Anda di halaman 1dari 22

Disediakan oleh : azlina adnan

INVENTORI PERSONALITI
SIDEK (IPS)

1. SOALAN UJIAN

2. BORANG JAWAPAN

3. HELAIAN PROFIL
AGRESIF
PENCAPAIAN
ANALITIKAL

STRUKTUR
AUTONOMI

SOKONGAN
BERSANDAR

MENOLONG
EKSTROVERT

INTELEKTUAL MENGAWAL

KRITIK DIRI
INTROVERT

KEPELBAGAIAN KETAHANAN
PENTAFSIRAN IPS
AGRESIF : ITEM 1, 17, 33, 49, 65, 81, 97, 113, 129, 145
ANALITIKAL : ITEM 2, 18, 34, 50, 66, 82, 98, 114, 130, 146
AUTONOMI : ITEM 3, 19, 35, 51, 67, 83, 99, 115, 131, 147
BERSANDAR : ITEM 4, 20, 36, 52, 68, 84, 100, 116, 132, 148
EKSTROVERT : ITEM 5, 21, 37, 53, 69, 85, 101, 117, 133, 149
INTELEKTUAL : ITEM 6, 22, 38, 54, 70, 86, 102, 118, 134, 150
INTROVERT : ITEM 7, 23, 39, 55, 71, 87, 103, 119, 135, 151
KEPELBAGAIAN : ITEM 8, 24, 40, 56, 72, 88, 104, 120, 136, 152
KETAHANAN : ITEM 9, 25, 41, 57, 73, 89, 105, 121, 137, 153
KRITIK DIRI : ITEM 10, 26, 42, 58, 74, 90, 106, 122, 138, 154
MENGAWAL : ITEM 11, 27, 43, 59, 75, 91, 107, 123, 139, 155
MENOLONG : ITEM 12, 28, 44, 60, 76, 92, 108, 124, 140, 156
SOKONGAN : ITEM 13, 29, 45, 61, 77, 93, 109, 125, 141, 157
STRUKTUR : ITEM 14, 30, 46, 62, 78, 94, 110, 126, 142, 158
PENCAPAIAN : ITEM 15, 31, 47, 63, 79, 95, 111, 127, 143, 159
PENIPUAN : ITEM 16, 32, 48, 64, 80, 96, 112, 128, 144, 160
KATEGORI SKOR

• SKOR TINGGI : 70 – 99%

• SKOR SEDERHANA : 40 – 60%

• SKOR RENDAH : 1 – 30%


• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU TERLALU
KRITIKAL TERHADAP ORANG LAIN, TEGAS, BERANI DAN TIDAK SUKA
DIMANIPULASI

• Skor rendah menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Anda


membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
• Skor sederhana menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau
mempunyai ketegasan diri. Anda menuntut hak tetapi pada masa yang
sama, hati dan perasaan orang lain dijaga.
• Skor tinggi menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda
suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan
orang lain bukan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat
anda tercapai.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SANGAT
SENSITIF KEPADA PERSEKITARAN, SUKA MEMBUAT
PEMERHATIAN DAN AKAN MENGANALISA SESUATU SEBELUM
MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada


persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi.
Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

• Skor sederhana menunjukkan yang ciri analitikal


anda adalah sederhana dan minat menganalisis
adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah kurang atau tidak berminat dengan
perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah
individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak
suka membaca yang tersirat.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG LEBIH
SUKAKAN KEBEBASAN DALAM TINDAKANNYA DAN DAPAT
MENGAWAL DAN MENENTUKAN AKTIVITI-AKTIVITI HARIANNYA

• Skor tinggi menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam


segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti
seharian.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap


sederhana.

• Skor rendah pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang
lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA
BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN DAN MEMERLUKAN BANTUAN
ORANG LAIN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

• Skor tinggi menunjukan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam
membuat keputusan anda mengharapkan pendapat orang lain terutama
yang mempunyai autoriti.

• Skor sederhana menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap


sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah


individu yang suka berdikari. Anda jarang
bergantung kepada orang lain.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA
DIKELILINGI, BERINTERAKSI DAN BEKERJA DENGAN
ORANG RAMAI.

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka
berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak
selesa duduk bersendirian.

• Skor sederhana menunjukkan anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan


tidak sosial. Tahap sosial adalah sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang kurang sosial. Anda
suka mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa
berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja
sendirian atau satu sama satu.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERMINAT
KEPADA AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMBERIKAN CABARAN DARI SEGI
INTELEKTUAL

• Skor tinggi menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberikan cabaran


dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan
tetapi tidak puas dengan aktiviti yang berulang-ulang.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri intelektul berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-


perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan
kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih
selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA
MENGELAK SITUASI-SITUASI YANG AKAN MEMAKSA MEREKA
BERKOMUNIKASI DI SAMPING SUKA BERSENDIRIAN
MENYELESAIKAN SESUATU TUGAS.

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka
mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi.
• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap
sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
• Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri
dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang
ramai. Anda adalah seorang yang sosial.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU
DAPAT MENGHAYATI BERBAGAI-BAGAI SITUASI BAGI
MENDAPATKAN PENGALAMAN YANG BARU KE ARAH
PERUBAHAN YANG BERTERUSAN
• Skor tinggi menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat
memberikan peluang untuk pengalaman baru. Anda suka kepada
perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda seorang
yang adventures.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian


pada tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih sukakan situasi-


situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak
selesa dengan situasi dan pengalaman baru.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG CEKAL
DAN BERMOTIVASI UNTUK MENGHABISKAN ATAU MENYELESAIKAN
SEMUA TUGAS

• Skor tinggi menjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan


dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-
tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda
sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda di tahap sederhana.
• Skor rendah menunjukkan anda kurang atau tiada ketahahan dari segi
fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika
dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari
kerja-kerja yang berkaitan dengan orang ramai.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG TIDAK
STABIL DARI SEGI EMOSI DAN PSIKOLOGI

• Skor 60 – 99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi


ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri,
bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang dilakukan atau tidak percaya
akan berjaya. Skor 60% - akan mendapat faedah daripada kaunseling
individu. Skor lebih 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling
individu.

• Skor 40 – 50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi
emosi dan psikologinya.

• Individu yang mendapat skor rendah iaitu 1 – 30%


biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan
yang bersalah orang lain.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA
MENGAWAL ORANG LAIN ATAU LEBIH SUKA MEMIMPIN DARIPADA
DIPIMPIN

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan
memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin.
Cenderung memilih kerjaya seperti pengurus, pentadbir awam, peguam,
pegawai tentera, ahli politik dll.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda


adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada dipimpin.


Kerjaya utama yang berkaitan dengan setiausaha, pramugari, akauntan,
ahli biologi dll.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERKEINGINAN
UNTUK MENUNJUKKAN ATAU MELUAHKAN SIMPATI, KASIH SAYANG
JUGA MEMBERI BANTUAN SERTA MEMBUAT KEBAIKAN KPD ORG LAIN

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan


untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat
kebaik dan kebajikan kepada orang lain.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap


sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan
orang lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU MEMERLUKAN
PERHATIAN, SIMPATI DAN INGIN DIKASIHI.

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan


untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor
rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap


sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi


kepada orang lain.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA KEPADA
KEKEMASAN, KEBERSIHAN SERTA PERKARA-PERKARA
BERSTRUKTUR, BERULANG-ULANG DAN TERPERINCI

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-
perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-
kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-
ulang.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda berada di


tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang


tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.
• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERMOTIVASI,
MAHUKAN STATUS YANG TINGGI DAN SUKA PERSAINGAN

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi


dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

• Skor sederhana menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak


begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.
• SKALA INI KHUSUS UNTUK MENGESAN KEJUJURAN RESPONDEN
DALAM MENJAWAB ITEM UJIAN.

• SKOR MELEBIHI 50% -


MENUNJUKKAN CENDERUNG UNTUK
TIDAK JUJUR DALAM MEMBERIKAN
JAWAPAN DAN DENGAN ITU PROFIL
YANG DIPEROLEHI ADALAH TIDAK
BOLEH DIPERCAYAI.

Anda mungkin juga menyukai