Anda di halaman 1dari 9

A.

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan, bulatkan satu jawapan sahaja.

1. Puteri ___________ membaca buku.

A. Sedih
B. Lemah
C. Rajin
D. Gembira

2. Baju Asraf ____________ kerana dia terjatuh di padang.

A. kotor
B. harum
C. tinggi
D. cantik

3. Telur berbentuk ___________.

A. Segitiga
B. Segiempat
C. Bujur
D. Bukat

4. Puan Sakinah menjahit ___________ mendengar radio.

A. Dan
B. Sambil
C. Atau
D. Kerana

5. Ahmed Fathi kurus ____________ kuat.

A. Kerana
B. Tetapi
C. Lalu
D. Sambil

Bahasa Malaysia Tahun Satu 1


6. ___________ yang berterbangan itu sangat cantik.

A. Rama-rama
B. Kura-kura
C. Anai-anai
D. Labah - labah

7. Ibu Mohana menjual pelbagai _______________ di kantin.

A. kuih-muih
B. kura-kura
C. baju-baju
D. rama - rama

8. Amri sedang ______________ buku.

A. dibaca
B. membaca
C. dibacakan
D. terbaca

9. Adik membantu ibu ______________ di dapur.

A. dimasak
B. memasak
C. termasak
D. masakan

10. Amera ____________ melihat pemuda itu.

A. Dikejut
B. Terkejut
C. Mengejut
D. Dikejutkan

Bahasa Malaysia Tahun Satu 2


B. Tuliskan benda yang terdapat dalam bilik darjah.

Bahasa Malaysia Tahun Satu 3


C. Tulis kata ganda yang sesuai dengan berpandukan
gambar yang diberikan.

kura-kura rama-rama labah-labah

gula-gula itik-itik

1.

2.

3.

4.

5.

Bahasa Malaysia Tahun Satu 4


D. Isi tempat kosong dengan kata ganti diri nama yang betul.

kamu mereka kita

kami saya

1. Sani, Yuna dan Ganesan lewat sampai ke sekolah. Bas

sekolah __________________ rosak.

2. Alam sekitar perlu __________________ pelihara supaya

sentiasa bersih.

3. " Di manakah __________________ buang sampah tadi ? "

tanya emak kepada Suhana.

4. " __________________ bekerjasama membersihkan rumah

pada setiap hujung minggu. " kata Devi dan Devan kepada

Amir.

5. " __________________ berjalan kaki ke sekolah setiap hari. "

kata Ahmad kepada Farhan.

Bahasa Malaysia Tahun Satu 5


E. Gariskan kata kerja yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini.

1. Kakak ( memberus / menggosok) baju


dengan seterika.

2. Jangan ( marah / bising) ketika berada


di dalam perpustakaan.

3. Ravi ( menggunting / menebas )


rambut pelanggannya dengan
berhati-hati.

4. Kakinya ( terpijak / tersepak ) seketul


batu.

5. Jangan ( tidur / diam) ketika guru


sedang mengajar.

Bahasa Malaysia Tahun Satu 6


F. Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata hubung yang
tepat.

sambil kerana apabila atau dan

1. Halim _____________ Zaki berbincang


tentang latihan sukan sekolah
mereka.

2. Alia menangis ______________ dia


terjatuh dari basikalnya.

3. Fuad terkejut _____________


diberitahu guru kelas mereka
kemalangan.

4. Puan Zaiton hendak pergi ke pasar


raya ______________ ke pasar tani?

5. Amri bersandar pada pokok


___________membaca buku.

Bahasa Malaysia Tahun Satu 7


G. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
tinggi sempit kecil rajin gemuk

1. Ruang tamu rumah

saya

2. Pokok kelapa di belakang rumah

saya sangat

3. Rumah kakak saya

sahaja.

4. Adik saya sangat

5. Kamal seorang murid

yang

Bahasa Malaysia Tahun Satu 8


H. Baca petikan di bawah dan jawab soalan pemahaman
berikut.

Hafiz dan keluarganya pergi berkelah. Mereka berkelah di


tepi sungai. Mereka tiba pada pukul 9.00 pagi. Abang, kakak
dan adik Hafiz bermain di sungai. Mereka mandi sambil
bermain bola.
Setelah penat mandi, mereka berhenti makan. Mereka
makan roti dan kuih. Mereka gembira kerana dapat berkelah
bersama-sama keluarga.

1. Ke manakah Hafiz dan keluarganya pergi?

Hafiz dan keluarganya pergi ____________________________ .

2. Di manakah mereka pergi berkelah?

Mereka pergi berkelah di _______________________________ .

3. Bilakah mereka tiba di sana?

Mereka tiba di sana pada pukul ________________________ .

4. Apakah makanan yang mereka makan?

Mereka makan ________________________________________ .

5. Bagaimanakah perasaan mereka ketika itu?

Mereka _______________________________________________ .

KERTAS SOALAN INI TAMAT


SELAMAT MENJAWAB

Bahasa Malaysia Tahun Satu 9

Anda mungkin juga menyukai