Anda di halaman 1dari 20

Inventori

Personaliti
Sidek (IPS)
Oleh:
Siti Fatimah Bt. Abdul Ghani
Pegawai Psikologi
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Andaian asas pentafsiran profil IPS

Tiada personaliti yang gagal dalam


ertikata yang sebenar.
Tiada individu yang personalitinya
sempurna.
Tiada individu yang personalitinya sifar
atau kosong.
Personaliti adalah kualiti intrinsik
manusia yang boleh berubah.
Panduan pentafsiran IPS
OPSYEN 1
1-30% Rendah
40-60% Sederhana
70-99% Tinggi
OPSYEN 2
Bawah 50% Rendah
Atas 50% Tinggi
Tret personaliti yang diukur alat ukuran
IPS
1. Agresif 9. Ketahanan
2. Analitikal 10. Kritik-diri
3. Autonomi 11. Mengawal
4. Kreatif 12. Menolong
5. Ekstrovert13. Sokongan
6. Intelektual 14. Struktur
7. Berwawasan 15. Pencapaian
8. Kepelbagaian 16. Kejujuran.
Agresif

Skor Tinggi (70 99 %)


Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka
mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain
bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat
anda tercapai.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan
diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada
masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda
membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda.individu pasif
umumnya tidak berupaya menyatakan atau meluahkan perasaannya kepada
orang lain secara langsung.
Analitikal
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada
persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun
situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda
untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat
dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis.
Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan
orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
Autonomi

Skor Tinggi (70 99 %)


Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala
tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti
seharian.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana.
Anda tidak terlalu sukakan kebebasan dan tidak terlalu bergantung
kepada orang lain.

Skor Rendah (1 30 %)
Individu suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat
sesuatu keputusan, invidu sering mengharapkan nasihat, panduan
dan tunjuk ajar daripada orang lain. Menunjukkan anda lebih suka
menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan
keakuran.
Kreatif
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda seorang yang kreatif. Individu kreatif seronok
mencipta sesuatu dan mendapat keseronokan dalam proses
mencipta dan mereka cipta sesuatu hanya untuk tujuan mencipta
semata-mata. Individu berkebolehan mnyesuaikan diri dalam
kebanyakan keadaan dan mampu menggunakan apa-apa yang ada
di depan mata untuk mencapai matlamat.
Skor Sederhana (40 60 %)
Menunjukkan kebolehan kreatif individu adalah pada tahap
sederhana.

Skor Rendah (1 40 %)
Menunjukkan anda seorang yang tidak kreatif. Individu umumnya
mengelak daripada melibatkan diri dalam kerja-kerja kreatif dan
selalunya teruikat dengan sesuatu cara berfikir serta bersifar rigid.
Ekstrovert
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang sosial,mudah mesra dan
mudah membina persahabatan. Anda suka berinteraksi dan
dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk
bersendirian.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak
sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial.
Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan
lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada
situasi kerja bersendirian atau satu sama satu.
Intelektual
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan
tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.
Anda tidak selesa dengan aktiviti yang terlalu bersifat intelek dan
praktikal.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-perkara
yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan
kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang
dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.
Berwawasan
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalahseorang yang berwawasan tinggi.selalu
memikirkan projek seterusnya sebelum projek sedia ada selesai,
sentiasa mencari cabaran baru dan seorang yang berorientasikan
keputusan. Mempunyai kebolehan mengurus apa sahaja situasi yang
mendatang, selalu menetapkan matlamat dan memberi tekanan untuk
mencapainya. Anda mengganggap peluang baru, halangan dan
cabaran sebagai sumber motivasi dan sentiasa mencari jalan
penyelesaian inovatif kpd masalah mendatang.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan keupayaan berwawasan anda di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda adalah individu tidak berwawasan atau keupayaan
berwawasannya rendah.
Kepelbagaian
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat
memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru.
Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu
yang baru. Anda adalah seorang yang adventures.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda tidak suka perubahan dan lebih sukakan situasi
pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi
dan pengalaman-pengalaman baru. Anda seorang yang tertutup
kepada perkara baru dan tidak adventures.
Ketahanan
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan
dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua
tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh
jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental
dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak
bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja
kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai. Anda lebih mudah
berputus asa dan kurang bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Kritik Diri
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya
dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa
bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia
telah mencapai sesuatu dengan jayanya.
Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan mendapat
faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu yang mendapat
skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu.

Skor Sederhana (40 60 %)


Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.
Anda dapat melakukan muhasabah diri dengan baik. 50% adalah skor
terbaik.

Skor Rendah (1 30 %)
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah
orang lain. Anda tidak stabil dr segi emosi dan psikologi.
Mengawal
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin
orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya
memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti Pengurus,
Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera, Ahli politik dan lain-lain.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap
sederhana. Anda boleh jadi pemimpin dan pada masa yang sama boleh
juga jadi pengikut.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Anda suka
dikawal, diarah dan menjadi pengikut setia. Kerjaya utama yang berkaitan
ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.
Menolong
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda sangat suka menolong dan memberi
pertolongan kepada yang memerlukan. Anda mempunyai
keinginan untuk mencurahkan simpati, memberi kasih sayang,
bantuan dan membuat kebajikan kepada orang lain.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang
lain. Anda kuarang keupayaan untuk mencurahkan simpati dan
memberi kasih sayang kepada orang lain. Anda lebih
memfokuskan kepada diri sendiri. Akan memberi pertolongan
sekiranya pertolongan yang diberi akan menguntungkan dirinya.
Sokongan
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk
dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor
rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.selalu mencari peluang dan
ruang agar dirinya dikasihi,difahami dan diberi simpati.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada
orang lain. Anda tidak mempunyai keinginan yang tinggi untuk
dikasihi,difahami dan diberi simpati. Anda bukan seorang yang
sangat mementingkan diri.
Struktur
Skor Tinggi (70 99 %)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-
perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada
kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian
dan berulang-ulang.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap
sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak
berstruktur dan tidak berulang-ulang. Anda selalunya kurang
mementingkan kekemasan,peraturan dan ketelitian.
Skor yang terlalu tinggi dikaitkan dengan manusia perfectionist dan
skor terlalu rendah dikaitkan dengan membuat kerja lebih kurang.
Pencapaian

Skor Tinggi (70 99 %)


Menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka
bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Sangat mementingkan
status dan kuasa dalam kehidupan. Anda tidak mudah mengaku
kalah tetapi sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Skor Sederhana (40 60 %)


Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.

Skor Rendah (1 30 %)
Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu
kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya. Tidak suka
bersaing dengn orang lain dan selalunya tidak memiliki matlamat
hidup yang besar.
Penipuan
Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan
kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung
untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan
dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh
dipercayai.
Skala kurang daripada 50% memperlihatkan anda jujur
dalam memberikan jawapan dan profil yang diperolehi
daripada ujian ini adalah sah dan boleh dipercayai.
Skala ini merupakan skala validiti dan telah
dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.

Anda mungkin juga menyukai