Anda di halaman 1dari 16

AUTONOMI

Individu lebih sukakan kebebasan dalam


tindakannya dan dapat mengawal serta
menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
TAHAP SKOR TAFSIR
Rendah 1-40% Anda lebih suka menerima arahan orang
lain, akur kepada peraturan dan
mempunyai sifat kebergantungan yang
tinggi.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada


tahap sederhana dari segi keakuran,
kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti
harian.

Tinggi 60-99% Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam


segala tindakan, sangat berdikari dan
yakin dalam membuat keputusan.
KREATIF
Individu yang berkebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan idea baru dan
asli
TAHAP SKOR TAFSIR
Rendah 1-40% Anda lebih suka menggunakan daripada
menghasilkan sesuatu. Anda kurang
menggunakan daya imaginasi tetapi selesa
menggunakan idea yang sedia ada.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada


tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya imaginasi yang


tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan
karya kreatif yang original dan tidak suka
kerja yang berstruktur.
AGRESIF
Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani
dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan
perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.
TAHAP SKOR TAFSIR
Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal
anda membenarkan orang memanipulasi diri dan
perasaan anda.

Sederhana 40-60% Anda seorang yang asertif atau mempunyai


ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda
selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa
yang sama anda tetap menjaga hati dan
perasaan orang lain.

Tinggi 70-99% Anda seorang individu yang agresif. Anda berani


dan suka mengkritik orang lain. Dalam
kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain
bukanlah merupakan tumpuan anda, yang
penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
EKSTROVERT
Individu suka berinteraksi, bekerja dan berada
dengan orang ramai.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda seorang yang introvert, pemalu, suka


bersendirian, kurang selesa berada dalam
majlis keramaian dan bercakap di khalayak
ramai.

Sederhana 40-60% Anda bersederhana dalam pergaulan


sosial: berpada-pada dalam menjalin
hubungan dengan persekitaran.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang peramah, suka bergaul


(out-going), bekerja dalam kumpulan, suka
menghadiri majlis keramaian, yakin
bercakap di hadapan orang ramai dan
bersikap positif.
PENCAPAIAN
Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi
untuk menyelesaikan masalah. Mahukan kejayaan dan
suka persaingan walaupun banyak halangan.
TAHAP SKOR TAFSIR
Rendah 1-40% Individu yang rendah motivasinya dan tidak
begitu kisah tentang peranan, status dan
kuasa dalam kerjanya.

Sederhana 40-60% Motivasi individu berada pada tahap


sederhana.

Tinggi 70-99% Individu adalah seorang yang bermotivasi


tinggi dan suka bersaing dalam mencapai
sesuatu matlamat.
KEPELBAGAIAN
Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai
ke arah perubahan berterusan.
TAHAP SKOR TAFSIR
Rendah 1-40% Anda sangat suka situasi yang tenang,
stabil dan selamat. Suka dengan aktiviti
yang rutin dan tidak sukakan perubahan.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap kepelbagaian


yang sederhana. Anda seroang yang
kurang fleksibel, sederhana anjal dan
mengambil masa untuk melakukan
perubahan.
Tinggi 70-99% Anda seorang yang suka kepada
perubahan dan perkara-perkara baru.
Kerja-kerja rutin sangat membosankan
anda.
INTELEK
Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran
dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang
berbentuk kognitif dan ilmiah.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda berminat kepada aktiviti yang


berstruktur, berkemahiran dan praktikal.
Anda juga suka membaca bahan-bahan
hiburan dan tidak ilmiah.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap sederhana dari


segi aktiviti yang mencabar minda, ilmu
pengetahuan, akademik dan ilmiah.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada aktiviti yang mencabar


minda dan berbentuk keilmuan,
mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.
KEPIMPINAN
Individu yang suka mengawal orang lain atau
lebih suka memimpin daripada dipimpin.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda lebih suka menjadi pengikut daripada


memimpin.

Sederhana 40-60% Anda mempunyai tahap kepimpinan yang


sederhana. Hanya boleh memimpin
kumpulan-kumpulan kecil.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai ciri kepimpinan yang


tinggi, tegas, bijak membuat keputusan
dan suka menjadi ketua. Anda juga
mempunyai inisiatif, daya penggerak yang
tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.
STRUKTUR
Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas,
terperinci dan mengikut peraturan.

TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda lebih suka kepada aktiviti yang tidak


berstruktur dan tidak berulang-ulang. Anda
tidak suka kepada peraturan yang rigid.
Sederhana 40-60% Struktur anda berada di tahap sederhana.
Anda seorang yang anjal, fleksibel dan
boleh berubah pada tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda suka kepada perkara berstruktur,


rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kerja
yang memerlukan kekemasan, peraturan,
ketelitian dan berulang-ulang.
RESILIEN
Individu yang cekal dan bermotivasi untuk
menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda mepunyai daya ketahanan yang


rendah dari aspek fizikal, mental dan
emosi, mudah mengalah, manja, mudah
putus asa, cepat bosan dan
menangguhkan kerja.
Sederhana 40-60% Ciri-ciri ketahanan psikologi anda adalah
pada tahap sederhana.

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya ketahanan yang


tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi
serta akan menghabiskan semua tugasan
yang diberi. (semangat juang yang tinggi,
berjiwa kental, ikhtiar bersungguh-sungguh
dan berkobar-kobar.)
MENOLONG
•Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa
empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada
orang lain.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda kurang prihatin terhadap emosi dan


keperluan orang lain. Lebih memfokus
kepada diri sendiri. (Tidak peduli, tidak
kisah persekitaran, tidak sensitif)

Sederhana 40-60% Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap


sederhana. (Simpati dan penglibatan
dalam aktiviti kebajikan di tahap
sederhana)
Tinggi 70-99% Anda mempunyai sifat empati yang tinggi,
prihatin, peka, mudah menghulurkan
bantuan secara sukarela dan rela
berkorban.
ANALITIKAL
Individu yang suka membuat pemerhatian dan
menganalisis, sebelum membuat keputusan. Membuat
keputusan berdasarkan fakta dan bukti.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda adalah individu yang praktikal (anda


bukan orang yang berorientasi teoritikal),
tidak suka menganalisis dan kurang peka
terhadap persekitaran.
Sederhana 40-60% Tahap kepekaan dan pemerhatian anda
terhadap persekitaran adalah sederhana.
Anda seorang yang teoritikal dan praktikal.

Tinggi 70-99% Anda seorang yang peka terhadap


persekitaran, suka membuat pemerhatian,
analisis diri sendiri, orang lain dan
persekitaran.
KRITIK DIRI
Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi.
Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih
baik.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda seorang yang sangat yakin. Adakala


terlalu yakin dan berkecenderungan untuk
menganggap diri selalu betul.
Sederhana 40-60% Anda seorang individu yang stabil dari
aspek emosi dan psikologi. Anda seorang
yang muhasabah diri, kenal pasti kekuatan
dan kelemahan serta sentiasa
mempertingkat kemajuan diri.
Tinggi 70-99% Anda sering berasa rendah diri,
bimbang,rasa bersalah, resah dan cemas
terhadap apa yang dilakukan. Individu
yang mendapat skor melebihi 80%
dicadangkan berjumpa kaunselor.
WAWASAN
 Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang
tinggi,, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain,
berani mengambil risiko, bijak membuat keputusan, optimis dan
berkarisma.
TAHAP SKOR TAFSIR

Rendah 1-40% Anda tidak mementingkan perancangan


masa hadapan, hala tuju, visi dan misi.
(Biar masa tentukan saya)
Sederhana 40-60% Anda selesa dan berpuas hati dengan
pencapaian dan keadaan semasa.
(Matlamat dan objektif setakat ada sahaja,
tiada enthusiasm: anda individu berjaya)

Tinggi 70-99% Anda mempunyai daya imaginasi dan cita-


cita yang tinggi, serta dapat menjangkau
pandangan yang jauh. Anda mempunyai
hala tuju, visi dan misi yang jelas, tetap
dan konsisten. (Saya yang menentukan
masa : anda individu yang cemerlang)
KETELUSAN
Menunjukkan ketelusan dalam memberi maklum
balas terhadap item ujian.
SKOR TAFSIR

1-49% Anda telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item


ujian.
Dapatan tret personaliti anda menepati personaliti diri anda.
50-99% Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap
item-item ujian.
Dapatan tret personaliti anda tidak menepati personaliti diri
anda.

Anda mungkin juga menyukai