Anda di halaman 1dari 20

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

(KSSM)

GEOGRAFI
TINGKATAN 3

Peneraju Pendidikan Negara


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Peneraju Pendidikan Negara
KERJA LAPANGAN

Peneraju Pendidikan Negara


OBJEKTIF

1. Memberi pendapat atau idea secara kritis dan kreatif.


2. Menghuraikan saling kaitan di antara manusia dengan alam sekitar di
lapangan.
3. Mengenal pasti masalah atau isu yang berkaitan geografi di lapangan.
4. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah atau
isu yang berkaitan.
5. Mengaplikasi kemahiran geografi yang telah dipelajari.
6. Mensyukuri, mencintai dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
7. Menjalankan tugasan mengikut prosedur.

Peneraju Pendidikan Negara


PROSES KERJA LAPANGAN

Memilih isu atau tajuk

Menentukan objektif

Menentukan kaedah kajian

Merekod, mengumpul, menganalisis data


atau maklumat

Merumus dan melaporkan

Peneraju Pendidikan Negara


PANDUAN PELAKSANAAN

Panduan Guru Panduan Murid


• Sediakan surat • Berbincang dengan guru
• Sediakan borang • Bawa surat kebenaran
• Ajar Kemahiran dan akuan diri
Geografi dahulu • Cari dan kumpul
• Taklimat keselamatan maklumat
• Membimbing murid • Menulis laporan
• Menilai kerja murid

Peneraju Pendidikan Negara


KRITERIA DAN PROSES KERJA

KRITERIA PROSES KERJA

 Jadual kerja
 Pengagihan kerja Waktu
Perancangan PdP
 Objektif kajian
 Penentuan kaedah kajian

Mengumpul maklumat daripada pelbagai


Waktu luar
Proses awal sumber dengan menggunakan kaedah yang PdP
sesuai
 Grafik
Waktu
Laporan akhir  Tafsiran konsep PdP
 Isi utama/ huraian/ contoh

Peneraju Pendidikan Negara


PENULISAN LAPORAN KERJA LAPANGAN

1. Kertas bersaiz A4

2. Format penulisan laporan mengandungi:

•Tajuk kajian

• Senarai kandungan

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH KERJA LAPANGAN

KERJA LAPANGAN
Kegiatan Ekonomi di
Bandar Baru Nilai

Disediakan oleh:
An Nur Aisya Rania Binti Adam Rayyan
Tingkatan 3 Al- Banna

Peneraju Pendidikan Negara


SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian
7. Rumusan
8. Rujukan

Peneraju Pendidikan Negara


PENGHARGAAN

Saya berasa sangat gembira dapat menghasilkan Kerja Lapangan


Geografi di Bandar Baru Nilai. Saya dapat melaksanakannya dengan
sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.
Dengan itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk terima kasih kepada
mereka. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan
saya kepada guru mata pelajaran Geografi, En. Mahzan Bin Jalil kerana
telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih
juga diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan iaitu Siti Nur Alisya Binti
Aizat, Lim Mei Mei dan Mageshwari a/p Anandan kerana saling
membantu mencari maklumat. Ucapan terima kasih juga kepada ibu
bapa saya iaitu Encik Adam Rayyan Bin Ibrahim dan Puan Shaidahyati
Binti Haji Osman kerana memberi dorongan dan semangat kepada saya.

Peneraju Pendidikan Negara


PENDAHULUAN

Saya dan rakan kumpulan telah bersepakat untuk melaksanakan


kerja lapangan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Bandar
Baru Nilai. Saya membuat kajian tentang kepentingan kegiatan
ekonomi di Bandar Baru Nilai. Selain itu, saya dan rakan kumpulan
turut memberi cadangan tentang potensi pembangunan kegiatan
ekonomi di Bandar Baru Nilai pada masa hadapan.

Peneraju Pendidikan Negara


OBJEKTIF KAJIAN

1. Menerangkan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.


2. Menghuraikan kegiatan ekonomi di Bandar Baru Nilai.
3. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
Bandar Baru Nilai.
4. Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di Bandar Baru
Nilai.
5. Mencadangkan potensi kegiatan ekonomi di Bandar Baru Nilai
pada masa hadapan.

Peneraju Pendidikan Negara


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.


Saya memilih kawasan kajian ini kerana jaraknya hanya 5 km dari
rumah serta sekolah saya. Bandar Baru Nilai terletak di daerah Mukim
Labu, Negeri Sembilan dan berkeluasan 623 ekar. Jarak antara Bandar
Baru Nilai ke Seremban ialah 25 km iaitu kira-kira 30 minit jika
berkereta. Bandar Baru Nilai terletak di kawasan yang strategik kerana
berhampiran dengan Putrajaya, KLIA dan KLIA2 serta pusat membeli-
belah terkenal Nilai 3.

Peneraju Pendidikan Negara


PETA KAWASAN KAJIAN

Peneraju Pendidikan Negara


KAEDAH PENGUMPULAN DATA

 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.
 SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian daripada 20 orang responden.
 TEMU BUAL
Kaedah temu bual pula telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
kepentingan kegiatan ekonomi daripada 10 orang responden.
 SUMBER RUJUKAN
Sumber rujukan digunakan bagi membuat penyelidikan mendapatkan maklumat yang
tepat.

Peneraju Pendidikan Negara


HASIL KAJIAN

• 6.1 Kegiatan perniagaan merupakan salah satu kegiatan ekonomi


utama di kawasan kajian. Hasil daripada analisis borang soal selidik,
saya mendapati 20 responden yang terlibat dalam kegiatan ini.
Kesemua responden ini berniaga kecil-kecilan seperti gerai atau
warung yang banyak terdapat di Nilai 3.
• Selain itu, kegiatan perindustrian juga merupakan salah satu
kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Hasil daripada analisis borang
soal selidik, saya mendapati 10 orang responden yang bekerja di
kilang pembuatan bahan kimia, tekstil, sarung tangan dan perabot.

Peneraju Pendidikan Negara


RUMUSAN

Sebagai rumusannya, kajian ini telah memberi saya


pengetahuan tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Saya juga telah mengetahui tentang kepentingan kegiatan ekonomi
kepada penduduk dan kawasan kajian. Walaupun kegiatan ekonomi
penting kepada penduduk dan kawasan kajian, namun terdapat juga
kesan negatif hasil daripada kegiatan ekonomi. Justeru itu, saya yakin
sekiranya langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
yang dicadangkan dapat dilaksanakan, insyaAllah kesan negatif
kegiatan ekonomi dapat dikurangkan.
Akhirnya, sebagai seorang penduduk di kawasan kajian saya
bersyukur di atas anugerah yang diberi oleh Allah. Saya juga bersyukur
kerana telah wujud semangat cintakan tanah air di dalam hati
penduduk di kawasan kajian.
Peneraju Pendidikan Negara
RUJUKAN

Kamaladewi a/p Velusammy, 2002, Geografi Tingkatan 3, Selangor


Darul Ehsan, Sasbadi.Sdn.Bhd
Encik Saifuldin bin Baharudin, 51 tahun,
No. 345, Jalan Cengal 4/9, Taman BBN,
45600 Nilai.

http://kerjakhususgeografi.blogspot.com/2011/10/tajuk-
pendahuluan-normal-0-false-false.html#comments

Peneraju Pendidikan Negara


TAHAP PENGUASAAN KERJA LAPANGAN
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
1
yang tidak lengkap.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
2
yang kurang lengkap.
Menyediakan perancangan, proses awal, laporan akhir yang
3
lengkap dan tidak tersusun.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
4
yang lengkap dan tersusun.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
5
yang lengkap, tepat, tersusun dan realistik.
Menyediakan perancangan, proses awal dan laporan akhir
6 yang lengkap, tepat, tersusun dan realistik serta menunjukkan
keaslian serta boleh dicontohi.

Peneraju Pendidikan Negara


TERIMA KASIH
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
http://bpk.moe.gov.my

Peneraju Pendidikan Negara

Anda mungkin juga menyukai