Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh


masa yang ditetapkan.Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang
telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana dapat
membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di simpang tiga jalan masuk
ke SMK Bukit Mewah.

Selain itu, saya dapat mengenal pasti jenis-jenis kenderaan yang melalui
jalan di hadapan sekolah SMK Bukit Mewah pada waktu puncak dan
berbangga dengan kemajuan negara yang dinikmati.

Dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat mengurangkan kesesakan lalu
lintas yang selalu berlaku di Simpang Tiga jalan masuk ke SMK Bukit Mewah
tersebut dengan menyenaraikan kesan-kesan kesesakan lalu lintas ini
kepada pihak sekolah dan pengguna.

Seterusnya, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai


kesesakan lalu lintas dan dapat menanam rasa bertanggungjawab serta
bangga dengan identiti seorang pelajar yang terus menyedari bahawa
membantu mengurangkan kesesakan lau lintas adalah tanggungjawab
semua orang .

Akhir sekali, kerja kursus ini telah mengajar saya pelbagai perkara yang
patut dilakukan iaitu menghuraikan langkah-langkah penyelesaian untuk
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Simpang Tiga jalan masuk ke
SMK Bukit Mewah dan bersyukur dengan keselesaan yang dianugerahkan
Tuhan serta memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik
mungkin. Saya juga bersyukur kerana kedudukan tempat tinggal saya yang
strategik dan sentiasa aman damai telah membolehkan pelbagai aktiviti
dijalankan dengan baik dan lancar.

Anda mungkin juga menyukai