Anda di halaman 1dari 35

NAMA PERNIAGAAN: AIEN’Z KITCHEN

ALAMAT PERNIAGAAN:No, 24 SOLOK ILMU 3, TAMAN ILMU, 14300 NIBONG


TEBAL, PULAU PINANG.

RANCANGAN PERNIAGAAN

NAMA CALON NUR AIN NABILAH BINTI NAZARI


NO KAD 030406070226
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN PF201A089
NAMA SEKOLAH SMA MAAHAD AL-MASHOOR AL-ISLAMI
Ringkasan eksekutif

Perniagaan Aien’z Kitchen merupakan sebuah perniagaan yang menjual makanan yang
berasaskan daging kambing di trak makanan. Aien’z Kitchen telah menjual dan menyediakan
makanan barat mengikut cita rasa penduduk tempatan. Salah satu makanan utama yang dijual di
Aien’z Kitchen adalah lamb chop. Visi yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang
telah ditetapkan oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah supaya dapat menjadi sebuah perniagaan
yang terkenal dan terkemuka di seluruh Malaysia dan dapat memajukan perniagaan dan
membuka cawangan yang besar di dalam negara pada tahun 2030. Misi yang telah dibuat oleh
perniagaan Aien’z Kitchen adalah akan sentiasa memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan
dan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan sebanyak 7% sebulan. Objektif yang disasarkan
oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah meningkatkan promosi dalam media massa melalui
Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain. Selain itu, perniagaan Aien’z Kitchen juga
memastikan bahan mentah yang digunakan berkualiti tinggi.

Struktur pentadbiran perniagaan Aien’z Kitchen diurus dan diketuai oleh Pengurus Besar dan
dibantu oleh 3 orang pekerja iaitu pembantu operasi, juruwang dan tukang masak. Setiap pekerja
mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap
pekerja termasuk pengurus besar akan diberikan gaji yang ditetapkan. Pekerja juga akan
diberikan insentif pekerja seperti komisen, kemudahan cuti, kemudahan perubatan supaya dapat
menghargai jasa yang disumbangkan oleh pekerja yang menjalankan tugas dengan baik.
Terdapat juga senarai peralatan dan kelengkapan yang perlu digunakan untuk urusan pentadbiran
Aien’z Kitchen. Wujudnya struktur pentadbiran ini, untuk memastikan perniagaan dapat
dijalankan dengan lancar.

Aktiviti pemasaran yang dilaksanakan oleh Aien’z Kitchen adalah mempunyai analisis
industri (SWOT) iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Aien’z Kitchen juga
mengikut strategi promosi (4P) dengan meletakkan harga yang ditetapkan atas produk yang
ditawarkan adalah bersesuaian dan berpatutan dengan kawasan penduduk setempat. Aien’z
Kitchen juga mempunyai pesaing utama iaitu Nano’s Western dan Big Chop dengan menyatakan
kekuatan dan kelemahan pesaing Aien’z Kitchen. Produk yang dihasilkan oleh Aien’z Kitchen
mestilah berkualiti, menarik dan memenuhi cita rasa pelanggan. Lokasi yang dipilih juga adalah
strategik dan berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. Promosi yang dijalankan
adalah dengan menyebarkan maklumat produk menerusi ke media massa untuk menarik
pelangggan datang ke trak makanan Aien’z Kitchen.Aien’z Kitchen telah membuat analisis
pasaran seperti menyenaraikan harga jualan seunit, sasaran jualan sebanyak 10%, sasaran untung
sebanyak 10%, sasaran pelanggan serta syer pasaran.

Seterusnya, perniagaan Aien’z Kitchen juga akan memastikan rancangan operasi perniagaan
dapat dijalankan dengan cepat dan lancar. Aien’z Kitchen telah membuat carta alir bagi
menyediakan daging kambing mengikut pesanan pelanggan yang dimulai dengan menerima
pesanan daripada pelanggan di trak makanan, membakar dan memasak daging kambing serta
menyerahkan pesanan kepada pelanggan dan menerima bayaran daripada pelanggan. Waktu
operasi perniagaan dijalankan mengikut waktu yang ramai pelanggan datang ke gerai yang
berhampiran dengan Aien’z Kitchen. Setiap pekerja mestilah melakukan kerja mengikut tugas
yang diberikan. Pembelian bahan mentah sangat penting kepada Aien’z Kitchen supaya tidak
berlaku sebarang masalah seperti kekurangan bahan mentah kerana ia akan mengganggu operasi
perniagaan untuk berjalan lancar. Terdapat juga pengurusan sumber fizikal dan teknologi iaitu
trak makanan, mesin, bahan mentah, harta intelek dan lain-lain.

Perniagaan Aien’z Kitchen telah menyediakan rancangan kewangan iaitu Penyata Aliran
Tunai bagi 12 bulan serta Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira supaya dapat memudahkan
dan mengimbangkan analisis kewangan perniagaan Aien’z Kitchen.

Modal permulaan yang digunakan oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah RM 30 000. Tujuan
penyediaan rancangan perniagaan adalah untuk mendapatkan pembiayaan kewangan, merancang
pelaksanaan perniagaan, memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos pelaksanaan
perniagaan dan meyakinkan pihak pembekal untuk memberi kemudahan kredit atas barangan
yang dibekalkan. Perniagaan Aien’z Kitchen mendapatkan pinjaman daripada Majlis Amanah
Rakyat (MARA) dengan jumlah pinjaman yang ingin diperoleh adalah sebanyak RM 150 000.
Alasan perniagaan Aien’z Kitchen memohon pinjaman daripada MARA adalah untuk
menampung kos trak makanan, membeli peralatan dan perkakasan seperti mesin daftar tunai,
alatan dapur, peti sejuk dan kos bahan mentah untuk memastikan perniagaan dapat dijalankan
dengan sempurna. Aien’z Kitchen memilih MARA kerana yakin dalam membantu usahawan
berjaya dan inovatif. MARA juga telah menyediakan kemudahan seperti ruang niaga, gerai,
tapak kilang di samping menawarkan kursus dan latihan keusahawanan.

Akhir sekali, prospek masa depan perniagaan Aien’z Kitchen yang dijalankan adalah
berharap agar jualan dapat berkembang dengan pesat dan dapat menaikkan lagi perniagaan
sehingga terkenal di seluruh Malaysia.

Senarai Kandungan
Bil Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang


i. Perniagaan
ii. Pemilik

3.0 Ringkasan Eksekutif

4.0 Rancangan Pentadbiran / Organisasi

5.0 Rancangan Operasi

6.0 Rancangan Pemasaran

7.0 Rancangan Kewangan

8.0 Penutup

9.0 Lampiran (Dokumen Sokongan)

Pengenalan
Aien’z Kitchen merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan makanan yang berkualiti.
Aien’z Kitchen terletak di No, 24, Solok Ilmu 3, Taman Ilmu, 14300 Nibong Tebal, Pulau
Pinang. Aien’z Kitchen merupakan perniagaan berbentuk milikan tunggal dan lokasi utama
Aien’z Kitchen ialah di tapak pasar malam yang berdekatan dengan kawsan perumahan pemilik

Seterusnya, Aien’z Kitchen diuruskan oleh Nur Ain Nabilah Binti Nazari dan berdaftar di
Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran ssm:2020.03.000089. Aien’z
Kitchen telah menjual dan menyediakan makanan barat iaitu lamb chop. Selain itu, Aien’z
Kitchen akan menjual pelbagai jenis makanan daging kambing seperti nasi goreng lamb chop,
sate kambing dan lain-lain bagi menambah jenis jualan untuk menarik lebih ramai pelanggan
yang datang. Antara kelebihan yang terdapat oleh perniagaan ini ialah membuat sos barbeku
dengan mencipta resepi sendiri.

Di samping itu, Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan para belia menyertai


bidang perniagaan dan keusahawanan. Antara Program Latihan dan Pembangunan Usahawan
yang dianjurkan adalah Kursus Pemantapan Usahawan Food Truck Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

7. Latar Belakang Perniagaan. 1


Butiran Maklumat
Nama perniagaan Aien’z Kitchen
Alamat pendaftaran perniagaan No, 24, Solok Ilmu 3, Taman Ilmu, 14300
Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Nombor telefon dan faksimili 011-11055204 / 04-5949209
Emel / facebook aien’zkitchen@gmail.com /
aien’zkitchen@gmail.com
Instagram aienkitchen_best
Bentuk perniagaan Milikan tunggal
Kegiatan utama perniagaan Menyediakan dan menjual makanan yang
berasaskan daging kambing
Tarikh pendaftaran perniagaan 18 Februari 2020
Tarikh mula perniagaan 06 April 2020
Nombor pendaftaran perniagaan SSM : 202003000089
Modal sendiri RM 30 000
Modal pinjaman RM 150 000

Modal keseluruhan RM 180 000

Sumber pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Nama bank perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nombor akaun bank 0816789501491854

2
8. Latar Belakang Pemilik
Butiran Maklumat
Nama penuh Nur Ain Nabilah Binti Nazari
Nombor kad pengenalan 950406-07-0226
Tarikh lahir / umur 06 April 1995 / 25 tahun

Alamat rumah No, 24, Solok Ilmu 3, Taman Ilmu, 14300


Nibong Tebal, Pulau Pinang
Nombor telefon 013-4562496
Emel / facebook ainnab64@gmail.com /
aiennabilah64@gmail.com
Instagram ainnazzz_64

Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda


Kemahiran Membuat makanan western
Pengalaman Tukang masak di restoran
Status perkahwinan Bujang
Kursus yang dihadiri Kursus penyediaan makanan barat

9. Rancangan Pentadbiran 3

9.1 Berikut merupakan carta organisasi bagi perniagaan Aien’z Kitchen.


Pengurus
Besar

Pembantu Tukang
Juruwang
Am Masak

4 perniagaan Aien’z Kitchen.


9.2 Berikut merupakan jadual spesifikasi kerja bagi

Jawatan Tugas
Pengurus Besar  Mengeluarkan modal untuk perniagaan.
 Menyediakan bahan mentah yang
mencukupi untuk menghasilkan produk.
 Memastikan visi, misi dan objektif
perniagaan tercapai.
 Mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk
memulakan perniagaan.
 Mengurus sistem penggajian.
 Memastikan akaun dan penyata kewangan
dalam keadaan seimbang.

Pembantu Am  Memastikan stok yang sedia ada.


 Memberi makanan kepada pelanggan.
 Melakukan kerja tambahan jika diperlukan.

Juruwang  Menerima pesanan pelanggan.


 Menjaga mesin tunai di kaunter.
 Memastikan wang keluar masuk diurus
dengan baik.

Tukang Masak  Memastikan memasak mengikut cita rasa


penduduk tempatan.
 Memasak mengikut pesanan pelanggan.
 Memastikan makanan yang dimasak
berkualiti dan sedap.

9.3 Penggajian 5
9.3.1 Jadual imbuhan atau gaji pekerja
Jawatan Gaji(RM) KWSP(RM) Perkeso(RM) Jumlah(RM)
Pengurus Besar 2800.00 336.00 35.00 3171.00
Pembantu Am 1500.00 180.00 18.75 1698.75
Juruwang 1500.00 180.00 18.75 1698.75
Tukang Masak 1500.00 180.00 18.75 1698.75
Jumlah 7300.00 876.00 91.25 8267.25

9.3.2 Bentuk insentif pekerja

Pekerja akan diberikan beberapa insentif seperti kemudahan cuti, komisen dan kemudahan
perubatan supaya dapat menghargai jasa yang disumbangkan oleh pekerja yang menjalankan
tugas dengan baik.

i. Kemudahan cuti

Pekerja akan diberikan kemudahan cuti mengikut tahun perkhidmatan seperti cuti sakit
akan diberikan beberapa hari sekiranya mendapat kelulusan daripada doktor. Selain itu,
cuti rehat akan diberikan rehat secara berkala. Akhir sekali, cuti bersalin akan diberikan
cuti selama 3 bulan maka gaji akan ditolak daripada gaji yang ditetapkan mengikut
bilangan hari cuti yang diambil.

ii. Komisen

Komisen bergantung kepada hasil jualan produk yang dilakukan oleh pekerja. Sekiranya
pekerja menghasilkan jualan yang banyak, majikan akan memberikan komisen mengikut
hasil jualan pekerja.

6 dan kelengkapan yang diguna untuk urusan


9.4.1 Berikut merupakan senarai peralatan
pentadbiran perniagaan.
Jenis Harga seunit(RM) Kuantiti Harga(RM)
Meja dan kerusi 430 3 set 1290
Rak buku 150 2 unit 300
Komputer / laptop 2300 1 unit 2300
Mesin pencetak 410 2 unit 820
Telefon dan mesin 330 1 set 330
faks

Alat tulis 20 3 set 60


Kipas 100 3 unit 300
Jumlah 3740 - 5400

10. Rancangan Operasi 7

10.1 Senarai jenis produk


Aien’z Kitchen menawarkan pelbagai jenis daging kambing supaya dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan. Aien’z Kitchen mementingkan kualiti produk dengan
menggunakan bahan mentah yang bermutu tinggi. Antara daging kambing yang dijual di
Aien’z Kitchen adalah:

 Lamb chop dan sup cendawan


 Nasi daging kambing dan sup kambing
 Kambing panggang keju leleh
 Nasi goreng lamb chop
 Sate kambing

8
10.2 Berikut merupakan carta alir bagi menyediakan daging kambing mengikut pesanan
pelanggan.
Mula

Menerima pesanan
daripada pelanggan di
trak makanan

Membakar dan memasak


daging kambing mengikut
pesanan pelanggan

Menyerahkan pesanan
kepada pelanggan

Menerima bayaran
daripada pelanggan

Tamat

9
10.3 Waktu operasi perniagaan Aien’z Kitchen seperti berikut:
Hari Masa operasi

Isnin – Khamis 8.00 malam-12.00 malam

Jumaat dan cuti umum Tutup

Sabtu – Ahad 4.00 petang-1.00 pagi

10.4 Spesifikasi tugas operasi

Jawatan Bilangan pekerja Tugas


Pembantu Am 1 pekerja  Mencuci peralatan, menjaga
kebersihan dan mengemas trak
makanan sebelum dan selepas
digunakan
 Memberi makanan yang telah
siap dimasak kepada pelanggan

Juruwang 1 pekerja  Memastikan wang perniagaan


sentiasa cukup dan terjaga
 Memastikan pesanan pelanggan
diambil
Tukang masak 2 pekerja  Menyediakan bahan, membuat
dan membakar daging kambing
 Memastikan memasak dengan
bahan yang berkualiti tinggi

10
10.5 Kedudukan tapak perniagaan
Perniagaan Aien’z Kitchen telah memilih lokasi di 10, Jalan Pekaka 1, Taman
Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana mempunyai gerai yang banyak
dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Selain itu, penduduk yang tinggal di
kawasan tersebut akan selalu ulang-alik ke kedai membeli barang-barang penting
ke kedai runcit dan ia akan menarik tumpuan mereka untuk pergi ke perniagaan
Aien’z Kitchen. Perniagaan Aien’z Kitchen telah memilih lokasi di kawasan
tersebut kerana berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Pelajar
USM akan pergi ke kedai untuk membeli barang mereka lalu akan menyinggah ke
perniagaan Aien’z Kitchen secara tidak langsung.

Seterusnya, kerana berdekatan dengan rumah pemilik. Ia akan memudahkan


urusan perniagaan jika ada masalah. Jika berlaku sebarang masalah seperti
kekurangan set kutleri atau kekurangan bahan mentah, pemilik akan mengambil
barang yang tidak cukup itu di rumah dan ia dapat menjimatkan masa. Bukan itu
sahaja, ia juga dapat menjimatkan kos minyak trak makanan.

Perniagaan Aien’z Kitchen berada di hadapan kedai Wee Pin Trading yang
menjual alat tulis, buku dan lain-lain. Maka, pelanggan akan pergi ke kedai
tersebut untuk membeli alat tulis dan perniagaan Aien’z Kitchen akan dilihat oleh
11
pelanggan yang pergi ke kedai Wee Pin Trading. Bukan itu sahaja, Wee Pin
Trading juga bersebelahan dengan Seven-Eleven yang menjual barang serbaneka
dan berhadapan dengan kedai makan Nasmir yang menjual makanan yang
berlainan lauk-pauk. Dengan ini, perniagaan Aien’z Kitchen merupakan trak
makanan yang berdekatan dengan gerai yang sering dikunjung oleh pelanggan.
Pelanggan yang pergi ke kedai tersebut untuk membeli barang lalu akan melihat
perniagaan Aien’z Kitchen lalu akan menuju ke sana dan membeli makanan yang
dijual oleh perniagaan Aien’z Kitchen.

10.6 Susun atur ruang operasi trak


12
Susun atur ruang operasi trak perniagaan Aien’z Kitchen seperti rajah di bawah:
Kawasan menghias Kawasan membakar Tempat basuh

Pintu keluar masuk

Stok menyimpan
bahan mentah

Kaunter

Alat pemadam api Tingkap gelungsur

13 / kos belanja operasi


10.7 Keperluan bahan mentah / kos bahan mentah
Bahan mentah yang diperlukan dalam membuat masakan yang berasaskan daging kambing
seperti jadual di bawah. Penambahan peruntukan perbelanjaan dijangka bertambah sebanyak 5%
setahun disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah.

Bahan Anggaran sebulan


Daging kambing RM 300
Sos barbeku RM 50
Serbuk lada hitam RM 50
Cendawan RM 100
Pati cendawan RM 50
Beras RM 1000
Ubi kentang RM 150
Keju RM 300
Salad RM 90
Bawang besar RM 100
Gula RM 50
Garam RM 40
Kiub ayam RM 90
Daun bawang RM 20
Sos cili RM 50
Marjerin RM 30
Sup bunjut RM 30
Jintan putih RM 120
Sos tiram RM 150
Jintan manis RM 120
Minyak RM 100
Jumlah RM 2990

Kos Belian Bahan Mentah (5%)


14

Bulan Kos Bahan Mentah


April 3140
Mei 3297
Jun 3462
Julai 3635
Ogos 3817
September 4008
Oktober 4208
November 4418
Disember 4639
Januari 4871
Februari 5115
Mac 5371

Kos Kelengkapan dan Peralatan

Semua kelengkapan dan peralatan yang ada di bahagian operasi pengeluaran adalah seperti
berikut:

Kos Kelengkapan

Item Harga seunit(RM) Kuantiti Jumlah


Mesin daftar tunai 500 1 500
Peti sejuk beku (freezer) 1970 1 1970
Pemanggang elektrik 800 1 800
Mesin penyejuk (chiller) 230 1 230
Deep fryer 130 1 130
Generator 500 1 500
Mesin pengisar 800 1 800
Jumlah 4930 - 4930

Kos Perkakasan
15
Item Harga seunit(RM) Kuantiti Jumlah
Tong gas 35 2 70
Alat pemadam api 50 1 50
Set kutleri 100 3 300
Periuk 50 3 150
Jumlah 235 - 570

Kos Overhed

Butiran Perbelanjaan Bulanan (RM)


Deposit trak makanan 7500
Ansurans bulanan trak 630
Bayaran insurans kenderaan 1000
Lesen perniagaan SSM 60
Lesen PBT 30
Kursus pengendalian makanan 50
Suntikan Thypoid (1+3) 200
Lesen GDL 550
Kos pengubahsuaian trak 1500
Penyelenggaraan trak 100
Kos pelekat 500
Banting / papan menu 300
Kadar bayaran (bil air / elektrik) 300
Sewa tapak (permit) 75
Diesel trak 100
Faedah pinjaman 28
Bayaran pinjaman 925
Faedah beli sewa trak 3% 170
Cukai jalan trak 500
Pembungkusan 600
Insurans perniagaan 200
Belanja promosi 50

10.8 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi


16
Kewajaran pemilihan sumber fizikal dan teknologi

Sumber Fizikal
Item Harga Kewajaran Cara penggunaan
Trak makanan RM  Menjalankan perniagaan  Untuk mendapatkan
65000 berasaskan ‘Food Truck’ perlindungan insurans
kenderaan
 Menyediakan alat
keselamatan di dalam trak
seperti alat pemadam api
 Membuat penyelenggaraan
dan baik pulih secara
berkala

Generator RM 500  Untuk mendapatkan sumber  Membuat penyelenggaraan


elektrik bagi melancarkan secara berkala supaya
operasi perniagaan dapat dielakkan daripada
berlaku kerosakan

Mesin daftar RM 500  Memudahkan untuk  Untuk menyimpan duit


tunai menyimpan wang dengan selepas menyelesaikan
selamat proses pembayaran
daripada pelanggan
 Menghantar ke juruteknik
untuk penyelenggaraan
secara berkala

Komputer RM 2300  Untuk memudahkan  Mengemaskini perisian


menyimpan maklumat atau komputer
data penting ke dalam  Merekodkan keuntungan
komputer dengan cepat dan dan hasil jualan tahunan
selamat sama ada meningkat atau
menurun

Telefon RM 330  Membuat tempahan secara  Dapat memudahkan tenaga


atas talian pekerja dalam menerima
 Mempromosikan produk tempahan pelanggan.

Peti sejuk beku RM 1970  Untuk memastikan bahan  Mencuci peti sejuk beku
mentah dalam keadaan segar sebanyak 1 seminggu.
dan lama.  Baik pulih peti sejuk beku
secara berkala
Pemanggang RM 800  Memastikan makanan dibakar  Mencuci pemanggang
elektrik dengan sempurna secara terancang
Mesin RM 230  Menyimpan dan memastikan  Memanggil juruteknik
penyejuk bahan mentah sentiasa segar. untuk menyelenggara
mesin sekiranya berlaku
kerosakan.
Deep fryer RM 130  Memastikan masakan yang  Memastikan minyak yang
dimasak dengan suhu yang digunakan berkualiti
sesuai.  Baik pulih dan selenggara
secara berkala
Mesin pengisar RM 800  Mengisar bahan mentah  Mencuci mesin di bahagian
dengan mudah dalam supaya tidak rosak.

 Bahan mentah

Bahan mentah bagi perniagaan Aien’z Kitchen merupakan sumber bahan mentah yang berkualiti
dan bermutu tinggi. Bahan mentah digunakan untuk menghasilkan produk. Bahan mentah
mestilah diurus dengan baik supaya tidak berlaku sebarang kerosakan pada bahan mentah
sebelum diproses. Antara bahan mentah yang digunakan oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah
daging kambing, beras, gula, garam, sos barbeku dan lain-lain.

 Produk siap

Produk siap perniagaan Aien’z Kitchen telah mengeluarkan pelbagai jenis makanan yang
berasakan daging kambing bagi memenuhi pelbagai cita rasa pengguna. Produk siap perlu diurus
dengan sistematik dan efektif bagi memastikan kualiti produk sentiasa berada dalam keadaan
yang baik dan selamat.

Sumber Teknologi

 Harta intelek

Perniagaan Aien’z Kitchen mempunyai harta intelek daripada hasil kreativiti dan ciptaan daya
intelektual iaitu logo perniagaan yang direka sendiri oleh pemilik perniagaan. Tujuan harta
intelek diuruskan adalah untuk menjaga perniagaan daripada dicetak rompak atau ditiru oleh
penjual lain.

 Kemahiran dan pengalaman

Kemahiran dan pengalaman pekerja adalah sangat penting bagi perniagaan Aien’z Kitchen untuk
menjamin prestasi perniagaan yang cemerlang. Aien’z Kitchen akan mengambil pekerja yang
berkemahiran dan berkelayakan untuk pekerja. Pekerja Aien’z Kitchen berkemahiran dari segi
memasak, mengemas dan mengetahui tentang sumber kewangan yang akan diurus oleh juruwang

11. Rancangan Pemasaran


18
11.1 Analisis industri (SWOT)

 Kekuatan

Antara kekuatan perniagaan Aien’z Kitchen adalah mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang berasaskan kambing yang unik.
Selain itu, perniagaan Aien’z Kitchen merupakan perniagaan milikan tunggal yang mudah
diuruskan dalam perniagaan. Seterusnya, pekerja-pekerja di Aien’z Kitchen sentiasa
memberikan layanan yang baik kepada pelanggan agar mereka dapat berpuas hati dengan
tingkah laku pekerja.

 Kelemahan

Kelemahan yang terdapat dalam perniagaan Aien’z Kitchen adalah jenama produk yang
baharu dan akan menyebabkan pelanggan tidak tahu tentang jenama tersebut. Seterusnya,
pekerja belum berkemahiran sepenuhnya dalam bidang perniagaan. Selain itu, proses yang
lama untuk menghasilkan produk.

 Peluang

Terdapat beberapa peluang yang wujud dalam perniagaan Aien’z Kitchen. Antaranya ialah
kawasan yang berdekatan dengan tapak pasar malam dan kawasan perumahan. Selain itu,
tidak ramai penjual yang menjual makanan yang berasaskan daging kambing. Seterusnya,
merupakan menu yang unik dan jarang digunakan oleh penjual di pasar malam.

 Ancaman

Antara ancaman yang perlu perniagaan Aien’z Kitchen hadapi adalah mempunyai persaingan
yang banyak dan sengit. Selain itu, lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan kedai
makan dan gerai-gerai di tepi jalan. Seterusnya, harga yang akan berubah-ubah jika kenaikan
harga yang tinggi akan menjejaskan harga makanan perniagaan Aien’z Kitchen.

Kekuatan dan kelemahan pesaing utama.


19
Berikut adalah senarai beberapa pesaing bagi perniagaan Aien’z Kitchen beserta kekuatan
dan kelemahan masing-masing.
Pesaing Perkhidmatan Kekuatan Kelemahan
Nano’s Western Menjual makanan Bahan mentah yang Harga mahal
western berkualiti tinggi
Big Chop Menjual makanan Kepakaran memasak Penyediaan yang lambat.
western yang cekap

Strategi Promosi (4P)

 Produk

Perniagaan Aien’z Kitchen telah menawarkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan
kambing supaya dapat memperoleh kepuasan pelanggan. Untuk menarik minat pelanggan,
Aien’z Kitchen amat mementingkan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan yang
bermutu tinggi dan yang paling penting adalah halal. Antara makanan yang dijual ialah
seperti berikut:

 Lamb chop dan sup cendawan


 Kambing panggang keju leleh

Produk di atas merupakan makanan yang mengikut sajian ala barat. Aien’z Kitchen telah
menghasilkan makanan yang berasaskan daging kambing mengikut cita rasa penduduk
tempatan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya ialah:

 Nasi daging kambing dan sup kambing


 Nasi goreng lamb chop
 Sate kambing

 Harga
20
Harga makanan yang ditetapkan oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah kompetitif,
berpatutan dan selaras dengan kuasa beli pelanggan. Berikut merupakan senarai harga bagi
makanan yang dikeluarkan oleh perniagaan Aien’z Kitchen:
Bil Jenis makanan Harga seunit (RM)
1. Lamb chop dan sup cendawan RM 17.00
2. Nasi daging kambing dan sup kambing RM 21.00
3. Kambing panggang keju leleh RM 18.00
4. Nasi goreng lamb chop RM20.00
5. Sate kambing 1 cucuk RM 1.00

 Promosi

Perniagaan Aien’z Kitchen telah menjalankan promosi secara agresif untuk mencapai sasaran
jualan dan sasaran untung yang ditetapkan serta meningkatkan imej perniagaan. Pelbagai
kaedah promosi diguna pakai untuk menyebarkan maklumat produk seperti membuat
pengiklanan secara berkala melalui media cetak seperti surat khabar dan majalah serta media
elektronik seperti Facebook, Whatsapp dan Telegram. Selain itu, menawarkan kad keahlian
kepada pelanggan untuk mendapatkan diskaun ke atas pembelian produk. Seterusnya, Aien’z
Kitchen juga menjalankan promosi melalui bunting yang berharga RM 300 untuk
menunjukkan maklumat mengenai perniagaan.

 Agihan

Perniagaan Aien’z Kitchen menempatkan lokasi perniagaannya di no, 10, Jalan Pekaka,
Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang. Lokasi perniagaan berhampiran dengan
kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan
perniagaan dan akan menarik tumpuan orang ramai untuk pergi ke trak makanan Aien’z
Kitchen. Hal ini kerana, perniagaan Aien’z Kitchen mempunyai peluang yang cerah untuk
dijadikan tumpuan orang ramai.

Perbandingan atau kelebihan produk

21
Beikut adalah perbandingan atau kelebihan produk perniagaan Aien’z Kitchen untuk
memastikan perniagaan dapat bersaing dalam pasaran. Disamping itu, Aien’z Kitchen
mempunyai kelebihan yang dapat menarik peminat baru dan dapat mengekalkan pelanggan
yang sedia ada.

Aien’z Kitchen menjalankan operasi urus niaga pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat
dan cuti umum. Ini dapat menampung keperluan pelanggan yang inginkan sajian Aien’z
Kitchen pada waktu malam. Harga yang ditawarkan oleh perniagaan Aien’z Kitchen adalah
setanding dengan kualiti dan kesegaran bahan mentah yang digunakan kerana sering
mendapat bahan mentah yang segar daripada pemborong.

Selain itu, menu yang kami tawarkan adalah menu yang berkaitan dengan sajian ala barat
yang sihat dengan sos barbeku yang dicipta sendiri oleh pemilik Aien’z Kitchen.

Strategi harga pesaing

Menu Harga (RM)


Aien’z Kitchen Nano’s Western Big Chop
Lamb chop dan sup RM 17.00 RM 28.00 RM 20.00
cendawan
Nasi daging kambing RM 21.00 RM 26.00 Tiada
dan sup kambing
Kambing panggang RM 18.00 RM 22.00 RM 23.00
keju leleh
Nasi goreng lamb RM 20.00 RM 24.00 RM 22.00
chop
Sate kambing RM 1.00 (1 cucuk) Tiada RM 1.50 (1 cucuk)

22
11.2 Analisis pasaran

Berikut merupakan harga jualan seunit yang dijual di perniagaan Aien’z Kitchen:
Nama produk Harga seunit
Lamb chop dan sup cendawan RM 17.00
Nasi daging kambing dan sup kambing RM 21.00
Kambing panggang keju leleh RM 18.00
Nasi goreng lamb chop RM 20.00
Sate kambing RM 1.00 (1 cucuk)

Sasaran Jualan

Berikut merupakan sasaran jualan perniagaan bagi tempoh satu tahun dari April 2020 – Mac
2021. Perniagaan mensasarkan jualan bulanan meningkat 10% setiap bulan

Bulan Sasaran jualan (RM)


April 12290
Mei 13519
Jun 14870
Julai 16357
Ogos 17993
September 19739
Oktober 21772
November 23949
Disember 26344
Januari 28979
Februari 31877
Mac 35064
Jumlah 442812

Sasaran Untung
23
Berikut merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh satu tahun. Untung perniagaan
dijangkakan meningkatkan sebanyak 10% daripada sasaran jualan pada setiap bulan.

Bulan Sasaran untung (RM)


April 1229
Mei 1352
Jun 1487
Julai 1636
Ogos 1800
September 1980
Oktober 2178
November 2396
Disember 2636
Januari 2900
Februari 3190
Mac 3509
Jumlah 26293

Syer Pasaran 24
Sales
Nano's Western Big Chop Aien'z Kitchen

25%

5%

70%

Rajah di atas menggambarkan kadar peratusan syer pasaran yang wujud bagi perniagaan
yang berkaitan dengan makanan yang berasaskan daging kambing di negeri Pulau Pinang.
Perniagaan Aien’z Kitchen telah berjaya menguasai sebahagian syer pasaran bagi perniagaan
berkaitan dengan makanan yang berasaskan daging kambing di negeri Pulau Pinang dengan
syer pasaran sebanyak 70 peratus. Hal ini bermakna, Perniagaan Aien’z Kitchen mendapat
sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan pengguna yang ada di negeri Pulau Pinang.

Perniagaan Nano’s Western pula telah berjaya menguasai syer pasaran sebanyak 25 peratus,
manakala Perniagaan Big Chop telah berjaya menguasai 5 peratus syer pasaran.

Sasaran pelanggan

Sasaran pelanggan bagi perniagaan Aien’z Kitchen terdiri daripada pengunjung dan penduduk
tempatan yang datang untuk membeli barang di gerai-gerai yang wujud di Taman Pekaka.
Perniagaan Aien’z Kitchen menyasarkan pelanggan di kawasan kejiranan, institusi pendidikan
dan kawasan perniagaan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan yang datang dan menjadi
tumpuan mereka. Antara pelanggan yang disasarkan oleh Aien’z Kitchen ialah pelajar USM,
mahasiswa , mahasiswi dan sebagainya.

12.0 Lampiran
25
RANCANGAN KEWANGAN

Penutup 26
Perniagaan Aien’z Kitchen akan berjaya dan terus maju kerana saya menjalankan kawasan
yang padat dan berhampiran dengan kawasan perumahan dan institusi pendidikan iaitu USM
serta didiami dengan pelajar IPT dan penduduk tempatan. Saya juga pasti dengan tenaga pekerja
yang banyak dan mempunyai kemahiran dan pengalaman dapat memajukan lagi perniagaan.
Strategi perniagaan yang dirancang melalui visi, misi dan objektif juga mematuhi ciri-ciri
SMART.

Saya juga amat menghargai sumbangan teknologi dan kelengkapan teknologi maklumat yang
amat membantu perniagaan Aien’z Kitchen dalam mengembangkan serta meluaskan pasaran.
Antaranya adalah telefon dan komputer untuk menyimpan data dan dokumen penting. Ini dapat
dibuktikan dengan penggunaan Facebook, Instagram dan Whatsapp dalam membantu perniagaan
Aien’z Kitchen dari segi membuat promosi secara meluas untuk menarik lebih ramai pelanggan
datang ke Aien’z Kitchen. Pengurus Aien’z Kitchen memohon pinjaman kewangan daripada
agensi MARA untuk menampung modal Aien’z Kitchen yang tidak mencukupi. Saya amat
menghargai bantuan kewangan yang diberikan kerana ia akan dapat memajukan perniagaan
Aien’z Kitchen.

Perniagaan Aien’z Kitchen juga menjalankan tanggungjawab sosial kepaga pelanggan setia
kami seperti memberi diskaun kepada pelanggan serta membuat cabutan bertuah. Pengurus
Aien’z Kitchen akan memberikan diskaun sebanyak 20% dan membuat cabutan bertuah dengan
barang yang menarik kepada pelanggan yang sering berkunjung ke perniagaan Aien’z Kitchen.
Aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan yang baru datang ke
Aien’z Kitchen. Tidak lupa juga kepada pekerja yang sering membantu perniagaan Aien’z
Kitchen akan meraikan hari ulang tahun pekerja serta memberi pertolongan kepada pekerja
sekiranya memerlukan bantuan. Pekerja juga akan diberikan komisen dan kemudahan cuti seperti
cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya. Hal ini kerana, Aien’z Kitchen dapat menghargai jasa
yang disumbangkan oleh pekerja yang menjalankan tugas.

Harapan saya pada masa hadapan, perniagaan Aien’z Kitchen akan menjadi jenama yang
terkenal dan dapat membuka cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

36

Anda mungkin juga menyukai