Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM MINGGU AKADEMIK 2015

( TEKNIK MENJAWAB )

TARIKH: 28 April 2015


TINGKATAN: 3k4- 3k6

DISEDIAKAN OLEH: PN.NUR HAFEZA BINTI MOHD


IDRIS

1
LAPORAN PROGRAM NEWSPAPER IN EDUCATION (N.I.E)

1.0 RASIONAL

Kecemerlangan dan prestasi Bahasa Inggeris di setiap sekolah berpotensi untuk


dipertingkatkan dengan menanamkan minat pelajar terhadap subjek, Memahami
kepentingannya dalam kegunaan seharian serta menjalankan aktiviti yang dapat
merangsang minda dan fizikal mereka menggunakan bahasa tersebut.

Sebagai satu cara supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Inggeris, program
seperti minggu bahasa perlu diadakan agar pelajar-pelajar dapat menggunakan
Bahasa Inggeris dengan lebih sempurna dalam kehidupan seharian. Melalui
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan seterusnya merealisasikan
MBMMBI.

2.0 MATLAMAT

2.1 Input yang dirangka khusus dalam program ini dengan matlamat untuk menyuntik
minat pelajar terhadap subjek Bahasa Inggeris agar dapat memartabatkan bahasa tersebut.
Kerberkesanannya dilihat melalui pencapaian prestasi dalam peperiksaan dan juga dalam
semua aktiviti Bahasa Inggeris yang diceburi seperti pidato, public speaking dan juga
choral speaking. Selain daripada itu pelajar juga dapat berkongsi pengatahuan sesama
mereka semasa aktiviti dijalankan kerana mereka akan diberi kumpulan dari kelas yang
berbeza.

2
2.2 Menanam minat para pelajar untuk mendalami Bahasa Inggeris.

2.3 Menambah pengetahuan para pelajar dalam bidang bahasa.

2.4 Menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara tidak langsung dengan


cara yang santai dan menyeronokkan iaitu dengan menggunakan
suratkhabar Bahasa Inggeris.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang pentingnya Bahasa


Inggeris untuk kegunaan seharian.

3.2 Pelajar-pelajar melatih diri memahami kaedah yang mudah dan jelas untuk
memartabatkan Bahasa Inggeris.

3.3 Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang secara fizikal dan mental
dalam bentuk yang mudah dan menyeronokkan.

3.4 Pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri menggunakan Bahasa Inggeris semasa
aktiviti dijalankan

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 18 Mac 2014


4.2 Hari : Selasa
4.3 Masa : 10.30- 2 PETANG

3
5.0 TEMPAT PELAKSANAAN
5.1 Bilik Darjah 2RK2
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.0 36 orang murid tingkatan 2RK1 dan 2RK2

7.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI TINDAKAN


1 NEWSPAPER IN EDUCATION PN. NUR HAFEZA BINTI MOHD IDRIS
(N.I.E)

6.0 KEBERKESANAN
7.1 100% Murid 2RK1 dan 2RK2 terlibat

7.0 KEKUATAN
7.1 Murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dianjurkan
terutamanya kerana isu yang diberikan merupakan isu terkini iaitu mengenai
kehilangan pesawat MH 370. Pelajar diberi kumpulan untuk mencari factor
penyebab,cara penyelesaian dan perasaan serta harapan mereka.

7.2 Murid berjaya membuat inovasi dan mengolah dengan kreatif melalui aktiviti
aktiviti “ cut and paste”.

7.3 Murid memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan.

4
8.0 CABARAN/MASALAH
8.1 Segelintir murid tidak menunjukkan kerjasama dan kesungguhan dalam
aktiviti yang dijalankan.

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program yang telah dirancang ini mendapat sambutan yang
amat menggalakkan daripada semua pelajar kelas 2RK1 dan 2RK2 . Para pelajar telah
memberi kerjasama serta penglibatan yang menyeluruh semasa aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh:
Pn. Nur Hafeza binti Mohd Idris
Guru Bahasa Inggeris Tingkatan Dua 2rk2
SKK SMK Convent, Taiping

5
NAMA:

Anda mungkin juga menyukai