Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

Tengah padang pasang pelita,


Anyam ketupat bulan puasa;
Bukan nak pandang cantiknya rupa,
Hati terpikat budi bahasa.
Pantun merupakan salah satu khazanah yang amat bernilai kepada masyarakat Melayu.
Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu
maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran,
gurauan dan luahan perasaan. Oleh yang demikian setiap lagu dan ungkapan yang digunakan
didalam pantun bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan
begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran
yang kritis. Masyarakat Melayu suatu masa dahulu amat terkenal dengan budi bahasa dan
budaya ketimuran yang mementingkan air muka dan adab sopan,maka pantun telah menjadi
sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan.Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial
mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang tidak
mungkin ditelan zaman
Pantun juga adalah salah satu cabang puisi Melayu tradisional yang masih popular hingga
ke hari ini. Pantun tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu, majlis-majlis dan
pelbagai upacara, misalnya majlis perkahwinan. Malah pantun juga berkembang mekar di
laman internet (ada pantun net) dan berbalas pantun dari seluruh dunia. Mengikut Muhammad
Haji Salleh (2006) terdapat kekreatifan baru dunia pantun dalam bentuk bercetak, lisan (radio),
visual (televisyen) dan dunia siber termasuk di internet dan yang tersebar melalui khidmat
pesanan ringkas atau sms di seluruh dunia.
Menyedari tentang kekuatan puisi melayu ini maka ianya perlu dikembangkan melalui
pengajaran dan pembelajran di sekolah .Sering juga diadakan pertandingan antara kelas, antara
sekolah dan antara negeri. Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah
Menengah Peringkat Kebangsaan turut popular dan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan
1

Bahasa dan Pustaka , RTM, Berita Harian. Menurut pandangan Harun Mat Piah (2001), Karya
Agung Pantun Melayu menjelaskan ciri-ciri keagungan pantun ialah lambang dan perasaan
yang disampaikan, nilai seni/budaya, nilai ilmu dan teknik pengarangan. Kajian ini berusaha
mencari nilai pemikiran akal budi yang terdapat dalam makna kepelbagaian tema dan nilai
murni dalam teks KOMSAS. Nilai-nilai dalaman dapat dicerap melalui minda, rasa, pemikiran
dan tanggapan (Zaba, 1962). Penyair menggunakan kebijaksanaan dan daya kreatif mengatur
baris sampiran dan maksud pantun dan sajak dalam bentuk samukuran dan kesederhanaan
pengucapannya.
Oleh yang demikian sebagai guru Bahasa Melayu sewajarnya kita mempelbagaikan kaedah
pengajaran bahasa termasuk memperkenalkan pantun dikalangan murid-murid sekolah rendah
dan menengah agar mereka kenal akan khazanah Bahasa Melayu yang amat bernilai ini.
Begitu juga cara melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun
dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi
perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham
kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga
jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus
dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar.,
Rahman Halib (2000) menjelaskan masalah pembelajaran kesusasteraan Melayu masa
kini adalah disebabkan pelajar kurang berminat membaca sedangkan kemahiran membaca
amat penting dalam menikmati karya sastera. Sikap ini juga menjejaskan apresiasi pelajar
terhadap karya sastera dan hal ini akan merugikan bangasa.
Dalam hal ini, Ali Ahmad (1994) menjelaskan; Kesusasteraan sebagai satu kegiatan kesenian
mendapat perhatian penting oleh masyarakat. Minat yang sedemikian mendalam, khususnya
bagi masyarakat lama, mudah difahami, iaitu atas sebab tidak ada batas yang jelas antara
kegiatan-kegiatan keagamaan, kesenian, dan ekonomi. Pada zaman lampau, misalnya puisi
(seperti pantun) atau perbilangan adat, digunakan ketika melaksanakan kegiatan ekonomi,
budaya atau pendidikan moral. Dewasa ini kegiatan sedemikian tidak berlaku lagi. .
Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai
belbagai fungsi

Pandangan ini sejajar dengan pendapat Roger Webster (2004: 16) yang menyatakan pengajian
kesusasteraan dihubungkaitkan secara erat dengan alam pengalaman dan istilah-istilah yang
berkaitan seperti perasaan dan emosi.
Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi
kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya kreatif
pihak yang mengukir karya sastera. Selaras dengan sastera-sastera agung dunia, kesusasteraan
kita mestilah merupakan sumbangan untuk memahami segala aspek kemanusiaan tanpa
mengetepikan estetik dan idealisme.
Objekif penulisan
Melihat kepada keadaan ini, maka kertas kerja ini bertujuan untuk memperkenalkan pantun
dan jenis-jenis pantun melayu kepada murid-murid di tahun 6 . Seterusnya menjalankan aktiviti
berbalas pantun yang secara langsung atau tidak langsung dapat mencungkil bakat dan
kebolehan murid-murid serta memupuk kecerdasan minda dan kreativiti murid-murid dalam
bidang bahasa. Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of
Mind menyatakan bahawa kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat antaranya melalui
Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan;
kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing dan kebolehan mengenal pasti irama, pitch,
intonasi dan melakukan memori auditori. Kita sedia maklum bahawa murid-murid di alam
kanak-kanak mudah didik dan dibentuk; oleh itu diharapkan pengajaran pantun akan dapat:
i.
ii.

Meningkatkan kemahiran pemikiran kritis kanak-kanak


Membina pemikiran dan sahsiah murid-murid kerana dalam kesusasteraan banyak

iii.
iv.

mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi


Mumupuk nilai-nilai estetika dan cintakan bahasa dan budaya melayu.
Mencungkil bakat dan kebolehan murid dalam mencipta pantun dan mengalunkan

v.

pantun .
Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka alam bahasa dan dan mengaitkan
dengan persekitaran ,emosi dan maksud yang hendak disampaikan

Pengertian Pantun
Pantun adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam kesusastraan, pantun
pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular yang sezaman.Kata
3

pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup panjang dengan persamaan dari bahasa Jawa
yaitu kata parik yang berarti pari, artinya paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu.
Pantun merupakan sastra lisan yang dibukukan pertama kali oleh Haji Ibrahim Datuk Kaya
Muda Riau, seorang sastrawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji.Antologi pantun
yang pertama itu berjudul Perhimpunan Pantun-pantun melayu.Genre pantun merupakan genre
yang paling bertahan lama.Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas
dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara.Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa
minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan,
dalam bahasa sunda dikenal sebagai PAPARIKAN dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai
umpasa (baca: uppasa).
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada
mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan
perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud
pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih
yang popular dalam masyarakat tersebut
Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri
dari 8-12 suku kata, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau ab-b-a).Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun
yang tertulis. Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: SAMPIRAN dan ISI. Sampiran
adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris
masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang
menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak.Dua baris terakhir merupakan
isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.
.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan
luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan
persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan
penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan

pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara
pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh
kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada
pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun
kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun tekateki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan
kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

JENIS DAN CIRI-CIRI dan FUNGSI PANTUN


Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran
dan maksud. Abdul Rani (2006:23) mengatakan bahwa ciri-ciri pantun sebagai berikut:Terdiri
atas empat baris.,Tiap baris terdiri atas 9 sampai 10 suku kata,,Dua baris pertama disebut
sampiran dan dua baris berikutnya berisi maksud si pemantun. Bagian ini disebut isi
pantun.Pantun mementingkan rima akhir dan rumus rima itu disebut dengan abjad /ab-ab/.
Maksudnya, bunyi akhir baris pertama sama dengan bunyi akhir baris ketiga dan baris kedua
sama dengan baris keempat.
Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah
Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema dan fungsi
tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat,
telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar
alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap
pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan
falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai
pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban
masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
5

Ada budi ada balas.


Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.

Pantun Enam Baris


Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
Bukan cempedak kami katakan,
Buah delima dalam pasu,
Pisau lipat baru diasah;
Bukankah telah kami katakan,
Pandang pertama cinta palsu,
Tiada dapat dibawa bersusah.
6

[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1991, halaman 319]

Pantun Lapan Baris


Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]

Pantun Dua Belas Baris


Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut Cina,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak ketirisan.

Rotan sepatah dua patah,


Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman
Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]

Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
8

Bertambah geram di dalam hati.


[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1975, halaman 28]

Menurut Zainal Abidin Bakar (1991), pantun juga boleh diklafikasikan kepada sebelas tema
iaitu:
i. Pntun adat dan resam manusia.
ii. Pantun agama dan kepercayaan.
iii. Pantun budi.
iv. Pantun jenaka dan permainan.
v. Pantun teka-teki.
vi. Pantun kepahlawanan.
vii. Pantun nasihat dan pendidikan.
viii. Pantun peribahasa dan perbilangan.
ix. Pantun kias dan ibarat.
x. Pantun kembara dan perantau.
xi. Pantun percintaan.
Contoh pantun berdasarkan fungsi
Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan
yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup
dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu
perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda

atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantunsebagai alat untuk menyampaikan nasihat
dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan
mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada
semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun
Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan
masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada
isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata
yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta
dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di
bawah ini;
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.

10

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya
yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu
bapanya.
Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa.
Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa
penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi.
Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu
memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.
Untuk adat istiadat
Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari.
Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat
istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan
dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau
untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat.
Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali
dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
11

Datang kami membawa hajat,


Kalau sudi minta terima.
Untuk sindiran dan tempelak
Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati
terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus
terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama
ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal
ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan
antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan
sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Untuk menguji minda


Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat
digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan
pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
Untuk hiburan
12

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu,
masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau
mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat
sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular
dalam kalangan Baba Nyonya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 6 Cerdas

Tarikh

: 10 Oktober 2013

Masa

: 1 jam (8:40 pagi hingga 9.40 pagi)

Bilangan Murid

: 38 orang

Tema

: Pengetahuan Am

Tajuk

: Seronoknya Membaca

Kemahiran :
Fokus Utama
10.1 Aras 3 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah,
menarik dan bermakna
(i) Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan
bahasa yang tepat, indah dan menarik
Fokus sampingan
Fokus Sampingan :
5.2 Aras 1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkarayang dibaca

13

(1) Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
1 Menghasilkan prosa dan puisi (pantun) secara terancang, tertib dan kemas dengan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik
2. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
Sistem Bahasa
Tatabahasa

- Kata adjektif, binaan ayat lengkap.

Kosa Kata

- Kolek, menoreh

Pengisian Kurikulum
Ilmu

- Kesusasteraan, kemasyarakatan

Nilai Murni

- Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambah


Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai

- Muzik

Belajar Cara Belajar

- Membaca mekanis

Bahan Bantu Mengajar

- Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid,

Pengetahuan sediaada

- Murid telah belajar menyusun rima pantun.

Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan


pembelajaran

14

Catatan

Set Induksi

Video lagu :

(5 minit)

Berbalas pantun.
Soalan
-

Apakah yang
didendangkan dalam
lagu?

Apakah laras

Guru menayangkan sedutan


video lagu Joget Malaysia
1.

video Guru bersoal jawab dengan murid


tentang video.
2.

Murid meneka tajuk

(10 minit)

Pantun
Teks pantun
Pantun

Nilai :
- Kerjasama

pelajaran.Guru memberitahu tajuk


elajaran hari ini.
BBM :
- video

digunakan

Slaid

- Soal jawab

Murid memerhati tayangan

bahasa yang

Langkah 1

Teknik :

1.

Guru Meminta murid membaca

pantun yang dipaparkan.


2.

Teknik :
- Tunjuk cara

Guru membuat demonstrasi

pembacaan pantun di hadapan kelas.


3.

Guru Mengedarkan teks pantun

kepada murid-murid
4.

Murid diminta meneliti sebutan,

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun

intonasi dan gaya guru ketika guru


berpantun.

BBM :
- Slaid dan teks
pantun teka-teki.

15

Langkah 2

Teks pantun

(10minit)

Murid melihat cirri-

1.

Soal jawab antara guru dan

Teknik :

murid berkaitan rima akhir pantun

- Soal jawab

ciri pantun

2.

penekanan adalah

tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk - sumbangsaran

pada rima akhir

sesesuatu rangkap pantun

pada setiap baris


Soalan:
Bagaimanakah
bunyi pada akhir
rima pantun yang
telah kamu baca
sebentar tadi
-

Contoh kata

3.

Guru memberi penerangan

- Perbincangan

Guru menerangkan penggunaa

Nilai :

pelbagai kata seperti kaata adjektif di


dalam pantun untuk melambangkan

- Kerjasama

sesuatu maksud

- Tekun

Contoh
Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

BBM :
-

Lembaran kerja,
teks pantun, slaid

adjektif :
- cantik
- berjaya
- manis
- merah
- hitam

Langkah 3

Aktiviti kumpulan

(15minit)

Mengarang pantun
Tentang membaca

1 Secara berkumpulan murid


diminta mengarang pantun.
2 Guru memberikan panduan
bagi beberapa rangkap pantun
16

Teknik :
- Tunjuk cara
- Soal jawab

Mencari pembayang pantun


Memcari maksud pantun

Guru menyangkan slot

berbalas pantun selama 5 minit


Murid diminta melihat cara
penyampaian pemantun.

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
- Mendengar
arahan
BBM :- teks
pantun, lembaran
kerja dan slaid.

Langkah 4

Berbalas Pantun

(15 minit)

Pantun
Syarat pertandingan

1.

Murid diminta mencari 2 wakil

bagi setiap kumpulan untuk aktiviti


berbalas pantun
2.

Aktiviti berbalas pantun

dijalankan antara kumpulan .


3.

Murid perlu menjual dan

- Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
BBM :
- Teks pantun

membeli pantun
4.

Masa diberi 1 minit untuk

mengarang pantun sebagai jawapan.


5.

Intonasi ,rima dan irama perlu

disampaikan dengan baik

Penutup

Nilai murni:

(05 minit)

- Cintakan bahasa
- Rajin Membaca

1.

Guru membuat refleksi

pelajaran.
2.

Soal jawab antara guru dan


17

Teknik :
- Soal jawab

- Berani mencuba

murid berkaitan isi pelajaran dan nilai


murni berdasarkan pantun yang

Isi pelajaran :
1.Cara membaca
pantun dengan

dipersembahkan.
3.

Guru memberikan aktiviti

latihan pengukuhan.

betul.

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
BBM :

2.Konsep Kata

Lembaran kerja

adjektif

Kekuatan dan kelemahan aktiviti berbalas pantun


Berbalas pantun merupakan salah satu Strategi pembelajaran melalui pengalaman merupakan
satu strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah learning by doing. Ini
bermaksud, pembelajaran akan terhasil dengan cara murid sendiri melakukan sesuatu.
Sebagai contoh, untuk menjadi seorang pemantun yang baik, murid perlu melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti berantun, inilah satu cara belajar yang berkesan dan pembelajaran
yang terhasil daripadanya dapat dikekalkan.
Pengalaman ialah sesuatu yang dilalui, dirasai, ditempuhi atau ditanggung oleh seseorang.
Melalui pengalaman, dapat diperkenalkan kemahiran dan pengetahuan yang baru. Ada kalanya,
pengalaman juga akan mengukuh dan mengemaskinikan kemahiran dan pengetahuan
yang telah sedia ada dalam diri seorang murid. Pengalaman juga amat penting untuk
meluas dan menambahkan ilmu seseorang. Oleh itu, ketiga-tiga aspek yang telah dinyatakan
ini, menjadi unsur yang amat penting dalam strategi pembelajaran melalui pengalaman.
Strategi pembelajaran melalui pengalaman seperti berpantun dapat
(1) memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid mengikut keperluan mereka.
Misalnya, memberi pengalaman kepada murid merancang dan menguruskan suatu majlis
seperti majlis perhimpunan, kempen Anti Merokok, kempen Cintailah Bahasa Kita dan
sebagainya.
(2) Meningkatkan kemahiran berfikir secara lateral (bercapah) dalam kalangan murid. Ini
boleh dicapai melaui soalan-soalan yang dikemukakan dan juga tugas-tugas khas yang lain
yang ditentukan untuk dilakukan oleh murid-murid. Misalnya, tugasan mengarang pantun
memerlukan kemahiran mengaitkan alam dengan maksud pantun yang hendak disampaikan
18

(3) Menggunakan fakta-fakta dan prinsip-prinsip yang telah dipelajari dalam sesuatu situasi
pengalaman yang disediakan.
(4) Melatih murid-murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang prinsip-prinsip
yang telah diperoleh dalam pelbagai situasi.
(5) Murid-murid dapat menyepadukan segala pengetahuan dan kemahiran yang ada dengan
kemahiran berbahasa dalam keadaan yang menyeronokkan.
(6) Menimbulkan persekitaran pembelajaran yang mencabar, tidak terancam dan lebih selesa
bagi murid-murid.
Sementara itu tidak dinafikan terdapat kelemahan dalam mengendalikan aktiviti berpantun
antaranya persediaan guru. Guru perlu membuat persediaan awal yang sesaui dengan
pengetahuan sedia ada murid.Kadangkala guru kekangan maasa dantidak dapat mengendalikan
aktiviti ini dengan baik.
Selain itu aktiviti berpantun memerlukan masa yang lama bagi murid untuk untuk
mengarang dan mencipta pantun dan aktiviti ini tidak dapat dihabiskan pada waktu
pembelajaran dan terpaksa disambung pada waktu yang lain. Penglibatan murid juga tidak
secara menyeluruh kerana hanya sebahagian sahaja yang terlibat sedangkan yang lain
terpaksa menjadi penonton.Antara lain kelemahan aktiviti berpantun adalah murid kurang
berpengalaman dan tidak mahir berpantun.
Bukan semua pelajar dapat menguasai pantun dengan mudah apatah lagi bagi mereka
yang latar belakang bahasa Melayunya masih rendah. Masalah juga timbul apabila pelajar
berkenaan kurang berinteraksi dengan masyarakat yang banyak menggunakan bahasa Melayu
dalam komunikasi harian mereka. Mereka akan jarang sekali mendengar pantun. Apabila
pelajar diminta untuk mengarang serangkap pantun mereka terpinga-pinga. Kalau ada pun,
mereka memakan masa yang begitu lama. Apabila ditanya mereka mengatakan mereka tidak
mengetahui cara mengarang pantun.
Sikap murid yang belum begitu yakin kepada diri sendiri dan berasa malu serta raguragu,kadang kala menyebabkan aktiviti berpantun tidak menarik. Mereka malu untuk
mengeluarkan suara dengan intonasi dan irama yang betul serta tidak dapat menghayati
maksud pantun yang hendak disampaikan.

19

Rumusan
Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu.
Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya
kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat,
bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya
klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut
terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk
memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan
kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan
zaman.
Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai
alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan
menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu keadaan,
upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap
sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan
serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi medium
untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk keagamaan. Di samping itu juga,
pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan
niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang
berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini
agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang
dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang
Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali
masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui
pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu
kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah peninggalan

20

pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang
memperkayakan perbendaharaan sastera kita.

21

Anda mungkin juga menyukai