Anda di halaman 1dari 4

Pentafsiran IPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah
seperti berikut:

Agresif
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam
kebanyakkan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan
anda.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau
mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakkan hal, anda selalunya menuntut
hak anda tetapi dalam masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda
jaga.
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif.
Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakkan hal, hati dan perasaan
orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan
matlamat anda tercapai.

Analitikal
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang yang sensitive kepada
persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda
suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah
sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau
tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda untuk
membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi
dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

Autonomi
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya
dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti
seharian.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri autonomi anda adalah di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan
orang lain dan struktur social yang memerlukan keakuran.

Bersandar
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain.
Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat
dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti.
Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju.
 Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah individu yang suka
berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti,
anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang social. Anda
suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak
selesa duduk bersendirian.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua cirri
social dan tidak social. Umumnya tahap social anda adalah sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang kurang
atau tidak social. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan
besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada
suasana kerja bersendirian atau satu sama satu.

Intelektual
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka aktiviti yang memberi cabaran
dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi
tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri intelektual anda berada di
tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-
perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-
kerja yang berstruktur, praktikal dan pragmatic. Kerja yang dipilih selalunya
adalah kerja-kerja berkemahiran.

Introvert
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang tidak social dan
suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih
selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri social anda adalah di tahap
sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan
diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang
ramai. Anda adalah seorang yang social.

Kepelbagaian
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang
dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru.
Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang
baru. anda adalah seorang yang adventure.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri kepelbagaian anda adalah di
tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih sukakan kepada situasi-situasi
pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi
dan pengalaman-pengalaman baru.

Ketahanan
 Skor tinggi (99-70%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan
semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh
jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri ketahanan anda adalah di
tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari segi
fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan
tidak bernilai, cepatbosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif
atau yang berkaitan dengan orang ramai.

Kritik-Diri
 Skor 60-99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini
selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa
bersalah terhadap apa yang telah dilakukannya atau tidak percaya yang ia
telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara
60-70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu sementara
individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan
kaunseling individu.
 Skor 40-50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil daripada segi
emosi dan psikologinya. (asertif)
 Individu yang mendapatskor rendah iaitu antara 1-30% biasanya menganggap
diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal
dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin.
Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepimpinan seperti
pengurus, pentadbir awam, pegawai tentera, peguam, ahli politik dan lain-lain.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri mengawal dan kepimpinan
anda aalah di tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerja utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan,
ahli biologi dan lain-lain.

Menolong
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan
membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri menolong anda adalah di
tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi
dengan orang lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.

Sokongan
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan
skor rendah untuk trait personality menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-iri sokongan anda berada di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi
kepada orang lain.
Struktur
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada
perkara-perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada
kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan
berulang-ulang.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri personality struktur anda
berada di tahap sederhana.
 Kor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang
tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.

Pencapaian
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang sangat
bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda berada di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak
begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.
Penipuan
 Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden
dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden
cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu profil
yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti
dan telah dimasukkan ke dalam alatukuran IPS pada tahun 1998.

Anda mungkin juga menyukai