Anda di halaman 1dari 6

Konsep dan Takrifan Pencemaran yang dikaji

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pencemaran bermaksud perbuatan


mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap dan sebagainya.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan
atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar
yang memberi impak kepada hidupan dan ekosistem.

Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia ,tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.
Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida,
Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran
bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari
asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.










Punca Pencemaran Udara di Paka
1) Perkilangan

kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang
masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi
asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Contohnya kilang loji-loji pemprosesan petroleum di Kerteh,Terengganu.

2)Kebakaran hutan

. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahan baru-baru ini
kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca
panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam,
menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan
bau asap yang menyesakkan pernafasan.

3)Pembakaran terbuka
* Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara
ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan
membakar kawasan semak samun.

4) Asap kenderaan

Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara
. Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang
dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah. Sekiranya kenderaan
yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan
asap yang berlebihan. Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon
monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya.


















Kesan Pencemaran Udara

1 ) Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahdan melambatkan
tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk,
mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.
Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan
inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.


2) Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa
kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global
yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon
juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian
alam yang tidak normal


3) Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak
penglihatan akibat jerebu.








Langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara

1)Perkilangan:

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 asap agar
asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.


2)Kebakaran hutan:

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

3)Pembakaran secara terbuka:

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
4) Asap kenderaan:
~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.








































Read more: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-
langkah-mengurangkan-kesan.html#ixzz36E5Ef5r6
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

http://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-geografi-pt3-2014-faktor-atau.html

Anda mungkin juga menyukai