Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana


dengan berkat dan keizinan dari-Nya,maka saya telah
dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi
denganjayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan
memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian
dan di masahadapan.

Saya,Muhammad Adam Farish bin Mohd Farid dan


Muhammad Azib Iqbal bin Mohd Sohfi ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu
Mohd Fauzi Bin Zailan, guru pembimbing saya iaitu Puan
Rossamsuri Fadilah binti Mohammad ropi dan guru-guru
yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat kerja
kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka
membantu menyemak data, laporan dan membuat
teguran agar memperoleh hasil kajian dengancemerlang.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada kedua-dua ibu bapa kami yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan
mereka mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja-
kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan
kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran
dan wang ringgit.
PENGENALAN

Pada pagi yang cerah ini, kami akan membentangkan kerja


kursus Geografi ini yang bertajuk PEMANASAN GLOBAL.
Tempoh masa yang diperlukan untuk mengkaji pemanasan
global ialah 2 hari. Kami membuatnya pada pagi hari pada
tarikh 14/11/22 hingga 15/11/22 . Maksud pemanasan global
ialah peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi
secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara
semula jadi.
KONSEP PEMANASAN GLOBAL

Pemasan global terjadi apabila gas - gas seperti karbon


monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon (CFC), metana
dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan
mengeluarkan semula sinaran tersebut, suhu purata bumi akan
meningkat. Gas - gas ini juga menyerap tenaga haba yang
dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif
akan meningkatkan lagi suhu purata bumi.
FAKTOR PEMANASAN GLOBAL DI
BANDAR PUTERA

 FAKTOR PEMANASAN GLOBAL DI BANDAR PUTERA

Aktiviti pertanian menggunakan racun serangga dan baja


kimia secara berlebihan. Penggunaan racun serangga dan baja
kimia secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas
rumah hijau, terutamanya gas metana. Kegiatan perternakan
juga menyebabkan berlakunya pemanasan global di Bandar
Putera . Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti ayam dan
itik telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana
ke angkasa. Contohnya, kawasan di area sekitar MARDI telah
menghasilkan banyak gas metana kerana disana aktiviti
pertanian dan penternakan telah dijalankan.

Selain itu, kegiatan pembakaran bahan buangan secara


terbuka dan aktiviti ini telah menyebabkan imbangan
kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang.
Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan
global. Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran
hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
Contohnya, pembakaran secara terbuka yang dilakukan di
sekitar tempat tinggal penduduk.

Seterusnya ialah, kenderaan bermotor kini merupakan


pengangkutan utama bagi penduduk di kawasan ini kerana
pengangkutan memudahkan pergerakan mereka di bandar ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai
bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan,
khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan
gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida. Contohnya,
laluan keluar masuk utama yang digunakan setiap hari akan
penuh dengan kenderaan dan juga dengan menggunakan jalan
itu, penduduk Bandar Putera akan dapat mengakses bandar
yang terdekat seperti Kampung Bukit Naga, Sentosa dan banyak
lagi.

 FAKTOR SEMULA JADI PEMANASAN GLOBAL DI BANDAR


PUTERA

Penerimaan cahaya matahari yang berlebihan dapat


menyumbang kepada pemanasan global. Hal ini mengakibatkan
semak samun terbakar dengan semula jadi dan membebaskan
gas-gas yang menjadi penyebab berlakunya pemanasan global.
LANGKAH UNTUK MENGATASI
MASALAH INI DI BANDAR
PUTERA

1. Penduduk bandar itu mestilah menggunakan kenderaan


awam supaya dapat mengurangkan gas karbon dioksida dan
karbon monoksida dan juga dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas di bandar itu.

2. Penduduk bandar itu juga perlulah mengamalkan amalan


kitar semula barang buangan tersebut supaya tidak
menjejaskan udara dan dapat mengakibatkan pemanasan
global berlaku. Selain itu, mereka juga perlu menanam
pokok atau tanaman renek supaya udara disana lebih bersih
dan gas karbon dioksida berkurang.

3. Penduduk disana mestilah menukar sumber tenaga dalam


kehidupan seharian seperti bahan api fosil perlulah diganti
dengan tenaga suria, angin dan mengunakan barangan
elektrik yang jimat tenaga elektrik.
KESAN PEMANSAN GLOBAL DI KAWASAN
BANDAR PUTERA

Gangguan cuaca menyebabkan kawasan jalan di sekitar


Bandar Putera ditenggelami air akibat daripada hujan turun
hampir setiap hari pada bulan November ini. Akibatnya,
kesesakan lalu lintas terjadi disana apabila jalan ditenggelami
air.

Selain itu, masalah kesihatan juga menjadi masalah utama


bukan sahaja di bandar ini tetapi di seluruh dunia akibat
daripada pemanasan global. Di bandar putera, pelbagai
penyakit yang berkait dengan haba dirasai oleh penduduk
bandar ini. Contohnya, penyakit kulit dan katarak.
RUMUSAN

Iktibar kepada :

DIRI :

Kita mestilah menjaga diri kita dan mengamalkan pengunaan


5R dan sentiasa menasihati keluarga atau orang laen supaya
mengelakkan berlakunya pemanasan global.

MASYARAKAT :

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, kita mestilah


menggunakan bahan yang mesra alam dalam kehidupan harian
kita ini seperti menggunakan tenaga solar dan menggunakan
barang elektrik yang jimat penggunaan tenaga elektrik.

NEGARA :

Pihak yang bertanggungjawab mestilah tidak memandang


remeh akan pemanasan global kerana pemanasan global dapat
menjadikan sesebuah negara itu tidak makmur.
RUJUKAN

1) https://www.slideshare.net/NURHIDAYAHSHAHIRAABD/
pemanasan-global-74059294

2) https://www.slideshare.net/khaihay/pemanasan-global-
59786812
PEMANASAN GLOBAL

KELAS : 2 ONCIDIUM
NAMA GURU : Rossamsuri Fadilah binti Mohammad Ropi

NAMA

1. MUHAMMAD ADAM FARISH BIN MOHD FARID


2. MUHAMMAD AZIB IQBAL BIN MOHD SOHFI
OBJEKTIF KAJIAN

1) Menghurai konsep pemanasan global.


2) Menghuraikan faktor pemanasan global di kawasan Kota
Kemuning/ Bukit Rimau/kawasan kajian.
3) Menjelaskan kesan pemanasan global di Kota
Kemuning/Bukit Rimau/kawasan kajian.
4) Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan
pemanasan global di Kota Kemuning/Bukit Rimau/kawasan
kajian
KAWASAN KAJIAN PEMANASAN
GLOBAL

KAWASAN DIATAS IALAH BANDAR PUTERA


Bandar terdekat disini ialah Sentosa. Jarak dari Bandar
Putera ke Sentosa ialah 3.2KM, iaitu mengambil masa
paling cepat sebanyak tidak sampai 10 menit sahaja.

 PANDANG DARAT FIZIKAL

1. Rumput
2. Hutan

 PANDANG DARAT BUDAYA

1. Jalan raya
2. Masjid
3. Kuil
4. Petempatan
5. Padi sawah

HUBUNGKAIT ANTARA PANDANG DARAT FIZIKAL DENGAN


PANDANG DARAT BUDYA DI BANDAR PUTERA

 TANAH PAMAH

PERTANIAN : padi sawah


PENGANGKUTAN : jalan raya
PETEMPATAN : rumah
KEMUDAHAN SOSIAL : tempat ibadat dan sekolah
KAEDAH KAJIAN

PEMERHATIAN

Saya dan rakan saya, telah membuat pemerhatian di sekitar


kawasan Bandar Putera untuk melihat secara umum faktor dan
kesan pemanasan global di kawasan ini.

TEMU BUAL

Saya telah menemubual 5 responden yang tinggal di Bandar


Putera.

SOAL SELIDIK

Saya telah mengedarkan borang soal selidik secara


besemuka /berbentuk `google form` melalui whatsapp kepada
10 orang responden di kawasan kajian

Anda mungkin juga menyukai