Anda di halaman 1dari 12

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN LANGKAH MENGATASINYA

Raja Serra Bt Raja Hizaruddin

&

Esther Katrina Xavier

5 Alfa

Sikap tidak bertanggungjawa b masyarakat

Pembakaran terbuka

puncapunca pencemaran alam

Pelepasan gas dan bunyi dari kenderaan

Aktiviti harian

PUNCA-PUNCA BERLAKU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Isu-isu tentang pencemaran alam sekitar kerap berlaku di negara kita. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air sungai dan pencemaran udara. Isu pencemaran alam sekitar ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan oleh setiap lapisan masyarakat masyarakat. Persoalannya, apakah punca pencemaran alam sekitar ini? Terdapat beberapa sebab terjadinya pencemaran alam sekitar di negara kita.

A.) SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MASYARAKAT


Antaranya, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri telah menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai sebagai tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat dan berterusan.

B.)PELEPASAN GAS DAN BUNYI KENDERAAN


Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, dan kapal terbang juga merupakan penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan melepaskan asap yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini akan menjejaskan sistem pernafasan dan penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama di kawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia.

C.) PEMBAKARAN TERBUKA.

Pembakaran pokok tua untuk tujuan penanaman semula akan menhasilkan partikel jelaga. Partikel jelaga ini adalah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

D.) AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

a.) Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai. Selain itu, lbu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar.

b.) Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah serta menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

c.) Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

d.)Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan patutlah mengadakan Kempen Menjaga Alam Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

KESIMPULAN
Semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan sempurna.

Terima Kasih! :B

Anda mungkin juga menyukai