Anda di halaman 1dari 17

FOLIO

GEOGRAFI

Tajuk:
Kajian Tentang Petempatan Dan

Perkembangannya Di Taman

Sentosa,JohorBahru Dan

Membandingkannya Dengan England

NAMA:MELISSA JANE LIM

TINGKATAN:3A6

GURU PENTAKSIR:PUAN SALIAH BINTI SALLEH

SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Peta Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian
I) Jenis dan Pola Petempatan
II) Faktor yang Menpengaruhi Petempatan
III) Fugsi Petempatan
IV) Masalah Petempatan
V) Langkah Megurangkan Masalah Petempatan

Bahan Grafik

Rumusan

Lampiran

Rujukan
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi kerjasama kepada

saya bagi menyiapkan folio ini.


Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penhargaan dan ucapan terima

kasih kepada Puan Tan Seow Heng , Pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Infant

Jesus Convent ,Johor Bahru ,kerana member kebenaran dan songkongan untuk

menjalankan kajian ini.Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

guru Georgrafi saya iaitu,Puan Saliah yang memberi tunjuk ajar dan pertolongan

apabila menghadapi masalah dalam proses penyediaan folio ini.Tanpa cikgu, tidak

mungkin saya akan menghabiskan folio ini.

Sejutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi

sonkongan dan galakan,bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan folio ini

sehingga kajian ini selesai.Mereka sanggup mengeluarkan wang untuk menyediakan

bahan-bahan bagi penyediaan folio ini.

Tidak lupa akan rakan-rakan saya iaitu,Yolander Lopez, Lim Sue Roe,Lim Yi

Min dan Shirlene Si atas bantuan dan nasihat mereka semasa menjalankan kajian ini.

Akhirnya,saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Haji Abu Bakar,

Pengurusi Persatuan Penduduk Taman Sentosa Baldu dan Kasa,penduduk tempatan

dan responden yang memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.


PENDAHULUAN
Nama saya Melissa Jane. Saya belajar di tingkatan 3A6,Sekolah Menegah

Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru. Sebagai keperluan memenuhi


mata pelajaran Geografi,kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu
kajian Geografi (KGT).Saya telah memilih tajuk Tentang Petempatan dan
Perkembangannya Di Taman Sentosa , Johor Bahru.Untuk menjalankan kajian ini
guru Geografi kami telah mejadikam kerja ini kerja individu.Kami di beri selama 6
minggu untuk memyiapkan kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti:

a)Jenis dan pola petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England

b)Faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya

dengan England

c)Fungsi petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England

d)Masalah petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England

e)Langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Sentosa dengan

membandingkannya dengan England

f)Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Sentosa dan

membandingkannya dengan England


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah saya pilih di Taman Sentosa,di daerah Johor
Bahru,negeri Johor.Kawasan ini terletak lebih kurang 5 minit hingga 10 minit perjalanan
jika menaiki kereta.Tambangan bas yang diperlukan dari bandar Johor Bahru ke kawasan
ini ialah sebanyak Rm0.90.Peta yang terdapat di halaman sebelah menunjukkan lokasi
Johor Bahru dan kawasan kajian saya-Taman Sentosa.Taman Sentosa terletak di kawasan
tanah pamah yang rata serta merupakan kawasan penempatan.Pembangunan di kawasan
ini sangat pesat.Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Johor
Bahru,Johor Darul Takzim.

Kawasan bandingan yang saya pilih ialah England yanng berada di United
Kingdom.Kawasan ini terletak di kawasan tanah rata yang boleh dimajukan sebagai
tempat tinggal dan bangunan-bangunan lain.Kawasan ini terletak di Bandar, penduduk di
sini menggunakan kereta,bas awam,”tram” atau “The Tube”. “The Tube” adalah kereta
api di bawah tanah yang canggih.Kebanyakan penduduk menggunakan “The Tube”
sebagaipengangkutan awam oleh kerana tambang yang murah. Kawasan ini berada di
bawah pentadbiran “UK Government” dan “UK Parliament”.

Peta Kajian
• “A” merupakan England

• Kawasan Kajian saya , Taman Sentosa

*daripada Google maps

Kaedah Kajian
Kaedah Kajian yang saya menggunakan ialah :

a) Kaedah Permerhatian

b) Kaedah Temu Bual

i) Kaedah Pemerhatian

– Sepanjang kajian saya ,sayatelah memerhatikan jenis pola petempatan di kawasan


kajian saya (Taman Sentosa)

ii) Kaedah Temu Bual

-Semasa menjalankan kajian saya, saya telah menemu bual 20 orang responden
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah
seperti yang terdapat di lampiran

iii) Rujukan
-Saya telah merujuk bahan media seperti buku,internet dan sebagainya

Dapatan Kajian
8.1 Jenis dan pola petempatan
Berdasarkan kajian saya, Taman Sentosa berada di kawasan bandar dan ia
berpolapetempatan berjajar.Pola petempatan yang berjajar biasanya mempunyai
bangunan atau rumah yang dibina selari di sepanjang sungai,parit, pinggir
pantai,permatang,atau sepanjang jalan raya.Pola petempatan bejajar juga dikenali
sebagai petempatan “Linear”.Infrastruktur di Taman Sentosa boleh dikatakan sebagai
memuas dan boleh di perbaiki.

Manakala kawasan bandingan saya pula iatu England,UK juga berada dikawasan
bandardan jenis pola petempatannya adalah pola petempatan berjajar dan berpusat.Oleh
sebab penduduk yang melebihi 50 juta orang (84% daripada UK) kawasan England
berpendudukpadat.Jenis pola petempatan berpusat terbentuk apabila rumah dan bagunan
yangbanyak dibina secara rapat-rapat.Walau bagaimanapun, infrastruktur England
adalah diantara terbaik didunia walaupun berpenduduk ramai dan padat.

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Kawasan kajian ialah Taman Sentosa.Taman Sentosa merupakan kawasan tanah


pamah .Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman
Sentosa.Antaranya ialah perkhimatan pendidikan.Di kawasan kajian saya terdapat banyak
sekolah seperti sekolah rendah,sekolah menegah dan tadika.Selain itu, perniagaan juga
juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sentosa.Barang-
barang keperluan serta makanan dijual secara runcit. Ini membolehkan penduduk di sini
membeli barang dengan cepat dan mudah.
Kawasan yang dibanding pula iatu England.Kawasan kajian England juga
merupakan kawasan tanah pamah.Antara faktor yang mempengaruhi petempatan ialah
kegiatan perniagaan seperti gerai makanan dan kompleks membeli-belah yang
besar.Faktor yang lain ialah perkhimatan pendidikan, England mempunyai antara
pendidikan yang terbaik di dunia oleh kerana kolej dan Universiti seperti “Winchester
College”. “Chirst Church,University of Oxford “, dan ”Cambrigde University”.

Walaupun kawasan bandingan saya England lebih maju daripada kawasan


petempatan saya, saya masih berbangga dengan kawasan petempatan saya.

8.3 Fungsi Petempatan

Kawasan kajian saya Taman Sentosa mempunyai satu fungsi


petempatan.Fungsi petempatan Taman Sentosa ialah perkhimatan
pendidikan. Perkhimatan pendidikan disediakan untuk meningkatkan peluang
pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan penduduk
tempatan.Antara sekolah yang disediakan adalah Sekolah Rendah Taman Sentosa,
Sekolah Menengah Sri Tebrau,Sekolah Menengah Taman Pelangi , Sekolah
Agama Sri Tebrau dan Tadika Suria.

Kawasan bandingan saya ,England, pula mempunyai satu fungsi


petempatan.Fungsi utama England ialah pendidikan.Fungsi ini dapat dilihat dengan
pelbagai institusi pendidikan yang bertaraf tinggi seperti “Winchester
College”. “Chirst Church,Universityof Oxford , ”Cambrigde University”,dan
“The King’s School “.
Meskipun kawasan bandingan saya England , lebih maju , saya masih
menyayangi kawasan petempatan dan bersyukur kerana dapat bersekolah dinegara ini.

8.4 Masalah petempatan

Kawasa Kajian saya Taman Sentosa menghadapi beberapa masalah.Antaranya


ialah kes-kes pecah rumah yang selalu berlaku .Terutamanya jika tuan atau puan rumah
tidak berada dalam rumah atau berkerja pada waktu siang.Salah seorang daripada taman
ini telah dicederakan oleh 2 orang lelaki. Penjenayah –penjenayah yang masih bebas dan
merayau- rayau ditaman atau tempat lain , amat membimbangkan penduduk kawasan ini.
Selain itu,pembakaran terbuka juga menjadi salah satu masalah untuk penduduk di sini.
Pembakaran terbuka mencemarkan udara dan menyebabkan asap-asap dan debu
memasuki ke rumah-rumah orang lain.

Kawasan bandingan saya,England, juga menghadapi beberapa masalah.Antara


masalah England ialah pencemaran udara.Pencemaran udara berlaku kerana kenderaan
yang banyak mengeluarkan asap –asap yang mengandungi beberapa gas yang berbahaya
kepada kesihatan.Lantaran itu , Kesesakan lalu lintas juga adalah salah satu masalah yang
dihadapi oleh England.Oleh kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit
berlakunya kesesaka lalu lintas.

Saya sangat bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang lebih bersih dan
tidak mengalami masalah-masalah yang rumit seperti kawasan bandingan saya.

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan


Terdapat pelbagai cara dan langkah-langkah yang boleh mengurangkan masalah
kawasan kajian saya.Langkah yang pertama ialah untuk mengupah beberapa orang
pengawal sekuriti dan meronda semua lorong- lorong di taman. Selain itu ,pembakaran
terbuka tidak patut dibiar sahaja, pembakar itu haruslah dikenakan denda jika membakar
sampah-sarap dengan terbuka.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran udara


di England ialah penduduk boleh bersama-sama berkongsi kereta dan lebih mengunakan
pengangkutan awam untuk mengurangkan gas-gas yang membahayakan kesihatan
manusia.Selain itu, kesesakan lalu lintas boleh diperbaiki dengan meluaskan jalan raya
dan membina jambatan untuk melintasi jalan raya yang sibuk.

Walaupun kawasan petempatan saya menghadapi masalah, saya tetap berbangga


dan bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang harmoni ini.

Bahan Grafik

Jadual 1
Jenis Pekerjaaan Jantina Jumlah
Lelaki Perempuan
Kerajaan 5 2 7
Swasta 3 3 6
Sendiri 3 3 6
Lain-Lain 0 1 1

*Sumber daripada 20 orang responden

Jadual 2
Jenis Pekerjaan Bilangan Peratus Sudut Sektor
Kerajaan 7

Swasta 6

Sendiri 6
Lain- Lain 1
*Sumber daripada 20 orang resonden

Graf

*Sumber daripada 20 orang responden


Carta Pie

*Sumber daripada 20 orang responden

Rumusan
Kajian yang telah saya jalankan di Taman Sentosa,Johor ini telah memberi
pengalamanyang amat berguna kepada saya.Kajian ini membolehkan saya untuk
mengenal pasti jenis pola pertempatan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu pola
petempatan berjajar.Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengetahui lebih jelas faktor-
faktor yang mempengaruhi petempatan dikawasan kajian saya seperti perkhimatan
pendidikan dan perniagaan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan ,saya juga dapat mengetahui fungsi


petempatan kawasan kajian saya dan kawasan yang di bandingkan seperti England yang
berfungsi sebagai perkhimatan pendidikan yang bertaraf tinggi. Saya juga dapat
mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh kawasan kajian saya dan kawasan
bandingannya serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah –
masalah yang dihadapi.

Akhir kata saya telah banyak mendapat tahu tentang kawasan kajian saya dan
bandingannya.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan negara yang aman dan damai
dan tempat tinggal walaupun tidak sempurna.
Lampiran

Rujukan
Buku
1.Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,2004,Geografi Tingkatan 2 KBSM,
Percetakan Rina Sdn Bhd
2.Atlas KBSM Longman,1994,Longman Sdn Bhd

3.Khaw Ah Seng,2004,Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication Sdn Bhd

4.Chong Mui Sen,2008,Nexus Geografi Pmr Tingkatan 1,2,3


Sasbadi Sdn Bhd

Internet
-http://maps.google.co.uk/
-http://en.wikipedia.org/wiki/England

Anda mungkin juga menyukai