Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU TAHUN 6

NAMA : ___________________________________ KELAS : ___________

a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

Pada hari Ahad yang lepas, Syafik dan keluarganya telah pergi berkelah. Mereka sekeluarga telah

pergi berkelah __________ Air Terjun Table. Pagi-pagi lagikeluarga Syafik telah membuat

persediaan _____________ pergi berkelah. Kakak Syafik, Syafikah telah menolong ibunya

menyediakan makanan ________ dapur. Syafik pula menolong ayahnya menyediakan keperluan

berkelah seperti tikar dan pelampung. Setelah siap semua makanan dan barang keperluan yang

akan dibawa, mereka pertolak ke Air Terjun, Table. Jarak _____________ rumah Syafik ke Air

Terjun Tablevadalah kira-kira 60 kilometer. ( 4

markah )

b) Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ____________ mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.


A. Kami B. Kita C. Mereka D. Engkau

2. “____________ mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung
Keriang kepada dayang – dayangnya.
A. Beta B. Patik C. Saya D. Hamba

3. _____________ yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka


ke Australia.
A. Budak –budak B. Kanak – kanak C. Lelaki –lelaki D. Pelajar –pelajar

4. Ayam – ayam itu _____________ apabila dikejar oleh abang.


A. Berselerak B. berkeliaran C. Berpelesiran D. bertempiaran

5. Kumpulan pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _______________ wakil


syarikat pelancongan yang mengurus percutian mereka.
A. Dari B.pada C. kepada D. daripada
C) Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahun ini genaplah enam tahun umur adikku, Irfan. Seperti murid prasekolah yang lain,
Irfan sudah mula belajar menulis, membaca dan mengira. Irfan sangat rajin dan bersungguh-
sungguh semasa belajar. Sebagai abang, aku sering memberikan bimbingan dan tunjuk ajar
kepadanya.

Daripada pemerhatianku, pencapaian Irfan dalam pelajaran masih sederhana. Namun


begitu, ada keistimewaan yang begitu terserlah pada dirinya. Irfan sangat pandai melukis.
Bakatnya sangat istimewa.

Bagiku Irfan sangat hebat. Dalam usia semuda itu dia mampu menghasilkan lukisan yang
bukan calang-calang orang mampu melukisnya. Ayah dan ibu juga sedar akan hal ini. Mereka
berusaha untuk menggilap bakat Irfan. Irfan sering dihantar untuk menyertai pertandingan
melukis. Irfan juga dimasukkan ke kelas lukisan bagi meningkatkan kemahirannya.

a. Irfan mempunyai bakat istimewa dalam bidang _______________________ [1 markah]

b. Nyatakan usaha ibu bapa Irfan untuk menggilap bakat Irfan?

_______________________________________________________________________

_________________________________________________________ [2 markah]

c . Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Irfan sangat pandai melukis dan hasi lukisannnya sangat


mengagumkan.

Oleh sebab Irfan suka melukis maka pelajarannya sangat lemah. betul

Abang Irfan sering memberikan sumbangan kepada Irfan.

salah
Ayah dan ibu berusaha untuk menggilap bakat Irfan dan sering
menghantar Irfan menyertai pertandingan melukis. ( 2 markah )

d. Pada pendapat anda, adakah Irfan akan berjaya dalam bidang lukisan ? Mengapa?
_________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai