Anda di halaman 1dari 6

KETAHANAN

Skor Rendah (1-40%)


Kurang ketahanan fizikal, mental dan emosi. Mudah
ketepikan sesuatu yang dianggap tidak bernilai.
Cepat bosan. Mendapat kepuasan kerja-kerja kreatif
atau berkaitan dengan orang ramai.
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri ketahanan pada tahap sederhana
Skor Tinggi (70-99%)
Individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal,
mental dan emosi. Tidak buat kerja separuh jalan.
Sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu kerja.

KRITIK DIRI
Skor Rendah (1-30%)
Anggap diri sentiasa betul dan yang salah adalah
orang lain.
Skor Sederhana (40-50%)
Individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.
Skor Tinggi (60-99%)
Selalu merendah diri, bimbang, rasa bersalah
terhadap apa yang dilakukan.Tidak percaya telah
mencapai kejayaan.

MENGAWAL
Skor Rendah (1-40%)
Lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya-
setiausaha, pramugari, akuantan dan ahli biologi.
Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan ciri mengawal dan memimpin pada
tahap sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Suka mengawal dan memimpin orang lain. Suka
memimpin dari dipimpin. Kerjaya-pengurus,
pentadbir, peguam, pegawai tentera, ahli politik.

MENOLONG
Skor Rendah (1-40%)
Tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain.

Skor Sederhana (40-70%)
Ciri menolong tahap sederhana.

Skor Tinggi (70-99%)
Mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati,
kasih sayang, memberi bantuan, membuat kebaikan
dan kebajikan kepada orang lain.

SOKONGAN
Skor Rendah (1-40%)
Tidak suka bergantung secara emosi kepada
orang lain.

Skor Sederhana (40-70%)
Ciri sokongan tahap sederhana.

Skor Tinggi (70-99%)
Individu yang mempunyai keinginan untuk
dikasihi, difahami dan mendapat simpati.
Kombinasi skor rendah untuk trait menolong
menunjukkan anda adalah individu yang sangat
mementingkan diri.

STRUKTUR
Skor Rendah (1-40%)
Suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan
tidak berulang-ulang. Mengelak dari kerja-kerja
yang memerlukan kekemasan, peraturan dan
ketelitian.
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri struktur pada tahap sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Individu yang suka kepada perkara berstruktur,
rutin dan terperinci. Suka kerja perlukan
kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-
ulang.

PENCAPAIAN
Skor Rendah (1-40%)
Individu yang rendah motivasi dan tidak begitu
kisah tentang peranan status dan kuasa dalam
kerjaya.
Skor Sederhana (40-70%)
Tahap motivasi sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Individu yang sangat bermotivasi dan suka
bersaing dalam mencapai matlamat..










PENCAPAIAN
skor tinggi
UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SMA AL-IRSYADIAH
W.D.T 40,89308 RANAU


UJIAN PERSONALITI
Ia merupakan ujian untuk
mengenalpasti cirri-ciri
atau tret-tret personaliti
individu. Ujian ini
mempunyai format
jawapan ya atau tidak.
Respons individu kepada
item-item yang terkandung
dalam ujian dikatakan
dapat menerangkan ciri-
ciri personalitI individu
tersebut


AGRESIF
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal
anda membenarkan orang lain memanipulsi diri anda.
Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai
ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal anda selalu menuntut hak
anda tetapi dalam masa yang sama hati dan perasaan orang lain
anda jaga.
Skor Tinggi (70-99%)
Menunjukkan anda seorang individu yang agresif. Anda suka
mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal hati dan perasaan
orang lain bukanlah tumpuan anda yang penting hajat dan
matlamat anda tercapai.
ANALITIKAL
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak
berminat kepada perkara-perkara yang memerlukan analisis.
Anda adalah individu yang praktikal. Tidak akan membaca
perkara yang tersirat.
Skor Sederhana (40-70%)
Minat anda menganalisis adalah sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Anda seorang yang sensitif kepada persekitaran. Suka
menganalisis orang, diri mahupun situasi. Suka membuat
pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
AUTONOMI
Skor Rendah (1-40%)
Suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang
memerlukan keakuran.
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri autonomi sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Sukakan kebebasan sepenuhnya dalam tindakan dan dapat
mengawal serta menentukan aktiviti harian.
BERSANDAR
Skor Rendah (1-40%)
Suka berdikari. Tidak bergantung kepada orang lain apabila buat
keputusan.
Skor Sederhana (40-70%)
Tahap pergantungan sederhana.

Skor Tinggi (70-99%)
Suka bergantung kepada orang lain. Selalu mengharapkan
pendapat dan nasihat terutama individu yang ada autoriti.

EKSTROVERT
Skor Rendah (1-40%)
Kurang sosial, mengelak berinteraksi dalam kumpulan besar
dan lebih selesa kerja sendirian atau satu sama satu.
Skor Sederhana (40-70%)
Mempunyai dua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Tahap sosial
sederhana,
Skor Tinggi (70-99%)
Individu yang sosial. Suka berinteraksi dan dikelilingi orang
ramai dan tidak selesa bersendirian.

INTELEKTUAL
Skor Rendah (1-40%)
Tidak selesa dengan hal bersifat teoritikal. Selesa kerja
berstruktur dan praktikal (kemahiran)
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri intelektual tahap sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Suka aktiviti beri cabaran intelektual. Puas hati dengan aktiviti
keilmuan tetapi kurang minat aktiviti berulang-ulang.

INTROVERT
Skor Rendah (1-40%)
Suka libatkan diri dalam hubungan interpersonal dan suka
orang ramai. Seorang yang sosial.
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri sosial tahap sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Tidak suka sosial dan mengelak situasi memaksa anda
berkomunikasi. Suka setting kerja bersendirian atau satu sama
satu.

KEPELBAGAIAN
Skor Rendah (1-40%)
Suka situasi kerja yang stabil dan selamat. Tidak selesa
dengan situasi atau pengalaman baru.
Skor Sederhana (40-70%)
Ciri kepelbagaian tahap sederhana.
Skor Tinggi (70-99%)
Dapat menghayati situasi yang boleh memberikan peluang
dan pengalaman baru. Suka perubahan dan sesuatu yang
baru. Seorang yang adventures.







PENGENALAN
Ujian yang dapat
mengenalpasti minat
anda terhadap sesuatu
bidang pekerjaan. Ujian
ini mempunyai format
suka dan tidak suka
atau ya dan tidak.
Respons individu
terhadap item-item yang
terkandung dalam ujian
ini akan dapat
mengenalpasti minat
kerjaya seseorang.
REALISTIK-R
Individu yang mempunyai
kemahiran mekanikal.
Suka bekerja dengan objek,
mesin,peralatan, dan
tumbuhan serta binatang.
Lebih suka bekerja di luar
bangunan dari di dalam
bangunan.
Contoh;
Jurutera awam, jurutera
keretapi, operator mesin,
mekanik kapal terbang,
mekanik kereta, juruteknik
elektronik, ahli ilmu
perkebunan, tukang kayu
dan lain-lain.


INVESTIGATIF-I

Individu yang suka membuat
pemerhatian, mempelajari,
menyelidik, menganalisis, menilai dan
menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan. Mempunyai kemahiran
saintifik dan matematik serta
meminati kerjaya saintifik dan
beberapa kerja teknikal.
Contoh;
Ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli
botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli
kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji
bumi, penyelidik sains, antroplogis
dan lain-lain.





ARTISTIK-A
Individu yang mempunyai kebolehan artistik
dan inovatif.Mempunyai kebolehan intuisi
dan suka bekerja dalam situasi yang tidak
atau kurang berstruktur. Tidak selesa
dengan kerja yang rutin atau berulang-
ulang. Selalu menggunakan imiganisasi
dan krativiti.

Contoh;
Penyair, pemimpin okestra, penyanyi
konsert, pengubah lagu, pengarang, pelukis
plan,pelukis protret, wartawan, kartunis,
juruhias dalaman, arkitek dan lain-lain.

SOSIAL-S
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi
dengan manusia. Berminat dalam
memberitahu, menolong, melatih,
memperkembang, mengubati dan membuat
kebajikan pada orang lain. Mempunyai
kemahiran mengguna kata-kata serta mahir
berkomunikasi dengan oranglain. Matlamat
utama ialah membuat kebajikan,.

Contoh;
Ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah,
pegawai perhubungan awam, pengarah
kem belia, pengarah agensi kebajikan,
kaunselor dan lain-lain.
ENTERPRISING-E

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan
manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi,
mengarah, memimpin dan mengurus individu lain.
Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh;
Spekulator,eksekutif, pengarah syarikat, pengarah
publisiti, peguam, ahli politik, pengurus
hotel,pengurus bank, jurujual insurans dan lain-lain.


CONVENTIONAL-C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan
nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang
perkeranian serta mempunyai kebolehan dan
kemahiran dalam mengguna nombor. Melakukan
sesuatu secara terperinci, bersikap akur dan
mengikut arahan.

Contoh;
Penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan,
jurutrengkas, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji,
operator komputer, penilai harta, kerani insurans
dan lain-lain.




MMMMMM


UNITBIMBINGANDANKAUNSELING
SMAAL-IRSYADIAH
W.D.T40,89308 RANAU


KECERDASAN
PELBAGAI
Ujian ini
digunakan untuk mengenal pasti atau
menilai kesediaan, potensi, kesesuaian
meramal kejayaan murid
dalam pembelajaran seterusnya.
Maklumat
yang diperoleh melalui ujian ini boleh
memberi gambaran jenis bidang atau
aliran yang sesuai dipelajari murid.
Teori Kecerdasan Pelbagai telah
dikemukakan oleh Howard
Gardner. Beliau mengatakan
kecerdasan manusia boleh dilihat
dalam 9 aspek iaitu:
1) Verbal-Linguistik
2) Visual-Ruang
3) Logik Matematik
4) Muzik
5) Naturalis
6) Kinestatik
7) Interpersonal
8) Intrapersonal
9) Eksistensial
-Sesetengah individu mungkin mencapai tahap yang
tinggi dalam sesetengah
kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain,
-Ada individu yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir
kesemua sembilan kecerdasan ini.
-Hampir semua individu boleh diperkembangkan
dalam kesembilan kecerdasan yang
disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika situasi seperti
penggalakan, pengkayaan dan
pengajaran adalah sesuai
INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran
atau kebolehan
individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan
membina
kepercayaan dengan orang lain

KEMAHIRAN:
- mampu memahami
orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan,
penilaian dan matlamat orang lain
- cekap menilai emosi, motivasi
dan keinginan orang di sekeliling

Tokoh : Dato Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Fazley
Yaakob,Dr. Azizan Osman dan Oprah Winfrey

Kerjaya : pakar motivasi, kaunselor, ahli politik, guru
dan pegawai diplomatik.
.
INTRAPERSONAL
Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri
dan menggunakan maklumat tersebut untuk
mengawal diri dan membuat pertimbangan kendiri
dari aspek kelemahan dan kekuatan yang ada

KEMAHIRAN:
-mempunyai kesedaran diri yang
tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran,
mengawal naluri diri
-kebolehan memantau pemikiran, tindakan dan
Perasaan
-boleh mengawal emosi dan mempunyai
autonomi yang tinggi serta berdikari.

Tokoh : Aristotle dan Hamka
Kerjaya : pakar psikologi, ahli falsafah dan pendeta.

EKSISTENSIAL
keupayaan atau kebolehan untuk
memahami dan menimbang tara perkara-perkara
berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk (manusia, haiwan,
tumbuhan, alam semesta dll)
berkaitan kehidupan, tujuan, dan kematian.

Tokoh : Socrates, Dr. Zakir Naik dan Mother Theresa
Kerjaya : Imam, pemimpin dan ahli agama.








Instrumen ini terdiri daripada
Kertas 1 dan Kertas 2.

Kertas 1 mengandungi :

Bahagian A

-20 item menguji Verbal Linguistik
Bahasa Melayu (30 minit)
-20 item menguji Verbal Linguistik
Bahasa Inggeris (30 minit)

Bahagian B

-20 item menguji Logik-Matematik
(30 minit)

-10 item menguji Visual-Ruang
(20 minit)
Murid dikehendaki menjawab di
atas borang jawapan yang diberi
dengan melorek
pada pilihan jawapan yang tepat.

Kertas 2 mengandungi:

130 item persepsi yang mewakili
konstruk Visual-Ruang, Muzik,
Naturalis,
Intrapersonal, Interpersonal,
Kinestatik dan Eksistensial.

-Murid perlu menjawab YA atau
TIDAK pada penyataan mengenai
diri mereka.
-Masa yang diperuntukan adalah
45 minit.










VERBAL-LINGUISTIK
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif
sama ada secara lisan dan bertulis.

KEMAHIRAN:
-Mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
--Bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
-mengingat maklumat dan memahami perkataan.

Tokoh : Munshi Abdullah, William Shakespeare dan
Enid Blyton.

Kerjaya : pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair,penulis skrip dan novelis.

VISUAL-RUANG
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej,
bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk
membentuk model secara visual dan mengaplikasi
model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar,
video dan filem.

KEMAHIRAN:
- membaca, menulis, memahami carta dan
- melakar, melukis dan menterjemah imej secara
visual.

Tokoh : Galileo Galilei dan Leornado Da Vinci
Kerjaya : arkitek, jurugambar, pengukir dan pelukis


LOGIK-MATEMATIK
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.

KEMAHIRAN
-Menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah
Membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira
-Menggunakan komputer dengan cekap.

Tokoh : Bill Gates, Warren Buffet, Albert Einstein
Kerjaya : saintis, pakar statistik, ahli ekonomi, juru
audit,akauntan dan aktuaris


MUZIK
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal,
mendengar dan
mengecam paten, membezakan antara bunyi dan
cipta muzik.
Sensitif dengan bunyi di persekitaran

KEMAHIRAN:
- menyanyi, bersiul, menggubah muzik, mengingati
melodi,
-memahami struktur dan rentak muzik.

Tokoh : Tan Sri P. Ramlee, Ramli MS, Habsah
Hassan, Beethovan, Yuna, Kitaro dan Kenny G.

Kerjaya : pencipta lagu, komposer dan ahli muzik.

NATURALIS
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali
dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian
dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di alam sekitar

KEMAHIRAN:
- sensitif terhadap alam
sekitar
- dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora
dan fauna.

Tokoh : Steve Irwin

Kerjaya : ahli biologi, zoology, ahli botani, ahli
geologi dan veterinary.

KINESTIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau
keseluruahan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah.
Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan pergerakan
badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-
lain abstrak.

KEMAHIRAN
- cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan
mental.
Tokoh : Shalin Zulkifli, Datuk Nicole David, Datuk
Lim Chong Wei, Micheal Jordan dan Michael
Jackson.
Kerjaya : ahli sukan dan jurutari









UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SMA AL-IRSYADIAH
W.D.T 40, 89308 RANAU

Anda mungkin juga menyukai