Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN UNTUK ASSIGNMENT

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Institut Pendidikan kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan
bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk
tugasan kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal
lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini
.Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa
sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga
kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan
tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja
kursus ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,
harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas
dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah
dalam kepada masyarakat setempat khususnya.


PENGENALAN
Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan
pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori
statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan
dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk
perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu.
Statistik juga merupakan satu disiplin pembangunan dan aplikasi kaedah untuk
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data. Moden kaedah statistik termasuk reka
bentuk dan analisis eksperimen dan kaji selidik, kuantifikasi fenomena biologi, sosial
dan saintifik dan aplikasi prinsip statistik untuk memahami lebih lanjut mengenai dunia
di sekeliling kita. Sejak data yang digunakan di dalam kebanyakan bidang usaha
manusia, teori dan kaedah statistik moden telah digunakan untuk pelbagai bidang.
Beberapa kawasan yang menggunakan kaedah statistik moden dalam perubatan, sains
biologi dan sosial, ekonomi, kewangan, penyelidikan pemasaran, pembuatan dan
pengurusan, kerajaan, institut penyelidikan dan banyak lagi.. Tujuan statistik adalah
menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang
menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.
Jadi, kami sudah melakukan soal selidik bagi 50 orang responden. Kami memilih
beberapa soalan berkenaan dengan fesyen oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun
untuk ditunjukkan di dalam tugasan ini. Borang soal selidik yang telah diedarkan boleh
didapati di bahagian lampiran.






OBJEKTIF
Antara objektif kajian dijalankan :
1. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui cara peragaan fesyen oleh pelajar-
pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.
2. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui berapakah perbelanjaan pembeliaan
untuk barangan fesyen yang dibeli oleh pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.
3. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi fesyen
pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.

KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat
dan benar. Kaedah yang telah kami gunakan ialah :
1. Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tajuk tugasan bagi soal selidik yang hendak
dijalankan. Kami juga telah membuat pemerhatian akan soalan-soalan yang sesuai bagi
tajuk tugasan kami.
2. Soal selidik
Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk mendapatkan maklumat berkenaan
dengan kajian kami iaitu tentang fesyen yang diikuti oleh pelajar IPTB.
3. Rujukan
Kami merujuk kepada buku teks dan buku-buku rujukan di perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kami membuat rujukan internet
melalui komputer untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kajian dan
tajuk statistik.
SOALAN SOAL SELIDIK :
Untuk menghasilkan borang soal selidik ini kami telah berbincang dan membuat
penyemakan semula soalan- soalan tersebut dengan pensyarah lebih kurang
seminggu. Melalui soalan soal selidik ini kami menyoal berkenaan fesyen yang menjadi
pilihan hati kebanyakan pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Bukan itu sahaja, kami
juga dapat mengetahui anggaran perbelanjaan yang pelajar-pelajar gunakan untuk
membeli barangan untuk melengkapkan diri dengan fesyen dan kami juga mengetahui
faktor yang mendorong para pelajar terpengaruh dengan fesyen.
Contoh Soalan Kaji Selidik Yang Diedarkan

Rujukan
BUKU RUJUKAN
Cheang Chooi Yoong, K. b. (2005). Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Cerdik
Publications Sdn. Bhd.
mun, c. (2004). siri teks referens SPM matematik. Selangor: pearson malaysia
sdn. bhd.
Rahman, A. S. (1997). Matematik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
SUMBER INTERNET
http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html
www.amaljaya.com/guru/.../Statistik%20Asas.pdf
http://cikgunaza-matematik45.blogspot.com/2011/11/matematik-4-5.html
http://matematikkkktu.blogspot.com/2010/08/nota-statistik-untuk-pelajar-
diploma.html


Refleksi
Muhamad Syafiq Bin Hussin
Saya dan rakan- rakan sekumpulan saya telah menerima satu tugasan mengenai tajuk
statistik. Pendapat awal saya apabila menerima tugasan ini adalah tugasan ini remeh
dan tajuknya tidak menyeronokkan. Ini kerana, saya tidak berapa menggemari tajuk
statistik sejak dari sekolah menengah lagi. Selain itu, sepanjang proses pembelajaran
dalam kelas ia menyukarkan saya untuk memahami istilah-istilah dalam tajuk statistik
tersebut kerana proses pembelajaran saya menggunkan bahasa Melayu sedangkan
sewaktu sekolah menengah dahulu pembelajaran saya menggunakan bahasa Inggeris.
Hal ini membuatkan saya kurang berminat untuk mempelajari dan memahami tajuk
statistik dengan mendalam.
Namun, dalam keterpaksaan membuat tugasan ini hadir juga keikhlasan untuk
mempelajarinya dengan lebih mendalam. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan
dan mengkajinya secara bersendirian, saya mula merasakan tajuk statistik ini adalah
tajuk yang menyeronokkan sebenarnya jika difahami dengan lebih mendalam.
Sepanjang perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini, banyak
perkara baru yang saya belajar. Saya cuba belajar dan mengingatkembali cara
bagaimana membina carta bar, carta pai dan histogram menggunakan aplikasi dalam
computer riba. Sebelum ini, dalam kelas komputer saya hanya belajar acuh tak acuh
sahaja apabila berkaitan dengan pembinaan carta. Sekarang, barulah saya sedar akan
fungsi dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.
Saya juga mula belajar cara memindahkan, menganalisis data dan mentafsir data
dengan lebih mendalam dan daripada maklumat-maklumat tersebut saya dan ahli
kumpulan berbincang memindahkaanya ke dalam bentuk jadual dan pelbagai lagi
persembahan data. Bukan itu sahaja, saya juga belajar dan cuba memahami konsep
perbincangan yang sebenar dalam sesebuah kumpulan. Bukan sekadar untuk
meyiapkan tugasan tetapi dalam masa yang sama mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kerja berpasukan seperti mendengar dan menerima pendapat ahli kumpulan. Bagi
kumpulan kami, prinsip menerima dan mendengar pendapat orang lain merupakan
tunjang dan kekuatan utama. Saya mempelajari bagaimana cara menyesuaikan diri
dengan ahli kumpulan yang berbeza dan cuba memahami dan menghormati cara ahli-
ahli kumpulan saya bekerja. Mereka juga menghormati pandangan saya dan kami
saling mengamalkan konsep bekerjasama, bersama-sama berkongsi buah fikiran dan
berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan kami bagi menghasilkan
mutu tugasan yang berkualiti.
Saya berharap semoga penghasilan tugasan kami ini dapat memberikan saya dan
rakan-rakan suntikan semnagat agar jangan pernah mengalah selagi belum mencuba
sesuatu perkara. Semoga usaha kami dalam penghasilan tugasan ini dapat
menjadikan saya dan rakan-rakan individu yang lebih berusaha untuk memperbaiki diri ,
mempunyai jati diri yang mantap dan menjadikan saya dan rakan- rakan bakal guru
yang komited dalam menjalankan tugas selari dengan tanggungjawab yang
diamanahkan. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh
pensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam
bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai