Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH TUN FATIMAH,

JALAN TUN ABDUL RAZAK (6),


81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2022


KAJIAN TENTANG KESAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN
TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAMPUNG TUI, BUKIT KEPONG

NAMA : FARAH NATASYA SABARI BINTI ABDUL RAHMAN

KELAS : 2 FEMININ

NAMA : PUAN HAJAH SARINA BINTI ISMAIL


GURU

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke-Hadrat Ilahi kerana


dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat untuk menyiapkan Kajian Lapangan Geografi
yang mengambil masa selama 5 hari ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang diberikan ini, ribuan terma kasih saya ucapkan kepada Guru Mata
Pelajaran Geografi, Puan Hajah Sarina binti Ismail, insan yang telah bertungkus lumus serta
tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu kepada saya.

Tidak dilupakan, penyokong utama saya yang selama ini tidak pernah putus memberikan
dorongan serta semangat untuk saya menyiapkan tugasan ini, iaitu bapa saya, Encik Sabari
bin Md.Yassin, serta ibu saya, Puan Zainap binti Atan.

Penghargaan ini juga saya tujukan buat rakan-rakan yang tegar memberi tunjuk ajar serta
membantu saya melengkapkan kajian lapangan geografi. Mereka membantu saya dengan
menjawab segala persoalan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau tidak lansung dalam pembikinan tugasan ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian terhadap penggunaan pengangkutan terhadap alam sekitar di
Kg.Tui, Bukit Kepong.

Saya telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk ini berdasarkan pemerhatian saya
terhadap pengangkutan yang digunakan oleh penduduk di kawasan saya.

Kajian ini memakan masa selama hampir seminggu bermula daripada 10 Disember hingga 17
Disember. Segala pengumpulan maklumat dan data serta penulisan laporan kajian lapangan
dijalankan sepanjang tempoh waktu tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian mengenai kesan penggunaan pengangkutan terhadap alam sekitar di


Kg.Tui, Bukit Kepong.

1. Mengenalpasti kawasan kajian

2. Mengenalpasti kesan penggunaan pengangkutan terhadap alam sekitar

3. Mencari cadangan serta langkah bagi mengatasi penggunaan pengangkutan


terhadap alam sekitar

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kg. Tui, Bukit Kepong. Seperti yang dapat dilihat di
dalam gambar, keadaan jalan raya di kawasan ini adalah rata. Keadaan jalan yang selamat
digunakan menyebabkan penduduk setempat menggunakan jalan raya ini sebagai medan
utama untuk bergerak dari satu tempat, ke tempat yang lain.

Kawasan yang strategik menyebabkan aktiviti penanaman serta mengembala haiwan


ternakan giat dijalankan di sini. Tanaman yang sering ditanam oleh petani di sini ialah pokok
kelapa sawit dan pokok kelapa. Penoreh getah juga ramai disebabkan oleh pokok getah yang
mudah didapati di kawasan kajian ini.

Selain itu, terdapat beberapa kilang yang beroperasi di sini. Contoh kilang yang ada disini
ialah kilang papan dan kilang sawit.

Kegiatan ekonomi yang terdapat disini menjadi faktor kenderaan seperti motor dan lori kerap
digunakan di sini. Lori sering digunakan oleh pemandu yang menghantar barang daripada
kilang ke tempat lain atau barang bekalan untuk kilang. Manakala motosikal pula sering
digunakan oleh penduduk setempat kerana lebih mudah digunakan untuk bergerak ke mana-
mana sahaja, serta kos minyak juga lebih murah berbanding menggunakan kereta.

Berikut merupakan kawasan kajian : Kg.Tui, Bukit Kepong

HASIL KAJIAN

Berdasarkan semua kajian serta pemerhatian yang telah dilakukan, kajian mendapati bahawa
antara kesan dan langkah yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut :

Masalah 1 :

Pelepasan gas karbon oleh lori, trek, treler atau kenderaan flit yang lalu di kawasan kajian
menjadi salah satu punca pencemaran udara yang menjejaskan kelestarian alam sekitar serta
menganggu kehidupan penduduk.

Langkah mengatasi :

- Pihak yang bertanggungjawab terhadap kenderaan tersebut hendaklah menetapkan


perjalanan perniagaan yang bakal dilakukan bagi mengelakkan perjalanan yang tidak
dirancang berlaku. Hal ini dapat mengurangkan jumlah bilangan kenderaan di jalan raya
pada sesuatu masa kerana lebih banyak kenderaan di jalan, lebih banyak gas karbon yang
bakal dilepaskan.

- Pemandu kenderaan boleh menggunakan bantuan teknologi seperti GPS untuk mencari
jalan pintas yang lebih singkat. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa perjalanan,
malah dapat mengurangkan pelepasan gas karbon.

Masalah 2

Laluan jalan raya di kawasan kajian agak kecil dan sempat sehingga menyebabkan kes
pelanggaran haiwan atau manusia yang berada di kawasan sekeliling sering berlaku.

Langkah mengatasi :

- Memperlebar jalan raya dengan mewujudkan ruang kecil untuk pejalan kaki agar pemandu
kenderaan lebih peka serta memudahkan perjalanan. Jawatankuasa kampung perlu
memainkan peranan agar keselamatan penduduk setempat lebih terjamin dan mudah.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kenderaan yang lalu di kawasan kajian

Caption Caption

Anda mungkin juga menyukai