Anda di halaman 1dari 8

KONSEP TAFRIKAN PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas,


cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga
berlakunya perubahan yangmenjejaskan keselesaan kehidupan
atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh
pelepasan asap melalui pembakaran sampah sarap secara
terbuka dan juga melalui ekzos kenderaan serta penggunaan
dapur arang atau kayu yang tidak terkawal. Bahan pencemar
udara seperti gas karbon monoksida dilepaskan melalui
pembakaran sampah sarap dan ekzos kenderaan. Contohnya,
pembakaran sampah sarap dan pembebasan asap dari ekzos
kenderaan di kawasan tempat tinggal Taman Selatan, Klang,
Selangor.
(sumber: http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014konsep-punca.html )

Gambar pembakaran sampah sarap di Taman Selatan, Klang, Selangor


(Sumber: Kajian Lapangan 2014)

FAKTOR PUNCA KEJADIAN PENCEMARAN


1. AKTIVITI HARIAN MANUSIA
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan
tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman
udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC)
akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain
itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara. (sumber:
http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3 )

2. Pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada
berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka yang berlaku di
kawasan kajian adalah pembakaran tilam lama , sampah sarap yang terdiri
daripada kaca, bahan logam , plastik dan kertas.. Walaupun kegiatan ini
tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan
pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan. Ramai penduduk
suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada
juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain
dengan membakar kawasan semak samun.
(sumber: http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udarageografi-pt3)

3. Pembebasan asap kenderaan bermotor.


Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel
kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini
menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam
dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA


1. Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat
catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan
pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti
LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara.
Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang
bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!
(sumber: http://brainly.my/tugasan/10367 )

2. Program Kitar Semula


Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan
buangan. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam
sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran
sampah-sarap turut dapat dikurangkan. Udara yang tercemar akibat
pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan
boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang
boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang
boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan
kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan
kertas baru.
(sumber: http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/langkah-mengatasi-pencemaran-udara-pt3geografi.html#ixzz36bztl2vN )

3.

Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada


murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum
yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain
dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Sebagai contoh, pihak
sekolah boleh menganjurkan Kelab Alam Sekitar, Kempen Cintai Alam
Sekitar, Pameran Alam Sekitar atau lawatan ke Pusat Kitaran Semula, Pusat
Pendidikan Alam Sekitar (FRIM) . Hal ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar
dan memupuk sikap cinta mereka terhadap alam sekitar . (sumber:
http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014langkah.html )

KESAN KJADIAN PCEMARAN KPD MANUSIA/ALAM SEKITAR


1. Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem
pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk,
mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh
menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan
ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahanbahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.Kajian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan
kenderaan. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara )
2. Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuhtumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran.
Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan
karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan
tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat
pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah
kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara )
3. Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan
dengan tiga cara, iaitu Nekrosis (keguguran daun), Klorosis (pertukaran
warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal
adalah antara tumbuhan yang mudeah mengalami kerosakan dengan
bahan cemars seperti sulphur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam
dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi mengalami kekurangan sumber makanan
dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi ini juga terganggu.
(sumber: http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/kesanpencemaran.html )

4, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid. Hujan asid yang disebabkan oleh
penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ia berlaku apabila gasgas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindak balas
dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid
ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dna membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia. Ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian,
kertas dna bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid ini berbahaya
kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. (sumber:

http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010/08/kesan-pencemaran.html )

7 Fakta Berbahaya Membakar Sampah


13 September 2012 Ditulis oleh Kontributor

Oleh: Supriyono,S.KM, M. Kes


Sampah memang unik. Mengapa ? Karena dengan sampah kita bersahabat dan dengan
sampah pula kita bisa berseteru. Demikian pula dengan kebiasaan membakar sampah yang
masih menjadi kebiasaan banyak orang. Selain cepat, cara ini juga dianggap hemat untuk

mengurangi sampah atau benda yang ingin dihilangkan. Padahal cara tersebut memiliki
sejumlah bahaya bagi manusia maupun lingkungan.
Berikut ini tujuh fakta berbahaya dari aktivitas membakar sampah:
1. Pada umumnya, terutama sampah dari rumah dibakar secara serampangan. Kegiatan ini akan
menghasilkan karbomonoksida (CO) yang bila terhirup manusia dapat mengganggu fungsi kerja
hemoglobin (sel darah merah) yang semestinya mengangkut dan mengedarkan oksigen (O2) ke
seluruh tubuh. Kekurangan O2 ini bisa menimbulkan kematian. Sebagai gambaran kasar, satu ton
sampah yang dibakar akan berpotensi menghasilkan gas CO sebanyak 30 kg.
2. Asap dari pembakaran sampah plastik akan menghasilkan senyawa kimia dioksin atau zat yang
bisa digunakan sebagai herbisida (racun tumbuhan). Selain itu, proses tersebut juga dapat
menghasilkan fosgen atau gas beracun berbahaya yang pernah digunakan sebagai senjata
pembunuh pada masa Perang Dunia pertama.
3. Hasil pembakaran sampah yang mengandung klorin dapat menghasilkan 75 jenis zat beracun lain.
4. Asap dari pembakaran sampah mengandung benzopirena (gas beracun penyerang jantung)
sebanyak 350 kali. Zat ini ditengarai sebagai biang keladi penyebab kanker dan hidrokarbon
berbahaya (seperti asam cuka) penyebab iritasi.
5. Membakar kayu juga dapat menghasilkan senyawa yang mengakibatkan kanker. Sedangkan
melamin dapat menghasilkan formaldehida (formalin) bila dibakar dengan suplai oksigen yang
banyak atau HCN (asam sianida) bila kurang oksigen.
6. Pembakaran sampah di area terbuka dapat menghasilkan partikel debu halus atau Particulate
Matter (PM) yang mencapai level PM 10 (10 mikron). Dengan tingkatan tersebut, zat ini tidak
dapat disaring oleh alat pernapasan manusia, sehingga bisa masuk ke paru-paru dan
mengakibatkan gangguan pernapasan.
7. Pembakaran sampah dapat menyebabkan kabut asap yang tebal dan mengurangi jarak pandang
dan kenyamanan di lingkungan tempat tinggal. Yang lebih parah, bisa memicu terjadinya
kebakaran dengan skala lebih besar. Kita tentu masih ingat terjadinya kebakaran hutan di
Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan kapal laut menabrak tebing dan menghentikan
aktivitas penerbangan komersial di beberapa bandara.

Oleh karena itu, marilah kita mengelola limbah rumah tangga secara bijak, agar tidak
membahayakan manusia dan selalu menjaga kenyamanan lingkungan.
Tentang Penulis:

Supriyono,S.KM,M. Kes adalah Widyaiswara pada Bapelkes Batam, Kepulauan Riau. Alamat
kantor: Jln. Marina City, Kel. Tanjung Uncang, Kec. Batu Aji, Kota Batam. Beliau juga adalah
Ketua Dewan Pimpinan Cabang Persatuan Ahli Gizi Indonesia, Lamongan, Jawa Timur. Anda
dapat menghubungi beliau melalui halaman kontak situs ini atau email :
supriyonontr@yahoo.co.id.

http://majalahkesehatan.com/7-fakta-berbahaya-membakar-sampah/

KESIMPULAN\RUMUSAN
1. Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk
mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh
diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai
pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan
generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik
dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam
sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.
2. Kita sebagai penginap di bumi ini adalah tanggungjawab kita untuk memeliharanya
dengan sebaik-baiknya. Segala tindakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam
sekitar akan secara tidak langsung memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain. Justeru,
kita patut mempunyai kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar kepada
manusia dan hidupan lain serta cuba untuk mengurangkan masalah pencemaran di bumi ini

tidak kira pencemaran udara, air ,darat atau nuklear. Dengan ini, barulah generasi baru kita
berpeluang menikmati keindahan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai