Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP AT 31 PENYELIDIKAN ILMIAH ( SHP 4133 ) TAJUK:

KAEDAH PENULISAN ILMIAH


DI SEDIAKAN OLEH : NAMA MAWARNI BINTI JAFFAR MARIANI BINTI NURDIN NUR ATIQAH BINTI BASRI NORAINI BINTI ANGKUM SITI ZAWANI BINTI SARUMAT NO. MATRIKS D20071029741 D20071029743 D20071029746 D20071029758 D20071029775

DISEDIAKAN UNTUK: PROF DR. SUPLI EFFENDI RAHIM JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK TAHUN 2010

ISI KANDUNGAN
1

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 2 3 4 5 6 7

PENGENALAN JENIS- JENIS PENULISAN ILMIAH KAEDAH- KAEDAH PENULISAN ILMIAH PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN PENUTUP BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

1 2 3- 11 12- 13 14 15 16

1.0 PENGENALAN Penyelidikan atau penulisan ilmiah adalah proses mengumpul, menganalisis dan menterjemahkan informasi atau data secara sisitematik untuk menambah pemahaman 2

terhadap sesuatu fenomena tertentu yang menarik perhatian manusia. Penulisan ilmiah adalah suatu tulisan yang membahas suatu permasalahan. Pembahasan itu dilakukan berdasarkan penyelidikan, pengamatan dan pengumpulan data yang diperolehi melalui suatu penelitian. Penulisan ilmiah melalui penelitian dengan menggunakan metod ilmiah yang sistematik bagi memperolehi jawapan secara ilmiah terhadap permasalahan yang dikaji. Untuk memperjelas jawapan ilmiah berdasarkan penelitian, penulisan ilmiah hanya dapat dilakukan setelah timbul suatu masalah dan kemudian dibahas melalui penelitian serta kesimpulan dari penelitian tersebut. Penulisan ilmiah sebagai medium komunikasi ilmu pengetahuan yang berbentuk tulisan menggunakan sistematik yang dapat diterima oleh komuniti ilmu melalui suatu sistematik penulisan yang dipersetujui. Dalam penulisan ilmiah, ciri-ciri keilmiahan dari suatu karya harus dipertanggungjawabkan secara empiris dan objektif. Teknik penulisan ilmiah mempunyai dua aspek iaitu gaya penulisan dalam membuat pernyataan ilmiah serta teknik inotasi dalam menyebutkan sumber pengetahuan ilmiah yang digunakan dalam penulisan. Penulisan ilmiah harus menggunakan bahasa yang baik dan benar. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Pernyataan ilmiah ini digunakan untuk pelbagai tujuan sesuai dengan bentuk argumentasi yang diajukan. Pernyataan tersebut dapat digunakan sebagai definisi dalam menjelaskan suatu konsep atau dapat digunakan sebagai premis dalam pengambilan kesimpulan pada suatu argumentasi. Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajaran di universiti. Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran imiah yang dimilikinya. Bagi penghasilan penulisan ilmiah yang baik, terdapat kaedah yang boleh diikuti untuk memastikan agar hasil penulisan ilmiah menepati ciri- ciri sesuatu penulisan ilmiah yang diperlukan.

2.0 JENIS- JENIS PENULISAN ILMIAH Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi. 3

1.1.1 Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. 1.1.2 Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya. 1.1.3 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. 1.1.4 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-voc. 1.1.5 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc.

3.0 KAEDAH PENULISAN ILMIAH Bahagian asas dalam penulisan ilmiah adalah seperti berikut. Gaya susunan bahagian ini dianjurkan sebagai gaya penulisan ilmiah terbitan Penerbit UKM. 4

(a) Tajuk (b) Pengarang (c) Abstrak (d) Teks (e) Pengenalan (f) Bahan dan kaedah (g) Hasil (h) Perbincangan (i) Penghargaan (j) Catatan hujung (k) Rujukan (l) Alamat lengkap pengarang 3.1 Tajuk Tajuk rencana adalah penting kerana bahan tersebut yang pertama dilihat atau dibaca oleh pembaca. Tajuk juga dicetak di dalam: (a) Bibliografi. (b) Indeks subjek. (c) Sistem perolehan maklumat. (d) Petikan dalam terbitan akan datang. 3.1.1 Tajuk yang Baik Ringkas dan tepat. Kebanyakan jurnal menghadkan tajuk tidak lebih daripada 15 perkataan atau kurang daripada itu. Tajuk yang baik menerangkan kandungan penulisan dengan tepat, penggunaan kata kerja yang sesuai, menggunakan perkataan yang mudah difahami, mengandungi kata kunci untuk kemudahan sistem perolehan maklumat. Seorang penulis penulisan ilmiah yang baik akan menolak judul yang menggunakan kiasan atau metafora. Judul begini hanya sesuai dilakukan dalam penulisan jurnal sastera atau puisi. Contohnya tajuk Manusia tidak boleh bergantung hidup dengan roti sahaja: Nilai zat makanan padi IR64, tidak sesuai dijadikan judul untuk penulisan ilmiah. Judul mestilah tepat dan spesifik. Tajuk yang digunakan juga perlu bersesuaian dan tidak berlebih- lebihan berbanding dengan isi kandungan sesebuah penulisan ilmiah. 3.2 Pengarang Berikut adalah beberapa panduan hak pengarang dalam sesuatu penulisan ilmiah dari segi etika, amalan dan hak intelektual: 3.2.1 Hanya individu yang memberi sumbangan penting dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan dianggap sebagai pengarang. Sumbangan penting bermaksud mereka terlibat dalam merancang penyelidikan, menganalisis, menginterpretasi data atau kedua-duanya dan merangka makalah. Seseorang yang hanya memberi nasihat, atau membantu mengumpul data tidak dianggap sebagai pengarang, tetapi boleh diberi penghargaan. Seseorang boleh juga dianggap sebagai pengarang jika beliau membantu mendraf rencana atau menyemak bahagian-bahagian penting penulisan tersebut. 5

3.2.2 Juruteknik atau individu lain yang turut membantu perlu disebutkan di dalam penghargaan. Mereka tidak dianggap pengarang kecuali mereka memberi sumbangan besar. Seseorang juruteknik yang hanya menurut arahan tidak dianggap sebagai pengarang sebaliknya seseorang juruteknik yang memberi saranan penting yang dapat menyelesaikan masalah boleh dianggap pengarang bersama atau tambahan. Pengumpul data sahaja tidak melayakkan seseorang itu dianggap pengarang. 3.2.3 Alamat tempat pengarang bekerja haruslah disertakan di dalam nota penyampaian rencana atau pada halaman akhir selepas rujukan. Sesetengah jurnal menerbitkan alamat penuh surat-menyurat, sekurang-kurangnya alamat pengarang utama supaya pembaca boleh menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menyenaraikan kelulusan akademik pengarang tidak diamalkan. 3.3 Abstrak Sesebuah abstrak melaporkan kandungan ringkas makalah lazimnya antara 150- 250 patah perkataan. Abstrak mestilah lengkap dan boleh berdiri sendiri. Abstrak mestilah mengandungi: a) b) c) d) Tujuan dan tumpuan kajian: mengapa kajian dijalankan. Bahan dan kaedah: bagaimana kajian dijalankan. Penemuan (hasil utama). Kesimpulan yang penting dan utama.

Di dalam abstrak hindarkan: a) Merujuk jadual atau rajah. b) Menggunakan kependekan atau akronim kecuali seragam atau diberi penerangan. c) Memasukkan rujukan lengkap. Jika sebuah penerbitan lain dipetik, rujukan lengkap mestilah dibuat (pengarang, judul, jurnal, tarikh dan sebagainya). d) Jangan menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung dalam rencana. e) Jangan membuat kenyataan yang terlalu umum. Pastikan penemuan berdasarkan kenyataan berkaitan. Perkara di atas mestilah dirangkumkan dalam beberapa ayat yang mudah. Oleh kerana abstrak disimpan dalam bentuk data untuk tujuan pertukaran maklumat, abstrak biasanya mempunyai kata kekunci. Hindarkan semua perkataan yang tidak perlu. Abstrak jenis yang diterangkan di atas adalah lazim bagi jurnal primer. Adakalanya abstrak yang deskriptif lebih sesuai. Jenis ini biasanya dipaparkan dalam bentuk senarai kandungan yang mudah. Senarai ini mengandungi perkara-perkara yang disentuh dalam sesebuah makalah tetapi maklumat tidak cukup untuk berdiri sendiri. Sebuah makalah ulasan boleh menggunakan abstrak deskriptif. Abstrak ini disimpulkan dengan kata kekunci yang menggambarkan fokus makalah itu. Bahan ini akan dimasukkan ke dalam sistem perolehan maklumat supaya mudah dicapai pembaca. Abstrak mestilah tepat dan terperinci. 3.4 Teks

3.4.1

Pengenalan

Pengenalan untuk rencana jurnal sepatutnya ringkas berbanding pengenalan lebih panjang di dalam manuskrip atau kertas kerja prosiding. Pengenalan yang baik akan menerangkan kedudukan dan sejauh mana kajian dijalankan mengenai sesuatu permasalahan. Selain itu, pengenalan yang baik mengaitkan penyelidikan itu dengan penyelidikan sebelumnya iaitu tinjauan ringkas penyelidikan sebelum ini berkaitan masalah yang dikaji. Pengenalan juga perlu menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan termasuk sebab dan mengapa sesuatu kaedah itu dipilih. Ia juga penting bagi menyatakan hasil penting penyelidikan dan menerangkan istilah atau kependekan tertentu yang terdapat di dalam teks. 3.4.2 Bahan dan Kaedah

Bahagian ini menyediakan maklumat yang membolehkan ahli sains yang lain menilai penyelidikan itu atau mengulangi penyelidikan tersebut serta menguji hasil-hasilnya. Kandungannya pelbagai bergantung kepada jenis uji kaji dan disiplin. Bahagian ini sebaiknya mengandungi:
a) b) c)

d) e)

f)

Reka bentuk uji kaji. Jika tumbuhan atau haiwan dikaji, beri penerangan yang tepat (genus, spesies, kultivar, jalur dan lain-lain). Bahan yang digunakan perlu dinyatakan dengan spesifikasi teknikal dan kuantiti serta sumber atau kaedah penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia adalah lebih baik daripada nama dagangan yang mungkin tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Andaian-andaian yang dibuat. Kaedah yang diikuti, lazimnya disusun secara kronologi dan diterangkan dengan jelas dan terperinci. Kaedah yang piawai hendaklah dinyatakan dalam rencana. Ubahsuai pada kaedah piawai hendaklah dinyatakan. Kaedah yang baru hendaklah diterangkan dengan terperinci. Kaedah mentafsir data dan mencari data hendaklah diterangkan. Hasil Kajian

3.4.3

Ini adalah bahagian terpenting dalam sesebuah rencana. Semua data dikemukakan di dalam bahagian ini. Persembahan yang baik itu mestilah: a) Ringkas dan jelas. b) Laporan yang mewakili data, lebih baik daripada data mentah yang berulang-ulang. c) Kurangkan kesilapan akibat data yang berlebihan, gantikan dengan ralat piawai atau rumus piawai. d) Laporkan data yang berulang-ulang dalam jadual dan rajah, bukan dalam teks. e) Hanya penemuan yang penting yang ditunjukkan pada jadual dan rajah diulas dalam teks. f) Masukkan data negatif (apa yang tidak ditemui) sekiranya data memberi kesan dalam mentafsirkan hasil. g) Masukkan data yang berkait dengan subjek rencana sahaja seperti yang dijelaskan dalam bahagian pengenalan. h) Jadual dan rajah dinomborkan supaya mudah dirujuk dalam teks. i) Masukkan jadual, rajah dan graf yang perlu dalam bentuk yang kemas.

3.4.4

Perbincangan

Pada bahagian ini, pengarang menerangkan tujuan, hasil dan kesannya kepada kajian masa hadapan. Ciri perbincangan yang baik adalah tidak mengulang perkara yang telah dinyatakan dalam bahagian hasil kajian dan mengaitkan hasil kajian dengan persoalan yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan. Selain itu, perbincangan yang baik memperlihatkan hubungan antara fakta yang dicerap semasa penyelidikan dijalankan dan menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian. Perbincangan dalam penulisan ilmiah perlu mencadangkan penyelidikan akan datang yang dirancang atau diperlukan bagi menyusuli kajian ini. Bahagian ini juga menyatakan kesimpulan dengan memberi bukti- bukti kepada setiap hasil kajian dan menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan sebelumnya. Bahagian perbincangan adalah bahagian paling sukar dalam sesebuah rencana serta menjadi bahagian yang memerlukan penyemakan rapi. 3.5 Bahan Akhiran 3.5.1 Catatan hujung

Pada umumnya, catatan kaki dielakkan. Jika sesuatu kenyataan itu berguna, ia mestilah diterangkan dengan jelas dalam teks. Bagaimanapun, adakalanya sesuatu kenyataan itu penting tetapi jika dinyatakan juga akan menjejaskan aliran teks. Dalam hal ini, catatan hujung boleh digunakan. Catatan hujung tidak memasukkan bahan rujukan dan bibliografi. Bahan rujukan disenaraikan dalam bahagian berasingan. Catatan hujung mestilah ditaip langkau dua baris selepas penghargaan sebelum rujukan. 3.5.2 Penghargaan

Dalam ruangan ini, pengarang berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih atau penghargaan kepada mana-mana institusi atau orang perseorangan yang membantu dalam sesuatu kajian itu. Penghargaan juga diberi kepada badan atau firma yang memberi dana makmal yang menyediakan ruang atau bahan atau orang perseorangan yang turut memberi nasihat dan pandangan. 3.5.3 Rujukan

Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana. Gaya Penerbit UKM menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran rujukan dicetak di akhir rencana.

3.6

Petikan

Petikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung. Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka. Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut: segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran. (Zaba, 1965 : 165). Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu: .......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang. (Brown, 1951 : X). 3.7 Huruf Condong

Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan. 3.8 Penulisan Nama dalam Teks Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab, Cina dan Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut: a) Nama Melayu iaitu A. Samad Said bukan Said, A. Samad. b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn Ali bukan Hibat Allah ibn Ali, Abu alBarakat. b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek, Chiang. c) Nama orang Barat iaitu John F. Kennedy bukan Kennedy J. F. 3.9 Singkatan a) Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter), 3 mm (bukan 3mms). b) Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat. c) Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3l). d) Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan., Feb., dsb. e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri. 9

f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP, PFB, UMNO dsb. 3.10 Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System)

Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku, dipanggil rujukan. Ini memudahkan atur huruf. Oleh kerana sistem ini ringkas, menjimatkan kos dan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah. 3.10.1 Rujukan dalam Teks 1. Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh: (Ismail 1997) atau Ismail (1997). 2. Halaman khusus, bahagian, persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan halaman: (Wan Hashim 1997, 47) (Zakaria 1994: 23-6) 3. Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik bertindih (:) digunakan: (Barns 1983, 3:124) 4. Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan dan boleh digantikan dengan ampersand (&): (Kamal Roslan dan Che Aziz 1996) (Md. Nor & Ong 1993) (Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992) 5. Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al.: (Dahlan et al. 1997) 6. Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan: (Bank Pembangunan Malaysia 1985)

10

7. Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi: (Sham 1996a, 1996b) (Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12) 3.11 Senarai Rujukan Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku. a) Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor atau institusi yang bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut abjad. b) Tarikh terbitan. c) Judul penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan). d) Judul siri jika ada dan jilid atau nombor siri. e) Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam beberapa jilid. f) Edisi jika bukan edisi asal/ pertama. g) Bandar/ tempat terbitan. h) Nama penerbit. 3. 11.1 Pengarang Tunggal Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.2 Pengarang Bersama Aminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin. 1988. Kepimpinan pemuda UMNO: Antara personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.3 Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.) Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993. Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.4 Organisasi/ Institusi Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara. 3.11.5 Majalah dan Surat Khabar

11

Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac. 3.11.6 Bahagian Buku Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.7 Edisi Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.8 Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku: Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan dalam kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM. 3.11.9 Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13 Julai, Kuala Lumpur. 3.11.10 Disertasi atau Tesis Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D. E. 3.11.13 Program Komputer Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS, Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass. 3.11.14 Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang dimasukkan adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) Nama pengarang Tahun Judul rencana Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan) Jilid/bilangan keluaran Halaman rencana

Contoh: Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar. Jurnal 12

Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71. 3.12 Senarai Semakan Sebelum menyerahkan sesebuah manuskrip kepada jurnal semak setiap perkara yang berikut untuk memastikan manuskrip itu lengkap. 1. Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman judul. 2. Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks. 3. Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan ditempatkan. 4. Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan dengan menggunakan pensil di belakang rajah. 5. Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi. 6. Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks, jadual dan peta hendaklah disenaraikan di dalam senarai rujukan. 7. Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik sekurang kurangnya sekali dalam teks, jadual atau peta. 8. Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan dengan sumber makalah. 9. Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali, kali pertama disemak dengan draf yang terdahulu. 10. Surat-surat kebenaran hak cipta sumber gambar mestilah disertakan. 11. Alamat surat-menyurat dan alamat penyampaian pruf hendaklah dinyatakan pada halaman akhir makalah itu.

4.0 PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN 4.1 Jenis - jenis penulisan ilmiah 13

Jenis-jenis penulisan ilmiah terbahagi kepada 5 iaitu esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis, dan disertasi. Kaedah penulisan ilmiah sama sahaja dan ia lebih kepada huraian yang lebih ringkas tetapi padat dan mudah difahami.Esei ilmiah ialah karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Kebaikan dalam penulisan esei ilmiah ialah ia dapat menghuraikan sesuatu permasalahan dengan lebih ringkas dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dalam keadalam yang lebih mudah dan ringkas. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya. Kebaikan kertas kerja pula ialah ia lebih bersifat terperinci walaupon masih lagi ringkas. Selain itu juga, kertas kerja lebih bersifat formal kerana setiap permasalah akan dibincangkan dalam seminar atau perjumpaan.Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. Kebaikan dalam penyediaan laporan kajian pula ialah ia dibentuk bg menyampaikan fakta atau sesuatu kepada pihak lain yang mungkin bertujuan untuk menyampaikan input berguna kepada pihak tertentu. Ia merupakan fakta yang mempunyai rujukan dan lebih bersifat saintifik. Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-voc. Kebaikan dalam penyediaan tesis ialah ia lebih bersifat fresh iaitu ia ditulis oleh para siswazah yang bertjuan untuk membuat sesuatu kajian dan ia lebih menguntungkan semua pihak kerana hasil penulisan di kongsi dan permasalahan dirungkai. Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc. Kebaikan dalam penghasilan disertasi pula ialah ia lebih komplik dan hasil penulisan dapat diguna pkai untuk memperbaiki sesutu permasalahan.

4.2 Kaedah dalam penulisan ilmiah

14

Reka bentuk penulisan lebih sesuai dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini berjalan penulis akan melakukan pembetulan dan penyesuaian sedikit langkah-langkah penulisan. Sebelum menulis kertas laporan penulis perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. Tajuk yang dimuatkan dalam laporan ilmiah ialah: a) Abstrak - memuatkan tiga perkara: mengapa kajian dijalankan, bagaimana ia dijalankan, dan apakah hasilnya (nama untuk bahagian ini berubah-ubah mengikut jenis kajian yang dijalankan sinopsis untuk karya kreatif, dan ringkasan untuk bahan lain yang berbentuk akademik/ilmiah), dan mengikut manual penerbitan APA (American Psychological Association) abstrak tidak boleh lebih daripada 1 m.s., jika boleh hadkan pada 1 perenggan sahaja yang mengandungi 120 perkataan/970 aksara/spaces. b) Jadual Isi Kandungan (elok dimasukkan jika hasil penulisan itu mengandungi lebih daripada 20 m.s. double spacing) c) Pengenalan dan Latar Belakang (mestilah ringkas) d) Tinjauan Bacaan (ringkas, yang penting sahaja) e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas, termasuk sedikit maklumat tentang responden, instrumen penyelidikan, dan cara data dianalisis) f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas) g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci kerana inilah bahagian/perkara yang terpenting di dalam laporan dengan merujuk kepada soalan kajian/hipotesis) h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan memberi pandangan, hala tuju, pegangan dan pendirian penulis tentang tajuk itu) i) Bibliografi/Rujukan j) Lampiran/Apendiks (Appendix) Oleh itu, kaedah dalam penulisan ilmiah tidaklah begitu mudah dan ia memerlukan strategi dan kaedah yang betul supaya dapat menghasilkan penulisan yang baik bergantung kepada situasi yang betul. Oleh itu, kebaikan dalam mematuhi kaedah dalam penulisan ilmiah ialah penulis akan dapat menghasilkan penulisan yang lebih strategik dan lebih berkesan dan selain itu juga hasil penulidan lebih menarik dan segala mesej yang ingan disampaikan berjaya disampaikan. 4.3 Sistem pengarang Sistem pengarang adalah penting kerana sistem pengarang akan menjadikan penulisan ilmiah kita lebih komplik dan ia juga menjadi bukti bagi penulisan yang baik. Selain itu juga sistem pengarang akan menjadi panduan kepada penulisan ilmiah yang baik dan berkesan.

5.0 PENUTUP

15

Kesimpulannya, kaedah- kaedah seperti yang diutarakan di atas amat penting dalam menyediakan sesebuah penulisan ilmiah. Dalam membuat penulisan ilmiah, langkah demi langkah harus diikuti dengan betul bagi mendapatkan hasil penulisan ilmiah yang menarik dan baik. Penulisan ilmiah mempunyai kebaikan tersendiri dan ia merupakan langkah strategik dalam penyelesaiaan sesuatu masalah dan situasi. Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran. Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan maknamakna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat. Selain itu juga, pelbagai karya atau hasil daripada penulisan ilmiah yang dihasilkan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri kerana ianya bertujuan untuk menyampaikan maskud samaada untuk kepentingan sendiri ataupun kepada kepentingan bersama. Setiap penulisan ilmiah biasanya akan dipamerkan kepada umum untuk tujuan menyampaikan maklumat. Sesebuah penulisan ilmiah yang menarik akan berjaya memikat hati orang ramai untuk mengatahuinya. Kaedah penulisan ilmiah yang telah dinyatakan boleh digunakan untuk menghasilkan sebuah karya atau hasil penulisan ilmiah yang menarik dan teknik-teknik tersebut haruslah bersesuaian dengan masalah yang ingin dikaji.

6.0 BIBLIOGRAFI

16

Diperolehi pada 13 Ogos, 2010 daripada laman web http://search.conduit.com/Results.aspx?q=kaedah%20penulisan %20ilmiah&start=10&ctid=CT2418376&SearchSourceOrigin=2 Diperolehi pada 12 Ogos, 2010 daripada laman web http://myais.fsktm.um.edu.my/1950/ Diperolehi pada 13 Ogos, 2010 daripada laman web http://personajohor.blogspot.com/2010/05/garis- panduan-penulisan-ilmiah-versi2.html Diperolehi pada 07 Ogos, 2010 daripada laman web scribd. http:/www. Pkukmweb.ukm.my/~penerbit/Pdnrencana.pdf. Diperolehi pada 12 Ogos, 2010 daripada laman web http://www.ump.edu.my/pekeliling/penerbitan/PANDUAN_PENULISAN %20JURNAL.pdf Diperolehi pada 07 Ogos, 2010 daripada laman web scribd.www.Staff.iiu.edu/mascitah/kaedah.doc

17

Anda mungkin juga menyukai