Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Penulisan Akademik

Masyarakat tanah melayu sememangnya dikunju8ngi oleh pelbagai kaum dan


masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, kesan
daripada penduduk yang yang pelbagai kaum dan bagsa ini, maka wujudlah masyarakat
plural di tanah melayu. Masyarakat majmuk ini bermula apabila zaman pra-eropah
meneyrang asia tenggara dimana Melaka dan Tanah Melayu merupakan antara pelabuhan
terkenal di seluruh dunia ketika itu. Golongan barat ini membawa # konsep dan fahaman
mereka iaitu, “Gold, Gospel and Glory”. Namun, kemasukan mereka ke tanah melayu
adalah satu kebetulan yang tidak pernah delangkapi oleh sebarang perancangan atau
muslihat.

Hari berganti hari, banyak makin banyak kerajaan-kerajaan dari luar mula meluaskan
tapak mereka ke tanah melayu. Kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang mengamalkan
Buddha bertapak di Nusantara sejak tahun 700m. Kemudian, Kerajaan Maritim Asia
Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa pada era “Zaman Perdagangan” sejak
abad ke-5 M. perkara sebegini telah menyebabkan banyak kesan kepada Tanah Melayu
seperti penglibatan interaksi pelbagai budaya seperti Arab praIslam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam, dan Eropah.

Pada 1400 Masihi, kesultanan Melayu Melaka mula diasakan oleh seorang putera dari
Palembang iaitu Parameswara yang lari dari Srivijaya akibat diserang. Pengasasan Melaka
bukanlah dimulai oleh agama islam, namun setelah Parameswara berkhawin dengan Puteri
Pasai, agama islam mula diserapkan. Maka bermulalah revolusi Melaka sebagai satu pusat
dagangan antarabangsa dan agama islam mula tersebar dengan pesat di Melaka. Agama
islam diterima pakai oleh kerana banyak impak yang positif seperti idealogi yang lebih
rasional, radikal dan progresif diperkenalkan terutamanya dalam aspek kehidupan. Selain
itu, system pemerintahan dan pentadbiran juga turut menerima tempias dan pengaruh
daripada agama islam.

Pada tahun tersebut, terdapat dua konsep dan fahaman tentang pluralistik. Oleh kerana
pada masa tersebut telah terbentuk kerajaan dan sistem pemerintahan, konsep ‘Masyarakat
Pluralisti” diperkenalkan iaitu berlandaskan paksaan. Konsep ini telah wujud dan
diperkenalkan oleh oragn inggeris unutk menjaga kepentingan mereka. Ini merupakan
konsep yang bersikap lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan ahli keluarga.
Disamping itu, konsep ini diperkenalkan juga kepada masyarakat luar dengan fahaman
supaya tidak pernah melupakan tempat asal mereka walaupun sudah berada di Tanah
Melayu. Manakala konsep “Pluraliti” yang lebih berteraskan ketenangan dan fleksible juga
diperkenalkan pada era tersebut. Berbeza dengan konsep “Masyarakat Pluralistik”, konsep
ini bersifat lebih terbuka. Masyarakat mempunyai hak dan kuasa unutk memilih cara dan
jalan hidup mereka. Ahli keluarga juga boleh turut serta dalam fahaman konsep ini serta ia
membantu dalam menjamin ketenangan emosi, rohani dan jasmani penduduk. Akan tetapi,
masih terdapat persamaan antara dua konsep ini iaitu, kedua-dua konsep mengamalkan
sikap bersama dengan melibatkan semua pihak tanpa mengira agama mahupun bangsa
dan warna kulit.

Pembentukan masyarakat pluralistic di Tanah Melayu bermula pada Abad ke 13M


hingga 15M. Rajah berikut menunjukkan garis masa kewujudan masyarakat Prulalistik di
Malaysia.

Abad 13M - 15M


Kesultanan Melaka
Pluraliti

1824M - 1957M
Masyarakat Penjajah Inggeris
Plural

1957
Masyarakat Kemerdekaan
Pluralisitk

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik
telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan
getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Hal ini
menjadi semakin hebat selepas campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, kestabilan
politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Dari segi
ekonomi, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan
imigran cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan imigran Cina dan India ini telah
mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Hal ini telah
menyebabkan wujudnya pelbagai kaum dan bangsa di Tanah Melayu.

Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan Zainuddin (2004), masyarakat majmuk kepada
sebuah masyarakat seperti Malaysia hari ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan setiap
kaum mempunyai budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri. Oleh
yang demikian, masyarakt pluralistic mula wujud di Tanah Melayu ekoran daripada kesan-
kesan imigrasi ini. Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) pihak British, konsep
masyarakat majmuk lahir daripada migrasi kaum-kaum Cina dan India dapat dicirikan
dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di bawah
satu sistem.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa kesan dan impak yang dapat ditakrifkan. Kesan
negative yang terang lagi bersuluh ialah masyarakat gagal untuk berasimilasi dengan
penduduk, alam sekitar dan system negara. Ini kerana mereka ditempatkan di kawasan-
kawasan tertentu sahaja. Kurang pergaulan yang menyebabkan wujud suasana “limited”
pada masyarakat Tanah Melayu. Pengasingan ini juga mewujudkan system-sistem
masyarakat tersendiri dan menjerumus kearah pembentukan puak-puak di sesebuah
kawasan. Hal ini menyebab kan berlaku pengasingan walaupun semuanya merupakan
penduduk Tanah Melayu. Kemudian, pluralisitk ini juga menyebabkan masyrakat gagal
unutk mngenali antara satu sama lain. Ini berlaku akibat daripada puak-puak yang wujud
sehingga majpriti masyarakat lebih cenderung untuk berada dibawah satu payung sahaja.

Antara cabaran yang dihadapi apabila wujudnya masyarakt pluralistik ini ialah kesukaran
unutk mencapai kesepaduan. Dalam konteks insaniah, apabila wujud hal sebegini,
sesebuah individu akan bersifat asabiah dan tidak memikirkan tentang hal orang lain.
Individu juga akan lahir dalam satu kelompok sahaja yang mana boleh menyebabkan
pemikiran menjadi lebih sempiut dan tidak meluas. Dalam sistem pendidikan pula, wujudnya
sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang mana secara tidak lansung telah menunjukkan
pengasingan sesebuah kaum. Hal ini mnyebabkan ramai masyarakat berfikir bahawa
sesebuha kaum tidak boleh belajar dan duduk semeja dengan kaum yang lain. Sepatutnya,
pendidikan ini perlu disalurkan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Akan tetapi, hal
yang sebaliknya telah terjadi. Ini menjadi satu cabaran yang hebat terutamanya kepada
seorang guru dalam mendidik pelajar mereka supaya berfikiran lebih efisien dan terbka
tenteng hal-hal sebegini.
Dalam sector ekonomi dan perdaganagan pula, pluralistic ini menjerumus bahawa
setiap kaum ada perusahaan mereka tersendiri. Tetapi, apa salahnya jika semua kaum
menjalankan semua aktiviti perniagaan dan perdagangan lain-lain. Dapat dilihat di Malaysia,
kebanyakkan kaum cina dikelaskan sebagai ahli perniagaan, kaum melayu sebagai
pendidik atau pekerja kerajaan dan kaum india sebagai penoreh getah dan pengusaha
ladang. Namun, elok jika semua kaum cuba menceburi semua bidang yang kian luas
terbentang di mata mereka. Konsep dadn pemikiran sebegini perlu dimansuhkan dan
digantikan dengan idealogi baharu yang lebih sesuai dan releven supaya tak lapuk dek
zaman.

Akhir sekali, masyarakat pluralistic ini semamngnya susah dan sukar unutk
dimansuhkan di Malaysia ini, namun, niat yang baik seiring dengan usaha yang jitu mampu
membawa kepada perubahan yang lebih efektif dan produktif. Generasi Y yang bakal
menjadi pemimpin-pemimpin negara haruslah cuba untuk mengubah Malaysia kearah
negara maju yang lebih berdaya saing.

Anda mungkin juga menyukai