bahan
tersebut boleh dikitar semula.

3.Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa


Masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang
bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah
telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di
kawasan perumahan lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal
semakin bertambah dan berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada
alam sekitar dan imej negara. Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa
dan taman perumahan. Antara syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab menguruskan
kutipan sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn Bhd, Southern Waste Management Sdn Bhd dan
Environment Idaman Sdn Bhd.

4.Sikap masyarakat yang tidak prihatin

Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang
paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap
masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka
membuang sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam
sekitar. Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan
kerajaan tidak diendahkan. Sikapmalas masyarakat untuk mengitar semula menjadi
penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah

RUJUKAN
1) Buku Teks
- Hisham Azman Bin Ibrahim dan Mohammad Kharun Fitri Bin Ahmad (2016) Geografi
tingkatan 1 . Era Visi Sdn.Bhd

2) Internet
- https://anyflip.com/ttelf/dzmz/basic
- https://www.slideshare.net/jeyemthiram/38285656-foliogeografitingkatan1
- https://www.scribd.com/document/425884210/Kerja-Lapangan-Sisa-Domestik

3) Orang
- Ajiq Bin Usop , 19 tahun

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai