Anda di halaman 1dari 11

Institusi Keluarga

Media Massa

Rakan Sebaya

Agen Sosialisas i
Institusi Agama
Institusi Pendidika n( Sekolah )

Masyarakat / Komuniti

Keluarga
Keluarga amat penting kerana kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya. ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. ibu bapa yang garang dan autokratik - anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut - anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua. Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

1. Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan sahsiah anak-anak. 2. Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak. 3. Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah. 4. Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan. 5. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang. 6. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran 7. Membetulkan kesalahan anak-anak. 8. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

Rakan Sebaya
Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka Ini boleh membawa sama ada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai subbudaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya

Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masingmasing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

Sekolah
Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanakkanak di sekolah. 1. Pengetahuan Moral: i. ii. iii. 2. Peraturan Sekolah: i. Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi Memberikan maklumat/teori moral Penerapan melalui aktiviti Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

ii.

Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan

perkara-perkara yang tidak bermoral 3. Kegiatan Ko-Kurikulum: i. ii. 4. 5. Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah. Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk

menyalur minat dan kebolehan masing-masing. Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah. Guru bertindak sebagai ibubapa kedua atau mentor kepada pelajar.

Institusi Agama
agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami. Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti. Melalui lagu-lagu rohani Aktiviti kerohanian Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja Perayaan sesuatu agama

Institusi Masyarakat
1. 2. 3. 4. 5. kita. 6. 7. Adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan lembut dan berhemah tinggi. nilai-nilai masyarakat melalui sindiran, pandangan atau kata nasihat. Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan Nilai masyarakat majmuk dapat membanding yang kurang dalam diri

kumpulan. golongan muda-mudi. penjelasan.

Institusi Media Massa


Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Melalui peniruan dan modelling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh modelmodel yang simbolik daripada media massa. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. 1. 2. Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV/Radio)

3. Menyelitkan pengajaran/teladan dalam artikel Perbezaan Proses Sosialisasi y berlaku di sek, ipg dan rumah
Rumah Sekolah

Formal

Adanya model -ibu bapa - adik beradik

Peranan agensi agensi tempatn sbg agen sosialisasi msyrkt


Dilntik khusus untuk bg sumbangan

Yayasan Salam MERCY PEMADAM UNESCO

PEMADAM
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH. Objektif Penubuhan Pemadam Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN. Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuanpersatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. Peranan PEMADAM Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lainlain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah. SEJARAH PEMADAM

PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan. Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan : i. YB Dato Athi Nahapan telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama Mac 1976 Mei 1976 ii. YB Dato Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua Kedua pada Jun 1976 Mei 1987. iii.YB Tan Sri Dato Seri Megat Junid bin Megat Ayob telah dilantik menjadi Yang DiPertua Ketiga pada 9 Jun 1987 November 1999. iv. YB Dato Haji Zainal Abidin bin Haji Zin telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Keempat pada 16 Disember 1999 Oktober 2006. v. YB Dato Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PEMADAM Kelima pada 1 November 2007 sehingga kini. PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit. PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi a household name . Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi DADAH- Musuh Utama Negara. Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran,

Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini. Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar,

bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan. PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajarpelajar sekolah dan juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini. Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahli-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau silent sufferers . Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif sekali, khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau Asia . PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non Government Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang

penggunaan dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. IFNGO juga telah melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC (Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa

Bersatu.PEMADAM juga turut aktif di dalam aktiviti-aktiviti WFTC( World Federation of Therapeutic Communities) dan forum-forum anti dadah lain yang dianjurkan samada oleh Colombo Plan atau lain-lain Agensi Anti Dadah Bangsa-Bangsa Bersatu.

UNESCO ( United Nation Educational And Cultural Organization ) Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan
Jenis2 Tonggak UNESCO Belajar untk menguasai ilmu

Bljr untk mnguasai kemahirn Beljr untk mnjadi insn berguna Bljr untk hidup harmoni & bekerjasama

Tujuan UNESCO Memenuhi keperluan pembelajaran asas Membenk wawasan Ekses kpd Universal Fokus kepd pembelajaran Memperluaskan skop penambahbaikan persekitran Perkukuhkn perkongsian Gerakkn sumber Perpaduan antarabangsa

Pembngunan Potensi Pembangunan Modal Insan Perkembangan Kompetensi Peunyai plbg kmhrn Membntuk peribadi Kemahiran komunikasi Kemahirn ICT Pembelajarn sepanjang hayat Nilai diri yg tinggi.

Yayasan Salam MERCY

Anda mungkin juga menyukai