Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan izin-Nya dapat kami berjaya menyiapkan tugasan Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah laku ini dengan sempurna. Pada mulanya, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ribuan terima kasih juga turut saya ucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang turut memberi bantuan dan juga dorongan yang sememangnya membakar semangat kami untuk menyiapkan tugasan ini di samping turut memberi bantuan sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Mereka juga banyak membantu kami untuk menampung kos perbelanjaan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Setingg-tinggi penghargaan ditujukan kepada ibu bapa dan kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, semoga tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia mempunyai 25 peratus markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Kemubu, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula pertengahan bulan Ogos sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 2 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Pertama : Objektif kerja kursus sejarah ini adalah untuk mencari dan mengumpul fakta berkenaan ...................................................... di negara kita daripada sumber yang sahih. Objektif Kedua : Selain itu, kajian ini dapat mengajar cara mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan merumus fakta berkenaan ........................................ di negara kita secara rasional. Objektif Ketiga : Berpeluang merekod fakta dan mengnalisis fakta perolehan berkenaan ................................................... di negara kita mengikut format kajian yang betul. Objektif Keempat : Kajian ini menyemai perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara melalui .......................... di negara kita. Justeru itu, lahirlah perasaan bangga akan kegemilangan tamadun bangsa dan negara kita. Objektif Kelima : Akhirnya, kajian ini juga bertujuan melahirkan semangat patriotisme terhadap negara dan bangsa. Melalui kajian, saya akan menghargai jasa dan usaha kerajaan ke arah merealisasi Masyarakat 1Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung Kemubu

2) Temu Bual seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3) Soal Selidik saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran )

4) Rujukan selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian pertama : Analisis dokumen Saya telah menjalankan analisis dokumen dengan menggunakan buku yang bertajuk ........................ Dalam buku ini saya telah memperolehi pelbagai maklumat yang berguna.

Saya telah menganalisis maklumat yang didapati dalam buku tersebut dengan baik. Saya mengeluarkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan projek sejarah saya. Isi-isi yang telah saya kumpul dipersembahkan dalam hasil projek saya.

Kaedah Kajian Kedua : Lawatan ke tempat kajian *Untuk kaedah ini, pelajar perlu membuat satu laporan tentang Lawatan ke tempat kajian. Sila rujuk kepada guru sejarah masing-masing...........

Contoh : Kaedah ini telah dijalankan oleh saya semasa kunjungan saya ke rumah saudara mara ketika perayaan.............................. Saya telah memperoleh banyak maklumat mengenai tajuk kajian ini. Antaranya adalah seperti berikut : .................................................................................................................................. ...................................................................................................................................

Kaedah Kajian ketiga : Penyelidikan Laman Web Saya telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci. Laman-laman web seperti Wikipedia dan ......................... amat membantu saya dalam kajian saya. Melalui kemudahan Internet, saya dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat. Contoh laman wab yang saya layari adalah seperti berikut :

....................... ................................

Ahad, 8 Mei 2011 contoh rumusan elemen 2

RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Felcra Berhad Bukit Kepong dalam geografi di Muar yang walaupun merupakan sebuah kawasan yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota , tetapi kerajaan sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat .

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat Felcra Berhad Bukit Kepong adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia , staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap peserta Felcra Bukit Kepong. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

Anda mungkin juga menyukai