Anda di halaman 1dari 11

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)

Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development


Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016

KESESUAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN TERADUN


DARI SUDUT PANDANGAN PELAJAR
PASCASISWAZAH
Nurul Nadirah Binti Mohd Kasima, Fariza Khalid a
a
Fakulti Pendidikan ,Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Selaras dengan perkembangan penggunaan teknologi dalam memperkasa bidang pendidikan, pelbagai
pendekatan telah diserapkan dalam pelaksanaan proses pembelajaran para pelajar di institusi pengajian tinggi
termasuklah pendekatan secara teradun (blended learning). Pendekatan yang melibatkan proses secara
bersemuka dan dalam talian mendapat reaksi berbeza dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini bertujuan untuk
meneroka jangkaan pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun dan sejauhmanakah pembelajaran
teradun dapat menjana pemikiran kritikal pelajar. Kajian secara kualitatif ini melibatkan sepuluh orang pelajar
pasca siswazah yang dipilih secara bertujuan dan dikenalpasti telah melalui pengalaman pembelajaran secara
teradun bagi beberapa kursus di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Data kajian dikumpul
melalui temubual separa berstruktur manakala analisis data dilaksanakan secara analisis bertema. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa jangkaan pelajar terhadap pembelajaran teradun adalah positif. Selain itu,
penggunaan pembelajaran teradun ini telah membantu untuk mempertingkatkan lagi kemahiran kritikal
pelajar. Ini juga berkaitan dengan gaya belajar mereka sendiri, persekitaran kerja, pengalaman bekerja dan
sikap. Walaubagaimanapun bukan semua pelajar dapat menjana pemikiran kritikal mereka atas sebab
beberapa faktor yang dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Kata Kunci: pembelajaran teradun, jangkaan siswazah, pemikiran

1. Pendahuluan

Kemunculan pembelajaran teradun sebagai pendekatan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran
bersemuka dapat mempertingkat dan memperkasa pembelajaran serta berpotensi mengubah landskap
pendidikan tinggi sedia ada. Pembelajaran secara teradun (blended learning) merupakan satu pendekatan yang
menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian (Farahiza 2010). Fokus
pembelajaran secara teradun ini bukan sahaja melibatkan jenis platform yang digunakan, tetapi juga
melibatkan bagaimana seseorang pensyarah itu melaksanakan kelas atau sesuatu pengajaran dan model
pengajaran yang digunakan mengikut gaya pembelajaran para pelajar. Selaras dengan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat dalam dunia tanpa sempadan, lonjakan ke-11
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) iaitu menambahkan kandungan dalam
talian untuk perkongsian dan penyampaian pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) dan dasar e-
Pembelajaran Negara yang mana memerlukan setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melaksanakan sekurang-
kurangnya 30% kurikulum kursus dalam mod teradun (blended), telah memberi cabaran kepada setiap IPTA
untuk melaksanakan pembelajaran secara teradun.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 639

Kebanyakan institusi pengajian tinggi telah mengadaptasi serta melaksanakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelaksanaaan ini membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara lebih fleksibel di mana maklumat dan bahan
pembelajaran boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kaedah pembelajaran yang menyediakan
pengalaman yang unik ini dapat diterapkan dengan pelaksanaan PdP dalam persekitaran maya yang berfungsi
sebagai medium sebaran bahan pembelajaran yang lebih berkesan (Pardamean & Suparyanto, 2014).
Teknologi membantu proses PdP menjadi lebih menarik dan memudahkan maklumat disebar dan diterima
oleh pelajar dengan pelbagai kaedah (Park & Mills, 2014; Wichadee, 2015). Pembelajaran secara dalam talian
ini boleh dilaksanakan mengikut gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai mengikut kesesuaian masa dan
tempat(Mad Noor, & Mohd Hanafiah 2012).
Kajian lepas menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran masih di tahap yang
sederhana di mana tidak semua pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di dalam
talian sama ada dari segi perbincangan, interaksi sosial dan apa jua aktiviti yang dilakukan yang memerlukan
penglibatan pelajar (Shahfiezul, & Fariza 2015). Namun dengan adanya pelbagai kaedah pengajaran yang
diperkenalkan di institusi-institusi pendidikan tinggi seperti pembelajaran secara teradun, flipped classroom
dan Massive Open Online Course (MOOC)(Mad Noor, & Mohd Hanafiah 2012), dapat memperluaskan akses
pendidikan dan menawarkan pembelajaran yang lebih sesuai dengan kepelbagaian gaya belajar
pelajar(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Sehubungan itu, melalui kaedah-kaedah pengajaran ini
dapat merangsang keterlibatan pelajar dalam PdP. Ini ditekankan lagi dalam lonjakan ke Sembilan PPPM(PT)
2015-2025 iaitu model pembelajaran secara teradun akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua
IPT(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Hal ini kerana pelajar akan mendapat manfaat daripada
prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi seperti sidang video, siaran langsung dan MOOC.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara teradun seharusnya memberi impak yang positif dalam
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar secara langsung. Namun demikian, semenjak dasar
e-Pembelajaran Negara diperkenalkan pada tahun 2011, didapati tidak banyak kajian yang memberi perhatian
terhadap jangkaan para pelajar IPTA terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara teradun dan
sejauhmana pendekatan ini dapat mempertingkatkan pemikiran kritikal pelajar. Kefahaman tentang jangkaan
pelajar dan penjanaan pemikiran kritikal pelajar dalam hal ini sangat penting kerana mereka merupakan
pelanggan utama kepada sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti dari aspek jangkaan pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun dan
sejauhmanakah pembelajaran teradun dapat menjana pemikiran kritikal pelajar.

2. Model-model dalam Pembelajaran Teradun

Terdapat enam model utama untuk pembelajaran teradun dari perspektif pelajar iaitu (a) face-to-face
model, (b) model putaran (Rotation model), (c) model flex (Flex model), (d)model makmal dalam talian (Lab
online model), (e) self-blend model, dan (f) online driver (Horn & Staker, 2011). Setiap model mempunyai
dimensi yang berbeza kerana setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza untuk mendapatkan pengalaman
pembelajaran yang merujuk kepada beberapa dimensi termasuklah peranan guru, penjadualan, fizikal ruang
(bilik kuliah) dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.Rajah 1 menunjukkan hubungan
pembelajaran teradun dengan amalan pendidikan yang lain.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 640

Pembelajaran Secara Pembelajaran Dalam


Bersemuka Talian

Pengajaran Pengajaran Pembelajaran di Pembelajaran


Tradisional menggunakan dalam talian dalam talian
Teknologi secara tidak sepenuh masa
formal

PEMBELAJARAN TERADUN

Model Model Model Model


Putaran Flex Self-Blend Enriched
Virtual

Model Putaran Stesen

Model Putaran Makmal

Model Flipped Classroom

Model Putaran Individu


Rajah 1: Hubungan pembelajaran teradun dengan amalan pendidikan lain.

Keberkesanan perlaksanaan model pembelajaran teradun dalam pengajaran dan pembelajaran menyediakan
pengalaman yang unik untuk pelajar. Melalui model-model yang disediakan, pensyarah boleh memilih mana-
mana model untuk dilaksanakan dalam sesuatu kursus yang ingin dijalankan mengikut kesesuaian topik dan
gaya pembelajaran pelajar supaya ianya menghasilkan pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar. Selain itu,
bahan pembelajaran yang dihasilkan oleh pensyarah berkeupayaan untuk digunakan semula dengan sedikit
penambahbaikan dan membolehkan pelajar merujuk dan melihat semula untuk tujuan pembelajaran pada bila-
bila masa. Kesan daripada pelaksanaan model ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi
secara dalam talian di antara pensyarah dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar serta dapat melakukan
penerokaan pengetahuan berpandukan bahan yang telah disediakan (Yuen, 2011).
Di dalam model putaran, terdapat empat model di bawahnya iaitu setiap model menepati ciri-ciri
pembelajaran teradun dan sesuai dilaksanakan bagi yang memerlukan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran mengikut kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza (Felder & Brent, 2005). Apabila kaedah pengajaran yang dijalankan bersesuaian
dengan gaya pembelajaran pelajar, maka ilmu pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan lebih
lama serta ianya dapat digunakan kembali apabila diperluan dan mempunyai sikap yang positif terhadap
pembelajaran mereka.
Model flex lebih kepada pelajar bergerak secara sendiri dan ada juga perjumpaan secara bersemuka. Model
ini lebih berpusatkan pelajar dan sesuai untuk pelajar yang inginkan ruang mereka sendiri (self-pace).
Manakala model makmal dalam talian pula, model ini lebih kurang sama dengan model putaran lab yang
mana dalam model ini ianya bergantung kepada platform dalam talian untuk menyampaikan keseluruhan
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 641

kursus secara dalam talian tetapi dalam persekitaran makmal di dalam kampus (Horn & Staker, 2011).
Terdapat juga pembelajaran berlaku secara konvensional.
Bagi self-blend model, kursus ini sepenuhnya secara dalam talian dan sentiasa dilakukan pada jarak jauh
tetapi pembelajaran tradisional dilakukan di kampus. Model ini lebih sesuai untuk pelajar separuh masa yang
memerlukan banyak komitmen pada kerja dan pembelajaran tradisional dilaksanakan pada hari khamis jumaat
atau hujung minggu. Masa memainkan peranan penting bagi pelajar dalam model ini. Model Enriched-Virtual
seperti model self-blend tetapi yang membezakan kedua-duanya adalah pembelajaran secara tradisioanal bagi
model Enriched-Virtual hanya sebagai tambahan jika memerlukan (Staker & Horn, 2012).
Kesimpulannya, daripada model-model yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa model
pembelajaran teradun yang diamalkan dalam PdP untuk pelajar sarjana di Fakulti Pendidikan adalah model
putaran stesen, model flipped classroom dan model flex. Ketiga-tiga model yang digunakan ini sesuai untuk
pelajar sarjana kerana bagi model putaran stesen ini ianya merangkumi pembelajaran secara bersemuka dan
dalam talian. Selain itu, pelaksanaan PdP melibatkan silih ganti aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran
secara berkumpulan, projek kumpulan, tutorial, tugasan dan hands-on. Bagi model flipped classroom pula,
ianya sesuai untuk pelajar sarjana kerana kaedah PdP sebegini menjadikan pelajar berusaha lebih dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka serta tidak terlalu bergantung kepada pensyarah semata-mata.
Apabila mereka mempelajari dan meneroka dahulu apa yang akan dipelajari, semasa perbincangan di dalam
kelas setiap pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti perbincangan dan pembelajaran di
dalam kelas.
Model flex pula sesuai digunakan untuk pelajar sarjana kerana bahan pembelajaran dan arahan
disampaikan melalui dalam talian serta pelajar bergerak secara individu. Ini sesuai dengan pelajar separuh
masa kerana mereka tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya secara bersemuka. Apabila adanya bahan
dan pembelajaran secara dalam talian ini, membolehkan mereka belajar di mana-mana dan pada bila-bila
masa. Kaedah PnP sebegini adalah sangat fleksibel kerana bagi pelajar separuh masa, masa adalah suatu
kekangan bagi mereka.
Walaubagaimanapun, model-model ini perlu diubahsuai mengikut topik dan gaya belajar pelajar sarjana di
mana pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berbeza bagi setiap pelajar. Hal ini kerana, apabila
kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran direka bentuk mengikut gaya belajar pelajar, mereka lebih
cepat faham apa yang mereka pelajari dan berpotensi untuk berjaya serta dapat melibatkan diri dalam setiap
aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Satu pengajaran yang berkesan dapat dicapai dengan menggabungkan
kelebihan persekitaran web dengan interaksi bersemuka dalam kursus-kursus yang mempunyai unsur-unsur
yang lebih visual (Yapici & Akbayin, 2012).

3. Metodologi Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengenal pasti dari aspek
jangkaan pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun dan sejauhmanakah pembelajaran teradun dapat
menjana pemikiran kritikal pelajar. Teknik pengumpulan data kajian ini pula adalah temu bual separa
berstruktur.

3.1. Pensampelan

Dalam kajan ini, pensampelan bertujuan dipilih berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus
penyelidikan (Noraini, 2013). Penyelidik memilih responden yang mempunyai ciri tertentu berdasarkan
pelajar yangtelah menduduki kelas yang melaksanakan pembelajaran secara teradun, pelajar separuh masa
dan sepenuh masa, semester semasa, dan meminta persetujuan mereka untuk menjalankan temu bual. Ciri-ciri
dikenalpasti supaya maklumat yang diperolehi menepati apa yang diinginkan. Kajian ini melibatkan seramai
10 orang pelajar pascasiswazah yang dipilih sebagai sampel untuk ditemu bual. Antara sampel yang telah
dipilih adalah terdiri daripada enam orang pelajar sepenuh masa dan empat orang pelajar separuh masa.
Seramai 10 orang pelajar pascasiswazah dipilih terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Sarjana
Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa
menjalankan temu bual, pelajar tersebut telah menduduki kelas yang melaksanakan pembelajaran secara
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 642

teradun. Pelajar ini dipilih secara bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan jangkaan mereka
terhadap pembelajaran teradun dan sejauhmana pembelajaran teradun ini dapat merangsang pemikiran kritikal
pelajar.
Sampel dalam kajian ini bersaiz kecil selaras dengan pendekatan penyelidikan kualitatif yang
membenarkan bilangan pensampelan kecil bagi tujuan perlaksanaan kajian yang lebih berfokus, terperinci dan
mendalam (ODonoghue, 2007). Menurut Noraini (2013), penyelidik perlu menyedari bahawa ciri sampel
yang penting bukanlah saiz tetapi sejauh mana sampel itu dapat mewakili populasi. Dapatan ini bukan
bertujuan untuk digeneralisasikan tetapi lebih kepada memahami satu fenomena khusus mengenai jangkaan
dan pemikiran kritikal pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun.

3.2. Pengumpulan Data

Data kajian ini dikumpul melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Temu bual adalah kaedah yang
sesuai digunakan bagi mengumpul data kajian secara kualitatif. Ia melibatkan aktiviti seorang penyelidik
untuk mendapatkan jawapan atau maklumat yang diperlukan daripada responden (Robson, 2002). Menurut
Walliman (2011), protokol temu bual merupakan alat ukur yang perlu dirancang dengan tersusun kerana
kualitinya akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhan. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan temu bual separa berstruktur. Temu bual separa berstruktur mempunyai ciri yang hampir sama
dengan temu bual berstruktur. Menurut Noraini (2013), jenis temu bual ini melibatkan usaha penyelidik untuk
mengutarakan persoalan yang boleh berubah-ubah dari segi urutan, cara soalan diaju dan bentuk soalan
bergantung kepada reaksi responden. Untuk memperkukuhkan lagi maklumat yang diberikan oleh responden,
penyelidik perlu mengutarakan soalan-soalan susulan berdasarkan apa yang dirasakan perlu ketika temu bual
dijalankan.
Perisian komputer telah dibina untuk membantu penyelidik menganalisis data kualitatif secara sistematik
(Noraini, 2013). Oleh itu, dalam kajian ini perisian Nvivo digunakan untuk memudahkan penyelidik
menyimpan data, mengurus, mengakses dan menganalisis data kualitatif iaitu data yang tidak berstruktur dan
tidak mempunyai rangka yang kompleks. Data-data dan ribuan maklumat yang dikumpul dikelaskan dan
disusun dalam perisian NVivo.

4. Dapatan dan Perbincangan

Tujuan analisis adalah untuk mencari perbezaan dan persamaan jawapan daripada responden berpandukan
persoalan kajian seperti berikut:
i. Apakah jangkaan pelajar apabila pensyarah memperkenalkan pembelajaran teradun dan apakah yang
pelajar harapkan daripada pensyarah?
ii. Sejauhmanakah pembelajaran teradun dapat merangsang pemikiran kritikal pelajar?

Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden secara umum iaitu umur, jantina, status perkahwinan dan
bilangan anak. Seorang responden adalah lelaki dan Sembilan orang adalah perempuan. Julat umur responden
adalah antara 24 tahun hingga 41 tahun yang mana majoriti mereka terdiri daripada berumur 25 dan 26 tahun.
Sebilangan kecil telah berkahwin (40%) dan mempunyai anak (30%).

Jadual 1: Latar Belakang Responden

Pelajar Umur Jantina Status perkahwinan Bilangan anak


U1: 24 L: Lelaki B: Bujang A: lahir -1 tahun
U2: 25 P: Perempuan K: Berkahwin B: 3-8 tahun
U3: 26
U4: 27
U5: 28
U6: 30
U7: 34
U8: 41
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 643

Hafiz U8 L K A, B
Hidayah U3 P B -
Husna U5 P B -
Izzati U4 P B -
Lydia U3 P B -
Nashasha U1 P B -
Naziha U2 P K -
Nurul U6 P K A
Shila U7 P K A, B
Syafiqah U2 P B -

Jadual 2 menunjukkan identiti profesional pelajar secara umum iaitu semester semasa, pengalaman
bekerja, gaya belajar, dan komiten. Seramai 60% adalah pelajar sepenuh masa dan 40% adalah separuh masa.
separuh daripada responden (50%) adalah pelajar semester tiga dan selebihnya semester dua (20%), semester
4 (10%) dan semester 6 (20%). Terdapat seorang responden tidak mempunyai pengalaman bekerja (10%),
seramai 50% mempunyai pengalaman bekerja antara satu bulan hingga satu tahun, mempunyai pengalaman
bekerja selama dua tahun (10%) dan pengalaman bekerja antara 10 hingga 13 tahun (20%).

Jadual 2: Identiti Profesional Pelajar

Pelajar Bentuk pendaftaran Semester semasa Pengalaman bekerja


P1: Sepenuh masa S1: 2 B1: tiada pengalaman
P2: Separuh masa S2: 3 B2: 1 bulan -1tahun
S3: 4 B3: 2 tahun
S4: 6 B4: 10 13 tahun

Hafiz P1 S2 B4
Hidayah P1 S2 B2
Husna P2 S4 B3
Izzati P1 S2 B2
Lydia P1 S3 B1
Nashasha P1 S1 B2
Naziha P2 S1 B2
Nurul P2 S4 B3
Shila P2 S2 B4
Syafiqah P1 S2 B2

5. Jangkaan Pelajar Apabila Pensyarah Memperkenalkan Pembelajaran Teradun

Secara umumnya jangkaan pelajar meliputi jangkaan terhadap bahan atau pautan untuk pembelajaran yang
diberikan oleh pensyarah, pelaksanaan pembelajaran, pelaksanaan kelas (meliputi kurang kelas, kelas
dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian, jadual waktu dan sebagainya), perbincangan, tugasan,
penilaian dan maklum balas daripada pensyarah. Antara jangkaan pelajar terhadap bahan atau pautan bacaan
untuk pembelajaran apabila pembelajaran teradun dilaksanakan adalah seperti:

Pensyarah akan bagi nota dalam bentuk power point, pdf atau Microsoft word untuk topik
pembelajaran yang hendak dipelajari. (Hidayah)

Terdapat pelajar menjangkakan bahan akan diberikan secara dalam talian. Sebagai contoh, Syafiqah
menyatakan:

Dari segi bahan dan nota mesti pensyarah akan beri dalam bentuk dalam talian. (Syafiqah)
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 644

Salah seorang daripada mereka mengharapkan bahan diberikan sebagai rujukan untuk ulangkaji:

Saya mengharapkan pensyarah memberi bahan dan link untuk bacaan yang mana bahan bacaan
adalah untuk ulangkaji manakala link untuk bacaan sebagai bahan bacaan sokongan kepada
ulangkaji tersebut. (Naziha)

Mereka menggunakan bahan yang diberikan oleh pensyarah sahaja kerana mereka menjangkakan bahawa
mungkin setakat itu sahaja pensyarah hendak pelajar tahu:

Biasanya saya akan menggunakan bahan yang pensyarah berikan sahaja kerana memang pensyarah
sudah guna pakai nota yang diberikan dan mungkin setakat itu sahaja yang beliau hendak kita tahu.
(Syafiqah)

Sementara itu, salah seorang daripada mereka menjangkakan bahawa apabila pembelajaran teradun ini
dilaksanakan pembelajaran menjadi lebih menarik kerana boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja:

Pembelajaran akan lebih menarik kerana kita mempunyai empowerment untuk melaksanakan
pembelajaran secara ubiquitous iaitu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. (Hafiz)

Dari sudut pelaksanaan kelas pula, seorang pelajar menjangkakan bahawa kelas tidak akan dijalankan pada
setiap minggu kerana pembelajaran boleh dilakukan secara maya dan ianya boleh dijadikan sebagai self pace
atau self directed learning. Sebagai contoh salah seorang daripada responden menyatakan:

Yang pertama jangkaan saya adalah setiap minggu mesti tidak ada kelas. Kerana pembelajaran
secara maya ini ianya boleh dilaksanakan pembelajaran sama ada di dalam kelas apabila pensyarah
itu menggunakan bahan secara dalam talian untuk digunakan sebagai bahan mengajar. Kedua
adalah ianya boleh dijadikan sebagai untuk self pace atau self directed learning. Iaitu pelajar
mencari bahan sendiri menggunakan sumber yang ada di dalam talian tersebut. Oleh yang
demikian, sebab itu saya jangkakan setiap minggu tidak ada kelas. (Hafiz)

Sementara itu, terdapat juga pelajar menjangkakan bahawa kurang kelas diadakan dan ada yang
menjangkakan kelas diadakan dua minggu sekali dan akan diadakan secara dalam talian (Izzati dan Lydia).
Manakala bagi Husna dan Nashasha, mereka menjangkakan kelas akan diadakan sama rata iaitu 50% secara
bersemuka dan 50% lagi secara dalam talian. Namun yang demikian, salah seorang daripada responden ini
(Shila) sudah menjangkakan pembelajaran akan diadakan secara teradun kerana jika pergi mana-mana pun
akan ada campuran dan persekitaran kerja juga melaksanakan pembelajaran secara teradun contohnya apabila
mengikuti mana-mana kursus kerja.
Berlainan pula dengan Syafiqah yang mana beliau menjangkakan dari segi pengajaran pensyarah dan
jadual waktu pengajaran kelas tersebut di mana pensyarah menyediakan jadual waktu bagi kelas yang
dilaksanakan secara bersemuka serta secara dalam talian, begitu juga waktu yang diperlukan diadakan kelas:

Dari segi untuk mengajar, saya jangkakan waktu ada kelas pensyarah akan mengajar dan waktu
yang tiada kelas mungkin beliau akan bagi nota dan sebagainya. Pensyarah mengajar tetapi
mungkin kita boleh baca dan dapatkan sendiri. Contohnya, pensyarah kata hari ini kelas kita
melalui maya sahaja dan awak cari mengenai sekian-sekian dan nanti kita bincang. Jadi saya
fahamkan bahawa kita cari sendiri. (Syafiqah)

Tambahan pula,

Saya jangkakan akan ada kelas dan saya harapkan pensyarah sediakan jadual bila masa kelas secara
bersemuka dan bila masa kelas dalam talian atau ada selangnya atau pun sebelum cuti pertengahan
kita akan jumpa selalu dan selepas cuti pertengahan kita akan buat secara dalam talian sahaja atau
bila ada kelas dan bila tiada kelas. (Syafiqah)
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 645

Dari segi perbincangan dan tugasan pula, Izzati menjangkakan bahawa mungkin perbincangan akan lebih
diadakan secara dalam talian dan tugasan juga dihantar secara dalam talian. Setelah menghantar tugasan, para
pelajar mengharapkan pensyarah untuk menyemak dan memberi maklum balas setiap tugasan yang dihantar
sama ada secara bersemuka atau pun secara dalam talian. Contohnya, saya mengharapkan pensyarah akan
semak dan bagi maklum balas secara bersemuka supaya kita dapat tahu secara terus apa kesalahan kita,
maksudnya kita dah hantar dahulu tugasan tersebut dan pensyarah semak kemudian secara bersemuka
pensyarah memberitahu atau memaklumkan perkara yang kurang dan penambahbaikan yang perlu dibuat dan
selepas itu kita akan hantar semula penambahbaikan tersebut jika ada (Hidayah, Lydia, Nashasha, Naziha dan
Syafiqah).
Dapatan menunjukkan bahawa jangkaan pelajar terhadap pembelajaran teradun meliputi: bahan atau link
untuk pembelajaran, pelaksanaan kelas, perbincangan, tugasan, penilaian dan maklum balas (Lihat rajah 1).

Rajah 1: Jangkaan pelajar terhadap pembelajaran teradun

Dapatan menunjukkan jangkaan pelajar terhadap pembelajaran teradun adalah positif yang mana ianya
selari dengan konsep pembelajaran teradun iaitu segelintir mereka menjangkakan kurang kelas diadakan dan
pelaksanaan kelas dilaksanakan secara sama rata iaitu 50% secara bersemuka dan 50% lagi secara dalam
talian. Ini adalah bertepatan dengan konsep pembelajaran teradun yang mana pembelajaran dilaksanakan
secara bersemuka dan secara dalam talian. Pandangan atau jangkaan pelajar terhadap proses pembelajaran
teradun adalah berbeza mengikut gaya pembelajaran mereka. Yang mana seorang daripada responden
menjangkakan pembelajaran, perbincangan dan penghantaran tugasan adalah secara dalam talian. Ini adalah
kerana beliau lebih suka jika pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian. Ini bersesuaian dengan gaya
belajar beliau iaitu visual, taktual dan kinestetik.
Selain itu, jangkaan pelajar terhadap maklum balas diberikan secara bersemuka adalah kerana gaya
pembelajaran mereka lebih kepada audiotori. Manakala pelajar yang menjangkakan bahan diberikan dalam
bentuk PowerPoint, pdf atau Microsoft Word dan pembelajaran menjadi lebih menarik adalah kerana gaya
pembelajaran mereka lebih kepada visual.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 646

6. Pembelajaran Teradun dan Pemikiran Kritikal

Pembelajaran teradun dapat merangsang pemikiran kritikal pelajar yang mana kemahiran berfikir aras
tinggi merupakan aras yang paling tinggi dalam peringkat proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang
menggunakan tahap pemikiran secara maksimum, menginterpretasi, analisis dan memanipulasikan maklumat
tersebut untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh responden ini menggunakan pemikiran yang kritikal
dalam meneroka, menganalisis, mensintesis dan mereka cipta satu video korporat tanpa bantuan orang lain:

Saya suka belajar sendiri, buat sendiri sesuatu perkara dan cari sendiri apa jua maklumat dan baru
saya akan faham. Contohnyasaya diberi tugas untuk membuat video korprat. Saya tidak suka cari
sesuatu bahan tersebut contohnya youtube, saya ambil sikit-sikit daripadanya dan saya masukkan
dalam video yang saya nak buat. Sebaliknya saya akan pergi sendiri untuk ambil gambar yang
saya inginkan sebab saya tidak puas hati dengan gambar yang tersedia ada. (Hafiz)

Beliau turut menambah,

Saya lebih suka teroka berapa banyak perisian yang ada dan saya cuba setiap satu. Apabila saya
jumpa perisian yang sesuai, saya cuba untuk buat sendiri. (Hafiz)

Apabila melakukan sesuatu perkara, ianya dapat merangsang pemikiran kritikal seseorang dan
membuatkan seseorang itu berpengalaman tentang perkara tersebut. Maka pengetahuan tentang pembelajaran
itu akan menjadi lebih kuat. Kebanyakan daripada responden lebih suka mencari bahan rujukan lain selain
daripada apa yang telah diberikan oleh pensyarah dengan syarat pensyarah tersebut perlu memberitahu dahulu
topik yang hendak dibincangkan untuk kelas seterusnya dan selepas itu mereka akan meneroka dan mencari
atau mendapatkan sendiri maklumat lanjut mengenainya (Hafiz, Hidayah, Nurul).
Sehubungan dengan itu, melalui pembentangan dan perbincangan juga dapat merangsang pemikiran
kritikal pelajar yang mana apabila seseorang ingin membuat pembentangan, ini bermakna mereka sudah
mengkaji mengenai topik tersebut dan mereka boleh menerangkan kepada pelajar lain mengenai topik yang
dibentangkan. Apabila terdapat sebarang pertanyaan, walaupun soalan tersebut berbelit dari segi ayatnya
mereka masih boleh menjawabnya. Semasa sesi soal jawab ini kognitif seseorang berfungsi dan lebih
berfungsi apabila perdebatan berlaku:

Contohnya tajuk community of practice (CoP), maknanya pelajar tesebut telah baca tentang apa itu
CoP dan sebagainya. Apabila kita tanya sebenarnya kita nak mengukuhkan pandangan kita iaitu yang
pertama kita nak tahu betul atau tidak apa yang kita faham. Yang kedua, semasa perbentangan kita
akan dibimbing oleh pensyarah tersebut. Maka kita tanya itu sebenarnya ia adalah serampang dua
mata iaitu kita tanya orang itu, jadi kita nak tengok apa yang kita bagi pandangan itu, pensyarah akan
respon dengan kita atau tidak. Kalau kita salah, maka dia akan bagitahu itu salah. Kalau betul, dia
akan bagitahu itu betul. (Hafiz)

Apabila ada perbincangan kita dapat tahu dengan lebih jelas sesuatu benda itu apabila kita tidak
faham sangat. Contoh dalam satu kumpulan ada lima orang dan dalam lima orang tersebut mesti ada
yang faham tentang community of practice. Mungkin dia lebih faham tentang community of practice
yang mana saya tidak faham tentang CoP. Apabila membuat perbincangan di dalam kumpulan
tersebut, saya akan tahu rupanya CoPmacam ini. (Izzati)

Sebenarnya apa yang telah dipelajari amat berguna kepada pelajar untuk masa sekarang dan akan datang.
Yang mana pelajar perlu lebih banyak meneroka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam
selain apa yang telah diterangkan oleh pensyarah. Walaupun penerokaan ini memerlukan pemikiran kritikal
pelajar, tetapi diakhirnya amat berguna untuk mereka seperti yang dikatakan oleh responden ini:

Contoh subjek seminar aliran terkini, pada saya banyak tajuk yang berguna seperti CoP yang mana
sebenarnya kita sudah alami lama cuma kita tidak tahu yang kita alami itu adalah teori CoP. Saya
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 647

mencari juga dan saya belajar untuk saya tahu perkara tersebut untuk apa. (Syafiqah)

Sesetengah pelajar memerlukan rakan berkumpulan dan perbincangan untuk mendapatkan idea sesuatu
konsep, perkongsian maklumat dan ulang kaji. Ini kerana tidak semua orang mempunyai pemikiran
kritikaluntuk menganalisis dan mengsintesis sesuatu maklumat. Sebagai contoh:

Dari sudut perbincangan atau dari segi brainstorming, saya perlukan rakan secara berkumpulan.
Jika tidak secara berkumpulan bagaimana saya nak dapatkan idea sesuatu konsep. Contohnya
apabila kita dalam situasi pembelajaran, kita akan kaitkan dengan konteks kehidupan kita dengan
pengalaman dan pengalaman kita adalah terhad kerana mungkin gaya kehidupan dan gaya kerja
saya dari sudut lain. Dan dari sudut orang lain mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza dari
segi konteksnya. (Hafiz)

Tambahan pula,

Kita berkongsi maklumat antara satu sama lain yang mana kadang-kadang ketiga-tiga ahli
kumpulan mempunyai pemahaman yang berbeza. (Hafiz)

Dengan umur yang macam ini dan untuk mendapatkan pengetahuan, macam saya jenis yang nak
pengetahuan yang lebih dan saya tidak suka input sahaja, maka saya lebih suka kita berkongsi
bersama iaitu kita cari bahan sama-sama seperti flipped learning selepas itu kita bincang bersama.
Ini kerana saya tidak suka semuanya diberi dan apabila diberi sahaja, kita akan ada komunikasi
satu hala sahaja. (Shila)

Dapatan menunjukkan penggunaan pembelajaran teradun ini telah membantu untuk mempertingkatkan lagi
kemahiran kritikal pelajar. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh (Mosalanejad, Alipor, & Zandi,
2010) iaitu dengan menggunakan kaedah pembelajaran teradun dalam pengajaran dengan menggunakan
teknik pedagogi baru akan membangunkan atau meningkatkan pemikiran kritikal pelajar dan mendalami
pembelajaran tersebut. Sebilangan besar pelajar bersetuju dengan penggunaan pendekatan pembelajaran
teradun ini telah memberi peluang kepada mereka untuk lebih meneroka sendiri (self-explotory) bahan dan
sumber rujukan lain, mendalami pembelajaran tersebut, berpengetahuan luas mengenai topik tersebut dan
topik yang berkaitan, meningkatkan konstruktivisme pelajar dan meningkatkan pemahaman pelajar. Selain
itu, pemikiran kritikal ini membantu pelajar dalam menganalisis penyataan dan mencari bukti yang kukuh
sebelum membuat sebarang keputusan.
Pencambahan atau penjanaan pemikiran kritikal pelajar melalui penglibatan mereka dalam pembelajaran
teradun ini adalah bergantung kepada setiap individu. Ini adalah kerana daripada dapatan, didapati bahawa
rangsangan terhadap pemikiran kritikal pelajar boleh juga disebabkan oleh sikap dan faktor luaran yang lain.
Selain itu, kekurangan pengalaman bekerja juga menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih kritis
dan kreatif. Ini kerana kurangnya pendedahan sosial yang membolehkan mereka saling bertukar pendapat dan
idea serta mempelajari setiap pengalaman yang diperolehi.
Justeru itu, untuk meningkatkan pemikiran kritikal pelajar ini seperti mana yang dikatakan oleh
(Mosalanejad et al., 2010) adalah penting bagi para pensyarah mereka bentuk pengajaran dan menggunakan
pedagogi baru akan merangsang dan meningkatkan pemikiran kritikal pelajar dan mendalami pembelajaran
tersebut serta perlu diselaraskan dengan gaya belajar pelajar. Perubahan sikap individu juga penting agar lebih
positif dalam menerima perubahan dari sudut keperluan mereka untuk menggalas lebih banyak
tanggungjawab untuk meneroka sendiri bahan pembelajaran dan tidak lagi hanya bergantung kepada
maklumat daripada pensyarah semata-mata. Perubahan sikap setiap individu harus dipupuk dalam diri mereka
sendiri. Namun demikian, dorongan, nasihat, semangat serta pengaruh positif daripada rakan turut memainkan
peranan yang signifikan. Dengan terbentuknya sikap yang positif ini akan dapat melepasi halangan-halangan
faktor luaran yang menghalang mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran teradun dan
menyebabkan mereka tidak dapat merangsang pemikiran kritikal.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 648

7. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pendekatan pembelajaran teradun ini mempunyai potensi untuk dilaksanakan
secara optimum khususnya di institusi pengajian tinggi serta diterima baik dalam kalangan para pelajar
siswazah. Selain itu, pendekatan ini turut mampu menyuntik kemahiran kritikal pelajar yang mana ianya satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap mahasiswa seiring dengan perkembangan ilmu serta tuntutan pihak
majikan di luar sana. Usaha-usaha yang mantap perlu diteruskan khususnya dalam mereka bentuk pengajaran
secara teradun dengan cara meningkatkan kemahiran para pensyarah sebagai pereka bentuk pengajaran
disamping penilaian perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk proses penambahbaikan.

Rujukan

Farahiza Zaihan Azizan. (2010). Blended learning in higher education institution in Malaysia. In Proceedings of Regional Conference on
Knowledge Integration in ICT 2010 (pp. 454466).
Felder, R. M., & Brent, R. (2005). Understanding Student Differences. Journal of Engineering Education, 94(1), 5772.
Horn, M. B., & Staker, H. (2011). The rise of K-12 Blended learning. Innosight Institute, (January), 18.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mad Noor Mad Japuni, & Mohd Hanafiah Yusof. (2012). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Teknologi
Maklumat & Komunikasi IPG Kampus Tawau. Retrieved July 13, 2016, from
http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/7.pdf
Mosalanejad, L., Alipor, A., & Zandi, B. (2010). A Blended Education Program Based On Critical Thinking And Its Effect On
Personality Type And Attribution. Turkish Online Journal of Distance Education, 11(2), 185197.
Pardamean, B., & Suparyanto, T. (2014). A systematic approach to improving e-learning implementations in high schools. Turkish
Online Journal of Educational Technology, 13(3), 1926.
Park, J. Y., & Mills, K. A. (2014). Enhancing Interdisciplinary Learning with a Learning Management System. MERLOT Journal of
Online Learning and Teaching, 10(2), 299313.
Shahfiezul Shahaimi, & Fariza Khalid. (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ( VLE-FROG ) Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia:
Pelaksanaan dan Cabaran. In Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5 (pp. 2838).
Staker, H., & Horn, M. B. (2012). Classifying K 12 blended learning. Innosight Institute, (May), 22. http://doi.org/10.1007/s10639-007-
9037-5
Walliman, N. (2011). Research Methods The Basics (1st ed.). London and Ney York: Routledge.
Wichadee, S. (2015). Factors Related to Faculty Members Attitude and Adoption of a Learning Management System. Turkish Online
Journal of Educational Technology, 14(4), 5361.
Yapici, . ., & Akbayin, H. (2012). The Effect Of Blended Learning Model On High School Students Biology Achievement And On
Their Attitudes Towards The Internet. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 11(2), 228237.
Yuen, A. H. K. (2011). Exploring teaching approaches in blended learning. Research and Practice in Technology Enhanced Learning,
6(1), 323.

Anda mungkin juga menyukai