Anda di halaman 1dari 33

IC (020419-14-1346)

ABSTRAK

KESAN-KESAN PDPR YANG LEBIH MENARIK DENGAN PENGGUNAAN


PELBAGAI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
DALAM KALANGAN WARGA TINGKATAN ENAM DI ST. JOHN’S
INSTITUTION, 50250 KUALA LUMPUR.

Tugasan kerja kursus yang dipilih adalah bertemakan prasarana, iaitu kemudahan asas.
Tujuan atau objektif kajian ini dijalankan adalah untuk engkaji kesan-kesan  Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur. Lokasi kajian ini dijalankan adalah di Jalan Bukit Nanas, Kuala
Lumpur, iaitu tempat di mana pusat rawatan ini dibuka dan disediakan. Kaedah kajian yang
digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini ialah kaedah soal selidik, rujukan
perpustakaan, dan pemerhatian. Pengkaji telah melibatkan seramai 20 orang responden yang
merupakan pelajar-pelajar tingkatan enam di St.John’s Institution ini bagi melengkapkan
borang soal selidik yang disediakan. Dapatan utama kajian ini mendapati bahawa tahap
kepuasan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian ini adalah berada
pada tahap memuaskan. Manakala, dapatan utama kajian mengenai masalah yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar di St.John’s Institution ini pula adalah dari segi masalah rangkaian
internet. Kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah salah satu
bentuk kemudahan asas yang ditubuhkan untuk tujuan mendidik pelajar. Oleh itu, adalah
amat wajar agar mutu pengajaran dan pembelajaran atas talian ini dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.
IC (020419-14-1346)

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Sipnosis 1

Kandungan 2

Penghargaan 3

Pengenalan 4-5

Objektif Kajian 6

Lokasi Kajian 7-9

Kaedah Kajian 10-13

Dapatan Kajian 14-27

Rumusan 28

Rujukan 29-30

Lampiran 31
IC (020419-14-1346)

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada


pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St John Institution, Encik Manmohan Singh Kartar
Singh dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Selva Ambigai A/P Arumugam yang telah
membenarkan pengkaji untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Puan Azizah binti
Baharuddin, guru mata pelajaran Pengajian Am yang telah membantu dan memberi tunjuk
ajar yang sangat berharga di sepanjang pengkaji melaksanakan kerja kursus ini.

Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menyumbangkan maklumat-maklumat yang bermanfaat serta responden
kaji selidik ini bagi menghasilkan kerja kursus ini secara sukarela. Proses penyiapan kerja
kursus ini telah memberikan sedikit tekanan kepada pengkaji dan rakan sekelas, dan untuk itu
di kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
kelas pengkaji yang tercinta kerana memberi sokongan yang berterusan kepada pengkaji
untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga yang telah membantu pengkaji dalam menyiapkan kerja kursus ini dan akhir sekali,
pengkaji turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses melaksanakan kerja
kursus ini sehingga ia dapat dihasilkan.
IC (020419-14-1346)

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan adalah tunggak utama negara dalam membentuk kemenjadian insan
yang cemerlang. Guru sebagai pemudahcara pengajaran berfungsi sepenuhnya untuk
memastikan penyampaian ilmu yang telus dan berkualiti kepada segenap lapisan murid.
Krisis kesihatan global Covid-19 yang melanda dunia hari ini telah mendatangkan pelbagai
impak kepada ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara termasuklah bidang pendidikan.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, namun kajian ini menumpukan kepada
cabaran guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan
menggunakan sumber literatur dan kajian-kajian lepas.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid


mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan
masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun
mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai
rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan
pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran


(PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site
dengan berstruktur dan terancang. Dalam pada itu, PdPR dilaksanakan apabila murid tidak
dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau
sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri. Selain itu, PdPR boleh dilaksanakan
secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR
dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.
IC (020419-14-1346)

Konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bukan hanya secara dalam talian, namun
pelaksanaannya turut merangkumi kaedah manual dengan mengikut kesesuaian guru dan murid.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pemahaman terhadap
aspek PPdR perlu diperbetulkan dengan ia tidak sekadar pembelajaran secara dalam talian
atau online semata-mata. Jelas beliau, kaedahnya adalah pelbagai dengan mengikut
kesesuaian guru dan murid yang terlibat. Beliau juga mengatakan “Ada guru, ada murid
mempunyai peranti, boleh guna peranti. Tiada peranti, boleh guna cara lain. “Boleh guna
macam-macam kaedah, macam contoh ada TV pendidikan iaitu Didik TV boleh tengok dari
pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam, ada bermacam-macam dalam tempoh tempoh itu
siaran kokurikulum. Ibu bapa boleh tengok hari ini jadual apa dan boleh tengok bersama
anak-anak di depan,” katanya dalam hantaran Facebook beliau. Kementerian Pendidikan
sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PdPR untuk tempoh 25 hari iaitu bermula sesi
persekolahan dibuka pada 13 Jun bagi kumpulan A manakala kumpulan B pula pada 14 Jun
ini.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B


melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Perkara itu berjalan sehingga sesi cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini. Dalam pada
itu, Radzi menambah, cara PdPR lain adalah secara ‘offline’ iaitu guru menggunakan
WhatsApp untuk menghantar tugasan dan melakukan perbincangan dalam aplikasi
tersebut.“Ada juga guru hantar tugasan manual ke sekolah dengan ibu bapa pergi ambil di
sekolah. Jadi ada bermacam-macam pendekatan digunakan dalam menyampaikan PdPR ini.

“Apa yang penting kaedah terbaik mengikut kesesuaian guru dan murid,” jelas beliau.-
menurut hasul kahian daripada laman https://www.utusan.com.my/ UTUSAN ONLINE.
IC (020419-14-1346)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian, iaitu :

2.1 Mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang
digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St. John’s
Institution, Kuala Lumpur.

2.2 Mengkaji usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan


penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala Lumpur

IC (020419-14-1346)
IC (020419-14-1346)

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan St. John’s Instituition di Kuala
Lumpur. Sebab lokasi tersebut dipilih adalah kerana sekolah tersebut merupakan sekolah
pengkaji. Dengan ini, kajian dapat dijalankan dengan lebih mudah. Sekolah Menengah
Kebangsaan St. John’s Instituition berlokasi di Jalan Bukit Nanas yang terletak di bawah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan bandar terbesar di dalam
Malaysia. Kuala Lumpur adalah antara negeri yang tergolong dalam sebuah kawasan
metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah
Klang. Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk anggaran 1.63 juta orang.
IC (020419-14-1346)

Jalan Bukit Nanas

Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan St. John’s Instituition

Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur,

50250 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan St John’s Instituition ditubuhkan pada 18 Januari 1904


dan terletak di Jalan Bukit Nanas. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di
Malaysia. Sekolah ini juga terkenal dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam akademik
IC (020419-14-1346)

serta kokurikulum. Buktinya, sekolah ini telah dinamakan sebagai sekolah kluster oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2016. SMK St John’s Instituition merupakan
sebuah sekolah untuk pelajar lelaki, namun sekolah ini turut menerima pelajar perempuan
dalam tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif, iaitu menggunakan kaedah soal selidik,
pemerhatian, dan rujukan untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan
semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution dan mengkaji
usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian. Dapatan kajian ini diperoleh daripada soal selidik
yang diedarkan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 15 orang
perempuan. Responden-responden yang dipilih adalah berumur antara 18 hingga 19 tahun.
Segala maklumat yang diperoleh akan dianalisis secara kuantitatif. Data yang diperoleh
melalui kaedah soal selidik dikumpul, dianalisis, dan dimasukkan dalam jadual dan carta
yang sesuai mengikut bilangan dan peratus.

Kaedah seterusnya ialah kaedah rujukan. Melalui kaedah ini, pengkaji menggunakan
buku-buku dan sumber daripada internet untuk mendapatkan maklumat seperti definisi
(PDPR) dan kemudahan teknologi maklumat. Maklumat yang diperoleh hasil daripada
rujukan akan dimuatkan dalam bahagian pengenalan untuk menerangkan definisi (PDPR) dan
kemudahan teknologi maklumat serta tahap kepuasan.

Kaedah terakhir yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah pemerhatian. Kaedah
pemerhatian merupakan kaedah yang dilakukan dengan menumpukan perhatian semasa
IC (020419-14-1346)

menjalankan kajian semasa meghadiri kelas atas talian (PDPR). Melalui kaedah ini, pengkaji
dapat mengetahui sendiri masalah yang dihadapi oleh responden yang melangsungkan
pelajaran secara atas talian.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

5.2 Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas
responden terhadap kajian untuk mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga
tingkatan enam di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan mengkaji usaha-usaha
untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian

5.1 Demografi Responden

5.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Jantina

JANTINA BILANGAN PERATUS%

LELAKI 5 25

PEREMPUAN 15 75
IC (020419-14-1346)

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Taburan Responden Mengikut Janti na

Lelaki
Perempuan

35%

65%

Jadual 1 di atas menunjukkan taburan responden mengikut jantina, Kajian ini telah
melibatkan seramai 20 orang responden. Daripada jumlah tersebut, majoriti responden terdiri
daripada responden perempuan iaitu seramai 15 orang bersamaan 75 peratus manakala
bilangan responden lelaki pula seramai 5 orang atau mewakilli 25 peratus. Analisis yang
dibuat mendapati bahawa bilangan responden perempuan mengatasi bilangan responden
lelaki iaitu seramai 10 orang atau bersamaan 50 peratus.
IC (020419-14-1346)

UMUR BILANGAN PERATUS (%)


18 – 19 TAHUN 18 90
20 TAHUN 2 10
JUMLAH 20 100

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur

Sumber: Kajian Lapangan 2021

5.1.2Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur

Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur

10%

18 - 19 TAHUN

20 TAHUN

90%
IC (020419-14-1346)

Jadual 2 diatas menunjukkan taburan responden mengikut peringkat umur. Jumlah


responden berumur antara 18-19 tahun adalah seramai 18 orang iaitu mewakili sebanyak 90
peratus. Peringkat umur antara 20 tahun pula berjumlah 2 orang bersamaan 10 peratus.

5.1.3 Taburan responden Mengikut Jenis Aliran

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Jenis Aliran

JENIS ALIRAN BILANGAN PERATUS%

SAINS 2 20

KEMANUSIAAN 18 80

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Taburan Responden Mengikut Jenis Aliran

20% Sains
Kemanusiaan

80%
IC (020419-14-1346)

Jadual 3 di atas memaparkan taburan responden mengikut jenis aliran. Analisis yang dibuat
mendapati bahawa majoriti responden dalam kajian ini beraliran kemanusiaan iaitu seramai
18 orang atau mewakili 80 peratus. Responden beraliran sains pula mencatatkan jumlah
seramai 2 orang atau bersamaan sebanyak 20 peratus.

5.2 Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR
dalam kalangan warga tingkatan enam di St. John’s Institution, Kuala Lumpur.

Untuk mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang
digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur. Kajian ini telah menyenaraikan lima Kaedah pengajaran
dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga
tingkatan enam di St.John’s Institution. Bagi setiap penyataan yang diberikan,
responden dikehendaki menandakan dua atau lebih jawapan yang disediakan.

5.2.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan


semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St. John’s
Institution.

Jadual 6: Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa
PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St. John’s Institution.

Kaedah Pengajaran dan Bilangan Peratus


Pembelajaran (orang) (%)

Whatsapp/Telegram 12 30.0

YouTube 3 7.5
IC (020419-14-1346)

Quizziz 7 17.5

Google meet 18 45.0

Kahoot 0 0.0

Jumlah 40 100

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajan Atas Talian Yang


Digunakan oleh pelajar Tingkatan Enam di St.John's
Insti tuition, Kuala Lumpur

30% Whatsapp/Telegram YouTube Quizziz

45%
Google Meet Kahoot

8%

18%

Rajah 6: Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR
dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala Lumpur.

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 6 dan rajah 6 menunjukkan Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian
yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution,
IC (020419-14-1346)

Kuala Lumpur. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa aplikasi
Google Meet merupakan kaedah utama yang menarik minat pelajar tigkatan enam St.John’s
Instituition, iaitu seramai 18 orang responden yang bersamaan dengan 45.0%. Daripada 18
orang responden tersebut, 5 orang atau 12.5% merupakan responden lelaki dan 13 orang atau
32.5% ialah responden perempuan. 90% atau 16 orang responden merupakan mereka yang
berumur antara 18 hingga 19 tahun. Manakala, 2 orang responden atau 10.0% daripada 18
orang responden merupakan mereka yang berumur 20 tahun. 70% daripada 18 orang
responden iaitu 10 orang merupakan orang yang berbangsa Melayu. Manakala 25% iaitu 5
orang merupakan orang yang berbangsa India. 5% merupakan orang yag berbangsa Cina iaitu
3 orang. 0% adalah orang yang berkelainan agama. Responden berkemungkinan memilih
aplikasi Google Meet sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian kerana
memudahkan responded untuk berkomunikasi dengan guru atau rakan-rakan sekelas tentang
latihan atau matapelajaran yang tidak difahami.

Kaedah kedua tertinggi yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga
tingkatan enam di St.John’s Institution adalah aplikasi WhatsApp dan Telegram. Seramai 12
orang responden yang mengatakan aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan untuk bertanya
soalan atau menghubungi rakan-rakan sekelas dan guru, iaitu sebanyak 30%. Daripada 12
orang responden, seramai 3 orang atau 25% merupakan lelaki dan 9 orang atau 75% ialah
perempuan. 91.6% atau 11 orang daripada mereka berumur 18 hingga 19 tahun. Manakala, 1
orang atau 8.3% adalah antara umur 20 tahun. Daripada jumlah 12 orang itu, 50% atau 6
orang responden berkaum Melayu. Seterusnya, seramai 4 orang atau 33.3% berkaum India.
Manakala, 16.6% daripada 12 orang responden adalah kaum China. Selain itu, responden
juga terdiri daripada dua aliran dimana 58.3% adalah aliran kemanusiaan dengan jumlah
sebanyak 7 orang dan 5 orang lagi adalah aliran sains dengan 41.7%. Responden
berkemungkinan memilih aplikasi Whatsapp dan Telegram ini sebagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran atas talian kerana mempercepatkan proses komunikasi antara pelajar
dengan rakan-rakan mereka ataupun guru matapelajaran mereka apabila mereka berhadapan
dengan masalah tentang kerja sekolah atau kerja kursus.

Selain itu, aplikasi Quizziz juga turut menjadi antara kaedah yang 3digunakan semasa
PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, iaitu seramai 7 orang
IC (020419-14-1346)

responden dengan peratus sebanyak 17.5%. 6 orang responden daripada 7 orang dengan
85.7% adalah perempuan. Hal ini berkemungkinan kerana sifat perempuan itu sendiri kurang
sabar dalam sesetengah perkara. Manakala 1 orang 14.2% adalah lelaki. Majoriti daripada
mereka adalah orang yang berbangsa Melayu, iaitu seramai 4 orang yang bersamaan dengan
57.1%. 2 orang bersamaan dengan 28.5% adalah berbangsa India. Manakal 1 orang adalah
China dengan 14.2%. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, hampir semua
responden adalah daripada kelas beraliran kemanusiaan daripada 7 orang. Responden
berkemungkinan memilih aplikasi Quizziz ini sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
atas talian kerana aplikasi ini memudahkan kefahaman pelajar setelah habis mempelajari
suatu tajuk yang diajar oleh guru matapelajaran. Justeru, aplikasi ini dianggap sebagai suatu
akitiviti imbas kembali topik-topik yang penting dalm sesuatu pelajaran mengikut alasan
responden.

Seterusnya, aplikasi YouTube yang menjadi kaedah pengajaran dan pembelajan


pelajar tingkatan enam di St.John’s Instituition, iaitu seramai 3 orang responden dengan
peratusnya sebanyak 7.5%. Seorang daripada mereka merupakan responden perempuan, iaitu
33.33% dan 2 orang lagi merupakan responden lelaki, iaitu 66.67%. Kesemua orang berusia
dalam kalangan usia 18-9 Tahun. Respnden perempuan ialah kaum Melayu dan beraliran
kemanusiaan. Manakala, responden lelaki berkaum India dan beraliran sains dan
kemanusiaan. Kesemua mereka mengatakan bahawa alikasi YouTube banyak memberi kesan
terhadap sesi ulangkaji mereka apabila guru matapelajaran mereka telah menerangkan
tentang sesuatu topik pada hari itu.

Akhir sekali, terdapat juga dalam kalangan responden yang tidak mempunyai apa-apa
minat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi aplikasi Kahoot. Tiada seorang
pun dalam kalangan responden yang mengatakan bahawa aplikasi ini tidak memuaskan
proses pemahan mereka dalam pembelajaran atas talian di St.John’s Instituition, Kuala
Lumpur. Daripada 20 orang responden yang menjawab soalan soal selidik, didapati bahawa
tiada sesiapa yang meminati aplikasi Kahoot. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa
aplikasi Kahoot sukar untuk difahami dan digunakan. Aplikasi ini juga tidak menawarkan
penggunaan yang percuma yang menjadi satu lagi alasan kenapa majority pelajar tingkatan
enam St.John’s Instituition, Kuala Lumpur tidak memilih aplikasi tersebut.
IC (020419-14-1346)

5.3 Usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di
St.John’s Institution, Kuala Lumpur

5.3.1 Untuk mengkaji usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan
penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga
tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala Lumpur. Kajian ini telah menyenaraikan lima
usaha yang dicadangkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran atas talian yang
digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution lebih
menarik. Bagi setiap penyataan yang diberikan, responden dikehendaki menandakan dua atau
lebih jawapan yang disediakan.

5.3.2 Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan


pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan
warga tingkatan enam di St.John’s Institution.

Jadual 7: Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan


pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga
tingkatan enam di St.John’s Institution.

Usaha pengajaran dan pembelajaran Bilangan Peratus


(orang) (%)

Pembelajaran menjadi lebih interaktif


11 26.2

Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan


menyeronokkan 13 31.0

Pembelajaran menjadi lebih efektif 6 14.3


IC (020419-14-1346)

Pelajar lebih yakin dalam pelajaran


4 9.5

Pelajar lebih berminat dalam pelajaran 8 19.0

Jumlah
42 100

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dalam


kalangan pelajar tingkatan enam St.John's Insti tuiti on.

Pembelajaran menjadi lebih interaktif


19%
26% Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan
menyeronokkan

Pembelajaran menjadi lebih efektif


10%
Pelajar lebih yakin dalam pelajaran

Pelajar lebih berminat dalam pelajaran

14%

31%

Rajah 7: Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di
St.John’s Institution.

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 7 dan rajah 7 menunjukkan usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih


menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution., Kuala Lumpur. Hasil daripada
kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa pembelajaran menjadi lebih kreatif dan
IC (020419-14-1346)

menyeronokkan merupakan kaedah utama yang menarik minat pelajar tigkatan enam
St.John’s Instituition, iaitu seramai 13 orang responden yang bersamaan dengan 31.0%.
Daripada 13 orang responden tersebut, 3 orang atau 23.1% merupakan responden lelaki dan
10 orang atau 76.9% ialah responden perempuan. 84.6% atau 11 orang responden merupakan
mereka yang berumur antara 18 hingga 19 tahun. Manakala, 2 orang responden atau 15.3%
daripada 13 orang responden merupakan mereka yang berumur 20 tahun. 61.5% daripada 18
orang responden iaitu 8 orang merupakan orang yang berbangsa Melayu. Manakala 23.1%
iaitu 3 orang merupakan orang yang berbangsa India. 15.4% merupakan orang yag berbangsa
Cina iaitu 2 orang. 0% adalah orang yang berkelainan agama. Responden berkemungkinan
memilih pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan sebagai usaha pengajaran
dan pembelajaran atas talian kerana usaha tersebuat mampu menarik minat responen semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran atas talian .

Usaha kedua tertinggi yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan
enam di St.John’s Institution adalah pembelajaran menjadi lebih interaktif. Seramai 11 orang
responden yang mengatakan usaha ini sangat berkesan untuk digunakan semasa bertanya
soalan atau menghubungi rakan-rakan sekelas dan guru, iaitu sebanyak 26.2%. Daripada 11
orang responden, seramai 5 orang atau 45.5% merupakan lelaki dan 6 orang atau 54.5% ialah
perempuan. Kesemua orang daripada mereka berumur 18 hingga 19 tahun. Daripada jumlah
11 orang itu, 54.5% atau 6 orang responden berkaum Melayu. Seterusnya, seramai 4 orang
atau 36.3% berkaum India. Manakala, 9.1% daripada 11 orang responden adalah kaum
China. Selain itu, responden juga terdiri daripada dua aliran dimana 81.8% adalah aliran
kemanusiaan dengan jumlah sebanyak 9 orang dan 2 orang lagi adalah aliran sains dengan
18.2%. Responden berkemungkinan memilih usaha pembelajaran menjadi lebih interaktif ini
sebagai usaha pengajaran dan pembelajaran atas talian kerana mempermudahkan komunikasi
anatra responden dengan guru matapelajaran atau rakan-rakan sekelas.

Selain itu, pelajar lebih berminat dalam pelajaran turut menjadi antara usaha yang
digemari semasa PDPR dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, iaitu
seramai 8 orang responden dengan peratus sebanyak 19.0%. 6 orang responden daripada 8
orang dengan 75% adalah perempuan. Hal ini berkemungkinan kerana sifat perempuan itu
IC (020419-14-1346)

sendiri yang bermotiasi tinggi semasa berlangsunya kelas atas talian. Manakala 2 orang 25%
adalah lelaki. Majoriti daripada mereka adalah orang yang berbangsa Melayu, iaitu seramai 4
orang yang bersamaan dengan 50%. 1 orang bersamaan dengan 12.5% adalah berbangsa
India. Manakal 3 orang adalah China dengan 37.5%. Melalui pemerhatian yang dijalankan
oleh pengkaji, hampir semua responden adalah daripada kelas beraliran kemanusiaan
daripada 8 orang. Responden berkemungkinan memilih usaha pelajar lebih berminat dalam
pelajaran ini sebagai suatu usaha yang efektif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
atas talian kerana usaha ini dianggapkan sebagai suatu langkah motivasi untuk menarik minat
responden untuk menumpukan perhatian semasa PDPR berlangsung.

Seterusnya, usaha pembelajaran menjadi lebih efektif yang menjadi kaedah


pengajaran dan pembelajan pelajar tingkatan enam di St.John’s Instituition, iaitu seramai 6
orang responden dengan peratusnya sebanyak 14.3%. 4 daripada mereka merupakan
responden perempuan, iaitu 66.7% dan 2 orang lagi merupakan responden lelaki, iaitu 33.3%.
Kesemua orang berusia dalam kalangan usia 18-19 tahun. Responden perempuan ialah terdiri
daripada kaum Melayu dengan peratus yang sama. Manakala, responden lelaki berkaum India
dan beraliran sains. Kesemua mereka mengatakan bahawa usaha pembelajaran menjadi lebih
efektif banyak memberi kesan terhadap sesi PDPR mereka apabila guru matapelajaran
mereka mengajar tentang sesuatu topik pada hari itu.

Akhir sekali, terdapat juga dalam kalangan responden yang percayai bahawa usaha
pelajar lebih yakin dalam pelajaran dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan pelajar tingkatan enam di St.John’s Instituition, iaitu seramai 4 orang
responden dengan peratusnya sebanyak 9.5%. Daripada 4 orang responden yang menjawab
soalan soal selidik, didapati bahawa 3 daripada mereka adalah perempuan dengan peratus
75% dan seorang lelaki dengan peratus bersamaan 25%. 2 daripada 4 responden adalah orang
yang berkaum Melayu bersamaan dengan 50%. Manakala, 1 daripada 4 ialah kaum India
dengan 25% dan kaum China juga seorang dengan peratus yang sama. Kesemua responden
adalah daripada aliran kemanusiaan. Didapati bahawa segelintir daripada 20 orang responden
yang telah menjawab borang soal selidik telah mengatakan bahawa usaha pelajar lebih yakin
IC (020419-14-1346)

dalam pelajaran adalah kurang memuaskan kerana sesetengah pelajar tidak dapat
mempelajari sesuatu topik yang diajar oleh guru kerana tidak mampu memahami apa yang
guru ingin menyampaikan dalam sesi PDPR.

5.4 Hasil Temu Bual

Untuk mendapatkan hasil kajian tentang mengenalpasti pelbagai kaedah


pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR dalam kalangan
warga tingkatan enam di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan mengkaji usaha-usaha
untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala
Lumpur, pengkaji telah menebual seramai 3 orang responden yang merupakan pelajar-plajar
tingkatan 6 di St. John’s Instituition.Daripada tiga responden yang ditemubual, 2 orang
daripada mereka adalah pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Dua orang responden
tersebut berbangsa Melayu manakal seorang berbangsa India. Ketiga-tiga responden tersebut
berusia 19 tahun dan beraliran kemanusiaan.

Soalan untuk temubual ini dirangka kepada dua bahagian. Dalam bahagian
pertama, pengkaji menemubual responden tentang Kesan-Kesan PDPR Yang Lebih Menarik
Dengan Penggunaan Pelbagai Kaedah Pengajaran dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6
di St. John’s Instituition. Responden telah deiberikan sebanyak lima jawapan iaitu
WhatsApp/Telegram, YouTube, Quizziz, Google Meet dan Kahoot. Kaedah pembelajaran
dan pegajaran menerusi aplikasi WhatsApp menjadi pilihan ketiga-tiga orang responden
kerana mudah berkomunikasi antara rakan dan guru untuk membincangkan tugasan sekolah.
Kaedah pembelajaran dan pegajaran menerusi aplikasi YouTube pula menjadi pilihan
seorang responden perempuan yang berkaum Melayu dan beraliran kemanusiaan. Kaedah
pembelajaran dan pegajaran menerusi aplikasi Google Meet menjadi pilihan seorang
responden perempuan yang juga berkaum Melayu dan beraliran kemanusiaan. Kaedah
pembelajaran dan pegajaran menerusi aplikasi Quizziz dan Kahoot tidak dijadi pilihan ketiga-
tiga oang responden.

Untuk bahagian kedua pula, pengkaji telah menemubual tentang usaha-usaha untuk
menjadikan PDPR lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution.
Responden telah diberikan lima pilihan jawapan iaitu pembelajaran menjadi lebih interaktif,
pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan, pembelajaran menjadi lebih efektif,
pelajar lebih yakin dalam pelajaran dan pelajar lebih berminat dalam pelajaran. Usaha-usaha
IC (020419-14-1346)

untuk menjadikan PDPR lebih menarik iaitu pembelajaran menjadi lebih efektif adalah
pilihan dua orang responden iaitu responden perempuan yang berkaum Melayu dan beraliran
kemanusiaan dan responden lelaki yang berkaum India yang beraliran kemanusiaan juga.
Kedua-dua responden berunur 19 tahun. Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik
iaitu pembelajaran menjadi lebih efektif menjadi pilihan responden perempuan yang berkaum
Melayu, beraliran kmanusiaan dan berusia 19 tahun. Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR
lebih menarik iaitu pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan tidah menjadi
pilihan ketiga-tiga responden. Usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik iaitu
pelajar lebih yakin dalam pelajaran tidak menjadi pilihan responden. Usaha-usaha untuk
menjadikan PDPR lebih menarik iaitu pelajar lebih berminat dalam pelajaran tidak menjadi
pilihan responden.

Melalui temu bual yang dijalankan ini, dapat disimpulkan bahawa tidak semua
responden memilih kesan-kesan PDPR yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan usaha-usaha untuk menjadikan PDPR lebih menarik dengan
penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang sama.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui untuk kesan-kesan  Pengajaran dan


Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual.
Bagi tujuan menyempurnakan kajian pengkaji, 20 orang pelajar tingkatan enam St.John’s
Instituition, Kuala Lumpur dijalankan sebagai sampel kajian. Selain itu, 2 orang pelajar
tigkatan enam juga ditemubual bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar
tingkatan enam di St.John’s Instituition dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian oleh pelajar-pelajar tingkatan enam di St.John’s Instituition semasa
sesi PDPR.
IC (020419-14-1346)

7.0 RUJUKAN

1. Raihan Jalaludim (2021) SESI PERKONGSIAN TIPS PDPR YANG EFEKTIF


Dicapai pada 14 Jun 2021 dari
https://www.raihanjalaludin.com/2021/06/sesi-perkongsian-tips-mengurus-pdpr.html
2. Bernama News (2021) PDPR BUKAN HANYA DALAM TALIAN
Dicapai pada Jun 27 2021 dari
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/06/723298/pdpr-bukan-hanya-dalam-
talian
3. Berita Awani (2021) PdPR: PENGAJARAN PERLU DISESUAIKAN DENGAN
KEADAAN PELAJAR
Dicapai pada 16 Julai 2021 dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdpr-pengajaran-perlu-disesuaikan-
dengan-keadaan-pelajar-308682
4. Google Maps
Dicapai pada 25 Ogos 2021 dari
https://www.google.com/
IC (020419-14-1346)

5. Kamus Dewan Edisi Keempat (2008)


Dicapai pada 26 Ogos 2021 dari
https://prpm.dbp.gov.my/
6. Wikipedia ST. JOHN’S INSTITUITION (2017)
Dicapai pada 7 Jun 2017
https://prpm.dbp.gov.my/
7. Pandai.Com SEKOLAH KEMBALI LAKSANAKAN PDPR – 6 TEKNIK YANG
BOLEH CIKGU GUNA (2021)
Dicapai pada 28 April 2021
https://blog.pandai.org/
8. Cikgu Adlina PANDUAN MEMILIH KAEDAH PDPR (2021)
Dicapai pada Julai 2021
https://helloadlina.my/

8.1 BORANG SOAL SELIDIK

BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini adalah untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus STPM bagi mata
pelajaran Pengajian Am 4 (900/4). Borang soal selidik ini merangkumi dua bahagian, iaitu
Bahagian A untuk data responden dan Bahagian B untuk mengenal pasti kaedah pengajaran
dan pembelajaran dalam talian menjadikan PDPR lebih menarik dalam kalangan warga
tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala Lumpur. Arahan: Tandakan (X) dalam kotak
yang disediakan.

BAHAGIAN A: Data Responden

1. Jantina:
IC (020419-14-1346)

Lelaki

Perempuan

2. Bangsa:

Melayu Lain-lain (nyatakan)

Cina

India

3. Umur:

19 tahun

20 tahun

4. Jenis Aliran:

Sains

Kemanusiaan
IC (020419-14-1346)

BAHAGIAN B: Soalan soal selidik

1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian yang digunakan semasa PDPR dalam
kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala Lumpur. Anda boleh
memilih 2 jawapan.

WhatsApp/Telegram

YouTube

Quizizz

Google Meet

Kahoot

2. Kesan-kesan PDPR yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s Institution, Kuala
Lumpur. Anda boleh memilih 2 jawapan.

Pembelajaran menjadi lebih interaktif

Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan

Pembelajaran menjadi lebih efektif

Pelajar lebih yakin dalam pelajaran


IC (020419-14-1346)

Pelajar lebih berminat dalam pelajaran

9.0 BORANG TEMU BUAL

BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

Tajuk: KESAN-KESAN PDPR YANG LEBIH MENARIK DENGAN PENGGUNAAN


PELBAGAI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
DALAM KALANGAN WARGA TINGKATAN ENAM DI ST. JOHN’S
INSTITUTION, 50250 KUALA LUMPUR.

Arahan:

Maklumat Am dan soalan-soalan temubual ini dikemukakan kepada responden secara lisan
dan dirakam menggunakan perakam digital.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : Meera Alvina Bt Mohd Maziz


Nama Responden : Srikanth A/L Sinivasan
Tarikh Temu Bual : 15/9/2021
Tempat Temu Bual : Secara Atas Talian

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah kaedah pembelajaran yang sering anda gunakan dan adakah anda berasa
kaedah tersebut mampu mendorong anda? Terangkan.

Antara Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:

 -WhatsApp/Telegram

 -YouTube
IC (020419-14-1346)

 -Quizizz

 -Google Meet

 -Kahoot

Responden : Kaedah yang saya sering gunakan dalah aplikasi


WhatsApp. Ya saya berasa kaedah tersebut mampu
mendorong saya kerana saya dapat berkomunikasi
dengan mudah dengan rakan sekelas saya tanpa
berhadapan dengan mana-mana rintagan

2. Apakah pendapat anda terhadap masalah gangguan internet dalam tempat kediaman
anda?
Responden : Pada waktu-waktu kemuncak, talian internet saya
akan menjadi agak perlahan yang menjadi antara
factor pengganguan semasa pembelajaran atas
talian.

3. Adakah anda lebih suka belajar secara atas talian atau secara bersemuka?
Responden : Ya, pada pandangan saya , saya lebih berminat
untuk belajar secara atas talian kerana saya dapat
mengulang kaji pelajaran dengan lebih berbanding
daripada pembelajaran bersemuka yang
mengadakan waktu pembelajaran yang panjang
dan memenatkan.

4. Apakah kesan-kesan PDPR yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur?

Antara Kesan:

 Pembelajaran menjadi lebih interaktif

 Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan

 Pembelajaran menjadi lebih efektif


IC (020419-14-1346)

 Pelajar lebih yakin dalam pelajaran


 Pelajar lebih berminat dalam pelajaran

Responden : Pembelajaran menjadi lebih interaktif

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : Meera Alvina Bt Mohd Maziz


Nama Responden : Putri Ainin Sofea Bt Akmal
Tarikh Temu Bual : 15/9/2021
Tempat Temu Bual : Secara Atas Talian

SOALAN TEMU BUAL

1.Apakah kaedah pembelajaran yang sering anda gunakan dan adakah anda berasa kaedah
tersebut mampu mendorong anda? Terangkan.

Antara Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:

-WhatsApp/Telegram

-YouTube

-Quizizz

-Google Meet

-Kahoot

Responden : Kaedah yang sering saya guna ialah google meet dan
whatsapp. Ya, saya merasakan bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran ini mampu mmebantu
saya menukar maklumat dengan rakan sekelas sekaligus
menimba ilmu. Hal kni kerana melalui google meet,
saya dapa berinteraksi dengan rakan dan guru bagi
membincangkan topik yang dipelajari. Manakala
melalui whatsapp, saya dah bertukar pendapat dengan
rakan tentang topik-topik yang kurang difahami.
IC (020419-14-1346)

2. Apakah pendapat anda terhadap masalah gangguan internet dalam tempat kediaman
anda?
Responden : Pendapat saya terhadap masalah gangguan internet
di tempat kediaman saya agak terkawal kerana saya
tidak terlalu kerap mengalami gangguan internet.
Kadang- kala sahaja internet saya akan terganggu
khususnya pada waktu pagi..

3. Adakah anda lebih suka belajar secara atas talian atau secara bersemuka?
Responden : Saya lebih suka belajar secara bersemuka kerana
saya lebih mudah berinteraksi dengan guru-guru
dan rakan-rakan. Saya juga merasakan melalui
belajar secara bersemuka, saya lebih mudah
memahami apa yang diajar oleh guru.

4. Apakah kesan-kesan PDPR yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur?

Antara Kesan:

 Pembelajaran menjadi lebih interaktif

 Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan

 Pembelajaran menjadi lebih efektif

 Pelajar lebih yakin dalam pelajaran


 Pelajar lebih berminat dalam pelajaran

Responden : Pembelajaran menjadi lebih efektif


IC (020419-14-1346)

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik : Meera Alvina Bt Mohd Maziz


Nama Responden : Nur Syuhada’ Bt Zaidi
Tarikh Temu Bual : 15/9/2021
Tempat Temu Bual : Secara Atas Talian

SOALAN TEMU BUAL

1.Apakah kaedah pembelajaran yang sering anda gunakan dan adakah anda berasa kaedah
tersebut mampu mendorong anda? Terangkan.

Antara Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran:

-WhatsApp/Telegram

-YouTube

-Quizizz

-Google Meet

-Kahoot

Responden : Saya sering menggunakan kaedah WhatsApp dan


YouTube sebagai kaedah pembelajaran. Pada pendapat
saya, kedua-dua kaedah ini dapat membantu saya untuk
lebih memahami topik-topik yang diajar oleh guru saya

2. Apakah pendapat anda terhadap masalah gangguan internet dalam tempat kediaman
anda?
Responden : Pendapat saya terhadap masalah gangguan internet di
tempat kediaman saya agak terkawal kerana saya
tidak terlalu kerap mengalami gangguan internet.
IC (020419-14-1346)

3. Adakah anda lebih suka belajar secara atas talian atau secara bersemuka?
Responden : Saya lebih suka belajar secara bersemuka kerana
saya lebih mudah untuk membincangkan perkara
atau topik yang tidak diketahu saya dengan rakan-
rakan kelas serta guru matapelajaran saya.

5. Apakah kesan-kesan PDPR yang lebih menarik dengan penggunaan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan warga tingkatan enam di St.John’s
Institution, Kuala Lumpur?

Antara Kesan:

 Pembelajaran menjadi lebih interaktif

 Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan

 Pembelajaran menjadi lebih efektif

 Pelajar lebih yakin dalam pelajaran


 Pelajar lebih berminat dalam pelajaran

Responden : Pembelajaran menjadi lebih interaktif

Anda mungkin juga menyukai