Anda di halaman 1dari 4

950412-01-6367

RUMUSAN
6.1 Pendahuluan
Seramai 30 orang responden telah terlibat dalam kajian ini untuk mendapatkan
nilai-nilai statistik demi memenuhi objektif kajian ini. Dalam bahagian ini, hasil dapatan
kajian akan dirumuskan.
6.2 Dapatan Kajian
6.2.1 Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara Di Jalan Besar, Kluang
Melalui kajian ini, punca-punca pencemaran udara berlaku di Jalan Besar dapat
dikenal pasti. Antaranya, kebergantungan masyarakat terhadap kenderaan bermotor.
Orang ramai pada masa kini banyak bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta, motor dan sebagainya. Kenderaan-kenderaan bermotor ini akan mengeluarkan
asap-asap seperti karbon monoksida yang

mencemarkan udara. Melalui kajian ini,

didapati bahawa setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta.


Memandangkan kepunyaan sebuah kereta di setiap keluarga sudah menjadi kebiasaan
pada masa kini, tetapi amalan kongsi kereta kurang dipraktikkan.
Seterusnya, pertumbuhan aktiviti perindustrian yang kian bertambah di Jalan
Besar menjadi punca berlakunya pencemaran udara. Banyak kilang dan pusat
penyelenggaraan kereta ditubuhkan. Hal ini demikian menambah bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan ini. Secara tidak langsung, asap-asap yang dibebaskan dari
kenderaan dan kilang-kilang juga akan bertambah.
Punca seterusnya ialah penyelenggaraan kenderaan yang tidak disempurnakan
oleh para penduduk. Daripada dapatan kajian, didapat kenderaan-kenderaan bermotor,
terutama kenderaan yang lama tidak diselenggarakan pada masa yang ditetapkan. Hal ini
dimaksudkan

penduduk

tidak

mengikut

jadual

yang

ditetapkan

oleh

pusat

penyelenggaraan kereta untuk menyelenggarakan kereta mereka. Hal ini demikian akan
menyebabkan pelepasan asap kenderaan yang berlebihan.

950412-01-6367
Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan
mementingkan diri sendiri menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal-hal yang
dimaksudkan ialah sesetengah kereta atau lori membawa muatan yang banyak sehingga
membebankan kereta dan seterusnya menyebabkan pembakaran bahan fosil yang
berlebihan. Selanjutnya, didapati sampah-sarap dibuang merata-rata tempat dan tong
sampah tidak ditutup dengan cara betul. Hal ini menyebabkan sampah sarap yang berbau
busuk diselerak di tepi jalan dan mengakibatkan pencemaran udara.
Selain itu, penyelenggaraan kerja pembersihan yang tidak menetap masanya juga
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pihak-pihak berkenaan tidak melaksanakan
kerja pembersihan pada masa yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan longkang yang
tersumbut dan kotor tidak dibersihkan dan seterusnya mengeluarkan bau yang busuk.
Penguatkuasaan undang-undang yang longgar membawa kepada pencemaran
udara. Daripada dapatan kajian, didapati bahawa kerja-kerja pembakaran terbuka kerap
kali dilakukan oleh penduduk tempatan.
Tambahan pula, puncanya ialah penggunaan alat-alat yang melepaskan CFCs.
Kebanyakan penduduk tempatan menggunakan alat-alat seperti peti sejuk, penyaman
udara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pengeluaran CFCs dari alat-alat tersebut
yang menyebabkan pencemaran udara berlaku.
6.2.2 Kesan-Kesan Akibat Pencemaran Udara
Melalui kajian yang dijalankan, terdapat 7 kesan pencemaran udara yang
ditinggalkan dapat dikaji. Pencemaran telah membawa kesan terus kepada kesihatan
penduduk tempatan. Hal ini dimaksudkan pencemaran udara telah membawa gangguan
kepada sistem penafasan, seperti kesesakan penafasan dan penyakit paru-paru.
Pencemaran udara juga menyebabkan penduduk tempatan sering mengalami batuk, sakit
tekak, kegatalan pada kulit dan kepedihan mata.
Pencemaran udara juga membawa gangguan kepada kehidupan seharian
penduduk tempatan. Kebanyakan penduduk mengurangkan aktiviti di luar kerana takut
menjangkiti penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara.
2

950412-01-6367
Selain itu, pencemaran udara telah menyebabkan keadaan sekeliling menjadi
kelam kabut dan berhabuk. Hal ini telah membawa gangguan kepada penglihatan
penduduk terutamanya semasa memandu. Secara tidak langsung, hal ini akan
meningkatkan kadar kemalangan jalan raya.
Kesan seterusnya ialah kerosakan tumbuh-tumbuhan di sekeliling Jalan Besar.
Melalui kajian ini, didapati tumbuh-tumbuhan di sekeliling kebanyakannya bergugur
daun, bertukar warna dan mengalami kepupusan.
Pencemaran udara juga mengakibatkan hujan asid dituruni. Bahan-bahan kimia
seperti karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera akan bergabung
dengan air hujan yang turun dan membentuk kejadian hujan asid.
Di samping itu, pencemaran udara akan mengakibatkan kesan rumah hijau dan
peningkatan suhu setempat. Hal ini demikian berlaku semasa komposisi gas-gas rumah
hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida meningkat
melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang
bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan
haba.
Pencemaran udara juga membawa kepada penipisan lapisan ozon. Hal ini
disebabkan kloroflorokarbon (CFCs) yang dikeluarkan dari alat-alat seperti peti sejuk,
penyaman udara dan sebagainya. Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang digunakan telah
meningkatkan kadar penyinkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan suhu
setempat meningkat.
6.3 Cadangan Kajian
6.3.1 Kempen Cintai Alam Sekitar
Pihak kerajaan terutamanya Majlis Perbandaran Kluang (MPK) hendaklah
melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar melalui ceramah, aktiviti gotong-royong,
risalah dan poster untuk memberi kesedaran kepada penduduk untuk menjaga alam
sekitar. Kempen ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penduduk tidak leka

950412-01-6367
menjalankan tanggungjawab mereka memelihara dan memulihara alam sekitar supaya
kesan pencemaran udara dapat diminimakan.
6.3.2 Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum sangat berkesan untuk mengurangkan asap
hitam daripada kenderaan. Contoh petrol tanpa plumbum ialah RON 95. Kesannya udara
lebih bersih kerana mengurangkan pembebasan karbon monoksida dan sulfur dioksida ke
udara.
6.3.3 Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar juga dapat mengatasi pencemaran udara. Pendidikan
alam sekitar telah diterapkan melalui Kajian Tempatan di sekolah rendah dan subjek
Geografi dan Sains di sekolah menengah. Selain itu, di Institut Pengajian Tinggi terdapat
kursus yang memerlukan pelajarnya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar.
Kesannya, masyarakat dapat diberi kesedaran sejak kecil lagi supaya menjaga alam
sekitar.
6.4 Kesimpulan
Secara ringkas, penduduk dan pihak berkuasa tempatan harus sedar akan masalah
pencemaran udara ini dan berganding bahu untuk menyelesaikannya. Sebagai manusia,
kita memiliki kewajiban untuk menjaga kelestarian alam yang kita pijak ini. Berbagai
sumber mengatakan bahwa alam kita ini telah mengalami banyak perubahan. Misalnya
terjadi pencemaran udara yang dapat mengakibatkan timbulnya berbagai-bagai penyakit,
pemanasan global, dan sebagainya .Walaupun hal ini tidak boleh diatasi dalam sekelip
mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, pastinya pencemaran udara dapat
diatasi.

Anda mungkin juga menyukai