Anda di halaman 1dari 17

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran

bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi
individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan
kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih
bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan
sepanjang hayat.

Justeru itu, PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal
berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak
individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut
oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan
pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk
pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Pembekal PSH yang terdiri daripada


Kementerian/Agensi/Jabatan/Institusi telah merancang dan menyediakan pelbagai program dan
latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti oleh
semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan agama. Program/Kursus-kursus yang
ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak semasa selaras dengan aspek pembangunan modal
insan untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi
masyarakat setempat. Tenaga pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing diketengahkan
dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat agar dapat memberi ilmu serta khidmat
terbaik kepada seluruh masyarakat

Konsep
Berdasarkan amalan antarabangsa, PSH adalah sangat luas dan pelbagai. Suruhanjaya Eropah
mentakrifkan PSH sebagai segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup, dengan
tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan
peribadi, sosial atau pekerjaan. Manakala The National Organization for Economic Co-operation and
Development (OECD) yang terdiri daripada 34 buah negara, mentakrifkan PSH sebagai semua jenis
aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. UNESCO mengesahkan pendidikan non-formal dan
pembelajaran sebahagian daripada PSH.

Di Malaysia PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di
negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, Definisi PSH berdasarkan Pelan
Induk Pembudayaan PSH, ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64
tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah mereka yang mengikuti kursus
sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik
atau kemahiran. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun
dan ke atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, konsep PSH diterima pakai oleh semua negara atau kawasan serantau, iaitu pembelajaran
untuk semua tanpa mengira had umur, latar belakang atau kaedah pembelajaran. Ia seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.

Bagi memastikan strategi ini dilaksanakan dengan jayanya, satu set objektif prestasi, metrik prestasi
dan akauntabiliti, sasaran strategik dan organisasi penaja dikenal pasti, seiring dengan peruntukan
belanjawan yang akan dibuat dan diagihkan untuk dua tempoh, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10, 2011-2015) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11, 2016-2020). Selain itu,
kementerian akan bekerjasama dengan semua pemegang taruh PSH untuk meningkatkan kesedaran
awam terhadap program PSH dan mewujudkan rangka kerja yang mengiktiraf pembelajaran
terdahulu. Oleh yang demikian semua pemegang taruh terutamanya IPT digalakkan untuk
membangunkan lebih banyak program inovatif yang memenuhi keperluan khalayak yang lebih besar.

Seiring dengan pertambahan penduduk yang berkembang dan kumpulan umur bekerja (15-64) tahun,
terdapat keperluan kritikal untuk lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan. Adalah dianggarkan
bahawa pelajar sepanjang hayat di Malaysia akan mencecah 20.6 juta pada tahun 2020, dan akan
menyumbang 50 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.

PSH menyediakan peluang kepada penduduk yang bekerja dan mereka yang sebelum ini tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini memberikan "peluang
kedua" bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Ia adalah satu proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui program
rasmi atau tidak rasmi yang menyediakan pengalaman hands on dan latihan di tempat kerja.

PSH memberi peluang yang sama kepada individu untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan
perubahan sosial dan ekonomi serta mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk masa depan
ekonomi negara
PEMBEKAL PSH
PSH diamalkan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak pihak yang terlibat menawarkan
program PSH di peringkat formal dan tidak formal, seperti Universiti Awam (UA), Institut
Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, dan juga empat belas kementerian lain serta
agensi yang berkaitan.
UNIVERSITI AWAM (UA)

UA terlibat secara aktif dalam program-program PSH secara sambilan, kursus pendek dan program-
program pendidikan jarak jauh. Antara UA yang terlibat ialah:

1. Universiti Malaya (Pusat Pendidikan Berterusan);


2. Universiti Sains Malaysia (Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh);
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Pengembangan Pendidikan);
4. Universiti Putra Malaysia (Pusat Pendidikan Luar dan Institut Gerontologi);
5. Universiti Teknologi Malaysia (Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan);
6. Universiti Teknologi MARA (Institut Pembangunan Pendidikan);
7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat); dan
8. Universiti Utara Malaysia (Eksekutif Pusat Pembangunan);

POLITEKNIK

Politeknik juga menawarkan mod sambilan di beberapa buah politeknik di bawah inisiatif PSH iaitu
Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Reskilling & Upskilling (R&U). Program KSS dijalankan
selepas waktu pejabat terutama pada hujung minggu. Majoriti pelajar KSS adalah orang dewasa yang
bekerja dengan tujuan memperoleh kelayakan akademik di peringkat diploma. Pengajaran
kurikulum, pendekatan pembelajaran dan penilaian adalah sama dengan program sepenuh masa.
Perbezaan hanya terdapat dalam mod pelaksanaan. Program R&U adalah untuk peningkatan
kemahiran bagi memperoleh kemahiran baharu.

KOLEJ KOMUNITI

Kolej komuniti merupakan hab PSH di negara ini (KPT, 2007). Kolej komuniti di bawah Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mula membudayakan PSH disamping menyediakan
pendidikan dan latihan melalui program secara sepenuh masa sejak tahun 2001. Kolej komuniti
menyediakan pelbagai bentuk program yang berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional di peringkat sijil dan diploma. Sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh
negara.

INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS)

Selain UA, terdapat juga IPTS menjalankan program pendidikan jarak jauh. IPTS utama yang terlibat
secara aktif dalam program-program PSH seperti: Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Wawasan
Open University (WOU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asia e University (AeU), Al-
Madinah International University (MEDIU), Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
(INCEIF) dan lain-lain lagi. Berdasarkan infrastruktur yang ada, rangkaian penubuhan, promosi
kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang diketuai oleh Institusi swasta, mampu menjana dan
meningkatkan bilangan enrolmen PSH pada tahun 2020.

MEMPERLUAS AKSES
Konsep Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu seperti Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman Terdahulu (APEL), telah diperkenalkan di Malaysia untuk meningkatkan akses
pendidikan tinggi menerusi pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat. OUM menjadi institusi
pengajian tinggi pertama di negara ini yang diluluskan untuk melaksanakannya. Selain OUM,
kementerian juga telah memberikan kebenaran kepada lima Institusi Pendidikan Jarak Jauh (ODL)
yang lain, untuk melaksanakan APEL, terutamanya dalam bidang Kemasukan Terbuka (OE). Satu
lagi mekanisme yang sama penting dan signifikan adalah membolehkan pembekal PSH
menganugerahkan kredit bagi kursus tertentu berdasarkan pengalaman kerja peserta.

Oleh yang demikian, kejayaan PSH boleh diukur berdasarkan penilaian hasil iaitu melalui:

1. Peningkatan kadar enrolmen PSH di IPT awam dan swasta;


2.  
3. Peningkatan bilangan calon PSH yang memperoleh kelayakan formal; dan

1. Peningkatan enrolmen PSH dalam program inovatif (seperti pendidikan eksekutif,


pembelajaran berasaskan kerja dan pembelajaran berasaskan modul).
2.  

PENGLIBATAN KEMENTERIAN LAIN

Kebanyakan program PSH yang dilaksanakan adalah di peringkat Nasional. Sehingga kini, terdapat
14 kementerian dan pelbagai agensi terlibat dalam melaksanakan program PSH. Kementerian yang
terlibat adalah:

1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA);
2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KKWKM);
4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM);
5. Kementerian Sumber Manusia (KSM);
6. Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC);
7. Kementerian Belia dan Sukan (KBS);
8. Kementerian Perdagangan, Antarabangsa & Industri (MITI);
9. Kementerian Kerja Raya (KKR);
10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPNKK);
11. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI);
12. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE); dan
13. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC).

Program PSH yang dilaksanakan di peringkat Nasional yang telah diterajui KPT, antaranya ialah
Seminar Antarabangsa PSH, Seminar Kebangsaan PSH, Karnival My3L Peringkat Nasional dan
pembangunan direktori PSH atas talian peringkat nasiona
Pelan Induk Pembudayaan

Pelan Induk Pembudayaan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional
2011-2020 telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal
Insan pada 20 Ogos 2010 dan mesyuarat telah menyetujui semua strategi dan pelan tindakan PSH
yang tersenarai dalam Pelan Induk tersebut secara keseluruhan untuk dilaksanakan.

Pelan Induk PSH Peringkat Nasional 2011-2020 telah dirasmikan oleh mantan YAB Timbalan
Perdana Menteri pada 14 November 2011 . Pelan Induk ini menggariskan hala tuju, objektif dan
strategi yang jelas agar semua pihak dapat mengurus pelaksanaan aktiviti PSH secara efektif.
Kejayaan pelaksanaan PSH ialah apabila pembudayaan PSH di kalangan setiap individu yang
berbilang kaum di Malaysia dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti
dan seterusnya kepada kemajuan Negara.

DEFINISI PSH

PSH merupakan proses pembelajaran yang melibatkan individu yang berusia 15 tahun ke atas kecuali
pelajar professional. Pelajar professional adalah mereka yang mendaftar secara sepenuh masa di
sesebuah institusi Pendidikan tinggi atau institusi latihan kemahiran atau sekolah dengan tujuan
memperolehi kelayakan akademik atau meningkatkan kemahiran. (merujuk kepada Pelan Induk
Pembudayaan PSH untuk Malaysia 2011-2020)
PSH adalah tonggak ke 3 selepas pendidikan peringkat sekolah dan peringkat tertiari. Ia memberikan
peluang kedua kepada penduduk bekerja dan mereka yang dahulunya terlepas peluang untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. PSH
memberikan pilihan hidup yang lebih luas justeru meningkatkan kualiti hidup rakyat.

 JENIS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

1. i) Formal

Merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh masa bagi orang dewasa
yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi pengalaman yang luas dan mendalam dalam sesuatu
bidang untuk mengikuti program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma,
Sarjana Muda, Sarjana ataupun Kedoktoran.

1. ii) Tidak Formal

Merangkumi kursus kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh
enam bulan secara sepenuh masa. Kursus ini adalah bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan
pengetahuan. Kursus tersebut boleh membawa kredit pembelajaran dan dapat dikumpulkan untuk
pengiktirafan kelak seperti Kursus Modular di Kolej Komuniti.

iii) Informal

Kursus kemahiran atau hands-on yang pendek, pada kebiasaannya dalam tempoh lingkungan dua hari
sehingga dua minggu untuk sesuatu bidang atau kerjaya, khusus bagi orang awam yang ingin
pembelajaran secara praktikal dan memenuhi keperluannya dari aspek masa dan bidang kemahiran
yang diperlukan.

OBJEKTIF PELAN INDUK

Membudayakan program PSH sebagai gaya hidup masyarakat/ komuniti di Malaysia

Menjadikan PSH sebagai pemangkin untuk membentuk komuniti yang berilmu

Memudahkan peluang untuk mengikuti program PSH

Mengukuhkan tonggak ketiga pembangunan modal insan melalui PSH

LONJAKAN KETIGA PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025


(PENDIDIKAN TINGGI)

MENGHAYATI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

 Kepentingan
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran
bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi
individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan
kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih
bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan
sepanjang hayat.

Matlamat

PSH akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan ditingkatkan supaya
menjadi lebih berkualiti, samada formal mahupun tidak formal, dalam pelbagai bidang dan laluan
untuk pembangunan profesional dan individu. Pelajar PSH merangkumi warga setiap organisasi dan
satu mekanisme formal akan dibentuk bagi mengiktiraf pengalaman dan pendidikan terdahulu. Setiap
individu akan mendapat akses tanpa mengira tahap pendapatan ataupun latar belakang.

Kaedah

Untuk mencapai keberhasilan ini, maka Kementerian akan meningkatkan kesedaran awam tentang
manfaat PSH, menambah baik kualiti program sedia ada dan memperkenalkan lebih banyak program
inovatif untuk menjadikan PSH lebih menarik. Inisiatif utama dalam Lonjakan ini termasuklah

 Mewujudkan rangka kerja pengiktirafan pendidikan terdahulu, termasuklah menyediakan


laluan yang jelas untuk kemasukan semula dalam sistem pendidikan, mewujudkan sistem kredit
kebangsaan bagi pengumpulan kredit bermodul dan menetapkan kriteria yang jelas untuk
pengiktirafan pengalaman terdahulu;

 Melancarkan program kerjasama PSH (contohnya, program kesetiaan MyCC, Program


1Keluarga Pelbagai Kemahiran) yang memberi insentif dari segi penyertaan, dan meningkatkan
aktiviti pemasaran sedia ada (contohnya, aplikasi telefon pintar) untuk membolehkan maklumat dan
program PSH lebih mudah diakses oleh orang ramai; dan

 Meneruskan sokongan kewangan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan skim
insentif pengurangan cukai kepada syarikat, serta bekerjasama dengan institusi kewangan untuk
membantu pelaksanaan program dari segi kewangan untuk semua pihak.
Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan suatu pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi pendidikan. PSH merangkumi program-program yang dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah atau institusi
pendidikan atau secara tidak formal iaitu berdasarkan pengalaman dan latihan ditempat kerja.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap
produktiviti seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur, tetapi juga untuk
memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan mereka. Secara tidak langsung, lebih
ramai generasi dan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan di masa
hadapan melalui program yang telah disediakan pihak Kementerian.

Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat


Datuk Dr Mary Yap Kain Ching

Share
 
Tweet

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu proses pendemokrasian


pendidikan, merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal. Secara umumnya,
PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna
tenaga di samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan
sosial.

Antara kumpulan sasaran utama PSH ialah lepasan sekolah, golongan


dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberi
sumbangan kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan
kemahiran. Lantas Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan
jelas meletakkan lonjakan yang ketiga iaitu Menghayati Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) antara agenda utama pendidikan tinggi negara.
Tawar pelbagai kursus

Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) seperti politeknik


dan kolej komuniti menawarkan pelbagai kursus pendek kepada komuniti di
sekitar. Sebagai contoh, kolej komuniti menawarkan kursus pendek seperti
industri agro, ICT, audio video, kecantikan, kulinari, elektronik, fesyen dan
jahitan kreatif, fotografi, bahasa, kerohanian dan keagamaan serta banyak
lagi.

Begitu banyaknya peluang dan ruang diberikan oleh pihak kerajaan untuk
rakyatnya meneroka dan menggali ilmu sebagai satu pembudayaan PSH.
Dalam konteks ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam
membudayakan PSH. Mungkin apa yang saya kongsikan ini hanya sedikit
cebisan catatan perjalanan hidup saya dan saya yakin ramai individu di luar
sana yang lebih hebat serta mencabar dalam proses kehidupan menimba
ilmu.

Berpegang kepada apa yang pernah diungkapkan oleh Nelson Mandela iaitu
'sesuatu perkara nampak mustahil sehinggalah kita berjaya
melaksanakannya', mendorong saya untuk terus konsisten dalam mencari
ilmu. Sebagai bekas guru, jemaah nazir sekolah, pengarah Maktab Perguruan
dan Pengetua Cemerlang Jusa C, pencarian ilmu dalam diri saya tidak ada
noktahnya.

Menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah impian saya. Namun


kesibukan tugas dan tanggungjawab kepada keluarga menyebabkan saya
menyimpan dahulu cita-cita itu jauh di sudut hati. Apabila saya bersara wajib
pada 9 Mac 2007 dan dilantik sebagai Perunding Kanan di Institut Aminuddin
Baki sehingga 2009, hasrat itu berbunga kembali apabila pada suatu pagi
saya membelek lembaran akhbar dan terpaku pada iklan oleh Asia e
University yang menawarkan pengajian PhD untuk penjawat awam yang
pencen dengan potongan harga menarik.

Saya lantas mengambil keputusan, inilah masanya untuk saya menggapai


cita-cita yang terpendam sekian lama. Maka pada 2011, saya mendaftarkan
diri sebagai pelajar PhD di Asia e University. Bermula pada saat itu, saya
sedar saya bakal mengharungi satu perjalanan akademik yang sangat
mencabar. Bagi saya pencarian ilmu tiada batas masa, usia dan tempat.
Bermula pada saat itu sehingga 2016, tempoh perjalanan akademik ini dilalui
dengan penuh bermakna dan memerlukan persediaan mental serta perasaan
cinta akan ilmu pengetahuan yang bukan sedikit.

Sikap begini perlu dijadikan pegangan agar setiap cabaran yang dilalui
menjadi begitu menyeronokkan serta menimbulkan kepuasan dalam diri
sendiri. Selain itu, kita perlu memiliki minat mendalam terhadap bidang yang
dikaji dan diceburi. Malah peranan dimainkan oleh orang terdekat dengan
kita, iaitu ahli keluarga dan sahabat handai, sangat penting bagi melonjakkan
senergi untuk menyiapkan tugasan itu.

Ubah landskap kehidupan

Memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kawasan Parlimen Tawau pada
2013 dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan,
seterusnya Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, mengubah landskap
kehidupan saya. Tugas sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang
sentiasa menghambat, menyebabkan saya perlu memiliki motivasi kendiri
untuk menyelesaikan ijazah kedoktoran ini.

Kejayaan dan usaha gigih individu yang berjaya menyiapkan ijazah


kedoktoran dengan pelbagai cabaran dan onak duri turut menjadi pencetus
semangat kepada saya. Akhirnya dengan kudrat yang diberikan oleh Tuhan
dan doa tidak pernah lekang serta sokongan dan bantuan individu yang tidak
pernah luntur, maka pada 15 Oktober 2016 dalam Majlis Konvokesyen ke-6
Asia e-University di PWTC, saya berjaya menggenggam Ijazah Doktor
Falsafah pada usia 65 tahun setelah lima tahun bertungkus lumus.

Sebenarnya, apa yang saya lalui ini adalah manifestasi daripada PSH. Setiap
proses dan langkah yang dilakukan dalam penyelidikan pendidikan pada
semua peringkat pengajian (sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran)
adalah sangat berguna dalam kerjaya khususnya profesion keguruan.

Sebagai guru, kita perlu melakukan penyelidikan setiap kali melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kita perlu melengkapkan diri
kita dengan ilmu teori dan pengetahuan yang dapat diperoleh daripada
pelbagai sumber rujukan dalam era teknologi maklumat ini. Kita mesti
bersedia dan berani mencuba pelbagai strategi bagi memastikan hasil
pembelajaran yang efektif sebagaimana diperlukan dalam sesuatu kajian.
Akhirnya hasil kajian diperoleh akan membantu untuk proses
penambahbaikan kelak.

Sesungguhnya, perjalanan akademik saya tidak berakhir di sini, begitu juga


kepada pendidik di luar sana, kerana selagi nyawa di kandung badan,
destinasi untuk mencari ilmu tiada titik perhentiannya. 'Selamat Hari Guru
Tahun 2017' dan 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

KONSEP DAN DEFINISI


Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang
dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi kendiri.  Ia juga pembangunan potensi manusia
melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu,
menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individi
mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan serta kreatif
menghadapi  segala cabaran hidup.( Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001,
Gelpi 1995).
Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Brerterusan sebagai prose sepanjang hayat yang
terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembeajaran.

PSH dilalaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu:

1, Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.

2, Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang diperlukan untuk
memulakan kerjaya.

3, Pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di instituasi pengajian tinggi.
4, Latihan dalam perkhimatan (job trining) yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan
profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.

5, Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri
menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian

LITERASI MAKLUMAT DAN PSH


Untuk memperkasakan penguasaan literasi maklumat, proses PSH perlu dilaksanakan secara konsisten.
Kedua-dua jelas mempunyai hubung kait di antara satu sama lain seperti berikut:

1, Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri:


Kedua-dua proses berjalan berasaskan inisiatif dan motivasi kendiri setiap individu tanpa memerlukan
arahan atau panduan individu yang lain. Walau bagaimanapun, bimbingan atau nasihat individu yang
berpengalaman boleh membantu dalam kedua-dua proses tersebut.

2, Berpotensi membangunkan kuasa-kendiri :


Kedua-dua proses berpotensi membangunkan kuasa-kendiri setiap individu ke tahap yang lebih baik
dalam kehidupan tanpa mengira latar belakang ekonomi atau social (umur, agama, bangsa dan status).

3, Bersifat benar-kendiri :
Kedua-dua proses akam menjadikan seorang indvidu celik maklumat dan pengetahuan serta berpotensi
menjadikannya seorang yang berilmu dan bermoral.

Anda mungkin juga menyukai