Anda di halaman 1dari 41

Lampiran 2

BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN …….

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama :…Adib Mukhlis bin Aminudin……………………………………………………


7
No. Kad Pengenalan : 0 6 0 1 2 3 0 1 1 1 2

No. Angka Giliran :

Tingkatan :…………………………… 3 Abu Bakar……………………………

Tajuk Kerja Lapangan :……Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Felda Bukit Besar………….

Dimensi Pentaksiran Tahap Penguasaan Skor


Mengumpul Maklumat
Merancang
Mengaplikasi
Membuat Refleksi
Etika dan Kerohanian

KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa Kerja Lapangan ini adalah hasil kerja saya sendiri,
melainkan petikan, grafik, foto dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:…………………........................

PERAKUAN GURU PENGESAHAN GKMP

Tandatangan :………………………………… Tandatangan :…………………………………

Nama :………………………………… Nama :………………………………....


Tarikh :……………………………….... Tarikh :…………………………………
Isi Kandungan

(1) Perancangan kerja ………………………………………………….. 1

(2) Penghargaan ………………………………………………………… 2

(3) Pendahuluan ………………………………………………………… 3

(4) Objektif Kajian ……………………………………………………….. 4

(5) Kaedah Kajian ………………………………………………………. 5-6

(6) Kawasan Kajian …………………………………………………….. 7-12

(7) Kegiatan ekonomi di Felda Bukit Besar …………………………. 13-14

(8) Kegiatan ekonomi utama di Felda Bukit Besar ………………… 15-16

(9) Kepentingan kegiatan ekonomi di Felda Bukit Besar …………. 17-18

(10) Rumusan …………………………………………………………… 19

(11) Lampiran …………………………………………………………… 20-41


PERANCANGAN KERJA KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

BILANGAN HARI TARIKH PERKARA CATATAN

1. Selasa 24 Ogos taklimat kerja lapangan Semasa PdPR


Membuat borang soal selidik
penghargaan,pendahuluan.
2. Selasa 31 ogos taklimat dan membuat objektif Semasa dan di luar
kajian, kaedah kajian dan latar
PdPR
belakang kawasan kajian

4. Selasa 7 September taklimat dan menghurai tentang; Di dalam PdPR


Cara menganalisis borang soal
selidik
-Jenis-jenis kegiatan ekonomi

5. Selasa 21 sept Mendengar taklimat dan membuat


huraian
-Kegiatan ekonomi utama
-Faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi
Membuat huraian kepentingan
kegiatan ekonomi
6. Selasa 28 sept Membuat Rumusan, senarai
Rujukan, Lampiran Membuat
semakan hasil laporan dan
mengemaskini laporan
7. Selasa 05 okt Semakan terakhir dan
menghantar laporan kepada guru
mata pelajaran

1
Penghargaan

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat

menyiapkan Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 3 dengan jayanya.Jutaan

terima kasih juga kepada Puan Wan Marini binti Mohd Shafie kerana sentiasa

memberikan panduan untuk menjalankan kajian ini dengan lancar.Seterusnya,

ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Puan

Rozilawati binti Endut dan Encik Aminudin bin Md Nuh kerana sentiasa

memberikan dorongan dan sokongan yang sedikit sebanyak membantu saya

dari segi fizikal mahupun mental.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada responden yang

membantu saya dalam sesi soal selidik. Kesemua maklumat sangat berguna

dan banyak membantu dalam menjalankan kajian ini. Akhir sekali, diberikan

penghargaan juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung.Ilmu yang diberi amat-amat dihargai.

2
Pendahuluan

Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya ialah Kegiatan Ekonomi di

Kawasan Felda Bukit Besar. Saya Adib Mukhlis bin Aminudin pelajar tingkatan

3 Abu Bakar dari sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor

Bahru telah melakukan kajian di kawasan tersebut.

Antara sebab utama saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian

adalah kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan pelbagai

kemudahan. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana

berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan

ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk

direkodkan dalam kerja kursus saya.

Saya perlu memenuhi objektif yang diberikan iaitu mengkaji latar belakang

kawasan kajian, mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di

kawasan kajian, mengenalpasti satu kegiatan ekonomi utama dan mengkaji

faktor-faktor yang mempengaruhinya serta menghuraikan kepentingan

kegiatan ekonomi tersebut kepada masyarakat setempat.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan

sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.

Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa

orang responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat. Saya

sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah

memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja

kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

3
Objektif Kajian

Objektif utama saya melakukan kajian di kawasan Felda Bukit Besar

adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian melalui aspek dan

perkara-perkara seperti berikut :-

(a) Mengkaji latar belakang kawasan kajian

(b) Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan

kajian

(c) Mengenalpasti satu kegitan ekonomi utama dan mengkaji faktor-faktor

yang memepengaruhinya

(d) Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi tersebut kepada

masyarakat setempat

4
Kaedah Kajian

Bagi kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi mendapatkan

maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Antaranya :-

(1) Kaedah Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian atau tinjauan di kawasan yang saya dapati

berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian bagi kerja kursus ini. Kaedah ini

juga adalah untuk mengenalpasti kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan

tersebut. Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu saya sewaktu

menjalankan kajian ini.

(2) Kaedah Temu Bual

Saya telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan

maklumat tambahan tentang kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat

mengenalpasti beberapa jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya

boleh digunakan di dalam borang soal selidik bagi mendapatkan jawapan

menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut

(3) Kaedah Borang Soal Selidik

Saya telah mengedarkan borang soal selidik secara online dek kerana situasi

pandemik masa kini. Dengan menggunakan kaedah ini, saya dapat

mengumpul pelbagai maklumat seperti kegiatan ekonomi utama yang terdapat

di kawasan kajian. Secara tidak langsung, maklumat ini sangat berguna di

dalam kajian yng dilakukan

5
(4) Kaedah Rujukan

Saya telah merujuk pelbagai bahan di internet dan juga secara konvensional

bagi mendapatkan maklumat tambahan serta ketepatan sesuatu maklumat

yang diperoleh.

6
Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini ialah Felda Bukit Besar, Kota

Tinggi. Daerah Kota Tinggi merupakan salah satu daripada 10 buah daerah di

negeri Johor. Daerah ini terletak 42 KM timur laut daripada Johor Bahru.

Daerah ini juga digelar sebagai Bandar Bersejarah Negeri Johor.

Peta Google Map Daerah Kota Tinggi

Kawasan kajian saya iaitu Felda Bukit Besar merupakan sebuah kampung

yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Terletak di dalam gugusan Felda

Taib Andak, ia dikelilingi oleh beberapa perkampungan felda lain seperti Felda

Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun. Walaupun

sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih di bawah pentadbiran

daerah Kota Tinggi yang terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan

ini terletak di dalam parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja. Kampung ini mula

diterokai sekitar tahun 1964 dan mula dihuni oleh kira- 409 orang peneroka

pada tahun 1968 dan 1969 secara berperingkat.

7
Seiring dengan nama yang diberi kawasan Felda Bukit Besar mempunyai

banyak bukit yang besar dan tinggi saiznya. Antara kawasan berbukit yang

menjadi tumpuan utama oleh penduduk di sini ialah Bukit Tun kerana pada

puncak bukit tersebut terdapat beberapa batu yang sangat besar dan digelar

sebagai batu gajah. Seterusnya ialah Bukit Sarimah iaitu kawasan perkuburan.

Nama Sarimah diberikan sempena orang yang pertama di tanam di

perkuburan tersebut. Selain itu, antara kelebihan kawasan kajian saya adalah

kerana mempunyai kawasan sungai yang bersejarah iaitu Sungai Sayong

yang bersambung terus dari Ulu Sungai Johor. Sungai ini pernah dilalui oleh

beberapa orang ternama serta kapal-kapal untuk berdagang. Sebagai info

tambahan, di kawasan sungai tersebut terdapat satu lokasi kawasan makam

diraja iaitu Makam Tujuh.

Peta Google map Felda Bukit Besar

Suasana ekonomi di sini tertumpu kepada kegiatan ekonomi sektor primer

iaitu pertanian kerana hampir kesemua tanah di kawasan ini ditanam dengan

tanaman sawit menyebabkan penduduk di sini mempunyai pekerjaan yang

lebih terjurus ke arah bidang pertanian. Selain itu, terdapat juga kawasan

8
perindustrian memproses sawit di bawah FGV. Ini bagi memudahkan

pengurusan sawit di kawasan sekitar untuk diproses dan dijadikan produk

yang berguna seperti minyak kelapa sawit.

Kereta, bas dan motosikal antara medium pengangkutan terpenting di sini.

Oleh itu, pihak kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan

kawasan bandar dan luar bandar. Jalan Kluang - Kota Tinggi dan Jalan Kota

Tinggi - Kulai dibina untuk menghubungkan antara daerah. Kemudahan

jajaran perhubungan melalui pengangkutan darat ini memudahkan kawasan

Felda Bukit Besar berkembang dengan lebih pesat dan seterusnya dapat

meningkatkan ekonomi.

Kawasan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai

serbaneka. Contohnya 7 Eleven, 99 Speedmart, XT Mart dan lain - lain lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa jenis buah klinik seperti Klinik APM,

Klinik kesihatan dan Farmasi bagi memberikan rawatan kepada penduduk.

Kawasan ini juga mempunyai institusi pendidikan seperti sekolah rendah,

sekolah menengah dan sekolah agama.

9
Kilang memproses sawit Felda Bukit Besar

Jalan Kota Tinggi-Kluang

Jalan Kulai-Kota Tinggi

10
7 Eleven Bandar Tenggara

99 Speedmart Bandar Tenggara

XT Mart Bandar Tenggara

11
Klinik kesihatan Bandar Tenggara

Farmasi Bandar Tenggara

12
Kegiatan Ekonomi di kawasan Felda Bukit Besar

Melalui kaedah kajian yang telah dilakukan dan data yang berjaya

diperolehi kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan Felda Bukit Besar ialah

sektor pertanian, perindustrian, pendidikan.

Mengikut data yang telah diperolehi, tumpuan utama kegiatan ekonomi di

kawasan Felda Bukit Besar ialah sektor pertanian. Hampir keseluruhan tanah

di kawasan ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Kawasan Felda

sememangnya menjana kewangan dari segi pertanian. Pertanian kelapa sawit

banyak memberi manfaat seperti pengeluaran minyak masak.

Kegiatan ekonomi yang kedua ialah sektor perindustrian. Perindustrian di

Malaysia merupakan sektor sekunder dan di kawasan kajian saya tertumpu

kepada dua sektor. Yang pertama, pertanian kelapa sawit. Ini bagi

memudahkan pemprosesan kelapa sawit untuk dijadikan sebagai pelbagai

produk yang bermanfaat. Kedua, kilang pemprosesan ayam. Kilang ini

daripada sebuah kilang yang terkenal iaitu Ayam Mas. Bukan itu sahaja, kilang

ini juga merupakan pembekal kepada syarikat KFC terutamanya di kawasan

perumahan saya.

Akhir sekali ialah sektor pendidikan. Di kawasan Felda Bukit Besar,

terdapat beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Besar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin Riayat Shah, Sekolah Agama Felda

Bukit Besar dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)

Kesimpulannya, hasil daripada data-data dan maklumat yang diperolehi

melalui kaedah kajian yang dijalankan, kajian mendapati empat kegiatan

ekonomi yang dinyatakan di atas adalah antara aktiviti yang banyak dijalankan

di kawasan Felda Bukit Besar.

13
14
Kegiatan Ekonomi Utama di Kawasan Felda Bukit Besar

Daripada data yang diperolehi, kegiatan ekonomi utama yang dijalankan di

kawasan Felda Bukit Besar ialah kegiatan ekonomi sektor primer iaitu

pertanian. Sektor pertanian di sini tertumpu kepada penanaman kelapa sawit.

Kawasan ini mula diterokai sekitar tahun 1964 dan mula dihuni tahun 1968

dan 1969 secara berperingkat.

Faktor yang mempengaruhi tanaman ini ialah jenis tanihnya iaitu tanih

aluvium dan tanih latosol. Dua jenis tanih ini meliputi hampir keseluruh

kawasan Felda Bukit Besar.

Selain itu, jenis bentuk muka buminya ialah tanah pamah. Tanah yang

rata sesuai untuk penanaman pertanian kelapa sawit.

Akhir sekali ialah iklim. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa dengan

purata suhu 27 darjah celsius dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm. Ini

akan menjamin kualiti yang baik untuk penanaman kelapa sawit.

15
16
Kepentingan Kegiatan Ekonomi Utama di Kawasan Felda Bukit Besar

Melalui kajian yang telah dilakukan kepada penduduk di kawasan Felda

Bukit Besar terdapat beberapa yang mendapat pilihan majoriti. Antara

kepentingannya ialah mewujudkan peluang pekejaan. Ramai orang

terutamanya penduduk sekitar di kawasan kampung dapat memperolehi

pekerjaan dan menurunkan kadar pengangguran Menurut kajian, lebih 50%

peluang pekerjaan dibuka pada sektor pertanian khususnya sektor kelapa

sawit.

Seterusnya, menjana ekonomi negara .Tanaman kelapa sawit ini akan

diproses dan seterusnya dieksport ke negara luar. Sektor kelapa sawit ini

memberikan hasil yang agak lumayan untuk negara kita. Ini dapat

menyumbang pendapatan untuk membiayai perbelanjaan, mengurus dan

mentadbir negara.

Selain itu, peningkatan taraf hidup. Penduduk kampung dapat

meningkatkan taraf hidup mereka melalui aktiviti pertanian. Ini membolehkan

mereka menyara diri dan keluarga.

Akhir sekali ialah pembangunan bandar ( urbanisasi). Dek kerana

pembangunan yang dilakukan terhadap kegiatan pertanian, semakin banyak

syarikat yang akan mengambil peluang untuk memajukan kawasan kampung.

Statusnya akan berubah daripada nama kampung ke nama taman, rumah

kayu ke rumah batu serta bangunan lama ke bangunan moden.

17
18
Rumusan

Melalui kajian ini, banyak perkara yang saya perolehi. Antaranya saya

dapat mengenal pasti jenis-jenis kegiatan eknomi yang terdapat di kawasan

Felda Bukit Besar iaitu pertanian, perindustrian dan pendidikan. Saya juga

dapat menjelaskan tentang kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian saya

iaitu sektor pertanian kelapa sawit dan faktor-faktor yang mempengaruhinya

seperti bentuk muka bumi, tanih dan iklim. Akhir sekali saya dapat

menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan Felda Bukit Besar

contohnya mewujudkan peluang pekerjaan, menjadi sumber pendapatan

kepada para petani dan memajukan kawasan luar bandar.

Daripada kesuluruhan kajian saya, saya mendapati bahawa komuniti yang

saya duduki sekarang mempunyai sebuah sikap yang boleh membanggakan

saya iaitu kesepakatan. Sepanjang melakukan kajian, kesemua yang terlibat

memberikan kerjasama yang sangat baik dan sangat membantu. Saya

berharap agar komuniti di kawasan Felda Bukit Besar terus membangun dan

tidak merasa kebalakang kerana dasar nama “kampung”.

19
Rujukan

(1) https://app.pandai.org

(2) https://www.ipendidikan.my

(3) http://smkpalongsebelas-geografi.blogspot.com

(5) https://prezi.com

(6) https://www.scribd.com

(7) https://issuu.com

(7) https://ms.wikipedia.org

20
21
Borang temu bual

Nama: Aminudin bin Md.Nuh

Umur:50 Tahun

Pekerjaan:Guru

1. Apakah jenis ekonomi yang dijalankan di kawasan perumahan anda ?

Kawasan ini menjalankan ekonomi pertanian dan perindustrian.

2. Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi tersebut ?

Bentuk muka bumi dan tanih

3. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi tersebut kepada masyarakat

setempat ?

Memberikan peluang pekerjaan

22
Borang temu bual

Nama: Rozilawati binti Endut

Umur:50 Tahun

Pekerjaan:Guru

1. Apakah jenis ekonomi yang dijalankan di kawasan perumahan anda ?

Kawasan ini menjalankan ekonomi pertanian, perindustrian dan

pendidikan

2. Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi tersebut ?

Bentuk muka bumi dan tanih

3. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi tersebut kepada masyarakat

setempat ?

Meningkatkan ekonomi negara

23
Borang temu bual

Nama: Abdul Hakim bin Aminudin

Umur:21 Tahun

Pekerjaan:Syarikat swasta

1. Apakah jenis ekonomi yang dijalankan di kawasan perumahan anda ?

Ekonomi pertanian dan perindustrian.

2. Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi tersebut ?

Bentuk muka bumi, tanih dan iklim

3. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi tersebut kepada masyarakat

setempat ?

Membuka bandar baharu

24
Carta pai menunjukkan peratus kaum responden di Kawasan Felda Bukit Besar

Carta pai menunjukkan peratus umur responden di Kawasan Felda Bukit Besar

Carta pai menunjukkan peratus pendapatan responden di Kawasan Felda Bukit Besar

25
Carta pai menunjukkan peratus jenis pekerjaan di Kawasan Felda Bukit Besar

Graf Bar menunjukkan kepentingan kegiatan ekonomi di Kawasan Felda Bukit Besar

Graf Bar menunjukkan kegiatan ekonomi di Kawasan Felda Bukit Besar

Graf Bar menunjukkan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Kawasan Felda Bukit Besar

26
Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Kegiatan ekonomi merupakan kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan.

Kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada tiga sektor iaitu:

1. Primer
2. Sekunder
3. Tertier.

Sektor primer

Merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi

1. Pertanian
2. Pembalakan
3. Perikanan
4. Perlombongan
5. Penternakan

Sektor sekunder

Merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah

Memberi keutamaan dalam menukarkan bahan mentah kepada barangan siap kepada pengguna

1. Pembuatan atau perindustrian


2. Pembinaan

Sektor tertier

Merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan

Disebut sebagai sektor perkhidmatan

1. Pelancongan
2. Perdagangan
3. Pengangkutan
4. Kewangan
5. Pendidikan

27
Sektor Sekunder: Sektor Perindustrian

Memproses bahan mentah menjadi barangan siap

Pada tahun 2016, sektor pembuatan telah meningkat sebanyak 4.4% dan menyumbang RM255 bilion (23%)
KDNK Malaysia

Kegiatan perindustrian di Malaysia:

1. Industri berasaskan sumber

Contoh :

 Industri berasaskan kayu


 Industri berasaskan getah
 Industri berasaskan kelapa sawit

2. Industri bukan berasaskan sumber

Contoh :

 Industri elektrik dan elektronik


 Industri automotif

3. Sektor Tertier: Sektor Pelancongan

Sektor perkhidmatan yang utama di Malaysia sejak awal tahun 1980-an

Perkembangan sektor pelancongan meningkatkan keperluan perkhidmatan yang lain seperti :

 Pengangkutan
 Perhotelan
 Perhubungan

28
Faktor fizikal

1. Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dapat mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan

Jenis bentuk muka bumi:

 Tanah pamah
 Tanah tinggi
 Pinggir laut

JENIS BENTUK MUKA BUMI SEKTOR EKONOMI


Pertanian: Penanaman padi, getah dan kelapa sawit

Tanah pamah Pengangkutan: Pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terb

Perindustrian: Pembinaan kilang


Pertanian: Tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan
Tanah tinggi
Pelancongan
Perikanan

Pinggir laut Pelancongan

Pelabuhan

2. Tanih

Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

 Aluvium
 Laterit
 Gambut
 Pasir
 Beris

JENIS TANAH TANAMAN LOKASI


Dataran Kedah (Kedah)
Aluvium Padi sawah
Tanjung Karang (Selangor)
Segi Tiga Jengka (Pahang)
Getah
Laterit
Labis (Johor)
Kelapa sawit

29
Sri Aman (Sarawak)

Tawau (Sabah)
Rengit (Johor)

Gambut Nanas Pontian (Johor)

Labis (Johor)
Pantai Kelantan
Gajus
Pasir Pantai Terengganu
Kelapa
Bagan Datoh (Perak)
Pasir Puteh (Kelantan)
Beris Kenaf
Setiu, Marang dan Besut (Terengganu)

3. Iklim

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa

Purata suhu Malaysia ialah 27°C dengan jumlah hujan tahunan melebihi 2 600 mm

Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi seperti:

 Pertanian
 Pelancongan
 Perikanan
 Pembalakan

Pelbagai jenis tanaman dapat hidup dengan subur seperti :

 Padi
 Getah
 Kelapa sawit
 Koko
 Nanas
 Kopi
 Lada hitam

Cuaca yang sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18°C di kawasan tanah tinggi seperti Kun
Cameron Highlands (Pahang) amat sesuai bagi penanaman seperti:

 Teh
 Sayur-sayuran
 Bunga-bungaan

4. Saliran

30
Malaysia memiliki saliran yang baik

Kegiatan pertanian juga dapat dijalankan dengan baik

Contoh:

 Penanaman padi memerlukan pengairan baik untuk proses penanaman seperti penanaman padi di D
 Kegiatan pelancongan seperti Melaka River Cruise juga dapat dijalankan apabila adanya sistem salira

Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia


1. Peningkatan taraf hidup

Penduduk meningkatkan taraf hidup mereka apabila melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi

Petunjuk taraf hidup boleh dilihat melalui peningkatan :

 Jumlah pendapatan per kapita keluarga


 Perumahan yang selesa
 Tahap pendidikan
 Lain-lain kemudahan

Kuasa beli, taraf kesihatan dan tahap pendidikan penduduk turut meningkat

2. Kemajuan ekonomi negara

Menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan mentadbir


negara

Pendapatan negara diperoleh daripada:

 Cukai
 Hasil eksport
 Kedatangan pelancong asing
 Keuntungan aktiviti perniagaan

Sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi di


Malaysia

3. Pemindahan teknologi

Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik dari


satu negara ke negara lain melalui proses pembelajaran, pengalaman dan latihan

Di Malaysia, terdapat dua cara pemindahan teknologi dilaksanakan, iaitu:

 Latihan sambil kerja


 Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

4. Mewujudkan peluang pekerjaan

31
Peluang pekerjaan menyebabkan kadar pengangguran di Malaysia berkurangan

Prestasi eksport dan pengeluaran perindustrian yang semakin kukuh juga


mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor primer, sekunder dan tertier

5. Peningkatan infrastruktur

Peningkatan infrastruktur dan kemudahan seperti:

 Jalan raya dan lebuh raya


 Jalan kereta api
 Pengangkutan udara
 Pelabuhan

Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)


6. Proses pembandaran (Urbanisasi)

Kegiatan ekonomi telah menyumbang kepada proses pembandaran

Perkembangan bandar akibat kegiatan perindustrian:

 Petaling Jaya
 Shah Alam
 Bayan Lepas berlaku

Perkembangan bandar akibat kegiatan sektor perkhidmatan:

 Putrajaya
 Cyberjaya

Kepelbagaian kegiatan ekonomi menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan


penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan

Kemajuan ekonomi secara tidak langsung menyebabkan perkembangan dan perluasan


saiz serta pertambahan fungsi bandar

7. Pengurangan import

Kegiatan ekonomi tempatan mengurangkan pergantungan negara kepada barangan


import

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan import, iaitu:

 Menggalakkan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS)


 Menggalakkan pengeluaran sektor pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan
dan ternakan

32
1.0 PENGENALAN
- Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor
kemanusiaan.

1.1 FAKTOR FIZIKAL


- Faktor fizikal bekaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada
-Faktor fizikal ialah :

BENTUK MUKA BUMI


i) Bentuk muka bumi jenis tanah pamah sesuai ditanami padi , memudahkan pembinaan kilang ,
jalan raya , jalan keretapi , kapal terbang .
ii) Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape sawit di Tenggara Pahang .
iii) Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di Bagan Datoh , Kudat , dan
Sipitang .
iv) Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh dan Bukit Merah di
Perak

TANIH
i) Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan .
ii) Tanih alivium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis , Dataran Kelantan ,
Dataran Kerian dan Tanjung Karang .
iii) Tanih laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di segi tiga jengka dan kelapa
sawit di Labis JOHOR .
iv) Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Renggit , Pontian , dan di Labis Johor .
v) Tanih beris ( campuran tanah liat dengan pasir ) ditanami tembakau di bacok , kelapa di Bagan
Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan Terengganu.

IKLIM
i) Malaysia mengalami iklim katulistiwa dengan purata suhu tahunan , 27C dan jumlah hujan
tahunan kira-kira 2600ml
ii) Jenis tanaman seperti padi , getah ,kelape sawit , koko ,nanas ,kopi dan lada hitam.
iii) Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana , iaitu kira-kira 18c di kawasan tanah tinggi seperti
Tanah Tinggi Cameron , Pahang dan Kundasang , Sabah sesuai bagi penanaman teh , sayur
sayuran , dan bunga - bungaan .
iv) Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi
Genting , Tanah Tinggi Cameron , Bukit Tingggi , dan Bukit Fraser .
v) Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan .

BAHAN MENTAH

33
i) Bahan mentah menggalakkan prindustrian
ii) Petroleum - industri membersihkan petroleum , bahan bakar kenderaan , polimer , cat dan
minyak pelincir .
iii) Gas asli - industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea .
iv) Kaolin -industri barangan tembikar ,jubin , dan pinggan .
v) Kayu balak - industri venir dan perabot .
vi) Kelapa sawit - industri memproses minyak sawit untuk membuat majerin dengan sabun
vii) Getah - industri memproses susu getah , membuat sarung tangan , kasut , dan tilam .
viii) Nanas - industri mengetin nanas dan makanan.
ix) Perikanan - industri membuat keropok dan ikan masin .

FAKTOR KEMANUSIAAN
- Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia
faktor kemanusiaan ialah :

TEKNOLOGI
i) Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik pengurusan yang cekap dan
maju dalam sektor perindastrian , pertanian , perdagangan , dan sebagainya.
ii) Penggunaan jentera dalam pelbagai kegiatan ekonomi:

 penanaman padi - jentera pembajak dan jentera penuai


 indutri automobil - robot digunakan untuk memasang kereta
 penggunaan kapal korek untuk melombong biji timah
 gergaji berjentera untuk memotong batang pokok
 jentera penaik pukat tunda
iii) Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran , menghasilkan
produk berkualiti , mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keselamatan
iv) Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya
pengeluaran , dan menjimatkan kos
v) Contohnya , kewangan ( e-banking) , pendidikan (e-learning) , dan
perdagangan (e-commerce)
vi) Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang pertanian ,
perhutanan dan perikanan
vii) Contohnya pokok klon getah RRIM600 menghasilkan banyak susu getah
viii) Penggunaan teknik lain seperti :

 teknik penapaian
 polomer
 alat automasi
 teknologi mekatronik
 nanoteknologi
 elektrononik molikular

DASAR KERAJAAN

34
i) Dasar pertanian negara (DPN 3) dilaksanakan untuk memaju dan memperkembangkan sektor
pertanian di Malaysia.
ii) Di bawah DPN 3 , pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk diberikan
tumpuan .
iii) DPN 3 juga menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara
komersial bagi meningkatkan bekalan kayu pada masa depan .
iv) Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti negara (NPC) dan SIRIM Berhad oleh pihak
kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti .
v) Penubuhan beberapa agensi oleh kerajaan seperti MARA telah membantu memberikan latihan
kepada belia dalam bidang keusahawanan .

PASARAN
i) Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam negara dan
pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara
ii) Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di luar negara ialah hasil pertanian seperti
kelapa sawit dan nanas , hasil kayu balak , barangan kilang , dan petroleum.
iii) Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah seperti FAMA untuk
pasaran tempatan dan MATREDE untuk pasaran antarabangsa.

MODAL
i) Terdapat dua sumber utama modal , iaitu modal domestik dan modal pelaburan asing.
ii) Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan seperti Bank
Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan majlis amanah rakyat (MARA).
iii) Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-prlabur negara asing yang datang ke
Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang .

BURUH
i) Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan , pengeluaran , pengurusan ,
dan pemasaran .
ii) Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing.
iii) Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap , iaitu buruh mahir ,buruh separuh mahir dan buruh
separuh tidak mahir.
iv) Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian ,
pembalakan , perindustrian dan pembinaan
v) Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan sepeti pendidikan , pengangkutan , perubatan
dan sektor perlombongan sebagai jurutera.

35
Felda Bukit Besar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pergi ke navigasiPergi ke carian

FELDA Bukit Besar

Felda Bukit Besar merupakan sebuah kampung terletak di


daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Terletak di dalam gugusan
Felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda
yang lain seperti Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Felda
Bukit Ramun. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak.
Walaupun sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih
dibawah pentadbiran daerah Kota Tinggi dimana ianya terletak di
dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam
parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja.

Kampung/Kawasan Sekitar[sunting | sunting sumber]

Felda Bukit Besar terletak dalam Daerah Kota Tinggi dan berada lebih kurang
23 kilometer dari selatan bandar Kulai dan 60 kilometer dari ibu negeri Johor
Bahru. Felda Bukit Besar juga termasuk di bawah kawasan Tenggara dan
kawasan Dewan Undangan Pasir Raja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah & Mukim - Sejarah Am Daerah Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor,
Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi
lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan Daerah Kota Tinggi

36
ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah
perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian, di samping terdapat kegiatan
lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili.
Aktiviti ekonomi yang lain ialah perlombongan dan perniagaan. Daerah Kota
Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional
serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga penempatan orang Asli di
daerah ini. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya
berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih
kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan
Lipur Panti. Aktiviti pendakian juga boleh dijalankan di Gunung Panti dan
Gunung Muntahak. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran
pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati seperti Desaru, Tanjung Balau,
Batu Layar dan Tanjung Sedili.

Kampung Felda Bukit Besar mula diterokai sekitar tahun 1964 dan mula dihuni
oleh kira-kira 409 orang peneroka pada tahun 1968 dan 1969 secara
berperingkat.

37
Kota Tinggi
From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to navigationJump to search


For the federal constituency represented in the Dewan Rakyat,
see Kota Tinggi (federal constituency).

Kota Tinggi

Town

Kota Tinggi, Bandar Bersejarah Johor

Country Malaysia
State Johor
District Kota Tinggi

Area
2
• Total 17 km (7 sq mi)

Time zone UTC+8 (MST)


• Summer (DST) Not observed

Postcode 81xxx
Area code(s) 07
Vehicle registration J

Website www.mdkt.gov.my

Kota Tinggi is a town and capital of Kota Tinggi


District, Johor, Malaysia, located around 42 kilometers north-east
of Johor Bahru, on the road to Mersing. Kota Tinggi is also the name
of the district, Kota Tinggi District, where the town is situated.

Kuala Sedili or Tanjung Sedili, a small fishing town located 37 km


north-east of Kota Tinggi town, is the second largest fishing port in
east coast of Peninsular Malaysia.

38
History[edit]
Main article: 2006-2007 Malaysian floods

Kota Tinggi was hardest hit in the flood that devastated Johor and some parts
of Pahang, Melaka, and Negeri Sembilan. Nearly 100,000 people had to be
evacuated to rescue centres.

The first flood wave started on 19 December 2006 and sunk almost the whole
town of Kota Tinggi. With a height of 4.90 metres (16.1 ft), it broke the
previous record flood level. The second wave, which began on 11 January 2007,
at 5.45 metres (17.9 ft) exceeded even the height of the first wave. Kota Tinggi
town was totally underwater for nearly two weeks and was isolated from other
towns due to landslides and flooding.

39

Anda mungkin juga menyukai