Anda di halaman 1dari 16

MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3


TAHUN 2020

TAJUK: Isu Pencemaran Alam Sekitar Di Ambangan Heights

NAMA: MUHAMAD AFIQ BIN AWALUDIN


KELAS: 3A1

NO. KAD PENGENALAN: 060419-07-0345


NAMA GURU PEMBIMBING: Cikgu SITI NURUL
HASANAH BINTI CHE MANSOR
NO M/S
1 PENGHARGAAN 2
2 PENDAHULUAN 3
3 OBJEKTIF KAJIAN 4
4 KAWASAN KAJIAN 5
5 PETA LAKAR 6
6 TAFSIRAN PETA LAKAR 7
7 KAEDAH KAJIAN 8
8 HASIL KAJIAN 9-12
 KONSEP PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
 PUNCA-PUNCA
BERLAKUNYA
PENCEMARAN ALAM DI
Ambangan Heights
 KESAN-KESAN
BERLAKUNYA
PENCEMARAN ALAM DI
Ambangan Heights
 CADANGAN LANGKAH-
LANGKAH MENGURANGKAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DI AMBANGAN HEIGHTS
9 RUMUSAN 13
10 RUJUKAN 14
11 LAMPIRAN 15

1.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah
dan kurnia-NYA dapat saya menyiapkan kerja lapangan Geografi ini
sehingga selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada guru Geografi
saya, Cikgu SITI NURUL HASANAH BINTI CHE MANSOR yang
telah membimbing, memberi panduan dan mendorong saya
menyiapkan kerja lapangan ini.

Ucapan terima kasih juga buat bapa saya yang banyak memberi
dorongan, tunjuk ajar dan bantuan sehingga kajian ini selesai. Begitu
juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa
memberi dorongan.

Saya juga berterima kasih kepada penduduk Bandar Ambangan


Heights yang memberikan kerjasama sepanjang proses kerja lapangan
ini dijalankan, terutamanya kepada semua responden kajian saya iaitu
Encik Saharman bin Jafar dan Puan Suzanah Hj Ahmad yang sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik yang diberikan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan sekelas


3 Ikhlas yang memberi motivasi walaupun secara jarak jauh akibat
wabak pandemik Covid 19 ini.

2.0 PENDAHULUAN
Bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi,pelajar-pelajar tingkatan 3
diarahkan oleh guru mata pelajaran Geografi masing-masing untuk
menjalankan kajian bertajuk Pencemaran Alam Sekitar.
  
Saya memilih Ambangan Heights,Sungai Petani,Kedah sebagai
kawasan kajian saya kerana merupakan tempat saya tinggal. Di
Bandar ini juga terdapat banyak kawasan petempatan yang yang
begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain
itu,terdapat juga jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan
utama untuk ke Bandar Amanjaya.

Setiap pelajar diminta menyiapkan kajian ini secara individu. Masa


yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian ini adalah selama 2
minggu.Semoga saya dapat menyiapkan kajian ini dalam masa yang
diberikan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


-KONSEP DAN TAKRIFAN PEMCEMARAN ALAM
SEKITAR YANG DIKAJI
-MELUKIS DAN MENTAKSIR GRAF TENTANG
PENCEMARAN ALAM DI KAWASAN KAJIAN
-MENGHURAIKAN PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
KAJIAN
-MENGHURAIKAN KESAN PENCEMARAN TERSEBUT
KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR DI
KAWASAN KAJIAN
-CADANGAN LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
YANG TERDAPAT DI KAWASAN TERSEBUT
-MEMBENTANGKAN LAPORAN HASIL KAJIAN
TERSEBUT
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.2 TAFSIRAN PETA LAKAR
Peta lakar di kawasan Ambangan Heights ini telah saya lukis
berpandukan Peta Google Map Ambangan Heights yang telah saya
ambil. Kawasan ini mempunyai empat jenis perumahan iaitu rumah
teres berkembar dua, banglo, rumah teres dua tingkat, dan apartment.
Semua kawasan perumahan ini terletak di kawasan perbukitan
Ambangan Heights.

Kawasan Ambangan Heights mempunyai tiga kawasan blok-blok


bangunan perniagaan iaitu satu di bahagian kanan dan satu di
bahagian kiri dari pintu masuk jalan raya utama.Bangunan-bangunan
perniagaan ini terletak di kawasan lembah bukit. Manakala satu lagi
deretan bangunan perniagaan terletak di atas bukit, berhampiran
rumah teres dua tingkat.

Di samping itu, terdapat juga jaringan rangkaian jalan raya di


Ambangan Heights yang menghubungkan antara kawasan perumahan
dan kawasan bangunan perniagaan.

Selanjutnya, terdapat trek jogging yang disediakan oleh pihak pemaju


perumahan berhampiran kawasan tasik. Tasik tersebut merupakan
tasik semulajadi yang agak terbiar.Terdapat juga kawasan pemecahan
batu (kuari) di bahagian atas bukit Ambangan Heights berhampiran
kawasan perumahan teres dua tingkat. Kelihatan kawasan bukit yang
ditarah semakin gondol.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Pemerhatian
·     Saya telah melawat ke kawasan kajian iaitu Ambangan
Heights dan memerhatikan pandang darat fizikal dan budaya
untuk melakar peta kawasan kajian
·     Pada 4 Oktober 2021,pukul 5.45 petang saya melihat
beberapa orang penduduk taman sedang membuang sampah
di sungai.
·     Pada 10 Oktober 2021,pukul 6:45 petang saya menyaksikan
aktiviti membakar sampah di perkarangan perumahan.

Soal selidik
  

·  Saya telah melakukan soal selidik kepada 10 orang responden


di kawasan kajian.Soal selidik tersebut adalah untuk
mendapatkan maklumat berkaitan jenis dan kesan
pencemaran di Ambangan Heights.

Rujukan
  

·    Saya telah merujuk kamus dewan untuk mengetahui definisi


pencemaran alam sekitar.
·     Saya juga telah merujuk buku teks untuk mengenal pasti
jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
·    Saya juga melayari internet  untuk mendapatkan peta Bandar
Ambangan Heights.

6.0 HASIL KAJIAN


6.1  KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan
bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa
pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung
atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-
aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-
organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

6.2 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM DI Ambangan Heights .

Antara punca pencemaran alam sekitar di Ambangan Heights


termasuklah asap daripada kenderaan yang lalu-lalang. Fakta
menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih
kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada
penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan
rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.Selain itu
juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang
kepada pencemaran. alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan
karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.
 Di samping itu,pencemaran juga berpunca daripada pembuangan
sampah-sarap. Terdapat sebilangan masyarakat yang membuang
sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan.
Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku.
Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang
disediakan oleh pihak pemaju. Seterusnya,kawasan perniagaan yang
dijalankan juga menyumbang kepada pencemaran. Jika kita dapat
lihat, banyak peniaga pasar malam yang tidak menguruskan sampah
sarap mereka setelah meniaga.Malahan,mereka meninggalkan sampah
sarap mereka begitu sahaja di tapak perniagaan mereka. Pembinaan
juga merupakan punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di
taman saya. Terdapat pembinaan rumah-rumah baru yang dijalankan
di kawasan tersebut. Kadangkala selepas pembinaan, sisa-sisa pepejal
akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan
mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi
kawasan penternakan nyamuk.

Kesimpulannya,masyarakat hendaklah bersatu padu dan


berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus
berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan
masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

6.3 KESAN-KESAN BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM DI Ambangan Heights .


Antara kesan pencemaran alam sekitar di Ambangan Heights termasuklah
tersebarnya bau busuk. Bau buruk akan terhasil apabila logi kumbahan yang
tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Keadaan ini akan
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Selain itu,terdapat juga peningkatan suhu di sekitar taman saya.Peningkatan
suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di
dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di
bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian
alam yang tidak normal. Disamping itu,udara juga tercemar oleh sebab
pencemaran udara yang meningkat.Pencemaran ini berlaku kerana asap-asap
kereta yang menghasilkan gas carbon monoksida.Gas ini boleh menyebabkan
seseorang keracunan dan sesak nafas.
Pendengaran juga terjejas di kawasan tersebut.Perkara ini kerana ramai remaja
yang membawa kenderaan beramai-ramai dengan laju.Kawasan pembinaan juga
membuat bunyi yang bising dan tidak menyenangkan.ramai penduduk yang
tidak berpuas hati dengan bunyi yang bising .Penyakit juga mudah merebak
akibat pencemaran alam sekitar.Contohnya penyakit asma yang berasal dari
debu yang kotor.Wabak denggi juga banyak berlaku di kawasan ini yang
berpunca daripada air yang bertakung.Nyamuk aedes bertelur kerana kurang
keprihatinan penduduk setempat.
Kesimpulannya,kita haruslah menjaga kebersihan agar penyakit dapat
dielakkan.masyarakat juga haruslah bersikap terbuka untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

6.4 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN


PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI AMBANGAN HEIGHTS
  Terdapat banyak langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di
kawasan saya.Antara cadangan saya termasuklah dengan mengadakan kempen
cintai alam sekitar.Kempen ini boleh dijalankan melalui media massa atau di
kawasan – kawasan tertentu.Kempen ini mungkin akan menyedarkan
masyarakat untuk menjaga bumi dan mengurangkan pencemaran.
Seterusnya, kerajaan mestilah memainkan peranan dengan menggalakkan
penghasilan petrol tanpa plumbum.Langkah ini dapat mengurangkan
pencemaran udara yang berpunca daripada asap kereta yang tidak baik untuk
kesihatan.
 Selain itu,kerajaan juga haruslah mengambil tindakan tegas dalam menguat
kuasa undang-undang.Jika kerajaan tegas dalam menguat kuasa undang-
undang,berkemungkinan rakyat tidak akan berani melanggar undang-undang
yang ditetapkan.Pencemaran juga dapat dikurangkan.
Kanak-kanak juga perlulah diberi pendidikan alam sekitar sejak di bangku
sekolah lagi.Antara subjek yang memberi pendidikan alam sekitar seperti subjek
sivik,geografi dan sains.Subjek-subjek ini dapat melahirkan generasi yang
bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran.
Jadi,kita haruslah prihatin dalam mengurangkan kadar pencemaran.Kerajaan
juga haruslah mempunyai ketegasan dalam mentadbir Negara.

7.0 KESIMPULAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya
pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil.
Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab
pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani
masalah pencemaran.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah
pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam
sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang
harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi
negara di masa akan datang.
Jadi, kita haruslah bekerjasama dalam usaha menangani pencemaran
yang berleluasa sekarang.Suasana yang harmoni juga dapat
diwujudkan dengan sikap kerjasama.

8.0 RUJUKAN
Buku teks
  Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,Lim Jin Choon,Ratnam Karuppiah
Servai,2003,Buku Teks Geografi Tingkatan 2,Percetakan Rina
Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.
Internet
https://www.google.com.my/maps/search/94+jalan+kenanga+7+persi
aran+amanjaya+5+sungai+petani+kedah/
@5.695112,100.5378209,576m/data=!3m1!1e3
Orang sumber
Jawahir Binti Zainal,40 tahun,720719035630,B6/1/2 Perumahan Polis
Padang Hiliran,21100,Kuala Terengganu,Terengganu

9.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai