Anda di halaman 1dari 27

Depression , Anxiety &

Stress

Oleh:
Pn. Siti Fatimah Bt. Abdul Ghani
KB03468
Depression (Kemurungan)
Apa itu kemurungan ?
• Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang
yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang
berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat
marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
• Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2
minggu.
• Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak
kira umur, jantina atau bangsa.
• Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-
bulan atau ber tahun-tahun.
Penyebab/ Punca Kemurungan

1. Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku


ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter
Serotonin dan Neropinephine)
2. Baka keturunan : seseorang yang mempunyai
keluarga yang pernah menghidapinya
3. Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan
sokongan keluarga sosial
4. Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi
boleh mencetuskan episod
kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur
hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
5. Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seper
ti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh
menyebabkan kemurungan
6. Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam
pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini
termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri
sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya
7. Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya
mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak
dikawal.
8. Peristiwa lain yang boleh mencetuskan
kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah
atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/
tinggal dengan orang yang menghidap penyakit
tersebut.
9. Kehilangan orang yang disayangi
10. Baru melahirkan anak
Tanda-tanda dan gejala kemurungan

1. Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang


berpanjangan
2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan
aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan
keseronokan
3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
4. Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
5. Perasaan bersalah
6. Rasa diri tidak berguna
7. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau
berlebihan tidur
8. Hilang selera makan dan penurunan berat badan
9. “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan
percubaan bunuh diri
10. Rasa tidak tenteram dan mudah marah
11. Kurang daya tumpuan dan ingatan
12.Sukar membuat keputusan
13.Simptom fisiologi seperti sakit kepala,
sakit-sakit badan dan gangguan
penghadaman
14.Kurang nafsu seksual
15.Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau
menjadi resah gelisah
16.Mudah cemas atau fobia
Siapa yang berisiko??
1. Pernah mengalami kemurungan pada masa
lepas
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap
kemurungan
3. Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes,
Hiper tensi,Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit
Jantung atau kesakitan berpanjangan)
4. Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
7. Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
8. Perceraian
9. Masalah rumahtangga/ Masalah keluarga
10. Penyalahgunaan dadah dan arak
11. Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
12. Mangsa penderaan
13. Tekanan di tempat kerja
14. Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
15. Kecenderungan mudah risau atau bimbang
16. Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas
bersalin)
Kesan sampingan
 Mulut kering : minum air yang banyak,kunyah gula-
gula getah yang kurang gula,bersihkan gigi setiap
hari
 Sembelit : makan bijirin, buah prune,buah-buahan
dan sayur-sayuran
 Masalah pundi kencing
 Masalah seksual
 Penglihatan yang kabur
 Pening
Apa yang perlu dibuat jika anda
mengalami kemurungan
Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan
yang terdekat
Berjumpa dengan kaunselor
Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa
Rehatkan diri dari perkara rutin
Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan
beri keutamaan
Dekatkan diri kepada tuhan
Salah Faham Tentang Kemurungan

Ianya tidak boleh dirawat


Ianya tidak perlu dirawat dan boleh
hilang dengan sendirinya
Ianya sesuatu yang memalukan
Ianya petunjuk seorang yang
mempunyai karektor yang lemah
Anxiety (kebimbangan)
Kebimbangan Vs. Gangguan
Kebimbangan

• Kebimbangan adalah emosi biasa yang kita


alami bila berdepan dengan keadaan yang
tidak tentu atau berbahaya.
• Kita berasa bimbang bila kita mengalami
situasi yang menekankan seperti kehilangan
kerja, terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas, atau menjelang peperiksaan.
• Rasa takut akan timbul bila ancaman tersebut lebih
hampir dan lebih mudah dikenali.
• Contohnya, bila melihat ke bawah dari tebing tinggi
atau bila diserang oleh anjing menderam yang
besar.
• Takut dan kebimbangan yang tertentu ada baiknya
kerana ia dapat meningkatkan prestasi kita dan
membantu kita mengendalikan masalah yang
sedang dihadapi.
• Gangguan kebimbangan berlaku
bilamana kebimbangan menjadi begitu
teruk dan berpanjangan sehingga ianya
mula mengganggu kebolehan kita untuk
mengendalikan aktiviti seharian.
• Gangguan kebimbangan adalah jenis
gangguan mental yang paling kerap
berlaku.
• Kebanyakan orang tersalah tafsir gangguan
ini dan berpendapat individu-individu yang
terbabit boleh mengatasi gejala-gejala
tersebut melalui tekad semata-mata.
• Mengharapkan gejala-gejala ini akan hilang
begitu sahaja tidak akan menyelesaikan
masalah tersebut tetapi rawatan dapat
membantu.
1. Gangguan Kebimbangan Am

• Gangguan Kebimbangan Am (GAD) adalah satu


tekanan dan kegelisahan kronik yang
diperbesarkan walaupun tiada apa yang
mencetuskannya.
• Orang yang mengalami GAD akan sentiasa
menunggu berlakunya bencana, gelisah secara
berlebihan berkenaan kesihatan, wang, keluarga
atau kerja.
• Mereka susah untuk berehat dan tidak dapat
mengenepikan rasa ambil tahu mereka
walaupun mereka sedar bahawa
kebimbangan mereka tidak rasional.
• Kesusahan mereka akan diikuti oleh gejala-
gejala fizikal terutamanya menggeletar,
ketegangan otot, sakit kepala, meragam,
berpeluh atau berasa panas secara tiba-tiba.
• Mereka akan berasa seperti hendak pitam atau
sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi
ke tandas dengan lebih kerap.
• Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD
adalah sederhana dan mereka yang mengalami
gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat
dalam persekitaran sosial atau semasa bekerja.
• Bagaimanapun jika ianya teruk, maka GAD boleh
melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan
aktiviti-aktiviti harian yang mudah sekalipun.
Gejala-gejala Kebimbangan
1. Psikologi

• Perasaan gugup/gementar
• Fikiran yang merungsingkan
• Keresahan
• Peka kepada bunyi
• Rasa tidak selesa
• Daya tumpu yang lemah
• Meragam/cepat marah
2. Fizikal

• Pening
• Degupan jantung yang kuat
• Sakit kepala
• Gangguan usus
• Sengal otot
• Kesusahan bernafas/terketar-ketar
• Kencing secara kerap
• Keadaan sejuk dan panas secara mendadak
• Najis cair
• Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada
3. Gangguan tidur

• Insomnia
• Mimpi buruk
Bagaimana gangguan kebimbangan
dapat dirawati?

1. Bercakap mengenai masalah


tersebut
2. Belajar berehat
3. Psikoterapi
4. Perubatan
Stress

Anda mungkin juga menyukai