Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Modul KEDAP disediakan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai aktiviti dicadangkan di dalam modul KEDAP, tetapi guru boleh mengubahsuai aktiviti tersebut ataupun mencadangkan aktiviti lain yang difikirkan lebih sesuai dengan latar belakang peserta kelas dewasa. Konsep modul Modul KEDAP disediakan mengikut tema literasi fungsian. Bagi setiap tema pelbagai aktiviti dicadangkan mengikut pemeringkatan dan merangkumi subtema yang terkandung dalam tema fungsian. Model pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam Modul KEDAP adalah model pengajaran dan pembelajaran yang meliputi 3 Fasa iaitu Fasa Tambat, Teroka dan Taksir (Model 3T). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam Modul KEDAP mengaplikasikan pelbagai pendekatan bagi membantu peserta menguasai kemahiran asas 3M. Penggabungan aktiviti dalam bilik darjah dengan aktiviti luar bilik darjah, di samping penggunaan ICT sebagai bahan bantu diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan tahap literasi mereka. Model Pengajaran dan Pembelajaran KEDAP Model pengajaran dan pembelajaran melibatkan 3 Fasa iaitu Fasa Tambat, Fasa Teroka dan Fasa Taksir. Fasa 3T dicadangkan bagi membantu tenaga pengajaran mengintegrasikan elemen kandungan dalam kurikulum KEDAP iaitu elemen komunikasi, fungsian, kemahiran sosial dan nilai. Model ini juga membantu tenaga pengajar merealisasikan prinsip-prinsip pembelajaran orang dewasa dan teori andragogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Fasa Tambat adalah fasa permulaan dan pengenalan bagi setiap tema. Tujuan aktiviti dalam fasa ini adalah untuk merangsang pemikiran peserta tentang kepentingan menguasai kemahiran 3M dan menjelaskan fungsian yang berkaitan dengan tema. Fasa Teroka adalah fasa perkembangan di mana peserta menjalankan pelbagai aktiviti hands on di samping tenaga pengajar memberi penerangan dan penjelasan untuk mereka menguasai kemahiran 3M, kemahiran sosial, nilai, dan fungsian. Di fasa ini juga literasi fungsian yang berkaitan dengan pelajaran juga ditegaskan.

Fasa Taksir adalah fasa di mana guru membuat penilaian tentang kemajuan murid melalui aktiviti untuk tujuan pemulihan sebelum peserta bergerak ke aktiviti seterusnya. Jadual 1 menunjukkan fungsi bagi setiap fasa dalam Model 3T: Fasa Tambat (Engange) Fungsi Merangsang pemikiran peserta (stimulate thinking). Menarik minat peserta. Menjelaskan fungsian bagi tema. Menjelaskan keperluan membaca, menulis dan mengira melalui contoh dalam kehidupan harian dan relevan dengan kehidupan harian. Memperkenalkan kandungan yang akan dipelajari. Menghubungkan antara tema dengan tema, dan sub-tema dengan sub-tema.

Teroka (Explore)

Perkembangan kandungan pelajaran melalui: Pelbagai aktiviti hands on untuk pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran. Latih-tubi kemahiran membaca menulis, dan mengira. Memperkenalkan perkataan berkaitan tema dan subtema. Memberi contoh fungsian yang relevan.

Taksir (Evaluate)

Menaksir kemajuan peserta melalui aktiviti dan dijalankan secara tidak formal.

Melalui Model 3T ini, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak begitu rigid selaras dengan prinsip andragogi dan pembelajaran orang dewasa yang memberi fokus kepada proses dan bukan kandungan. Matlamat peserta mengikuti kelas dewasa ditegaskan dalam Fasa Tambat supaya mereka tahu dan sedar akan kepentingan menguasai membaca menulis, dan mengira agar mereka dapat memainkan peranan mereka dalam masyarakat.

Format Modul Setiap tema mengandungi perkara berikut: Tema: Sub Tema: Hasil Pembelajaran: Fungsian: Fasa Tambat: Tempoh: Bahan ABM: Aktiviti: Fasa Teroka Tempoh: Bahan ABM: Aktiviti: Fasa Taksir Tempoh: Bahan ABM: Aktiviti:

Cara Menggunakan Modul Teliti kandungan modul. Tentukan sama ada tempoh, bahan ABM dan cadangan aktiviti yang disediakan sesuai dengan peserta kelas dewasa di sekolah masingmasing. Ubah suai mana-mana perkara yang difikirkan perlu. Menambah baik aktiviti yang dicadangkan dengan: o Memasukkan aktiviti yang lebih sesuai dengan latar belakang dan budaya kaum peserta. o Menggunakan perkataan dalam bahasa kaum Orang Asli/Peribumi semasa memperkenalkan huruf/abjad. o Memperkembangkan kemahiran sosial dan nilai tanpa menyinggung perasaan mana-mana kaum.

Setiap fasa dalam 3T boleh dilaksanakan dalam satu atau lebih masa pengajaran dan pembelajaran dua jam. Kembangkan langkah pengajaran dalam setiap masa dua jam kepada pembelajaran yang meliputi set induksi, perkembangan, penutup dan refleksi. Taksir kemajuan peserta di sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah yang sesuai dan senarai semak yang berkaitan dengan aktiviti.

Tema
Sub Tema

Kekeluargaan
Mengenal diri Saya dan keluarga Saya dan saudara mara

Hasil Pembelajaran

Mengira Menama dan menentukan nilai nombor bulat hingga 10 Menulis angka hingga 10 Menama dan menentukan nilai nombor bulat 11 hingga 20 Menulis angka hingga 20 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor bulat hingga 20

Fungsian Bahan Bantu Mengajar Menyatakan tentang maklumat diri Menyatakan maklumat keluarga Menyatakan maklumat saudara mara keluarga terdekat Menyatakan peranan ibu bapa dalam keluarga Menyatakan kepentingan nombor dalam kehidupan.

Kad gambar keluarga dan kad nombor, jam dinding, telefon bimbit, telefon awam, nombor pendaftaran kenderaan, kalendar, alat ukur, alat kawalan jauh televisyen / radio / astro / video (remote control), intisari rancangan televisyen.

Fasa Tambat (2 jam) Cadangan Aktiviti Cadangan Langkah Pengajaran

Aktiviti 1

Peserta berbincang tentang nombor dan kepentingan nombor dalam kehidupan harian. Tempoh masa - waktu bekerja/bersekolah Membuat panggilan telefon nombor telefon Tinggi dan berat diri dan keluarga Saiz pakaian Jarak Alamat rumah Nombor kad pengenalan ahli keluarga

Fasa Teroka ( 6 jam ) Cadangan Aktiviti Cadangan Langkah Pengajaran

Aktiviti 1

1. Guru mengemukakan soalan-soalan berkaitan diri dan keluarga kepada peserta. Contoh: 2. Siapakah nama pak cik ? Berapakah ahli keluarga pak cik ? Berapa orang anak lelaki pak cik ? Berapakah jumlah anak pak cik ?

Peserta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru atau rakan berkaitan dengan nombor berdasarkan gambar sebuah keluarga. Ada berapa orang dalam gambar ? Ada berapa orang kanak-kanak ?

3. Peserta mengira dan menamakan nombor dengan bimbingan guru berdasarkan bilangan benda maujud yang ditunjukkan oleh guru : Secara kelas Individu Kumpulan

4. Peserta menulis nombor berdasarkan kepada bilangan objek dalam gambar dengan bimbingan guru.

2
5. Peserta menjalankan aktiviti pengukuhan : (Lembaran kerja 1a 1d) Aktiviti 2 Guru menunjukkan kad gambar bertitik. Peserta 1. Membilang jumlah titik pada kad gambar. 2. Menyebut jumlah bilangan titik dan tulis nombor di papan hitam. 3. Memilih kad secara rawak dan menyebut nombor tersebut. 4. Memilih kad nombor yang disebut oleh rakan. (ulang langkah hingga semua kad telah ditunjukkan) 5. Peserta memadankan kad gambar dengan nombor pada carta.

4 2
6. Peserta menulis nombor yang disebutkan oleh guru atau rakan di udara dan di belakang kawan. 7. Peserta mewarnakan nombor. (Lembaran Kerja 1(e) dan 1(f)) Aktiviti 3 1. Guru menerangkan kepada peserta bahawa sepuluh kubus membentuk satu rod cuissenaire ( 10 ) I rod mewakili 10 2 rod mewakili 20 Membilang satu-satu untuk jumlah kurang sepuluh.

2. Peserta menyebut nombor berdasarkan kad nombor yang ditunjukkan ( 1 hingga 20 ) (ulangi hingga semua kad digunakan ) 3. Guru mengemukakan soalan berkaitan dengan ahli keluarga, saudara mara dan kehidupan harian yang melibatkan nombor 11 20. Berapa jumlah ahli keluarga pak cik ? Berapa umur anak untuk mengambil kad pengenalan ? Berapa umur anak tamat tingkatan 5 ? Berapa umur anak semasa di tingkatan tiga ? Berapa umur anak baru boleh bekerja ?

3. Guru mengemukakan soalan-soalan untuk melengkapkan turutan nombor satu-satu . Contoh :

11 , 12 , 22 , 14 ,

, 22 , 22 ,

, 16 , 17 ,

4. Peserta membuat menjalankan aktiviti pengukuhan : (Lembaran kerja 1(g) hingga 1(j))

Fasa Taksir (2 jam) Cadangan Aktiviti Aktiviti 1 Cadangan Langkah Pengajaran Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah (PLBD) a) Peserta mengenal dan menulis nombor yang terdapat di persekitaran sekolah: Nombor bilik darjah

Nombor pendaftaran kenderaan Membaca dan mendail nombor telefon Menimbang dan mengukur Membilang benda yang berada di persekitaran dan lain-lain.

b) Peserta menyatakan kepentingan mengira dalam kehidupan harian. Aktiviti 2

Peserta melengkapkan Lembaran Kerja 1(j)

10

Anda mungkin juga menyukai