Anda di halaman 1dari 13

MADRASAH IDRISIAH

KUALA KANGSAR,PERAK

BAB 9
PEMANASAN GLOBAL

KERJA KURSUS
“CADANGAN MENGATASI MASALAH
PEMANASAN GLOBAL DI KAWASAN
TEMPAT TINGGAL”

NAMA : MUHAMMAD HARIS IRFAN BIN NAZARI


NO. K/P : 060616-07- 0037
TINGKATAN : 2 Rushd
TAHUN : 2020
NAMA GURU : PUAN  NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 15 Disember 2020

1
SENARAI KANDUNGAN :

 PENDAHULUAN 3

 PENGHARGAAN 4

 OBJEKTIF KAJIAN 5

 KAWASAN KAJIAN 9

 CADANGAN 10

 KEPENTINGAN KAJIAN 12
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, semua


murid Tingkatan 2 di wajibkan untuk melakukan kerja kursus
Geografi ini dan kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang
telah dipelajari di Tingkatan 2.

Oleh itu saya, Muhammad Haris Irfan Bin Nazari dari kelas 2
Rushd tahun 2020 akan melakukan kerja kursus yang
bertajuk “Pemanasan Global”.

Seperti yang kita tahu, pemanasan global ialah peningkatan suhu


atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah
hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon
dioksida(CO2),korofluorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar
yang lain.

Pemanasan global juga akan diikuti dengan perubahan iklim seperti


meningkatnya curah hujan di beberapa belahan dunia sehingga
menimbulkan banjir. Pemanasan global sangat erat kaitannya
dengan pencemaran udara di seluruh dunia. Pemanasan global
berlaku apabila gas gas seperti karbon monoksida karbon dioksida
kloroflourokarbon (CFC) metana dan nitros oksida menyerap sinaran
daripada matahari dan mengeluarkan semula sinaran tersebut suhu
purata atmosfera bumi akan meningkat gas gas ini juga menyerap
tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi ini
secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata.

Kajian ini telah dijalankan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Selain itu, saya juga telah berjaya mengenal pasti beberapa
masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat di sekitar
kawasan rumah saya.

Dengan ini, hasil daripada kajian saya diharapkan dapat


membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk
setempat di masa akan datang.
PENGHARGAAN

Saya, Muhammad Haris Irfan Bin Nazari ingin mengambil


kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa
saya, En.Nazari dan Puan Norimah yang banyak membantu
serta memberi sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga, saya rakamkan ribuan terima kasih kepada


Pn Aishah Binti Abdullah Guru Geografi saya yang banyak
membantu serta sudi meluangkan masa memberi tunjuk
ajar.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama baik
secara langsung atau tidak langsung dan ingin memohon maaf
jika ada kesilapan dipihak saya semasa menyiapkan tugasan ini.

Sekian Terima Kasih.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi kehendak dan keperluan


sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2 sebagaimana yang
dikehendaki dan diarahkan oleh guru saya.

Objektif Khusus :

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah pemanasan global


di kawasan tempat tinggal saya, antara masalah pemanasan global
ialah :

1. Pembebasan asap kilang


2. Pembakaran sampah secara terbuka
3. Pembebasan asap kenderaan
MASALAH 1.
PEMBEBASAN ASAP KILANG.

 Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada


fenomena pemanasan global. Antara kilang yang terdapat di
kawasan sekitar rumah saya adalah kilang kertas,kilang
perabot dan kilang kelapa sawit. Pembakaran bahan api fosil
seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan
jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau,
terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon
dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang terperangkap
oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
 Selain itu, perindustrian kilang juga membebaskan sulfur
dioksida dan nitrogen oksida ke udara yang bertindak dengan
wap air lalu berkumpul dalam awan dan menyebabkan
berlakunya hujan asid. Hujan asid ini boleh menjejaskan mutu
kesihatan penduduk setempat.
MASALAH 2
PEMBAKARAN SAMPAH SECARA TERBUKA

 Kegiatan pembakaran sampah secara terbuka untuk


membersihkan sekitar kawasan rumah telah menyumbang
kepada pemanasan global. Selain itu,Pembakaran sampah
juga telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan
karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida
terjadi dan berlakulah pemanasan global. Asap yang terbebas
ke angkasa daripada pembakaran sampah juga mengandungi
banyak gas karbon dioksida.
MASALAH 3
PEMBEBASAN ASAP KENDERAAN

 Kemajuan dan kepesatan pembangunan teknologi permotoran


menyebabkan terdapat banyak kenderaan-kenderaan baru
yang direka dan dibina bagi memenuhi kehendak pasaran
pengguna yang sentiasa berubah-ubah dan mementingkan
gaya dalam kehidupan. Kenderaan digunakan sebagai alat
perhubungan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Namun
dalam kegairahan kita menggunakan kenderaan tanpa disedari
asap-asap yag dikeluarkan oleh kenderaan yang berwarna
putih, kelabu atau hitam boleh memberi kesan kepada alam
sekitar terutamanya peningkatan suhu dunia.

 Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai


bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan,
khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan
gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
KAWASAN KAJIAN
Saya memilih kawasan Nibong Tebal,Pulau Pinang sebagai kawasan
kajian saya kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal
saya.Oleh itu ia memudahkan saya mengumpul maklumat yang
diperlukan.Selain itu,Nibong Tebal mempunyai banyak kawasan
perindustrian.
CADANGAN MENGATASI
MASALAH PEMANASAN GLOBAL
1. Penglibatan pihak yang berkuasa

a) Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) perlu


menganjurkan seminar, forum, perbahasan, dialog, kempen,
penerbitan media dan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan
kefahaman kepada masyarakat.

b) Jabatan Alam Sekitar Malaysia perlu mencegah,


menghapus,mengawal dan membaiki alam sekeliling melalui
penguatkuasaan AKAS ,1974 dan peraturan-peraturan di bawah
Dasar Alam Sekitar Negara.

c) Alam Sekitar Malaysia (ASMA) perlu memberi tumpuan kepada


pemantauan dan penilaian alam sekitar bukan sahaja untuk udara
tetapi juga menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk alam
sekitar.
2. Kempen penanaman pokok

 Salah satu penyebab pemanasan global ialah akibat terlalu


banyak kandungan karbon dioksida (CO2) di dalam udara. Cara
yang paling mudah untuk mengurangkan kandungan CO2
dalam udara adalah dengan memelihara pokok-pokok dan
menanam lebih banyak pokok-pokok yang sedia ada.

 Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera apabila


ia membesar. Ia mengabungkan karbon dari CO2 dengan
hidrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tisu
tumbuhan tersebut.

3. Pengurangan Kenderaan ataupun Berkongsi Kenderaan

 Semua orang tahu gas yang dikeluarkan daripada kenderaan


sememangnya berbahaya bukan sahaja kepada kesihatan
manusia dan haiwan malah memberikan kesan negatif kepada
alam sekitar. Tidak ada orang yang membantah apabila
dinyatakan gas karbon dioksida atau asap kenderaan itu antara
penyumbang terbesar kepada gas rumah hijau.

 Kita sepatutnya menggunakan pengangkutan awam yang


mesra alam seperti LRT Putra, Star LRT ataupun Monorel untuk
sampai ke destinasi pilihan.Ataupun kita juga boleh
mengamalkan amalan berkongsi kenderaan ke tempat kerja
atau ke destinasi yang sama. Sekurangkurangnya kita mampu
mengurangkan gas petroleum sekali gus mengurangkan
pengeluaran karbon dioksida daripada kenderaan yang
dipandu.
KEPENTINGAN TENTANG KESEDARAN
ISU PEMANASAN GLOBAL

a) Supaya generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar


yang bersih .

b) Untuk mengurangkan pelepasan gas karbon yang


mengakibatkan pemanasan global.

c) Mengurangkan bencana alam seperti banjir berpunca daripada


perubahan iklim dunia.

Anda mungkin juga menyukai